Saturday 3 December 2011

Bab Lima

“Roti telur satu Ain. Untuk pelanggan dekat hujung sana. Meja 20” Pak Ibrahim memberi pesanan kepada Ain.
Ain pun mula mencanai roti. Pesanan yang terakhir pagi ini. Dohnya pun sudah habis.
“Lepas ni siapa order dah habis ye pakcik..” sempat Ain bercakap dalam lelah yang panjang. Penat sungguh.
Ain menghantar roti telur yang diminta pelanggannya sebentar tadi.
“Eh! Ain kerja dekat sini?”
Hezril! Jumpa lagi dengan mamat ni.
Ain hanya tersengih.
“Nah roti awak..” Ain menghulurkan roti kehadapan Hezril. Hezril mencapai pinggan berisi roti yang dihulurkan Ain.
“Duduklah Ain”..Hezril mempelawa.
“ Saya kerja lah Encik Aril. Lain kali sahaja ye. Sila-sila…” Ain segera berlalu.
Hezril memerhatikan Ain yang berlalu keruang membuat roti canai. Ain kelihatan sibuk mengemas barang-barangnya. membuat roti canai rupanya awek ni. Hezril bersuara di dalam hati. Sesuatu yang nampak jangal dimatanya. Hezril merasa roti canai yang sudah terhidang didepannya. Sedap! Standing dengan roti canai mamak juga. Mesti Ain seorang yang pandai serba serbi. Orang perempuan kalau sudah pandai memasak,mesti pandai berkemas. Kalau sudah pandai berkemas mesti boleh menjadi isteri dan ibu yang sempurna. Sudah berkhawin kah Ain? Hezril mula berteka-teki. Kalau single ada peluanglah dia mahu mendoublekan diri dengan Ain. Fikiran Hezril mula membibitkan kenakalan.
Hezril menanti Ain siap berkemas dan menyimpan barang-barangnya didalam kereta.
Hezril mendekati Ain yang sudah mahu beransur pulang.
“Dah nak balik?” Ain berpaling. Tak balik lagi mamat ni. Makan roti sekeping ,segelas milo ais duduk berjam. Apa yang dia tunggu.
“Saya tunggu Ain. Saja nak berbual sekejap.” Hezril seolah-olah memahami apa yang tersirat diminda Ain.
“Owh! Ye ke. Maaflah saya adahal ni nak cepat. Lain kali lah En. Hezril.” Ain memang mahu cepat. Dari semalam dia bercadang mahu kepejabat Hilman. Mahu menyelesaikan beberapa perkara dengan lelaki itu.
“Awak nak ke mana?” Hezril sengaja melengahkan masa.
“Damasara. Kenapa? Nak ikut ke?” Ain ketawa. Tiba-tiba dia merasa senang pula dengan Hezril. Ain memerhatikan lelaki itu. Memang handsome. Ni kalau Farah tengok mesti dia jatuh hati.
“Saya pun memang nak ke Damansara. Jom lah jalan sekali. Boleh kita berbual. Hari tu tak sempat nak tanya banyak-banyak.” Hezril sengaja mempelawa Ain. Mana tahu gadis itu sudi.
“Tak apalah Encik Aril. Saya senang memandu sendiri dengan urusan saya sendiri. Terima kasih.” Ain menolak dengan baik pelawaan Hezril.
“ Ain..Boleh kalau saya minta nombor telefon awak?” Hezril meminta lagi.
“Tak guna telefon lah En Hezril. Maaf ye?” Menipu lebih selamat. Nanti kalau diberi nombor telefon lain pula jadinya.
“Okey tak apalah.” Hezril hampa. Tak mengapa. Janji dia tahu dimana nak cari Ain. Budak Pink-pink bling-bling ni. Comel sungguh dia. Hezril memuji didalam hati.
Ain menghadiahkan senyuman kepada Hezril sebelum dia berlalu. Dia mahu pulang kerumah dahulu. Kemudian baru dia mahu ke Damansara. Penat terasa namun dia tidak mahu bertangguh lagi. Sudah terlalu lama dia bertangguh. Segalanya harus dia selesaikan secara baik.
