Thursday 12 January 2012

BAB23

Seminggu dia menemani Ain. Seminggu jugalah dia tidur dibilik Ain dan Ain tidur dibilik Farah. Hampa memanglah hampa. Namun dia tidak tega memaksa Ain. Biarlah Ain sendiri yang datang kepadanya. Hizwan redha dengan setipa perlakuan Ain. Apa boleh buat dia tidak mahu mencabuli hak peribadi isteri sendiri.
Pagi itu Hizwan melihat Ain sudah siap berbaju kurung. Kereta Arwah Farah juga sudah tidak berselimut lagi.
“ Ain nak pergi mana ni?” Pertanyaan Hizwan dijawab dengan senyuman.
“ Ain nak pergi pejabat peguam. Nak serah dokumen penting Arwah Farah bagi menguruskan harta peninggalan arwah. Tak elok lama sangat tersimpan. Mana lah tahu jika keluarga Farah perlukan wang.”
“ Bagus juga tu. Boleh abang tumpang Ain. Abang nak ke Wangsa Maju.”
“ Boleh. Ain pun memang nak kesana juga.”
“ Abang ingat lepas urusan abang selesai abang nak balik rumah Abang Hilman. Ain nak ikut?”
“ Abang nak Ain hantar ke?”
“ Kalau Ain ada banyak urusan abang boleh suruh Hakimi sahaja ambil.”
“ Macam tu okeylah. Siaplah nanti terlambat. Jalan jem ni. Ain ada masak nasi goreng tadi. Sarapan dulu ye.”
Dengan anggukan Hizwan bergegas kebilik air. Mandi menyegarkan diri. Hari ini dia mahu memulakan kerja yang tergendala sekian lama.
Ain menurunkan Hizwan dihadapan premis klinik miliknya. Selesai menyalami suaminya itu Ain meneruskan perjalanan ke pejabat peguam arwah Farah.
Peguam bernama Afendi itu menyambut kehadiran Ain. Dia mempersilakan Ain duduk.
“ Arwah Farah ni kawan baik Cik Ain ye?” Pertanyaan Encik Afendi dijawab dengan anggukan.
“Mana dia dokumen yang Cik Ain hendak serahkan tu boleh saya tengok.” Encik Afendi meminta dokumen yang telah dinyatakan oleh Ain lewat panggilan telefon yang dibuat Ain kelmarin
Ain menyerahkan segala dokumen kepada peguam Farah. Hanya beliau yang layak mengurskan segala harta peninggalan arwah. Ini adalah kerana Ain sendiri tidak tahu dimanakah keluarga Farah.
“ Saya akan menghubungi keluarga arwah untuk tindakan selanjutnya serta membacakan wasiat yang telah diamanahkan arwah kepada saya. Saya sendiri tidak menjangka arwah akan pergi dalam usia yang cukup muda begini. Yelah takdir Allah siapalah yang dapat menduganya kan.”
Selesai urusan dipejabat peguam jam sudah menunjukan keangka 12.30 tengahari. Perutnya sudah berbunyi. Dia mahu makan dimana-mana kedai makan yang ada disekitar kawasan Wangsa Maju. Teringat dia akan Hizwan. Tentu Hizwan juga belum makan lagi. Dia mahu mengajak suaminya itu makan tengahari bersamanya. Sudah kebetulan dia masih berada di sekitar kawasan berhampiran klinik suaminya itu.
Ain hampa apabila panggilan yang dibuatnya tidak bersambut. Sebaliknya dia diberitahu Hizwan sudah keluar makan tengahari dan hanya akan pulang sekitar jam dua petang. Ain mengeluh. Tiada temujanji untuk makan bersama suami sendiri. Eh! Nak makan dengan suami sendiri pun kena ada temujanji kah? Lupa pula dia hendak bertemu doctor kena ada temujanji. Ain mengeleng.sudah macam pesakit pula dia.
Ain memilih untuk makan disalah sebuah restoran yang terdapat dibelakang pejabat adik beradik KRU. Teringat pula dia otak-otak Kempas yang sedap disalah sebuah restoran disitu. Ain menelan air liur. Dah macam orang mengidam pula dia. Dia mencari-cari lot meletak kan kereta disekitar kawasan itu. Dia hampa. Tiada kekosongan. Dia malas mahu pergi ketempat lain. kalau sudah disini tiada tempat kosong ditempat lain apatah lagi. Ini bukan pekan Port Dickson ini Kuala Lumpur. Pantang ada kosong seminit sahaja sudah terisi. Mahu tak mahu dia terpaksa pula menunggu kereta yang akan berlalu pergi.
Sedang dia menahan rasa menanti petak yang kosong dia terlihat Hizwan yang sedang berjalan menuju kearah salah sebuah restoran yang terdapat disitu. Ain ingin mendapatkan Hizwan namun dia terhenti apabila ternampak ada seorang perempuan mengekori suaminya itu. Liza! Hizwan keluar makan bersama Liza! Jantungnya bagai terhenti. Allah kalau mahu menunjukan sesuatu yang serong tak perlu tunggu esok sekejap sahaja sudah terlihat didepan mata. Agaknya marah Hizwan terhadap onar Liza sudah hilang bersama lenyapnya rasa amarah Hizwan pada dia.
Isteri manakah yang tidak merasa resah bila melihat suami bersama perempuan lain. hati isteri manakah tidak tercuit jika didepan mata suami elok sahaja bermesra dengan perempuan yang sudah jelas memang ada hati pada suami sendiri. Ain menyabarkan diri. Tidak guna dia melenting, marah. Dia sendiri tidak melayan Hizwan sebaik yang mungkin sebagai seorang isteri. Dia tidak boleh menyalahkan Hizwan jika lelaki itu terfikir mahu makan luar. Memang salah dia.
Ain membatalkan hasratnya mahu makan otak-otak yang digemari. Tiba-tiba seleranya patah. Hatinya sebu perutnya sudah hilang rasa lapar. Tiba-tiba dia merasa kenyang. Kenyang dengan drama didepan mata. Ain mahu menduga. Apa agaknya kata Hizwan. Mahukah lelaki itu berterus terang. Dia mendail nombor telefon bimbit Hizwan. Pasti ketika ini perempuan itu sedang mengilai diantara dia dan Liza.
“ Ye Ain..” Ain mendengar jawapan Hizwan. Datar sahaja.
“ Abang! Abang dekat mana ye. Ain nak ajak abang makan ni. Ain baru sahaja sudah berjumpa peguam tu. Teringat pula nak ajak abang makan otak-otak.” Ain buat-buat ceria. Sedangkan hatinya bersalut cemburu yang maha gila.
“Abang dengan kawan. Ain lambat lah abang dah ada dekat restoran dah ni.”
“ Ain join sekali boleh?” Sengaja menduga.
“ Ain sempat ke nak datang. Abang pun dah nak siap ni.”
Penipu besar! Macamlah dia tak nampak pelayan pun belum datang mengambil pesanan. Matanya belum buta lagi untuk tidak melihat. Drama sebabak penulis skripnya Hizwan pengarahnya Liza. Memang sah pelakon terbaik mereka berdua.
“ Macam tu tak apalah bang. Ain terus balik rumah. Kalau abang nak balik Selayang abang bawak Kelisa Ain ye.”
“ Tengoklah nanti. Abang tak janji sebab banyak kerja.”
Hipokrit! Banyak kerja konon. Kerja bercanda dengan Liza. Ain rasa nak sahaja dia menunjukan mukanya dimeja Hizwan tetapi dia tidak mahu memalukan suaminya itu. Ain beralah.
“ Tak apalah bang. Ain balik dulu. Tapau aje makanan. Assalamualaikum!”
Ain tidak menunggu salamnya berjawab. Dia terus menekan butang merah. Dia menghalakan pemanduannya ke Selayang. Hatinya terasa sayu. Sampai hati Hizwan menipu dia. Apasalahnya jika berterus terang sahaja. Dia faham jika Hizwan sekadar makan sahaja dengan Liza. Mereka rakan sekerja. Liza juga sahabat Hizwan. Dia tentu akan faham. Tetapi sikap Hizwan yang seolah-olah menyembunyikan sesuatu menyebabkan Ain beranggapan suaminya itu memang ada hubungan ‘apa-apa’ dengan Liza. Liza bukankah memang sukakan Hizwan separuh nyawanya. Ain tidak faham sikap Hizwan. Mengapa mahu berahsia. Kalau dia tidak nampak tidak mengapalah juga. Ini dia nampak dengan mata kepala,kaki lututnya sekali. Penipu!
Ain tidak ada mood mahu makan. Perutnya memang lapar gila tetapi dia leka melayan hati. Bohonglah dia jika tidak berperasaan setelah bersama Hizwan selama mereka bercuti. Sekatil sebantal mustahil dia tidak tercuit. Dia juga manusia biasa yang ada sifat cemburu dan irihati. Walaupun tidak menunaikan tanggungjawab sebagai isteri itu tidak bermakna Ain tidak boleh rasa cemburu pada suami sendiri. Perasaan kasih yang melingkari hati walau belum sebanyak mana tetapi ia sudah cukup untuk menerbitkan rasa cemburunya. Walau tidak menggunung tinggi namun ia sudah cukup tinggi untuk dia kalah dalam pendakian.
Kepalanya rasa berdenyut. Migrinnya menyerang tiba-tiba. Sakit yang amat sangat. Tiga biji panadol ditelannya sekaligus. Dia cuba melelapkan mata. Dia mahu tidur untuk melegakan sakit kepala yang mencucuk. Namun panadol masih tidak cukup untuk melegakan rasa sakit. Ain mencari tablet synflex untuk melegakan rasa sakitnya. Dua biji sekaligus ditelan. Dia kelelahan.merasa sedikit lega Ain melelapkan mata. Tiga biji panadol dua biji tablet Synflex sudah cukup menyebabkan Ain lena tidak sedarkan diri lagi.
Setelah pulang seketika mengambil pakaian dan barangannya dia memandu Kelisa Ain menuruni Bukit Antarabangsa. Sudah pukul 10 malam. Sudah agak lewat. Namun dia bimbangkan Ain. Berpuluh masej tidak dibalas. Panggilan telefon juga tidak berangkat. Sungguh dia bimbangkan Ain.
Dia melihat rumah yang gelap gelita. Tetapi kereta yang terletak didalam garaj melegakan Hizwan. Ain ada dirumah. Tetapi mengapa gelap sahaja? Tak akan tidur awal. Kalau tidurpun kenapa harus bergelap. Lampu garaj pun tidak dipasang. Dengan menggunakan kunci yang ada bersama kunci kereta Ain dia masuk dan memetik suiz lampu. Terang benderang. Jelas dia melihat Ain sudah tidur diatas sofa dengan pakaian yang dipakainya pagi tadi.
Kenapa dengan Ain? Cepat-cepat dia meletakkan sahaja beg pakaiannya dihadapan pintu. Dia mendapat Ain yang sudah terkedang diatas sofa. Dahi Ain diraba. Okey sahaja! Tidak pula demam. Dia melihat diatas meja bersepah sisa pembalut panadol dan tablet Synflex. Ain sakit? Migrain menyerang. Perlahan dia mengejutkan Ain. Dia tahu Ain sudah terlebih mengambil ubat dan menyebabkan Ain terkedang tidak sedar. Tidurnya cukup lena.
“ Ain…Ain..bangunlah kenapa Ain tidur dekat sini?”
Ain masih membeku. Kasihan melihat Ain dia mengendong Ain kebilik. Bukan kebilik Farah seperti selalu. Sebaliknya kebilik Ain sendiri. Hizwan tidak mahu Ain bersendirian malam ini. Pakaian Ain harus disalin! Malu? Kenapa pula dia harus malu. Bukan haram pun jika dia melihat setiap inci tubuh Ain. Pedulilah jika Ain marah pun. Ain tidak sedar. Tak kan ain nak tidur dengan baju kurung yang dipakainya siang tadi.
Hizwan mencari baju tidur Ain didalam almari. Menyalinkan baju isterinya itu. Ain masih juga lena.langsung tidak sedar Hizwan sedang menyalin bajunya dan menukar segala yang tersalut ditubuhnya. Kalau dia sedar jangan harap dia boleh diperlakukan sebegitu. Hizwan melakukan tugasnya dengan berhati-hati. Dalam diam dia akui Ain cukup sempurna dimatanya. Terasa berkeinginan namun cepat-cepat dia menolak gelora yang melanda. Jika bukan izin tuan punya badan dia tidak akan melakukan kan apa yang tidak digemari Ain.
Selesai menjalan tugas tidak rasminya Hizwan mengambil tempat disebelah Ain. Isterinya itu dipeluk dengan penuh kasih sayang. Sayang benar dia pada Ain. Sampai bila agaknya Ain mahu mengelak darinya.
Ain terjaga dari lenanya yang panjang. Sakit kepalanya terasa berkurangan. Dia memandang sekeliling. Kenapa dia didalam bilik berwarna pink bukan unggu? Ini bilik dia. Seingatnya dia tidur diruang tamu diatas sofa sahaja semalam. Malas benar dia mahu tidur dibiliknya. Apatah lagi dengan kepalanya yang memberat dia langsung tidak mempunyai kudrat. Bajunya juga sudah bertukar? Siapa yang menukarkan bajunya? Hizwan kah? Wajahnya merona. Malunya dia! Kemana Hizwan tiada disisinya.
Hizwan siap menyediakan sarapan pagi untuk Ain. Roti bakar dan telur separuh masak bersama segelas susu. Dia membawanya kedalam bilik. Dia tersenyum melihat Ain yang terpingga-pinga diatas katil.
“ Selamat pagi Ain. Rasa lega dah?”
“ Lega?” Ain masih tidak faham.
“ Sakit kepala ye semalam? Banyak betul Ain telan ubat tu yang tidur tak sedar diri. Orang buat apa pun tak sedar.” Hizwan meletakkan dulang berisi sarapan pagi disisi katil.
“ Bangun pergi basuh muka,gosok gigi. Kita sarapan sama-sama.” Arah Hizwan
“ Dalam bilik ni?” Ain bertanya bodoh. Beli jiwa ke apa dia ni?
“ Sesekali sarapan dalam bilik ni pun bagus juga. Mengeratkan hubungan suami isteri.
“ Err…siapa tukar baju Ain semalam?” pertanyaan tak relevan. Sudah tahu lagi bertanya.
“ Abang. Kenapa?” Renungan mata Hizwan sungguh membuatkan Ain malu sendiri. Cepat-cepat dia berlalu kebilik air.
Dia salin pakaian aku ke? Ain bermenolog sendiri. Malunya dia. Tentu Hizwan sudah melihat semuanya. Sudah tidak ada rahsianya lagi. Huh! Kenapalah dia boleh telan ubat-ubat tu semua dan membuatkan dia tertidur seumpama mati. Sia-sia sahaja memberi tayangan percuma kepada Hizwan. Tayangan percuma? Percumakah? Ain bertanya kembali kepada dirinya. Suami sendiri bukan orang lain yang melihat. Malu sungguh rasanya. Kalau diberi pilihan boleh kah dia duduk sahaja didalam bilik air. Namun apa pula pilihan yang dia ada? Sampai kepetang ke nak duduk dalam bilik termenung ni. Alamat mati keringlah dia.
Hendak atau tidak , malu atau tidak dia kena juga menghadap Hizwan. Biarlah buat sahaja muka toyol. Hidup harus selamba. Ah! Selamba sahajalah..apa nak malu. Ain hak dia. Hak seorang suami.
“ Lamanya Ain cepat lah. Sejuk air ni nanti.”
Ain keluar setelah membelek wajahnya seketika. Sudah bersih. Dia duduk dibirai katil.
“ Abang tak pergi kerja?” Ain bertanya sekadar menutup gugup dihati.
“ Tak lah agaknya. Ada doctor ganti. Mungkin sebelah petang baru pergi. Hujan-hujan ni malas betul nak keluar.”
“ Hujan? Hujan ke? Tak dengar pun?” tidak pula dia sedari hari hujan diluar sana.
“ Hujan lah Ain. Dari subuh tadi. Nak kejut Ain kesian pula.”
“ Terlepas subuh hari ni. Kenapalah tak kejut Ain.”
“ Sorry. Kesian Ain sahaja. Birak-borak juga. Sambil tu makanlah. Teruk ke Ain dapat migraine sebelum ni?”
Teruk tak teruk sudah lama dia menghidapnya. Ditambah pula dengan apa yang dia lihat semalam. Lagi bertambahlah sakit kepalanya. Mahu sahaja dia bertanya. mengapa Hizwan menipunya. Tetapi melihat wajah Hizwan yang selamba tidak bersalah Ain terpaksa berfikir banyak kali. Barangakali Hizwan tak mahu dia merasa serba salah dengan kehadiran Liza. Walau apapun keadaannya Liza adalah sahabat Hizwan. Tidak ada sebab mengapa dia harus mempertikaikan kehadiran Liza disisi Hizwan walaupun dia cukup jelas akan perasaan Liza pada sang suami. memendamkan sahaja didalam hati? Mempertikaikan apa sahaja perbuatan Hizwan? Siapa lah dia mahu melakukan itu semua. Hizwan memang suami dia tetapi adakah Ain melayan Hizwan sebaik-baiknya? dia lebih bersalah kalau nak dibandingkan dengan Hizwan. Selagi tidak mengganggu hubungan dia dan Hizwan Ain tidak akan bersuara. Cemburu yang menggunung segera ditarah…ia harus diratakan secepat yang boleh.
