Monday 2 January 2012

Bab 19

Perjalanan ke Pulau Tioman dari Jeti Tanjung Gemuk mengambil masa lebih kurang 40 minit sudah cukup membuatkan Ain lembik dan tidak bermaya. Sudah dekat empat kali dia mengeluarkan isi perut. Habis semua makanan yang menjadi santapannya pagi tadi. Sudah lah dia kurang sehat. Situasi sekarang leboh memberi kesan terhadap tubuh badan Ain. Dia menjadi layu.
Keindahan Pulau Tioman tidak dapat Ain nikmati. Bagaimana mahu begitu jika dia hendak membuka mata pun tidak larat. Sedari tadi selepas sahaja mereka memasuki bilik masing-masing Ain sudah lena keletihan. Dunianya berpinar seketika.
Hizwan marah! Benar-benar marah. Buka sahaja telefon berlambak masej dari Liza. Belum sempat dia habis membaca deretan masej terpaksa pula dia menjawab panggilan Liza. Perempuan itu benar-benar menguji kesabarannya.
“You kena mula kan kerja you Hizwan. Cawangan baru dah nak dimula kan. Pengubahsuaian you kena turun site tengok. I kena bagi tumpuan pada klinik satu lagi. I tak larat nak buat seorang.”
“ I ada lagi dua minggu untuk mula bekerja. Dua minggu pun tak kan you tak boleh tunggu. Zahari kan ada. Yang lain pun ada kan nak tolong you handle. Baru empat cawangan Liza bukan sepuluh.”
“ Dia orang tu bukan tuan punya. You yang empunya. Mereka boleh tolong you handle pesakit sahaja. I pun sepatutnya tak boleh tolong you lebih-lebih. Dah banyak sangat I tolong. You hanya tahu setiap bulan akaun you ada duit. Tolong lah Hizwan I penat lah.”
“ You kenapa ye. Sebelum ni you tak pernah bersungut macam ni. Bila I cakap selepas sebulan baru I ambil alih sepenuhnya you kata okey. Lepas you balik dari Melaka you terus macam ni. Kenapa? ada perkara yang I tak tahu ke Liza.”
Liza terdiam. Kenapa Hizwan tidak mahu melihat dia dengan mata hatinya. Dia puas membina kasih dan cintanya terhadap lelaki itu tetapi Hizwan beku. Dan buat tidak tahu. Apa pun dia sanggup untuk lelaki yang dia cintai termasuk lah memperbodohkan diri. Menghamba abdikan diri pada satu-satunya orang yang dia cintai. Namun Hizwan tidak memandang dia walau sebelah mata pun. Hanya perkataan sahabat sahaja yang keluar dari mulut Hizwan. Liza mahu berputus asa sahaja tetapi dia tidak mahu kalah dengan perempuan kampung yang menjadi pilihan papa Hizwan. Dan hatinya bertambah parah apabila dia melihat kembali perempuan itu di Melaka. Entah bila perempuan kampung itu kembali kesisi Hizwan. Itu yang menyebabkan dia rasa tergugat dan hatinya mula berniat jahat. Sungguhpun perempuan itu isteri Hizwan namun dia merasakan hanya dia yang layak untuk Hizwan. Sudah terlalu banyak dia berkorban demi kasihnya terhadap Hizwan. Biarpun tidak dipandang namun dia nekad mahu merebutnya.
“ I dah penat Hizwan. Lima tahun I bersusah payah membangunkan apa yang you amanahkan. You dah balik. Dah tiba masanya you buat apa yang I dah buat.”
Hizwan sakit hati memikirkannya. Hari tu kata okey. Manis mulut mengiyakan sahaja. Sekarang sudah tidak boleh pelbagai alasan di cipta. Hipokrit sungguh perempuan yang dia anggap sahabat ini.
Hizwan memandang Ain yang tidur dengan kelesuan. Mustahil dia mahu meninggalkan Ain begitu sahaja bersama Hilman , Mia dan Kak Pah. Sedangkan dia baru sahaja mahu mendekatkan dirinya bersama Ain. Ini sahaja peluang yang dia ada. Dia tahu sangat jika sudah bekerja dia tidak akan ada masa untuk bersama Ain.
Dia tidak akan balik. Dia terfikirkan sesuatu dan cepat-cepat membuat panggilan telefon kepada seseorang.