Sabaik sahaja dia sampai kerumah seseorang sudah menanti diluar pintu pagar.
Hilman! Apa dibuat disini? Macam tahu-tahu sahaja dia memang mahu bertemu Hilman.
“Baru balik?” Hilman menegur. Wajah Ain kelat.
‘Tak payah lah buat muka kelat masam Ain tu. Abang tak suka nak tengok.”
“Suka hati saya lah Encik Hilman. Muka saya yang punya. Bukan muka encik.” Selamba Ain menjawab. Dengan Hilman memang mulutnya cepat sahaja menjawab. Sudah terbiasa begitu. Kebiasaan yang menjadi rahsia.
“ Kenapa Abang datang sini?” Ain bertanya. tersasul pula dia memanggil Hilman abang. Ah! Abang pun abang lah apasalahnya. Bukan berdosa pun.
“Saja nak tengok Ain.” Jawapan yang sangat tak relevan ditelinga Ain.
“Malam tadi bukan dah tengok Ain ke? Mimpi Apa malam tadi. Selalu susah sangat nak jengah Ain. Nak berbual pun susah.” Ain mencebik.
“Abang ni datang nak tanya Ain sekali lagi. Mahu atau tidak sepenuh masa jaga Mia tu?” Hilman terus sahaja mengatakan tujuan asalnya datang bertandang kerumah Ain.
“Mia tahu dah ke abang offer Ain macam ni?” Ain bertanya kembali.
‘ Belum. Abang tak mahulah dia tahu dahulu. Nanti dia mengharap tapi Ain pula tak mahu.”
“Kalau Ain tak mahu?”
“Abang tak ada hak nak paksa-paksa Ain. Terpulang pada Ain. Itu hidup Ain kan. Abang memberi cadangan sebab Ain tangungjawab abang.”
“Tanggungjawab? Sejak bila pula abang tahu sebut perkataan tu ye..?” Ain menyindir.
“ Menyindir sahaja bunyinya. Ain dah cukup jelas kan semuanya tak perlu lah abang jawap.”
“ Bukan kah lebih baik kalau tanggungjawab menjaga Mia itu abang serahkan pada seorang isteri yang boleh menjadi ibu Mia sekaligus. Ain cadangkan abang kahwin sahaja. Bukan salah pun..abang mampu. Abang kaya raya. Ada banyak tempat kosong kalau abang nak mendirikan banyak masjid.”
“Bagilah cadangan yang lebih bagus Ain. Bukan suruh abang kahwin. Kahwin semata-mata mahu menyuruh isteri menjaga Mia itu mementingkan diri namanya. Lagipun untuk apa kalau Ain dah ada.”
“Kenapa Ain?”
“Ain tahu kenapa kan. Tak payah abang cakap Ain patut tahu duduk perkaranya. Selama lima tahu ni abang tak pernah minta Ain apa pun. Ain boleh buat apa sahaja yang Ain suka. Ain bebas selama hari ini. Rasanya sudah cukup masa yang abang beri pada Ain,pada abang juga. Masa nya dah tiba Ain.” Hilman memandang tepat kewajah Ain.
“ Sekarang?” Ain mengeluh.
“ Ya. Lagi lama perkara ni di biarkan lagi banyak masaalah nanti. Abang ada mata untuk melihat. Abang tak mahu Ain tersasar.”
Wah! Sedap hati dia sahaja mengatakan agar Ain tidak jauh tersasar. Macam lah aku tak tahu,bodoh , dungu. Aku sudah cukup berakal sekarang. Aku bukan lagi budak hingusan yang dibela sekian lama. Aku sudah cukup dewasa. Cukup dewasa untuk tidak terus bergantung harap pada dia.
Ah! Semua orang memang tidak tahu. Tetapi dia tahu. Kalau dia tidak apa-apa masakan orang lain boleh beranggapan begitu. Dia masih tahu menjaga diri. Masih tahu harga diri. Yang penting dia masih tahu duduk dirinya. Bukan dia yang mahu semua ini. Bukan dia.
