Friday 30 December 2011

BAB 18

Rombangan Hilman meneruskan perjalanan ke Mersing sebuah daerah yang berada di dalam negeri Johor bersempadan dengan negeri Pahang. Kali ini mereka mahu singgah ke Taman Negara Endau Rompin. Menimba pengalaman didalam suasana dan semangat cintakan alam semula jadi.
Meneroka alam semulajadi memang sangat mendamaikan. Mia sanga teruja sejak dari Kg Peta lagi. Sebuah perkampungan orang hulu. Mereka akan berkhemah kali ini. Tidak ada hotel yang mewah. Sesuatu yang sangat lain dari kebiasaan dan yang paling penting tidak ada talian telekomunikasi. Itu yang Hilman dan Hizwan mahu. Bebas dari dunia luar.
Mereka akan berkhemah di Kuala Jasin walaupun ada tapak perkhemahan yang lain seperti Batu Hampar, Upih Guling dan Kuala Marong Hilman memilih untuk menginap ditapak perkhemaha Kuala Jasin. Esok pagi-pagi mereka akan berjalan kaki untuk ke jeram paling cantik didalam taman Negara ini. Jeram  Buaya Sangkut
Di Taman Negara Endau-Rompin juga terdapat banyak hidupan liar seperti harimau, gajah dan babi hutan serta bilangan badak sumbu Sumatera yang terbesar di dunia. Spesies tempatan yang lain termasuk binturung (bear cat) dan Ungka Tangan Putih (white handed gibbon) yang merupakan spesies mawas yang tunggal di kawasan ini. Di sini juga terdapat pelbagai jenis serangga dan burung yang jarang ditemui di tempat lain.
Terdapat juga banyak air terjun dan denai kecil di Taman Negeri ini. Air Terjun Buaya Sangkut dengan ketinggian 120 meter merupakan kawasan air terjun yang paling cantik. Ia ada lima tingkat dan mampu mengalirkan empat perpuluhan lima juta liter air seminit.
Kawasan ini juga penuh dengan mitos dan legenda dan telah menjadi sebuah kawasan rekreasi dan pelancongan yang mashyur di Malaysia. Ramai pelancong gemar menjejaki hutan ini, khususnya di habitat puak Jakun di mana mereka dapat mendengar cerita-cerita mitos hutan yang terpesona. Taman ini juga memberikan wawasan bernilai tentang budaya orang asli yang unik, teknik ketakatan serta kemahiran pemburuan dan pengesanan haiwan.
Mia sibuk denga kemera disepanjang perjalanan yang mengambil masa 40 minit menaiki bot dari perkampungan orang asli. Sungai yang dikelilingi hijau daun menyejukan mata memandang. Segar rasa mata Ain. Hizwan tidak berenggang langsung dari Ain.
Kali ini Hakimi tiada menyertai mereka. Dia telah pulang ke Kuala Lumpur dengan menaiki keretapi dari Johor Baru. Misya kemalangan! Hakimi terpaksa pulang diatas permintaan mama Misya. Mungkin keadaan Misya agak teruk. Ain tidak pula sempat bertanya.
Mereka sampai ke Kuala Jasin apabila jam sudah menunjukan ke angka 4 petang. Kepenatan menyebabkan mereka hanya bersantai melihat persekitaran. Melalui jalan tanah merah untuk ke kampung peta itu sudah cukup menyebabkan mereka merasa penat yang amat sangat. Jauh masuk kedalam hutan memang sesuai lah tempatnya dinamakan perkampungan orang hulu. Perkampungan orang asli didalam daerah Endau Rompin.
Untungnya berkhemah. Tidak perlu memasak. Didalam pakej yang dibiar sudah siap lengkap dengan sarapan pagi,makan tengahari dan makan malam. Masakan nya juga bersesuai dengan selera mereka yang mengikuti pakej ini. Yang seronoknya ini lah pertama kali Ain berpeluang merasa makanan pelik masyarakat tempatan. Gulai siput sungai dicampur dengan biji getah. Rasa tak termakan tetapi apabila sudah masuk ke mulut. Rasanya memang cukup lazat.
Ain memandang bintang yang bertaburan dilangit. Ditepi sungai berteman bunyi air yang mengalir. Dia duduk dibangku yang disediakan berteman cahaya bulan yang samar-samar. Suasana sangat aman dan damai. Sesekali dia mendengar bunyi ungas dirimba sahut menyahut. Bahasa yang tidak di fahami manusia. Namun Ain tahu mereka juga pasti sedang bersuka ria.
Hizwan menyertai Ain yang sedang asyik merenung bintang dan bulan.
“ Awak kira bintang ke Ain?” Sengaja Hizwan mengusik
“ Ye…sudah dekat seribu saya mengira. Awak datang aje saya terlupa sudah diangka keberapa saya mengira.”
Hizwan ketawa. Ain ada-ada sahaja.
“ Berembun malam-malam ni nanti ain demam pula. Jom lah duduk dalam khemah tu…”
“ Tak nak lah. Ain mahu melihat keindahan malam disini. Langit Kuala Lumpur dengan langit disini walaupun sama tetapi lain penghayatan nya. Disini tenang dan damai. Disana hiruk sahaja. Tak boleh nak feeling.”
“ Amboi! Tak boleh nak feeling,tak boleh nak beromantik ye?”
“ Eh sapa kata Ain nak romantic-romantik dekat dalam hutan pekak ni. Pandai aje awak kan.”
“ Yelah suasana sunyi ni memang lah sesuai untuk pasangan macam kita yang baru nak mencipta serasi. Berbual macam ni..duduk elok-elok. Tak ada siapa kacau.”
“ Siapa kata tak ada siapa kacau…”
Hizwan memandang sekeliling. Pelik! Memang tiada sesiapa pun menganggu dia dan Ain.
“ Tu..tangan tu. Dari tadi menepuk sana-sana. Mengaru sana sini. Siapa kacau?”
“ Oh! Nyamuk lah Ain. Dari tadi suka sangat dia gigit saya.”
“ Awak tahu kenapa dia suka gigit awak?”
“ Entah..mungkin sebab saya hansome dan comel kot.”
“ Heh! Perasannya awak ni hidung pun berlubang dua juga. Mana nya comel. Nak muntah saya dengar. Nyamuk tu suka dekat awak sebab awak wangi sangat. Dia suka lah. Dalam hutan macam ni mana ada orang pakai perfume. Ganjil kan? Tu sebab nyamuk suka. Silap hari bulan kejap lagi adalah binatang lain yang datang dekat awak.”
“ Ish! Nak mengusik saya lah tu.”
“ Aik! Takut ke? Seorang doctor tak boleh takut dengan apa pun. Kalau takut macam mana nak tolong orang.”
“ Taka da kena mengena lah Ain ni. Apa lah.”
Ain ketawa. Entah apa dia cakap. Dia sendiri tidak tahu. Dia sebenarnya malu dengan kehadiran Hizwan dan dia mula diserang penyakit mengelabah. Huru haranya sudah datang. Baru dia mahu bersantai-santai dibawah bulan purnama. Tahu-tahu Hizwan datang tidak diundang. Huh! Ain masih tidak dapat sesuai kan diri dengan lelaki yang bergelar suami itu. Ain masih segan dan malu. Disebab kan itu dia membina ruang yang sangat luas diantara mereka berdua. Memang tidak patut sangat tetapi Ain masih tidak bersedia apa-apa.
“ Ain..saya faham jika Ain masih lagi segan atau malu dengan saya. Ambil lah sebanyak mana pun masa yang Ain nak. Cuma saya harap percutian ini akan membuang segala rasa malu dan segan tu. Kalau boleh selepas ini saya mahu Ain melayani saya sebagaimana seorang isteri melayan suami. cuma saya tidak akan memaksa jika Ain tidak bersedia.”
“ Walaupun untuk jangka masa yang panjang ke? Kalau dua tahun akan datang pun Ain masih tak dapat sesuai kan diri Ain macam mana pula?”
“ Lamanya mati kering lah saya macam tu. Tak adalah. Insya allah saya jamin tak akan ada masa yang sebegitu panjang. Ain ni nampak sahaja macam ni tapi saya tahu hati Ain tak akan sekeras batu.”
Hizwan memang pandai meneka. Ain tahu hatinya tidak akan menjadi sekeras batu. Jiwa nya senang sahaja terusik jika di ulit selalu dengan kesabaran. Mungkin hati Ain hanya seperti seketul Ais yang akan mengecil dek panahan matahari. Dan matahari itu adalah Hizwan suaminya.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Mereka melalui hari yang sangat meyeronokan di Taman Negara Endau Rompin. Mia sudah tidak takut akan pacat. Ain juga sudah tidak geli dengan binatang kecil yang mempunyai gigi tajam itu dan gemar menghisap darah. Dua hari berkampung didalam hutan sudah cukup melalikan mereka dengan serangga penghuni alam.
Mia sangat teruja apa bila mereka terserempak dengan puak orang asli dari suku kaum Jakun. Terpaksa lah Ain menerangkan kepada Mia tentang bangsa Jakun ini.
“Bangsa Jakun atau lebih dikenali sebagai Orang Ulu ada lah daripada suku kaum Melayu Asli (Melayu Proto) yang tinggal di selatan Semenanjung, berasal dari Yunan (Selatan Cina).”
“ Jauh nya mereka datang …naik apa mereka datang kesini?”
“ Dulu mana ada kapal terbang. Mungkin mereka merentas hutan belantara. Berjalan kaki. Tahu-tahu sudah sampai Malaysia.”
“ Mereka masih mengamalkan animisme. Kehidupan mereka dipengaruhi oleh alam sekitar seperti gunung, bukit, lembah, sungai, batu, gua dan sebagainya. Mereka percaya kampung mereka akan dilanda bencana sekiranya ada di antara mereka yang melanggar pantang larang. Kalau Mia nak tahu…apabila ada kematian mereka akan meninggalkan mayat diatas pokok dan berpindah kekawasan lain. itu kepercayaan mereka lah. Tak tahu lah sekarang ni mereka masih amalkan atau tidak.”
“ Selain suku kaum Jakun ni kan Ain dalam Malaysia ni ada berapa banyak lagi kaum Melayu Proto ni?”
“Ada banyak lagi macam Semelai. Semelai adalah salah satu Suku Kaum Orang Asli dari suku bangsa Melayu Asli (Proto Malay). Taburan petempatan Orang Asli Semelai terdapat di Pahang Tengah seperti di Tasik Bera, Sg. Bera, Sungai Teriang, Paya Besar dan Paya Badak serta di sempadan Pahang menghala ke Negeri Sembilan seperti di Sg. Serting, Sg. Lui dan Ulu Muar. Dari segi rupa dan bentuk fizikal Orang Asli tidak banyak bezanya dengan Orang Melayu. Sama juga macam kita Cuma mungkin kita jauh lebih maju. Tapi sekarang mereka pun dah tahu guna ipad tahu.”
“ Kak Ain ni memang banyak informasi. Mia suka sangat. Sejarah Kak Ain ada kelas. Tahu sahaja sejarah Malaysia ni.”
“ Kak Ain tak pandai belajar. Tapi kak Ain suka sejarah. Ada orang tak suka sejarah. Itu adalah orang yang sangat rugi sebab kalau tak ada sejarah tak ada lah zaman maju dan canggih ni.”
“ Kak Ain memang cerdik…Untung uncle kan Mia.”
Hizwan memang suka mencelah bab yang tidak ada kena mengena dengan tajuk perbualan. Sentiasa mahu menarik perhatian orang sahaja.
“ Lagi kak Ain…kata ada beberapa. Ni baru dua…”
“ Ada  lagi salah satunya Orang Kuala. Orang Kuala di percayai berasal dari kepulauan Riau-Lingga dan kawasan yang berhampiran dengan pantai Sumatera, Indonesia. Mereka ini kebanyakannya tinggal menetap di kuala-kuala sungai di pesisiran pantai selatan negeri Johor. Kini Orang Kuala tinggal menetap di daerah Batu Pahat dan di daerah Pontian.”
“ Jadi kebanyakan suku kaum orang asli bukan lah berasal dari Malaysia ye Ain?” tanya Hilman. Memang berbaloi mengikut kehendak Ain mengembara dalam Malaysia ni. Banyak benda yang dia tak tahu tapi diketahui oleh Ain.
“Begitu lah bang. Ada lagi, orang kanaq dan orang seletar”
“Orang Kanaq  ni terdapat di kawasan pinggir di kampung Selangi, Mawai daerah Kota Tinggi Johor merupakan suku kaum yang terkecil bilangannya iaitu 17 keluarga seramai 65 orang. Semenjak kerajaan memberi penumpuan untuk memberi kesejaheraan kepada rakyat kini Orang Kanaq tinggal menetap di kampung Selangi.”
“ Orang Seletar tu pula ada dimana Ain?”
“Orang Seletar atau "Sea Gypsies" merupakan kumpulan pengembara persisiran pantai dan laut yang tinggal dalam perahu, di pulau, persisiran pantai, dan kuala sungai. Kawasan utama petempatan mereka ialah di persisiran pantai Selatan Johor dan utara Singapura.”
Penerangan Ain habis disini sahaja. Dia malas mahu berfikir lagi. Otaknya jem tiba-tiba. Pening dan rasa seram sejuk. Seperti mahu demam.
Dia hanya fikir mahu berehat sahaja sehingga esok. Esok mereka akan ke Pulau Tioman pula. Pulau Idaman Ain. Pasti dia akan lebih seronok dan teruja. Didalam hati Ain berdoa supaya dia tidak ditimpa sakit. Sudah agak lama dia tidak demam. Jangan lah ia berlaku. Jika tidak dia pasti akan ketinggalan menikmati percutian ini.
Ain terlena setelah menelan dua biji panadol. Hizwan merasa dahi Ain denga belakang tapak tangan nya. Agak panas. Ain demam.Hizwan mulai merasa bimbang. Didalam hutan gigitan nyamuk boleh menjadi punca demam dan alahan jika antibody tidak kuat.
Hizwan membelek lengan Ain yang agak terdedah. Tidak ada kesan gigitan nyamuk. Dia merasa lega.. barangkali Ain hanya demam disebabkan factor cuaca. Didalam hutan yang masih tidak tercemar cuaca nya sangat sejuk dimalam hari. Mungkin Ain tidak tahan dengan sejuk.
Otak Hizwan mula berfikir. Bagaimana mahu melindungi buah hatinya itu? Kenakalan nya terserlah! 

2 comments:

  1. hahahah..apa jugak hizwan nk buat..jgn2 die hug ain nnt..hehehe

    ReplyDelete
  2. aisy...amboi. tak lah..hehehe.malu nak tulis macam tu...hehehe

    ReplyDelete