Ain ingin menyambung tidurnya setelah kenyang dengan sarapan pagi yang dihidangkan Hizwan. Hizwan didapur dia masih bermalasan diatas katil. Ditambah pula dengan cuaca yang malap dan sejuk. Keinginannya untuk tidur mengebu-gebu. Perlahan-lahan dia menyusup dibawah selimut tebalnya. belum pun sempat dia terlelap Hizwan pula menyusup sama masuk kedalam selimutnya juga. Ain hanya membiarkan sahaja. Sudah tidak apa yang hendak dia malukan lagi. Hizwan itu suaminya.
Hangat! Memanglah hangat jika ada haba tambahan disebelah. Ain tersenyum. Fikirannya merewang entah kemana. Mengharap akan sesuatu yang harus dimulakan. Siapa? Diakah? Wajar kah begitu? Atau tetap menjadi kaku dan bisu. Bukan dia yang harus mulakan sebuah perhubungan. Bukankah suaminya itu yang berhak meminta. Dia hanya perlu mengangguk sahaja. Sewajarnya seorang isteri harus bersedia dalam apa situasi pun. Ya! Dia memang sudah bersedia. Dia tidak mahu melambat-lambatkan lagi. Dia takut akan sebuah kehilangan. Dia tidak mahu sikap endah tak endahnya akan membawa leboh banyak keburukan. Lelaki bukan boleh dibaca langkahnya. Hatinya juga sukar ditebak. Teringat dia sesuatu yang pernah singgah dipendengarannya lewat sebuah rancangan diradio. Seorang suami telah mencanangkan betapa hodohnya seorang isteri bagaikan Pontianak bila dirumah. Tidak melayan si suami sebaik-baiknya. satu sikap yang sangat menjengkelkan. Mencanangkan keburukan isteri diudara dimana berjuta orang mendengarnya. Ain tidak mahu menjadi isteri malang itu. Sekarang ini pun dia sudah merasakan kedudukannya sebagai seorang isteri tergugat dengan kehadiran Liza. Sebelum Liza bejaya memasukan benang kelubang jarum dia harus dahuluinya. Dia tidak harus memberi lagi kemenangan kepada Liza. Dia yang harus memenanginya bukan perempuan itu atau mana-mana pun perempuan.
Dia yang harus memulakan langkahnya jika suaminya itu masih mencongak dihati sendiri. Lantas dia melingkari tangannya didada suami. merapatkan dirinya merasai hangatnya tubuh itu. Berharap agar sisuami membalasnya. Dia menanti dengan debaran jika lelaki itu membalas setiap permulaan langkahnya. Namun dia hampa. Hizwan diam sahaja. Lah! Tidur rupanya. Ain bersangka baik . Penat barangkali. Tak apalah esok kan masih ada ruang yang luas untuk dia bersama Hizwan. Dia mengeratkan lagi pelukannya.
Dia memang menyedari setiap perlakuan sang isteri. Seolah-olah menyerah sahaja layaknya tetapi hatinya masih berteka-teki benarkah apa yang dia rasa atau dia hanya perasan sendiri. Mahu sangat dia membalasnya namun dia mematungkan diri. Mahu melihat sejauh mana tindakan si isteri. Mahu sahaja dia bertanya jika dia diberi izin. Atau dia harus teruskan sahaja tanpa perlu bermukadimah. Dia suami, dia lebih berhak. Untuk apa dia nyatakan lagi kehendak nalurinya sebagai lelaki. Ain patut sudah tahu kini sebagai isteri apa yang harus dia lakukan.
Dalam rela Ain menyerah juga. Tanpa paksaan tanpa disuruh. Dia sangat memerlukan lelaki itu bagi melindungi dirinya yang sendirian. Hanya Hizwan yang dia ada. Dia tidak mahu hidupnya menjadi sepi lagi. Cukuplah dia mempersiakan peluang yang ada. Sungguh dia tidak mahu digugat petualang cinta. Dia memang terikat dan akan terus mengikat. Selagi Allah memanjangkan jodoh selagi itu hanya HIzwan yang dia mahu.
Hizwan sangat bersyukur. Menjadi suami kepada seorang isteri yangs sangat dia cintai. Tidak sia-sia dia menyulam sabar. Orang yang bersabar pasti besar imbuhannya. Dia tersenyum. Melihat isteri yang sangat polos dan comel. Wajah yang kemerahan dibelai. Pink! Isterinya itu memang lebih cantik dan sempurna dari mana-mana perempuan yang pernah dia lihat. Melihat isteri dengan rasa kasih yang mengebu tidak sama dengan melihat orang lain. cintanya menggunung. Kasih nya meluas. Hizwan terlena kelelahan menemani Ain yang sudah lama melakar mimpi. Tanpa mereka sedari hujan sudah berhenti dan matahari muncul disebalik awan yang kelabu.
“ Abang…abang bangunlah kata nak pergi kerja. Dah pukul dua. Bangun lah mandi.” Hizwan membuka mata. Melihat Ain sudah siap mandi. Basah rambutnya. Hizwan tersenyum nakal. Mahu sahaja dia menarik Ain disisinya. Cepat sahaja tangan Ain dipegangnya. Ain sudah dapat meneka. Segera dia menjauh.
“ Jangan nak mengada-ngada. Abang kata nak pergi kerja petang ni. Bangunlah, abang pergi mandi. Ain nak masak. Lapar dah ni.”
“ Malas lah nak pergi kerja. Dah penat bekerja. Cutilah.” Hizwan mencuit hidung Ain.
“ Bos yang sangat tidak bagus. Penat bekerja? Bila masa pula abang kerja. Abang tidur aje dari pagi.” Ain tidak faham.
“ Penat lah buat kerja tadi.”
Buat kerja tadi? Ain mengambil bantal kecil dan dilemparkan kepada Hizwan. Menyedari dia dipermainkan. Sungguh tak malu. Ain tersipu malu. Cepat-cepat dia kedapur. Mahu memasak. Perutnya sudah berlagu minta diisi. Kalau dilayan Hizwan harus dia terjebak sekali lagi.
Ayam masak kari dicampur dengan kentang. Ikan goreng dan sayur campur sudah siap terhidang. Hujan-hujan begini memang sentiasa membuatkan perut terasa lapar. Nasi yang masih panas turut Ain cedok diisi kedalam pinggan. Dia memanggil Hizwan yang sedari tadi asyik dengan komputer ribanya. Barangkali menyelesaikan kerja yang tertangguh.memang dia tidak ke Klinik hari ini. Ada doctor locum mengambil alih tugasnya. Bos pemalas dan doctor yang tidak ada dedikasi. Itu kata Ain kepada Hizwan.
“ Sedap isteri abang masak.” Hizwan memuji. Ain memang pandai memasak. Air tangan isterinya itu memang sentiasa membuka seleranya.
“ Kalau macam ni lama-lama abang pun boleh jadi Encik Bo.”
“ Encik Bo? Apa bo tu bang?”
“ Boroi lah. Hari-hari makan sedap macam ni.”
“ Eloklah macam tu. Itu tandanya cukup makan cukup bahagia. Barulah orang kata isteri pandai jaga. Nak pikat suami kenalah pikat perutnya dulu. Macam tu kan?” Ain ketawa. Seronok juga dipuji.
“ Amboi! Sukanya dia dipuji. Ain memang terbaik.” Hizwan mengenyitkan mata. Nakal!
Ain menjeling manja. Mengoda. Dia ketawa galak. Bahagia melingkari hidupnya. Jika tahu indah hidup berumahtangga tentu sedari dulu dia tidak menolak. Tentulah hidupnya tidak sunyi. Pasti dia sudah lama bahagia.
Ain yang sudah kekenyanga kembali menempel disisi Hizwan melihat suaminya itu sudah kembali ralit dengan komputernya. Barangkali sedang membuat kertas kerja. Ain memerhatikan sahaja. Televisyen dipasang. Tiada cerita menarik. Sungguh dia kebosanan. Dia sudah mula gelisah. Sekejap dia kedalam bilik. Sekejap lagi dia sudah menempel kembali disisi Hizwan.
“ Kenapa Ain? Macam kucing nak beranak aje abang tengok.”
“ Bosan. Ain ganggu abang ke? Maaf.”
“ Cuba fikir sesuatu. Baca buku ke?”
“ Baca buku? Macam lah Ain suka baca buku. Tidur boleh?”
“ Ain nak tidur? Tak baik tidur lepas asar. Nanti sakit kepala.”
Ain buntu. Apa lagi yang dia boleh buat. Dia dilanda kebosanan yang teramat. Idea nakal mula menguasai fikiran Ain. Seiring dengan itu dia mula menjalankan tugas. Tugas seorang isteri menggoda sisuami!

No comments:

Post a Comment