Selama hari ini dia menjadi burung belatuk harus mematuk,mengangguk-angguk, mengikut sahaja apa kata Hilman. Sungguh orang lain tidak nampak antara dia dan Hilman. Namun dia tahu siapa Hilman. Dia cukup tahu. Tak perlu Hilman mengingatkan dia setiap kali. Lima tahun dia berdiam diri. Mengalah dengan Hilman. Menurut sahaja tanpa bersuara walaupun sekadar mengeleng.
“Ain dah dapat semuanya yang Ain mahu. Duit,rumah,mewah dah hidup Ain. Jadi sekarang ni abang nak Ain pula tunaikan janji Ain. Dah lama sangat Ain berjanji.”
Janji? Aduh! Janji…janji yang tinggal janji. Ain mengetap bibir. Hilman tidak lupa rupanya. Sebagaimana dia yang mahu melupakan janjinya.
“Ain kena fikir baik-baik sekarang ni. Apa yang Ain mahu dahulu masih samakah dengan hari ini. Atau ada perubahan. Abang harap akan ada perubahan sebab abang sendiri pun sudah berubah ke frasa yang lebih bagus. Kalau nak dinilai-nilai,di timbang-timbang kita tak patut lagi dah jadi macam ni.”
“Boleh tak kalau Ain fikir lagi benda ni. Ain tak nak paksa diri Ain lagi macam dulu. Dulu tu mungkin kesilapan kita aje. Sekarang ni patut juga kita perbetulkan. Harus ada timbang taranya. Ain tak nak apa yang Ain nak tak menjadi. Abang pun tentu tak mahukan jadi macam tu.” Ain masih cuba mengelak. Masih mahu kan masa dan ruang untuk dia berfikir.
“Abang kahwin aje lah.” Ain memberi cadangan itu sekali lagi.
“Eh! Jemu lah dengan perkataan kahwin tu Ain. Untuk apa. Nak sakitkan hati orang lain. Nak sakitkan hati abang juga.”
“Abang ada hati ke? Setahu Ain abang ni manusia paling kaku. Macam patung tak ada perasaan. Lama-lama Ain pun ikut abang. Jadi orang-orang duduk tengah sawah. Sebab tak dilayan macam orang. Baru hari ni abang cakap pasal hati abang tu. Kenapa? Hati abang dah cair?”
“Cair sebab Hakimi. Sebab lelaki tadi tu.”
“Ha…!”
“Bila dah dapat penyakit hati ni Ain memang susah dah nak berdolak dalih.”
“Ada apa-apa yang Ain tak tahu ke ni? Abang ni sejak bila cemburu pula Ain berkawan. Selama hari ni abang tak kisah pun.”
“Ain aje tak tahu. Lima tahun Ain berulang alik kerumah abang mengajar Mia abang perhatikan Ain setiap kali. Tak pernah tidak pun.” Hilman berterus terang.
“ Huh! Mengintip rupanya.”
“  Salah ke?” Hilman bertanya.
“ Entah..Siapa lah Ain ni kan orang nak tengok,nak pandang. Selamanya ni pun tak pernah orang pandang Ain. Bila ada orang nak pandang Ain baru abang perasan Ain ye. Lepas tu sibuk-sibuk nak suruh Ain buat itu ini.”
“ Ain..abang minta maaf sebab biarkan sahaja Ain macam tu. Abang tak prihatin pada Ain. Abang tak tunaikan janji abang pada mak Ain.”
“Abang dah tunaikan pun janji abang pada mak nak jaga Ain. Abang dah bagi Ain macam-macam. Ain dah cukup mewah. Kalau tak ada abang entah apa lah nasib Ain. Cuma Ain aje yang berjanji tapi tak Ain tunaikan pun.”
“ Sekarang ni abang nak minta Ain tunaikan janji Ain tu.”
Tunaikan janji. Mampukah dia mahu menunaikan janji yang dia buat lima tahun dahulu. Disaat dia terdesak. Disaat dia mahu lari dari kepompong kehidupannya.
“Abang dah fikir ke hala tujunya?” Ain bertanya. hatinya walang.
“ Sudah!..Ini yang abang nak. Abang nak Ain dan janji Ain tu.”
“Tapi kenapa?” Ain masih tidak berpuas hati.
