Thursday 12 January 2012

BAB 22

“ Kita akan terus ke Marang sahaja. Kita ke Pulau Kapas.” Hilman memutuskan untuk kembali menyeberangi laut. Tanpa sedar Ain mengeluh. Akan mabuk laut lagilah dia.
“ Kenapa Ain? Jangan risau abang akan belikan Ain ubat mengurangkan alah pada laut.”
“ Ada jual ke ubat macam tu bang.”
“ Ada…”
Ain mengangguk. Hatinya berbunga riang. Mudah-mudahan penawar itu mampu menghilangkan mabuk laut dia. Pulau Kapas! Wah! Ain sangat teruja. Teringat pada petikan yang pernah dia baca tentang Pulau yang terkenal di Terengganu ini.
“ Pulau Kapas terletak di Laut China Selatan, kira-kira 6 kilometer atau 20 minit dari jeti Marang, Terengganu. Namanya berasal daripada pokok kapas yang bunganya boleh dijadikan kain atau kapas. Warna kapas ini berwarna putih.
Pantai Pulau Kapas yang putih bersih dan amat mengkagumkan bagi para pengunjung. Pulau Kapas juga merupakan antara tapak menyelam yang terindah di dunia.
Pulau Kapas disebut oleh Abdullah Abdul Kadir Munshi pada tahun antara 1851 dan 1852 seperti berikut:
"Hatta pada malam Khamis datanglah sebuah perahu kecil dari Kuantan. Maka berkhabarlah ia kepada anak-anak perahu mengatakan ada perahu lanun di Tanjung Tujuh, empat puluh buah dan di Pulau Kapas pun ada, dan di Pulau Redang pun ada dan maka telah didapati dua buah perahu orang Kuantan dan dua buah lepas lari...."
Ain membayangkan betapa putihnya pasir di pulau itu. Seputih kapas tenunan. Matanya terpejam.
“ Apa lah Ain ni boleh pula tidur.”
“ Nanti masa dalam bot Ain nak lelapkan mata sahaja bang. Ain tak nak pandang laut tu. Nanti kepala Ain berpusing macam gasing. Apa pun tak boleh. Tengok lah laut ni dah lah bergelora. Abang Hilman ni pun satu. Ni namanya dah kembara dari pulau ke pulau dah ni.”
“ Kata nak pergi ke tempat yang menarik sahajakan. Pulau Kapas ni kira menariklah.”
“ Memanglah tapi kan masih banyak tempat menarik yang lain juga.”
“ Ini lah yang menariknya.”
Ain diam. Mengikut orang. Disponsor pula tu. Mahu tak mahu ikut sahajalah.
Mereka sampai di Jeti pada pukul 2 petang. Sementara menanti bot Ain dan Hizwan mengambil kesempatan meninjau kawasan jeti. Sehinggalah mereka terganggu dengan suara Pontianak mengilai dari poket seluar Hizwan.
Cepat-cepat Hizwan menjawabnya.
“ Kau jangan nak merepek lah Kimi. Jangan buat main benda macam ni.”
Ain mendengar Hizwan bersuara seolah-olah ada perkhabaran buruk telah melanda.
“ Okey aku bagitahu Hilman. Apa-apa telefon aku.”
Ain memandang Hizwan dengan penuh tandatanya. Tangan Ain diheret segera mendekati Hilman yang sedang duduk dibangku yang disediakan.
“Bang ada berita buruk.” Ain menelinga.
“ Hezril kemalangan Motosikal. Terbabas di Mersing.”
“ Farah?” Ain menyampuk. Dia tidak peduli jika dikatakan kurang sopan. Apabila nama Hezril disebut Ain teringatkan sahabatnya itu.
“ Ain banyak-banyak bersabar ye. Farah juga terlibat sama.”
Ain terkesima. Ya! Allah. Tangan nya mengigil. Air matanya mengalir. Selamatkan lah sahabatku itu Ya Allah! Ain berdoa didalam hati. Bahunya dirangkul. Ain dipeluk.
“ Kita tidak tahu musibah akan melanda sahabat kita Ain. Sabar ye.”
“ Kita batalkan sahajalah percutian ni bang. Kita balik ye. Saya tak sedap hati pula.”
Memang naluri yang mengatakan segalanya tidak bagus membawa petanda sesuatu yang buruk sedang berlaku. Hizwan dadanya sentiasa berdebar. Ain sedari tadi hanya menangis sahaja. Otaknya tidak dapat berfikir dengan waras. Dia hanya tahu menagis dikala teringat akan sahabatnya itu. Farah sahabatnya. Makan semeja,duduk serumah bertahun lamanya. Dia lah teman dikala duka dan gembira. Siapa lagi yang dia ada diluar sana jika bukan Farah.
Suara perempuan mengilai itu berkumandang lagi sewaktu mereka berada di Lebuhraya Pantai Timur. Nama yang tertera mengamit rasa yang bercampur aduk. Mahu atau tidak pahit harus juga ditelan. Ain menanti dengan harapan agar tiada khabar buruk yang akan mereka terima.
Namun takdir Ilahi siapalah yang mampu menidakkannya. Sudah tertulis perjanjian bersama Maha Pencipta. Sampai masanya roh yang dipinjam kedalam jasad harus kembali kepada yang empunya. Hanya patah-patah perkataan yang mampu diucapkan dari Allah ia datang kepada Allah jua ia kembali. Innalillahwainnalillahhirajiun.
Hezril telah kembali kepada penciptanya lima minit yang lalu..selang dua minit kemudian Farah pula menyusul pergi. Tidak dapat bersatu didunia namun ikatan kasih dibawa hingga kelahad. Maha suci Allah.
Ain sekali lagi menangis. Hatinya berlagu pilu.
“ Esok Hezril akan dikebumikan ditanah perkuburan islam Gombak. Farah akan dibawa pulang kekampungnya setelah selesai urusan dihospital. Malam ini juga akan diselesaikan urusan. Kita mungkin tak sempat nak menziarah Ain.” Hizwan cuba memujuk. Menenangkan Ain yang kepiluan. Hizawan juga terpukul dengan berita yang tidak diduga. Apatah lagi Ain yang bersahabat baik dengan Arwah Farah.
“ Ain tahu dimana kampung Farah.” Pertanyaan Hilman dijawab dengan gelengan.
Sahabat apakah dia? Selama hari ini dia memang tidak pernah mahu ambil tahu hal Farah. Dimana kampungnya pun dia tidak pernah bertanya. dia cuma pernah mendengar cerita arwah tentang arwah ayahnya dan adik beradik serta cerita kahwin paksa arwah sahaja. Dimana kampungnya tidak pernah Farah bercerita. Dia pula tidak pernah bertanya. mereka hanya menjadi sahabat berkongsi kisah bukan berkongsi hak peribadi. Ya Allah! Ain benar-benar tersedar. Selama hari ini dia sebenarnya bukanlah seorang sahabat yang baik. Mengenang semua itu Ain kembali menangis setelah airmatanya kering seketika.
Mereka sampai sebaik sahaja jam sudah menunjukkan ke angka tujuh. Jenazah juga sudah selamat dikebumikan. Mereka hanya singgah sahaja dirumah keluarga Hezril. Selepas berbual dan saling mengucapkan takziah Ain meminta izin untuk pulang kerumah sewanya.
“ Abang temankan Ain malam ni ye.” Hizwan menawarkan diri. Ain hanya mengangguk. Memang dia sangat perlukan suaminya itu disaat dia dilanda duka. Dia mahu melihat rumah yang menjadi kenangan antara dia dan Farah mujur Farah tidak mencari rakan sewa yang baru jadi Ain bebas untuk kembali kerumahnya sendiri.
Sampai sahaja dipintu pagar Ain melihat kereta arwah Farah elok sahaja didalam garaj. Melihat kereta kesayangan sahabatnya itu sekali lagi airmatanya tumpah. Kereta yang sudah siap berselimut seolah-olah Farah tahu dia tidak akan mengusik keretanya untuk jangka masa yang lama. Nalurinya mungkin sudah dapat meneka bahawa dia akan menempuhi satu perjalanan yang jauh. Hanya dia sahaja yang tahu.
Berkeriut bunyi gril apabila dibuka. Menarik perhatian jiran sebelah. Kak Mah meninjau. Melihat sahaja Ain dia segera keluar. Ain disapa.
“ Ain dah balik.?” Pandangan mata Kak Mah tertuju kepada seorang lelaki yang berada disisi Ain.
“ Kak Mah ni suami Ain. Hizwan.” Ain memperkenalkan  Hizwan tidak mahu jiran tersalah sangka. Ia hanya dibalas dengan senyuman oleh Hizwan.
“ Oh! Patutlah dah lama tak nampak Ain. Farah mana?”
“ Kak Mah tak tahu lagi?”
“ Tak tahu apa Ain?”
“ Farah baru sahaja meninggal pagi tadi kak. Kemalangan motosikal.”
Kak Mah mengucap panjang. Terkaku tidak percaya. Bangun subuh pagi tadi sahaja dia  menegur Farah yang sedang menyelimutkan keretanya digaraj. Lain benar nampaknya Farah. Lebih ceria lebih cergas dari biasa. Siapa sangka malam ini dia telah tiada.
“Ain masuk dululah Kak.” Ain meminta izin. Dia kelihatan yang amat sangat.
Usai mandi. Ain mendirikan solat Maghrib berjemaah dan mereka sama-sama membaca surah yassin buat arwah Hezril dan Farah. Ain dilanda kesedihan namun dia gagahkan juga kakinya menuju kebilik peningalan sahabatnya itu.
Bilik berwarna unggu gelap itu diperhatikan. Seolah-olah ternampak sahabatnya itu sedang lena memeluk anak patung beruang kesukaannya. Dia melihat disudut almari solek. Barangan peribadi Farah tersusun rapi berkemas. Diatas meja kecil disisi katil mata Ain tertancap pada sekeping kertas. Elok terselit dicelah kotak barang perhiasan Farah.
Ain mengambil kertas tersebut. Matanya membulat sebaik sahaja dia melihatnya namanya ditulis dengan hurur besar berserta sedikit catatan.
AIN
Aku tidak tahu kenapa. tapi aku nak sangat menulis ini untuk kau baca. Mana tahu bila kau balik aku tak ada.
Aku rindu sangat dengan kau Cik Pinky. Sunyi sangat bila kau tak ada. Sekarang ni bila aku tak ada kau rasa lah pula betapa sunyinya sendirian. Engkau sahabat aku. Aku sayang kau sangat-sangat. Bila aku tak ada aku harap kau mampu berbahagia dengan suami kesayangan kau tu Ain. Jangan gaduh-gaduh sebab aku tak boleh dah nak tolong kau kalau kau merajuk. Jaga diri kau ye. Kalau ada barang-barang aku dalam rumah ni yang aku tinggalkan kau jangan buang. Wajib kau simpan simpan sebab selain dari ikatan persahabatan hanya ini yang mampu aku bagi. Maafkan aku sahabat. Aku doakan kau bahagia melakar cinta.
 Surat pendek yang cukup bermakna. Benarlah Farah sudah tahu ajal sudah menghampirinya. Maha suci Ya Allah hanya mereka yang hampir pada kematian tahu akan ajalnya sudah tiba walau bukan semua orang boleh mengetahuinya. Ain menangis lagi. Hizwan yang mencari Ain didapur mencari Ain dibilik Farah setelah mendengar tangisan yang tertahan-tahan.
“ Sudah lah Ain. Usah ditangisi lagi. Kita makan ye. Abang tengok dekat dalam peti ais ada mee kuning. Ada dengan perencah yang dah siap tadi. Abang dah siap goreng mee. Jom kita makan dulu.”
“Abang goreng mee?”
“ Ya..dah siap pun. Bukan susah mana. Pandai-pandailah nak makan.”
Pandai juga Hizwan membawa dirinya. Dirumah yang tidak pernah dia datangi.
“ Jom lah sedap ni abang masak. Ain jangan tak tahu masa belajar dulu memang abanglah tukang masak dekat rumah sewa abang dengan kawan-kawan. Mereka semua puji masakan abang. Ain makan sikit ye. Nanti perut masauk angina. Dapat gastrik pula. lagi susah.”
Ain mengekori Hizwan kedapur. Diatas meja sudah sipa terhidang mee goreng. Harum semerbak baunya. Ain memang langsung tiada selera tetapi demi suami yang sudah bersusah payah dia gagahi juga menelan. Sedap! Hizwan tidak omong kosong. Memang mee goreng ini sedap. Dalam tidak berselera habis juga sepinggan.
“Alhamdullillah berselera juga Ain makan. Macam mana? Betul taka bang kata abang memang pandai masak.”
“ Eee! Masuk dalam bakul angkat sendiri.”
Ain mencuci pinggan yang mereka gunakan tadi. Sebelum dia membuat dua cawan kopi dan dibawa kehadapan.
Hizwan sedang menonton TV. Ain mengambil tempat disebelah Hizwan setelah meletak kan mug berisi air kopi diatas meja. Dia terasa ingin bermanja-manja. Sudah letih menangis siang tadi. Dia merebahkan kepalanya dibahu sang suami. melelapkan mata. Terasa nyaman dihatinya. Sepasang tangan mendakapnya erat. Ain merasa sangat selamat.
“ Farah tu kan bang baik sangat. Dia tu asalnya pelanggan Ain sahaja. Satu hari Ain lihat dia macam susah hati. Rupanya dia sibuk nak cari rumah sewa. Sebab kasihan Ain pelawa dia duduk sini. Ada juga Ain kawan.”
“ Kami cepat sesuaikan diri. Farah ni selamba sangat. Abang tahu tak suatu hari Hakimi terlanggar kereta kesayangan Farah tu.’
“ Oh! Jadi Farah memang dah kenal lah Hakimi sebelum dekat Johor tu ye.”
“ Kenal macam tu sahaja. Ain tak sangka pula Hakimi adik kembar abang sebab dah banyak sangat perubahan. Empat tahun bukan jangkamasa yang pendek.”
“ Ain rindukan Farah bang…”
Hizwan mengeratkan lagi dakapannya. Dia sangat memahami akan rasa kehilangan Ain. Sama seperti dirinya satu ketika dahulu. Disaat dia kehilangan Ain. Perasaan itulah yang dia rasa. Rindu yang terama,sedih yang bukan kepalang.
“ Farah sudah pergi bertemu Maha Penciptanya Ain. Kita ni entah bila pula. Kita juga akan menyusul. Qadak dan qadar itu harus kita terima dengan hati terbuka.”
Ain mengeluh. Airmata yang menitis dikesat. Sayang benar dia pada sahabatnya itu.
“ Banyak-banyak berdoa untuk ketenangan arwah disana Ain. Sedekahkan Al-Fatihah jika benar Ain sayang padanya.”
Ain hanya mengangguk. Lesu otaknya selesu badannya. Ain meloloskan dirinya dari pelukan Hizwan. Dia bingkas bangun. Kebilik Farah dia tuju.
Ain melihat kedalam almari. Tersusun pakaian Farah didalamnya. Dia cuba menarik laci yang ada didalam almari tersebut. Berkunci! Ain bergegas mencari kunci yang biasanya disimpan didalam kotak barang kemas Farah. Sebaik sahaja dia membuka kotak tersebut dia dapat melihat barangan kemas Farah elok didalam bekasnya. Farah tak pakai barang kemasnya walau Seurat. Ain membelek. Sah! Memang semuanya lengkap ada disitu. Kenapa? hanya arwah Farah yang tahu mengapa dia tidak memakai barang kemasnya.
Ain mencari kunci laci diantara barangan kemas tersebut. Jumpa! Segera Ain membuka laci yang berkunci. Entah apa isi didalamnya.
Ain membelek-belek sebuah sampul surat yang agak padat. Barangkali ini semua dokumen peribadi arwah. Satu-persatu isinya Ain keluarkan. Kredit kad, buku bank, ASN, surat peguam bercampur aduk didalam sampul itu. Ain membelek buku bank,meneliti. Masyaallah! Banyak sungguh simpanan arwah. Begitu juga dengan unit Amanah Saham NAsional. Begitu banyak hampir setengah juta. Ain tidak hairan jika Farah mampu menyimpan duit sebanyak ini. Dia penjimat orangnya dan gajinya memang besar. Mencecah lima angka sebulan. Dia bukan pemboros. Ditambah lagi dengan sebahagian hidupnya ditanggung Ain. Selain dari Farah bekerja Ain tahu Farah juga gemar melabur dalam pasaran saham.
Dia membelek pula surat peguam ditangannya. Rupanya Farah juga mempunyai peguamnya sendiri. Banyak sangat perkara yang dia tidak tahu tentang Farah. Selepas ketiadaan Farah barulah dia sedar Farah seorang yang sangat teliti dalam segala hal.
“ Ain..Buat apa lagi dalam bilik Farah tu?”
Ain cepat-cepat mengemas barang yang berselerakan. Diletakan kembali ke dalam sampul suratnya. Ain tergesa-gesa menutup pintu bilik. Dia kembali mendapatkan Hizwan yang masih menonton televisyen.
“ Dah pukul sebelas ni abang tak nak tidur lagi ke? Ain mengantuk dah. Penat.”
“ Nak tidur dah ke?”
“Bukan ain cakap Ain mengantuk ke tadi?” Ain membalas pertanyaan Hizwan dengan bertanya dengannya kembali.
“ Ye ke? Maaf kurang jelas.” Hizwan tersenyum. Sedar kekhilafan sendiri.
“ Abang tidur dekat luar ajelah. Ain bagi abang selimut dengan bantal aje.”
“ Tidur dekat luar? Kenapa?”
“ Tidur dengan Ain bukan dapat apapun.”
“ Ha! Abang ni kesitu pula dia.” Ain terasa wajahnya hangat. Tak terfikir langsung dia akan sesuatu sebagaimana Hizwan memikirkannya. Ain berkira-kira mahu diajakkah suaminya itu masuk kebilik sekali?

2 comments:

  1. farah dh mati...ain patut bg semua brg2 farah kt family farah..die patut cari family farah, mungkin family farah perlukan duit tu..

    ReplyDelete
  2. aisy..ia akan terjadi dibab dekat nak hujung...dia akan menempuhi satu lagi perjalanan

    ReplyDelete