Wednesday 4 January 2012

Bab 20

Seketika Ain merasa dirinya sangat sempurna menjadi seorang isteri. Tiada siapa yang mengganggu lenanya disisi Hizwan. Namun ia hanya seketika. Sebaik sahaja dia terjaga sekali lagi dia bersendirian. Ain merasa kecil hati. Hizwan tinggalkan dia. Gharib entah kemana.
Jam didinding sudah menginjak ke angka 12 tengahhari. Tidur meninggi hari memang tidak bagus untuk kesihatan. Kepala nya mula diserang sakit berdenyut-denyut. Padan pada muka sendiri. Telefon yang bordering mengejutkan Ain. Dia membiarkan sahaja. Bunyi Pontianak mengilai itu telefon Hizwan. Bukan dia yang punya. Tak kuasa dia mahu melayan.
Namun bunyi yang tidak putus-putus memang menyeramkan dia sahaja. Dia mengambil telefon yang sedang mengilai di atas meja. Tanpa melihat nama yang tertera dia mengangkatnya.
“ Hello! Ya…”
“ Hizwan ada..” Ain mendegar suara yang maha lembut aka Siti Nurhaliza. Dadanya berdebar kencang.
“ Dia tak ada. Keluar tak bawa telefon.”
“ Oh! Ye ke…tak apa nanti saya telefon lagi.”
Si pemanggil terus meletakan telefon. Seketika masej pula berbunyi. Ain melihat masej yang diterima. Hatinya berkocak. Dia mahu membaca masej itu. Biarlah kalau Hizwan nak marah pun. Hatinya dihasut cemburu.
“ Saya dah balik semalam. Sampai hati tidak menunggu. Janji mungkir…L
Siapa pula ni? Ain melihat jika ada nama tertera. Tiada. Hanya nombor sahaja. Ada lagi perempuan lain rupanya. Bukan Liza seorang. Berapa banyak skandal yang Hizwan ada agaknya.
Kecewakah dia?. Batu mungkin lah tidak kecewa. Ain bukan batu. Ain ada hati. Dalam diam hatinya terasa punah dilanda badai. Libang –libu menahan rasa. Hizwan! Sampainya hati.
Usai mandi Ain menjengah kamar Kak Pah dan Mia. Mereka sedang bersantai sahaja menonton televisyen. Kehadiran Ain dipandang sahaja. Mungkin cerita di tv lebih bagus dari melayan Ain yang monyok bagaikan tikus mondok tertelan julap.
“ Tak ada siapa ye nak layan Ain kesiannya. Semua orang dah makan ke?”  Ain memecah kesunyian.
“Semua sudah. Kak Ain aje tidur tak nak keluar bilik. Tidur sahaja tahunya.” Mia menjawab tanpa menoleh. Matanya terus sahaja tertancap ke kaca tv.
“Kak Pah dah makan ke?” Ain bertanya Kak Pah pula.
“ Dah Ain..” Sepatah sahaja jawapannya.
Apa kena dengan semua orang. Sudah tersampuk Jin Pulau agaknya. Dia macam halimunan sahaja. Tak ada siapa pandang. Nak boikot dia ke?
“ Abang Hilman dengan Hizwan kemana?” Ain bertanya lagi walaupun dia tidak dipeduli.
“ Kepantai agaknya.” Sepatah lagi jawapannya.
Apa kena lah dengan semua orang. Ain bosan. Dia melangkah keluar dari bilik mereka dan membawa langkah kakinya sendiri.
 Tanpa Ain sedar dia sudah terlalu jauh dari tempat penginapan mereka. Kebetulan dia melihat sekumpul makcik-makcik sedang menjemur ikan untuk dijadikan ikan kering. Asyik benar dia melihat. Walaupun bau nya agak kurang menyenangkan dia tidak kisah. Ain terleka hingga dia disapa oleh salah seorang makcik tersebut.
“ Anak ni datang melancong ke? Bukan orang sini kan? Tak pernah nampak pun.”
“ Ye makcik datang bercuti dengan keluarga.”
“ Tapi mengapa seorang sahaja mana yang lain?”
“ Oh! Yang lain semua tak mahu berjalan makcik. Masih penat barangkali. Ikan masin ni untuk jualan ke makcik?”
“ Jualan dan kegunaan sendiri nak. Tak panas ke tengahari terik ni berjalan?”
Lah panas ke? Ain mendongak. Kenapa dia tidak merasai itu semua. Leka melayan hati agaknya. Terik matahari pun dia tidak rasai.
“ Mari berteduh dulu dekat pondok makcik nak. Dah masuk waktu zohor ni.” Pelawa wanita itu.
Ain mengikut langkah wanita yang dipanggilnya makcik itu.
“ Siapa nama makcik? Terima kasih makcik sudi pelawa saya kerumah makcik.”
“ Panggil sahaja makcik Som. Tak ada apa pun dirumah makcik ni nak. Rumah nelayan buruk sikit. Jemput lah naik.”
 Ain melangkah anak tangga yang diperbuat dari kayu itu satu persatu. Memang rumah ini nampak uzur tetapi kemas sahaja. Dan sangat lapang. Tidak terasa berada didalam sebuah rumah yang uzur. Nelayan tentu lah bukan orang senang. Dilaut sana lah rezekinya. Sungguh pun lautan itu luas namun cabaran ombaknya belum tentu mampu disahut. Musim tengkujuh bukan lah musim bertuah para nelayan. Ain cukup faham itu.
Makcik Som menghidang air untuk Ain. Air limau nipis suam itu Ain hirup terasa masamnya apabila mencecah lidah. Namun sedap! Ain memang gemarkan air limau nipis. Tanpa sedar habis segelas air diteguk. Baru lah dia merasa panas membahang membakar kulit. Merah wajahnya. Pink!
Ain leka berbual dengan Makcik Som. Berjemaah zohor bersama masak juga bersama. Masakan ringkas dari MAkcik Som memang sedap. Ain yang sememangnya lapar terlupa seketika,rajuknya seakan terpujuk. Kalau orang lain tidak pedulikan dia ada juga insan yang kisah akan dirinya. Makcik Som yang baik hati Berjaya mengubat lara dihati Ain.
“ Ain ada sini ke Kak Pah?” Pertanyaan Hizwan hanya dijawab dengan pandangan aneh oleh Kak Pah.
Tadi Ain yang bertanya. sekarang Hizwan pula bertanya. pelik sungguh dia dengan kelakuan suami isteri ini.
“ Tadi Ain ada dekat sini. Lepas tu dia keluar. Dia tak ada dekat bilik ke?”
“ Tak ada. Dah petang ni Kak Pah. Kemana Ain pergi agaknya.” Hizwan kerisauan.
“Dari tadi Ain tak balik ke?”
“ A’ah. Dari tengahhari tadi.”
“ Apa lagi yang tak kena dengan kau berdua ni?” Hilman menyampuk.
‘ Tak ada apa pun yang tak kena.”
“ Tengok muka kau pun abang dah tahu. Mesti ada yang tak kena ni. Bergaduh?”
“ Pasal Liza?”
“ JAdi Ain dah cerita lah dengan kau?”
“ Abang tahu?”..
Hilman hanya mengangguk.
“ Apa masalah semua orang berahsia dari saya ni. Apa susah sangat ke nak bercerita hal sepatutnya dengan saya. Saya ni ada hak nak tahu semua hal. Ni entah apa lagi yang abang dan Ain sorok dari saya.”
“ Tak payah kau nak tunjuk marah kau dekat abang Hizwan. Abang pun tahu dari Ain selepas beberapa bulan dia pergi. Kebetulan sahaja terjumpa dia sedang bekerja membuat roti canainya tu. Bukan abang sengaja nak sorok apa-apa.”
“ Masalahlah dengan Liza ni. Kemaruk sakan. Tak peduli laki orang ke tidak. Semua nak. Tak reti bahasa pula tu.”
“ Tak guna juga kau nak marah Liza. Kau fikir sendiri Hizwan…macam mana kau layan Liza tu selama hari ini. Kalah layanan kau pada Ain abang rasa. Klinik kau bagi dia uruskan. Okey lah abang faham sebab kau sambung belajar. Abang pun tak boleh ambil alih sebab tak layak. Tapi bukan dia aje pemegang saham dalam klinik tu. Zahari ada kan. Kenapa dia juga yang kau pilih? Salah kau juga kan? Sekarang ni bila dah tahu apa Liza dah buat pada rumahtangga kau. pandai-pandai lah kau fikir apa kau nak buat. Abang tak boleh campur lebih-lebih. Ingat Hizwan Ain sudah menjadi tanggungjawab kau.”
“ Yelah bang. Salah aku. Ni Ain ni pun satu hal hilang macam tu sahaja. Telefon tak di bawa. Entah kemana dia pergi. Risau dah ni.”
“ Ain tak ada dalam bilik? Kemana dia pergi?”
“ Entah lah bang. Dah puas saya keliling resort ni bertanya dekat penyambut tetamu kalau nampak dia. Tapi tak  ada.”
“ Tahu pulak kau sayang dia ye? Susah hati lah ni..?”
“ Sayang bini lah bang. Walaupun tak serupa laki bini.”
“ Lah! Belum lagi?...tak pandai tackle memang lah orang menolak. Belum apa-apa dah merajuk. Mana nak jalan.” Hilman ketawa.
“ Aku serius kau buat lawak pulak bang. Tak kan aku nak paksa kalau orang tak nak pulak. Tu dah jenayah namanya.”
“ Jenayah apa?” Hilman ketawa lagi. Kali ini lebih kuat. Suka melihat muka Hizwan yang berkerut menahan rasa.
“ Kanun keseksaan. Jenayah rogol. Dah lah tu isteri sendiri pulak. Tak pasal-pasal aku kena sumbat dalam penjara. Paling minima 20 tahun. Dari merana 20tahun bang elok aku bersabar. Tunggu sahaja ikan datang menyerah ke dalam pinggan.”
“ Kalau kau tak tangkap ikan dan tak goreng mana maunya dia datang dalam pinggan kau Hizwan.”
“ Dah lah bang. Mana nak cari Ain ni?”
“ Tak payah lah kau nak risau. Kejap lagi balik lah. Besar mana sangat lah pulau ni sampai dia nak sesat bagai.”
Hizawan mengambil keputusan mahu menanti Ain pulang dibilik. Malas dia mahu duduk melepak dibilik Hizwan. Tak tahan telinganya mendengar usikan Hilman. Pedih hati!
Ain yang leka melayan Makcik Som tersedar sudah terlalu lama dia berada disitu. Dia meminta izin untuk pulang ke resort. Dia berjanji esok jika dia ada masa dia akan menjengah makcik Som lagi. Ain berjalan kaki pulang keresort.
Melihat kasut Hizwan berada diluar Ain tahu suaminya itu sudah pulang. Dia buat tidak tahu apabila melihat kelibat Hizwan di balkoni. Malas mahu menegur. Teringat dirinya yang ditinggalkan begitu sahaja. Ditambah pula dengan panggilan dari perempuan manja yang mencari Hizwan tadi.
“ Ain pergi mana?” teguran Hizwan tidak dijawab. Dia terus sahaja berlalu ke bilik air. Buat bodoh lebih baik dari menjawab.
Keluar dari bilik air Hizwan sudah menanti. Menunggu Ain memberi jawapan yang tertangguh. Ain masih buat bodoh. Protes dalam diam.
“ Ain saya tanya. Ain pergi mana tadi. Sekarang baru balik.’
“ Tak  ada kemana-mana. Duduk disini sahaja kenapa?”
“ Kenapa tak nak bagi tahu?”
“ Awak keluar ada bagitahu ke?
“ Oh! Membalas lah ni?”
“ Balas apa? Tak ada nak balas apa-apa pun bukan awak ada tulis surat pun.”
“ Jangan lah nak loyar buruk pula dekat sini Ain.”
“ Siapa pula yang nak loyar buruk.”
Ish! Merajuk lah pula Ain hari ni.
“ Awak marah saya tinggalkan awak ke?” Hizwan mengekori Ain yang sudah beralih ke balkoni. Melihat laut yang bergelora. Tetap pandangan matanya di laut lepas. Malas mahu melayan Hizwan. Nanti jadi pergaduhan pula.
“ Ain….” Hizwan memeluk Ain dari belakang. Rambut isterinya itu dihidu. Wangi betul!
Ain terkejut dengan perlakuan Hizwan. Cepat-cepat dia meloloskan diri dari pelukan lelaki itu. Menyampah atau sebenarnya dia memang merajuk dengan Hizwan. Dia menjeling geram.
“ Cantik bila Ain menjeling macam tu. Buat sekali lagi.” Hizwan sudah mula mengusik Ain.
“ Ishhh!..”
“ Ain buat apa pun tetap cantik. Macam bidadari. Saya suka sangat.”
“ Dah tak payah nak puji-puji. Ain tak kenyang dengan pujian ni. Lapar lagi adalah.”
“ Tak nak lah merajuk macam ni. Okey saya mengaku salah tinggalkan Ain tadi. Saya tak sampai hati nak kejutkan sahaja.”
Bukan pasal kena tinggal yang menyebabkan Ain merajuk. Sebenarnya lebih kepada panggilan dari perempuan yang entah siapa. Tak cukup Liza  ada lagi perempuan lain pula. tahu lah ada kuato lagi 3. Aku seorang pun belum tentu boleh dia bahagiakan ini kan pula empat. Melampau lah tu.
“ Ain baca masej saya ya…jawap panggilan untuk saya.”
Pandai pula Hizwan meneka. Jadi apa masalahnya?”
“ Dia tu kawan sekuliah sahaja. Cuma bagitahu dia dah balik. Memang dah janji nak tunggu dekat KLIA. Tapi dah pergi bercuti tak dapat lah nak tunggu. Cemburu?”
Eh! Pandai pula nak bagi penerangan. Tahu sahaja cemburu sang isteri. Memang Hizwan membelek telefon yang dia tinggalkan. Melihat masej yang sudah dibaca. Melihat panggilan yang sudah berjawab. Dia boleh meneka sendiri kenapa Ain bersikap bagaikan patung cendana. Cemburu! Tandanya sayang. Hizwan tersenyum. Merajuk dia sudah sejuk. Kini Ain pula meraju minta dipujuk. Macam mana nak pujuk. Dipeluk tak mahu. Didekati dia lari. Macam burung merpati, bila jauh dia mendekat bila ditangkap dia lari.
Ain perasaan nya sukar ditebak.

3 comments:

  1. best.. best.. best... nk lagi.. bab seterus nye 21..
    ^__^

    ReplyDelete
  2. hahaha..lps sorang2 merajuk..hizwan kene cari idea lain nk pujuk ain

    ReplyDelete