“Kenapa? Ain tahu tak lagi lama abang biarkan Ain lagi jauh Ain dari abang.”
“Lagipun abang tak suka Hakimi rapat dengan Ain. Lelaki tu apa tah lagi. Nanti lagi susah.” Hilman berterus terang.
“Kenapa abang tak cakap aje dengan Hakimi terus terang,jangan usik Ain. Ain pun tak suka dia usik Ain. Ain tahu diri Ain.”
“ Itulah masaalahnya. Abang tak bersedia nak bagitahu dia. Sebab….”
“Abang masih tak berani nak hadap kenyataan. Sebab tu abang sanggup simpan aje Ain ni.”
“Abang percaya Hakimi tak akan melebih-lebih dengan Ain. Dia adik abang. Abang tahu dia akan faham.”
“Bagitahu semua orang kedudukan Ain. Baru Ain akan tunaikan janji Ain.”
Penyudahnya Ain mahu Hilman menyatakan kebenaran. Dia tidak mahu orang salah anggap pada dia Hilman kalau dia tinggal dirumah Hilman. Memang lah semua orang tahu dia pengasuh Mia tetapi apa orang akan kata kalau orang tahu bagaimana dia boleh menjadi sebahagian dari keluarga Hilman.
Hilman kembali kepejabat waktu makan tengahari sudah sampai ke penghujungnya. Di pejabat Elis sudah menantinya. Perempuan ini. Entah apa mahunya lagi. Sudah beribukali dia berpesan usah datang ke pejabat untuk urusan peribadi. Dia tidak senang dengan pandangan pekerja dibawahnya. Agaknya sudah berbakul umpat keji mereka untuk Hilman.
“ You pergi mana Man. I tunggu you janji nak lunch dengan I.  Ni dah nak minum petang dah baru nampak muka you.” Elis kelihatan sangat mengada-ngada tahap cimpazi dimata Hilman. Huh! Menyampah gila.
“I ada hal tadi. Kenapa You tak call I ?”  Hilman sebenarnya tahu janji dia dengan Elis. Sengaja dia mematikan telefon bimbit sewaktu dia bertemu Ain tadi.  Tidak mahu diganggu.
“You off handphone you. I lapar ni Man. Jom lah teman I makan. Boleh?” Elis memancing simpati Hilman.
“I dah makan tadi. Nanti makan lebih-lebih boroi pula. Siapa nak I lagikan. You aje lah pergi makan. I bagi you duit.” Hilman lantas mengeluarkan dompetnya. Mengambil beberapa not lima puluh ringgit menghulurkan kepada Elis.
Elis. Simata duitan pantas sahaja mengambil duit dari tangan Hilman. Hilman sudah faham muslihat Elis. Bukan sehari dua dia kenal Elis. Sudah menjangkau tiga tahun. Gadis itu hanya tahu mahu duit sahaja. Hilman pun tidak tahu kenapa dia jadi pemurah sangat dengan gadis itu. Padahal dia bukan pernah suka pun dengan Elis.
“Betul you tak nak ikut I ni?” Hilman mengeleng. Sudah tidak kuasa melayan kegedikan gadis dihadapannya.
“Makan kenyang-kenyang ye Elis. Duit tu pun cukup kalau you nak pergi shoping.” Sindir Hilman.
Salah dia juga terlalu baik dengan gadis yang bukan impiannya.
Elis hanya tersenyum dan pergi. Begitulah dia selalunya. Dapat duit terus pergi. Tak pernah pun berterima kasih.
Hilam menekan butang on pada laptopnya. Masuk ke akaun Facebooknya. Mencari-cari jika ada Cik Pinky di talian.Ain dengan nickname Cik pinky memang selalu ada di talian. Dengan cara ini sahaja mereka selama ini berbual.
Ain melihat masej yang terpapar di Facebooknya. Tak habis lagi ke Hilman ni. Mahu menyambung bual yang tertangguh ditepi pagar tadi. Aduhai! Malas mahu melayan. Namun dia gagah kan juga. Jika tidak dilayan macam-macam pula kata yang keluar dari mulutnya nanti.