Usai bercakap-cakap dengan seseorang ditalian Hizwan tersenyum. Selesai satu masaalah yang dibawa Liza. Selepas ini Liza tidak boleh mengarah itu ini lagi. Hizwan sendiri sudah muak dengan sikap Liza. Seolah-olah dia yang menjadi bos dan isterinya.
Ain terjaga apabila dia merasa sangat lapar. Dia memandang sekeliling. Sudah gelap gelita. Hanya cahaya samar-samar yang masuk melalui celah-celah pintu bilik. Kenapa dia sendirian? Ke mana Hizwan? Perlahan-lahan dia bangun. Masih lagi pening-pening lalat.
Ain mandi menyegarkan badan yang letih lesu akibat dari kemabukan terlampau. Alah betul dia dengan laut dan bot. mungkin kerana ini kali pertama dia menaiki bot. mana lah sama bas dengan  bot. rasanya jauh sangat berbeza. dia tidak akan mengalah. Kalau mengalah dengan alahan tentu lah dia tidak dapat kemana-mana jika terpaksa menaiki bot.
Hizwan masuk kedalam bilik dengan semangkuk bubur yang dibeli di cafeteria. Dia tersenyum lega mendengar bunyi air pancuran. Pasti Ain sudah sehat sedikit. Hizwan meletakkan bubur dimeja kecil di sisi katil. Dia beralih keruang tamu. Menekan butang on televisyen mencari chanel cerita yang bagus untuk ditonton sementara menanti Ain selesai mandi.
Ain melihat semangkuk bubur dengan segelas air milo masih panas berada diatas meja kecil. Spontan Ain tersenyum. Dia membawa dulang berisi bubur dan air milo ke ruang tamu. Dia tersenyum melihat Hizwan tertidur diatas sofa dengan televisyen yang terpasang. Ain tidak mahu menganggu lena Hizwan. Dia menghabiskan bubur yang berbaki lagi sedikit. Sambil matanya menonton drama yang ditayangkan.
Hizwan yang terlena seketika terjaga dan melihat Ain sudah duduk bersila disisinya. Spontan dia mengusap rambut Ain yang masih lagi kelihatan basah. Ain terkejut. Namun dia tidak pula mengalabah macam selalu. Kali ini dia ternyata sudah dapat belajar dan menerima kehadiran orang asing dalam hidupnya.
“Terima kasih bubur dengan air milo ni. Saya ingatkan awak hilang kemana. Bangu tidur sahaja awak dah hilang.”
“ Kasih diterima. Saya keluar makan dengan abang Hilman, Kak Pah dan Mia. Nak kejutkan awak. Kesian pula. lena betul awak tidur. Sampai tak sedar. Kepala macam mana? Dah okey?”
“ Okey lah sikit. Ting tong betul saya ni. Alah dengan laut. Sorry susah kan awak semua.”
“ Biasa lah kali pertama macam tu lah Ain. Mabuk laut sebab teroleng-oleng di lautan. Lain kali mesti okey punya.”
Telefon Hizwan bordering menganggu perbualan mereka. Ain mencapai telefon yang berada bersebelahan nya sahaja. Sempat dia dia mengerling nombor yang terpapar di skrin. Liza! Hati Ain diserbu rasa yang kurang enak. Jiwanya kacau. Perempuan ini mengapa suka sangat menganggu hidupnya.
Hizwan hanya membiarkan sahaja telefon itu tidak berjawab. Terhenti dan berbunyi lagi. Nyaring membingitkan telinga.
“ Kenapa tak jawab? Dah dua kali berbunyi. Mana tahu ada perkara penting.”
“ Mana ada pentingnya. Tak penting pun panggilan tu. Nanti kalau ada apa-apa pandai lah mereka-mereka tu nak settle.”
“ Ish! Tak elok kan macam tu.”
“ Tak payah. Biarkan sahaja. Dia bosan dia tahu lah nak berhenti.”
Ain tidak bertanya apa-apa lagi. Matanya terarah kembali ke layar tv. Walaupun entah apa yang dia tengok!
HIzwan mengambil tempat bersebelahan dengan Ain duduk bersila dibawah. Suka benar dia dengan bau wangian Ain yang lembut menusuk hidungnya. Wangian yang di kongsi bersama Kelisa Pink Ain. Mahu sahaja dia mencium isterinya itu namun dia hormati Ain. Tidak mahu mencari masalah.
“ Ain seronok?”
Ain memandang Hizwan yang tiba-tiba sahaja bertanya. orang bodoh pun tahu kalau dah bercuti tentulah seronok. Sama ertinya dengan gembira dan juga suka.
“ Eh! Mestilah Ain seronok. Lagi pun Ain yang nak bercuti ni. Kenapa? Awak tak seronok? Nak balik Kuala Lumpur ke? Kalau awak ada kerja yang nak diselesaikan elok lah kalau awak balik.”
“ Balik? Tanpa Ain saya tak akan balik.”
“ Saya tahu awak ada masalah sekarang ni kan HIzwan? Pasal Liza? Nak share? Saya tak kisah kalau awak nak bercerita dengan saya.”
“ Liza? Ain kenal dia ke.?”
Perlahan Ain mengnagguk. Dia harus berterus-terang. Dia tidak mahu menyimpannnya lagi.
“ Macam mana Ain kenal Liza?”
“ Macam mana dan bagaimana Ain kenal dia.” Ain mengalih kan kedudukannya menghadap Hizwan. Bertentangan mata. Dia harus mengungkai kan segalanya saat ini. Dimana dia punya kesempatan. Sebelum rumahtangga yang dia bina hancur lebur sekali lagi.
“ Awak tahu kenapa saya tinggalkan awak sewaktu orang lain sedang sibuk mengemas rumah selepas majlis pernikahan kita?”
Hizwan mengeleng.
“ Liza….”
“ Liza?...kenapa dengan dia?” Hizwan tidak faham.
“ Liza telah datang kepada saya sewaktu saya sedang membuang sampah lebihan kenduri malam itu. Dia meminta saya meninggalkan awak.”
“ Apa!..saya tak faham. Kenapa dia minta awak tinggalkan saya pula.”
“ Cinta…dia terlalu mencintai awak. Terlalu taksub dengan cintanya terhadap awak.”
“ Dia meminta saya mengalah sebab cintanya yang agung kepada awak. Dia sanggup mati demi awak. Dia merayu pada saya. Katanya awak adalah lelaki pertama yang dia cintai dan tak akan lupai. Dia merayu saya menyerah kan awak padanya. Merayu sungguh-sungguh”
“Dan Ain bodoh ‘memberi’ suami sendiri kepada orang lain? kenapa Ain tak cakap dengan saya? Kenapa buat keputusan sendiri tanpa bertanya saya dahulu. Saya ni siapa Ain? Ain ni memang lah tak cerdik. Membuat keputusan sendiri. Dan membazir masa yang sepatutnya untuk kita semata-mata kerana Liza tu. Ain ingat saya ni tak ada hati ke? Batu? Kayu? Tunggul?”
“ Awak marah saya?”
“ Marah sangat-sangat. Ain membuat keputusan tanpa berbincang dengan saya. Kalau Liza itu lah penyebabnya memang lah Ain tak ada otak nak berfikir. Ketepikan saya macam tu sahaja. Lari dan kemudian tak fikir apa saya dan papa rasa.”
Ain terdiam. Memang Hizwan benar-benar marah ketika ini.Hizwan tidak mahu terus berada dihadapan Ain lagi. Kemarahan menguasai diri. Dia keluar dengan pintu yang dihempas sekuat hati. Ain terkejut. Airmatanya tanpa disedari membasahi pipi.
“ Maaf kan saya. Saya telah mengkhianati awak.” Ain berbisik perlahan. Dia sudah menduga ini yang akan dia terima. Memang dia yang salah. Mengalah pada seorang perempuan yang tidak sepatutnya menjadi orang ketiga. Namun apakan daya dia. Kasihnya tidak sekukuh Taj Mahal. Cintanya tidak setinggi Everest. Jika hari ini Hizwan membencii dia itu adalah salahnya sendiri. Ain redha. Memang dia bersalah kerana tidak berbincang dengan Hizwan sedangkan lelaki itu adalah suaminya.
Ain tidak mahu memikirkannya lagi. Saat ini memadai Hizwan sudah tahu bahawa Liza bukan lah sahabatnya yang sejati. Liza menolong dengan bermakna. Ada maksud tersirat disebalik yang tersurat. Terpulang kepada Hizwan sama ada dia mahu menerima hakikat atau pun tidak.
Ain menanti kepulangan Hizwan. Namun sehingga ke jam 2 pagi kelibat lelaki itu langsung tidak kelihatan. Marah sangat agaknya Hizwan pada dia. Ain cuba meletakkan situasi dirinya pada diri Hizwan. Kalau dia memang dia sudah memuntahkan segala lahar kemarahan. Siapa yang tidak marah isteri pergi disaat dia bersedia menjadi seorang suami. itu pun kerana seorang perempuan lain yang langsung tidak disukai. Ain terasa hati. Dia memang layak digelar bodoh,bengap ,tak ada otak. Ain harus menelan segala perkataan yang sangat tidak indah mahu didengar itu.
Ain masuk kedalam bilik sebelum itu sempat lagi dia meninjau kearah pintu jika Hizwan kembali kebilik. Kemana pula dia pergi. Terjun laut? Tak kan lah sebab perkara ini dia mahu terjun kelaut. Tidur dibilik Hilman? Kalau iya pasti Hilman sudah memberitahu Ain. Pasti Hilman tahu. Ke pantai barangkali. Menyejukan suhu kemarahan. Mudah-mudahan Hizwan sudah sejuk apabila dia pulang kebilik.
Ain baru sahaja mahu merebahkan badan apabila dia dengar pintu dibuka. Hizwan sudah pulang! Dia bingkas bangun dan keluar ke ruang tamu. Dia melihat Hizwan yang lebih rilek. Tidak seperti sewaktu dia menghempaskan pintu dengan wajahnya yang tegang tadi.
“ Kenapa tak tidur lagi?”
“ Tunggu awak”
“ Kenapa tunggu?”
 “ Saya risau awak tak balik-balik.”
“ Tahu pula awak risau ye Ain. Dulu masa awak tinggal kan saya tak pula awak kisah.”
Ain tidak menjawab. Masih belum habis rupanya. Ain menghampiri Hizwan yang sudah duduk disofa. Dia meraih tangan Hizwan dan menciumnya.
“ Saya minta maaf awak. Memang salah saya. Jika saya menyatakan pada awak dahulu,duduk berbincang tentu empat tahun yang kita sia-siakan akan menjadi lebih indah. Saya minta maaf sebab mengalah kepada perempuan yang awak anggap sahabat sahaja. Percaya lah awak saya melakukannya kerana cintanya pada awak sahaja.”
Hizwan hanya diam mendengar. Sakit terasa. Hatinya sungguh sakit dengan perbuatan Liza yang dia percayai. Dan Ain yang dia cintai. Kepercayaannya musnah.
Ain tidak tahu bagaimana dia harus memujuk. Sungguh dia tidak tahu. Hizwan yang membeku tanpa respon membuatkan Ain merasa sebak. Dia melepaskan tangan Hizwan yang di genggam. Dia berlalu kedalam bilik. Airmatanya kembali menitis tanpa dipaksa. Bagaimana harus dia mengucapkan lagi kemaafan itu.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@
“ Kak Ain..” Suara Mia memecah kesunyian pagi. Bagaikan mahu pecah pintu diketuknya. Ain yang sedang bersiap-siap berlari membuka pintu.
“ Kak Ain dah siap ke? Jomlah kita berjalan ke pantai.”
“ Dah siap tapi Uncle tak bangun lagi.”
Mia menjengah kedalam bilik. Melihat uncle Wan nya masih tidur diatas sofa.
“ Uncle tidur atas sofa aje ke? Kesiannya. Uncle Wan bangun lah. Jom lah kita pergi pantai.” Mia mengoyang kan badan Unclenya.
 Hizwan terbangun apabila lenanya diganggu.
“ Nak kemana Mia pagi lagi ni kan. Uncle nak tidur lagilah.”
“ Ala Uncle ni. Jom lah kita ke pantai. Jalan-jalan. Nak mandi laut tak boleh sebab ombak besar. Dapat jalan dekat pantai pun tak apa. jom lah…”
“ Uncle malas lah Mia. Minta ajak papa,Kak Pah dengan Kak Ain aje. Uncle penat. Nak tidur okey. Jangan ganggu Uncle ye. Pergilah Kak Ain dah tunggu tu.”
Mia berlalu dengan wajah yang masam. Tidak suka permintaannya ditolak. Ain yang menanti melihat kehampaan di wajah Mia. Kesian. Pasti Hizwan masih marah. Biar lah nanti sejuklah dia sendiri.
“ Saya pergi dulu.” Ain tetap tidak peduli akan kemarahan Hizwan. Sebagaimana selalu. Dia tunduk menyalami Hizwan dan mengucup tangan itu. Walaupun dia tahu pasti Hizwan sedang marah kan dia lagi.
“ Mana Hizwan?” Hilman terus bertanya sebaik sahaja dia melihat kelibat Ain.
“ Penat. Malas nak join.”
“ Hai! Lain macam sahaja bunyinya tu. Selalu dia tak mahu pun berengang dengan Ain. Pelik.”
“ Entah dia. Biarlah.”
“ Kak Ain cuba Kak Ain dengar ni…Menurut kisah dongeng yang dipercayai penduduk tempatan, Tioman berasal dari sepasang naga. Pada zaman dahulu kala, sepasang naga suami isteri (naga jantan dan naga betina) meninggalkan Tasik Chini ke laut melalui Sungai Pahang. Dalam perjalanan, naga ini tertinggal kain cindai lalu berpatah balik. Malangnya, waktu itu ayam telah berkokok. Naga ini pantang mendengar ayam berkokok. Oleh sebab melanggar pantang, naga betina bertukar menjadi pulau. Sementara naga jantan bertukar mrenjadi Gunung Nenek Semukut iaitu sebuah gunung yang terdapat di Pulau Tioman.
Menurut kajian arkeologi oleh J. Collin pada tahun 1992, telah ditemui kuali dan seramik purba di Kampung Juara dan Teluk Nipah berhampiran dengan Kampung Mukut.
Pada bulan Mei 1690, seorang pengembara bernama Dr. Kaempfer dalam dari perjalanan Batavia ke Ayuthia (Jakarta ke Thailand) pernah singgah di Pulau Tioman dan membuat catatan tentang keindahan Pulau Tioman.
Terdapat kubur keramat Datuk Bukit di Bukit Datuk. Kubur keramat ini terletak berdekatan dengan Kampung Juara.” Mia menghabiskan ayatnya yang panjang lebar. Dia menayangkan sekeping kertas kepada mereka.
“ Baca dari kertas semua orang tahu Mia. Janji pandai membaca sahaja.” Kak Pah ketawa.
“ Ala…Mia tak sehebat Kak Ain. Tapi setidak-tidaknya Mia nak juga membaca.” Mia memuncungkan bibirnya.
Ain tersenyum. Hambar. Fikirannya tidak ada pada persekitaran yang mereka lawati. Ada pada Hizwan! Entah bagaimana dia mahu memujuk suaminya itu.
Ain meminta izin pulang kebilik. Dia beralasan kepalanya sakit melihat laut dan ombak yang bergulung. Hilman membiarkan sahaja Ain berlalu. Sedar ada sesuatu yang telah terjadi diantara Hizwan dan Ain. Ain jarang begitu jika tidak mempunyai masalah. Pasti ada sesuatu yang menggangu.
Sunyi! Mana Hizwan? Ain menjengah kedalam bilik. Masih lagi tidur sudah beralih keatas katil. Ain senyap-senyap masuk membasuh kakinya dibilik air. Tidak mahu Hizwan tersedar. Langsir bilik ditarik perlahan tidak mahu cahaya terang menganggu lena Hizwan. Ain mengambil kesempatan mencuri pandang wajah lelaki yang lena tidur itu. Bersih sahaja. Rasa kasihnya hadir tiba-tiba.
Ain memanjat katil dan berbaring disebelah Hizwan. Membelakangi lelaki itu. Hajat dihati mahu menyambung kembali tidurnya. Mengantuk yang bukan dibuat-buat menyebabkan Ain mahu tidur benar. Tak kisahlah walau terpaksa berkongsi katil dengan insan yang sedang merajuk dan marah sakan dekat dia sekarang ni. Ain berkalih menghadap wajah Hizwan sekali lagi. Tidur mati! Tak sedar agaknya dia sudah berteman. Perlahan-lahan dia mendekatkan diri. Merebahkan kepala dilengan lelaki itu. Melingkari tangan kedada bidang sang empunya badan. Ain membuang rasa malunya jauh-jauh. Jika ia dapat membantu meredakan rasa marah Hizwan. Ain rela. Asalkan dia tidak kalah ditangan pengila cinta. Liza! Perlahan-lahan Ain melelapkan mata.
Hizwan terjaga apabila merasakan lengannya dihimpit sesuatu. Dia membuka mata. Cepat sahaja dia boleh meneka siapa yang ada disisinya. Haruman yang biasa dihidu menusuk kuat dihidungnya. Ambil kesempatan! Pandai sungguh Ain. Terbit senyuman dibibirnya. Perlahan tangannya mengelus rambut Ain yang harum. Hatinya sedikit terpujuk dengan tingkah Ain. Dia kembali melelapkan mata. Kali ini lebih lena. Lena dalam dakap sang isteri.

4 comments:

  1. pandai ain..heehehe..x jdik hizwan nk marah lama2..

    ReplyDelete
  2. soooo ssswwweeettttt!!!!! ske. ske. ske.. ihihhi..

    ReplyDelete
  3. maisara...sweet ye.heheheh.pas ni lagi sweet.hehehepas tu pahit.

    Aisy...ain memang pandai. sebab nak jadi isteri mithali

    wanila.... ko dengan sara sama aje...hehehe

    ReplyDelete