Mr.Black> Ain..abang harap sangat Ain fikirkan apa abang cakap tadi.
CikPinky> Ye ..Ain tengah fikirlah ni. Macammana nak fikir kalau asyik diganggu aje.
Mr.Black> Sejak bila pula abang mengganggu Ain. Selalu okey aje berbual dengan abang kan.”
CikPinky> Sejak nak kena jadi full time pengasuh dekat anak abang tu lah.
Mr.Black> Ain tak suka Mia? Tak sayang anak abang tu ke?
CikPinky> Sayanglah. Tapi Ain tak sayang papa Mia dan papa Mia jangan nak perasan.
Mr.Black> Hahaha…Abang tahu Ain tak sayang abang. Dan Ain pun jangan ingat abang sayang Ain.
CikPinky> Tahu lah orang tak sayang. Tapi orang tu cemburu dengan adik sendiri, cemburu dengan Hezril.
Mr. Black> Hezril? Owh!..kawan Ain tu Hezril ye. Handsome juga abang tengok dia. Ain suka dia ke? L
CikPinky> Suka! Boleh tak Ain suka dia.
Hilma terus diam. Sengaja Ain mahu melihat perasaan Hilman. Agak lama Ain menanti.
Mr.Black> Suka lah dengan siapa pun. Itu bukan masalah abang tapi Ain kena ingat…
CikPinky> Ain tahu lah. Tak payah ingatkan Ain. Benciii…L
Mr.Black. Fikirkan elok-elok mengikut rasional akal Ain.
Eyy! Menyampahnya Ain . berfikir ikut rasional akal. Huh! Macam lah dia tak ada akal mahu berfikir. Kenapalah harus wujud Hilman dalam hidup Ain. Alangkah bagusnya jika tiada Hilman. Maka tidak lah dia ditimpa masalah yang tidak-tidak.
Ain teringatkan Farah. Sudah dua hari Farah tidak pulang. Dia perlukan seseorang untuk bercerita. Tapi tegakah dia bercerita dengan sahabatnya itu. Sedangkan segalanya adalah rahsia peribadi yang tidak pernah terungkap bertahun-tahun lamanya.
Ain memandang sekeliling ruang tamu. Ain tahu ini milik Hilman. Dia Cuma menumpang sebagai sebahagian dari kehidupan Hilman. Dia berhak mahu menolak tetapi siapa lah dia ketika itu. Dia sangat lemah dengan dugaan kehidupannya. Dia sangat tidak berdaya hingga dia menerima huluran tangan Hilman. Ikhlasnya Hilman memang sudah dapat dibaca Ain. Memang Hilman hanya mahu Ain hidup sempurna dan gembira. Kerana itu Hilman tidak kisah membuang duitnya untuk Ain. Walau siapa pun Ain, janji Hilman pada arwah mak telah Hilman tunaikan sebaik mungkin.
Janji Ain kepada Hilman bagaimana pula? Apa janji dia? Dia ingat Hilman sudah lupa janji Ain itu. Sangkaan Ain salah. Hilman tidak lupa rupanya. Kini Hilman menuntut sebuah janji. Otak Ain tepu tiba-tiba. Bagaimana dia mahu menghadapi kenyataan yang sudah berulangkali dia tolak kebenarannya.
Hilman sebaik-baiknya lelaki yang dia temui ketika itu. Lelaki yang tidak pernah peduli pada anaknya kerana kecewanya pada perjalanan hidup. Lelaki yang tidak peduli anak sendiri itu cukup peduli dengan dirinya. Kadang-kadang Ain melampiaskan juga rasa tidak puashatinya kepada Hilman tentang layanan kurang baiknya terhadap Mia. Namun Hilam hanya acuh tak acuh sahaja. Katanya itu hak dia. Ain bukan ibu Mia jadi Ain tidak tahu apa yang dia rasa.
Entah apa kaitan dia bukan ibu Mia dengan perasaan Hilman pada Mia. Puas memujuk agar menerima kenyataan. Agaknya baru hari ini dia boleh menerima kenyataan. Sebab itulah dia mahu Ain.
Hilman,sikapnya susah dijangka. Ain keliru.

2 comments: