Monday 16 January 2012

Bab 26

Makan malam disertai dengan upacara memotong kek berjalan dengan meriah. Ain seorang sahaja yang tidak memberi Hizwan hadiah. Malu sungguh dia melihat mereka semua memberi hadiah.
“ Kesian Ain. Ain seorang aje yang kosong.” Ain  berkata sebaik sahaja dia masuk kedalam bilik mereka.
“ Tak apa abang tak kisah. Ain bukan tidak ada hadiah cuma tidak membeli sahajakan.”
“ Teruk betul Ain. Harijadi suami sendiri pun Ain tak ingat.”
Bagi Hizwan memadai jika Ain berada disisinya. Bukan hadiah yang ditagihnya.
“ Ain lah jadikan diri Ain hadiah untuk abang.”
“ Ha! Diri Ain? Diri Ain bukan hadiah. Diri Ain memang untuk abang. Bukan sebagai ganti hadiah.”
“ So disebabkan Ain tak bagi abang hadiah. Abang nak Ain jadikan diri Ain hadiah untuk abang malam ni.”
Ain tersenyum. Faham benar dia kehendak Hizwan. Wahai suami sebagai isteri aku memang dijadikan untukmu. Bukan sebagai galang ganti kepada kebendaan.
Waktu dipejabat Ain melihat beraneka hidangan sudah siap diatas meja yang disusun dan sebiji kek sederhana besar. Teman-teman nya kelihatan sibuk mengatur itu dan ini. Hadiah-hadiah tersusun rapi disatu sudut. Kenapa dia tak diberitahu mereka akan menyambut hari lahir Hizwan pagi ini. Ain yang terpingga-pinga hanya memandang.
“ Kami kutip duit untuk makanan dan kek. Hadiah aje beli sendiri. Maaflah Ain. Kak Ros tak simpan nombor Ain dalam hp tak tahu nak bagitahu. Kami kutip Rm30 seorang. Ain nak bagi ke?”
“ eh! Tentulah Kak Ros. Bos Ain juga kan.”
Ain mengeluarkan dompetnya dan menghulurkan duit kepada Kak Ros.
“ Tapi Ain tak  ada beli hadiah untuk Bos.”
“ Apa susah Ain dekat bawah tu aka nada kedai cenderamata. Dah buka dah ni. Sempat lagi nak pergi. Masa Kak Ros telefon bos tadi, bos baru aje nak keluar dari rumah.”
Memang Hizwan ada menyatakan pada Ain tadi. Dia lambat sedikit masuk ke pejabat. Penat katanya. Sebelum Hizwan datang Ain bergegas ke kedai cenderamata yang berada selang dua buah kedai dari pejabatnya. Entah apa yang mahu dia beli. Masuk-masuk sahaja kekedai itu Ain dihidangkan dengan pelbagai cenderamata. Entah nak pilih yang mana satu. Tak kan nak beri rantai kunci sahaja. Sungguh tak relevan.
Ain terpandangkan pen berwarna kuning keemasan. Ain bertanya jika dia boleh menulis sesuatu pada pen itu. Amoi yang menjaga kedai tersebut mengangguk. Ain mengambil kertas dan menulis I love you pada kertas lalu diberi kepada amoi yang menunggu dia menulis. Sekejap sahaja pen itu sudah siap ditulis dan dibalut rapi. Ain puas hati. Walau tidak sebesar mana pen itu tentu bermakna kerana ia hadiah sang isteri.
Sebaik sahaja Hizwan masuk kepejabat riuh pejabat jadinya dengan nyanyian selamat panjang umur untuk bos mereka. Hizwan ketawa. Tidak sangka ada kejutan dipagi hari. Melihat hidangan diatas meja dia merasa lapar pula. mereka menikmati makanan sebelum Kak Ros mengumumkan hadiah yang diberi dan mesti dibuka dihadapan mereka.
Hadiah itu semuanya rahsia tiada siapa tahu apa isi didalam kotak-kotak yang bersusun termasuk kotak kepunyaan Ain.
Hizwan memulakan dengan kotak Kak Ros. Pembalut dibuka perlahan-lahan. Sehingga terserlah lah isinya. Sebuah replica kapal layar didalam botol. Kata Kak Ros semoga bos boleh belayar dengan lebih jauh dan mencapai matlamat kehidupan.
Kemudian dia membuka kotak Zura pula. sebuah teddy bear kecil memegang gambar hati terserlah. Hizwan mengucapakan terima kasih. Dia faham benar maksud disebalik itu. Maaf Zura. Hati saya sudah dimiliki.
Hadiah paling kecil adalah hadiah terakhir yang dibuka Hizwan. Sebelum dia membukanya sempat dia bertanya.
“ Yang paling kecil ni mesti yang paling murah dan tentu yang paling bermakna. Hadiah dari Ain ye? Hanya hadiah Ain yang saya tak buka lagi.”
“ Maaf bos. Hadiah saya kecil sahaja.”
“ Tak apa besar atau kecil bukan ukurannya. Saya buka ya?”
Ain mengangguk. Dia berharap agar Hizwan hanya membuka kotak dan tidak menayangkan pen itu dikhalayak ramai. Takut teman-temannya boleh melihat tulis kecil diatas pen tersebut. Hizwan membuka dengan teruja. Entah bila Ain membeli barang untuk dia. Agaknya masih tidak berpuas hati sebab dia masih tidak memberi apa-apa-apa untuk dirinya.
Hizwan melihat isi kotak kecil yang berada ditangannya. Sebatang pen. Dia tidak menunjukan kepada mereka sebaliknya dia memusingkan pen tersebut dan dia melihat tulisan I love you pada badan pen tersebut. Hizwan tersenyum dan kembali menyorokkan tulisan itu disebelah bawah. Lalu dia menunjukan kepada semua akan hadiah yang diberi oleh Ain.
“ Apa maksud sebatang pen ni ye Ros. Cuba you terangkan.”
“ Ain suruh boss sain check gaji cepat-cepatlah tu. Atau Ain suruh bos tulis surat cinta.”
“ Tulis surat cinta? Pada siapa? Pada Ain kah?” Hizwan ketawa. Tidak perlu surat cinta untuk Ain. Cintanya pada Ain setiap hari dizahirkan dengan kata-kata dan sentuhan
“ Tidak kiralah pada sesiapapun bos. Janji bos bahagia.”
Majlis ringkas pagi itu tamat setelah habis semua hadiah dibuka. Hizwan yang baru sahaja menghilang didalam biliknya keluar semula.
“ Hari ni saya perlukan seorang untuk mengikut saya ke cawangan Pandan. Kak Ros oder dah siap ke?”
“ Dah bos. Siapa nak ikut bos?”
Wajah Zura berseri-seri amat berharap agar buah hatinya itu membawa dia kali ini. Tetapi dia hampa. Bukan namanya yang disebut.
“ Saya bawa Ain lah. Disebabkan Ain baru sahaja bekerja. Ain harus tahu selok belok perjalanan klinik ni. Biar dia belajar. Ain..?”
“ Boleh bos. Saya tidak kisah.”
“ Elok tu Ain. Jom pergi belakang ambil kotak. Bawa turun. Bos tolong bawa satu kotak lagi ye.”
Selesai menyimpan barang didalam boot kereta. Hizwan memandu kearah Pandan. Ain disebelah hanya diam membisu.
“ Terima Kasih sayang. Bertuah abang hari ni. Semalam dapat hadiah. Pagi ni dapat lagi dari isteri abang ni.”
“ Hadiah murah aje bang. Itu pun main ambik sahaja. Abang jangan lupa ye tulis surat cinta untuk Ain nanti.”
“ Oh! Itulah maksudnya ya. Tulis surat cinta untuk Ain. Okey..nanti setiap hari abang menulis untuk Ain. Walaupun sebaris ayat.”
Ain galak ketawa. Suka benar dia jika betul Hizwan akan menulis surat cinta buatnya. Terasa macam zaman dulu-dulu pula dimana tiada telefon untuk berhubung. Kalau ada pun sekadar telefon awam berbentuk kotak empat segi berwarna pinang masak.
“ Semalam abang kata nak cerita pasal zura kan? Kenapa ye dengan dia. Tadi Ain tengok kemain lagi berseri-seri wajahnya bila abang buka kotak hadiah dia. Simbolik betul hadiahnya. Ada maksud yang sukar diungkai. Ain tengok dia macam suka sangat masa abang kata nak seseorang ikut abang. Seolah-olah berharap sangat dapat ikut abang. Ada apa-apa yang Ain tak tahu ke?”
Hizwan tidak tahu mahu berkata apa pada pekerjanya yang seorang ini. Dia memang suka mengusik Zura. Zura memang cantik diantara mereka yang berada dipejabatnya. Namun tidak pula dia beranggapan dia suka dan jatuh cinta pada gadis montok dan seksi itu. Sekadar mengusik itu adalah perkara biasa bagi lelaki yang punyai naluri kelakian.
Petang semalam dia memang terkejut apabila Zura tiba-tiba sahaja masuk kebiliknya sebaik sahaja Ain sudah turun ke bawah. Terpinga-pingga dia apabila gadis itu mencurahkan isi hatinya kepada dia. Terkedu dia seketika. Dia hanya menjawab tidak, saya tidak pernah sukakan awak lebih daripada seorang pekerja. Itu yang menyebabkan gadis itu lari turun dengan airmatanya. Memang dia langsung tidak menyangka sampai begitu sekali anggapan Zura pada dia.
Dan pagi ini ketika membuka kotak hadiah Zura dia sekali lagi rasa curiga. Akalnya terus mengatakan bahawa Zura tidak faham akan perkataan tidak yang dia katakan semalam. Memang semak rasanya apabila seorang gadis yang dianggapnya pekerja tidak faham. Mahu sahaja dia mengatakan bahawa dia sudah beristeri dan isterinya elok tercatuk dihadapan matanya. Kalaulah bukan kerana Ain yang tidak mahu dikenali sebagai isterinya tentu sekarang dia sudah mencanangkan kepada pekerjanya.
‘ Hurm…perempuan sekarang kebanyakannya sudah hilang sifat malunya. Ain percaya suami ain tidak akan berbuat sesuatu yang boleh merosakkan rumahtangga yang dibina. Pandai abanglah nak menangani masalah pekerja abang ni. Jangan Ain nampak dia buat ntah apa-apa sudahlah. Memang Ain marah aje. Masa tu Ain tak akan kisah dah status Ain. Yang penting hati Ain tak terluka dan abang tak serba salah.”
“ Kan elok kalau sekarang ni Ain beritahu pada mereka semua Ain ni isteri abang. Tak perlulah abang nak mencuri untuk dekat dengan Ain.”
Ain ketawa. Lucu benar dia dengan perkataan mencuri yang keluar dari mulut Hizwan. Kasihan suaminya terpaksa mencuri untuk isteri sendiri.
“ Di pejabat sahaja kan. Dirumah abang bukan pencuri. Abang bebas berbuat apa sahaja. Dan Ain dengan rela sentiasa sudi.”
Hizwan mencuit hidung Ain. Ain seorang isteri terbaik. Sentiasa menurut walaupun diawal pertemuan semulanya dengan Ain isterinya itu umpama patung yang boleh ditengok. Tidak boleh diusik. Sekarang ini dia bukan lagi patung sebaliknya pepatung yang sangat agresif. Pantang terusik cepat sahaja tindak balasnya.
Mereka tiba di Pandan. Ain diperkenalkan sebagai pekerja HIzwan dipejabat. Selesai mereka menurunkan barangan yang dipesan Hizwan bercadang mahu ke cawangan Dayabumi. Mahu melihat perkembangan ubahsuai kliniknya disana.
Siapa sangka pula Liza sudah ada disana sedangkan doctor itu sepatutnya berada di Cheras.
Ain hanya memandang Hizwan sewaktu mereka terserempak di lobi utama komplek itu. Ain serba salah. Hizwan buat muka selamba. Kenapa harus takut pada perempuan itu sedangkan Ain isterinya. Hizawan memang akan memastikan Ain tidak diusik Liza. Cubalah kalau berani. Jika selama hari ini dia hormati perempuan itu sebagai sahabatnya tidak mustahil rasa hormat itu juga akan hilang kerana Ain.
Hizwan sedang bercakap dengan kontraktor pembinaan sewaktu Liza mencuri menghampirinya. Pantang lepas sahaja Ain dari mata Hizwan dia mencari peluang untuk mendekati Ain.
“ Kau balik jugakan. Kau ni memang kurang ajar. Aku dah suruh kau berambus kau balik juga. Kau tunggulah apa aku akan buat. Aku akan pastikan kau menyesal tak sudah.”
Kata-kata yang cukup pendek tetapi sangat berbisa. Bagaikan ular yang berbisa perempuan bernama Liza ini. Sepatutnya dia dibunuh sahaja kerana suka menghancurkan kebahagian orang lain. Ain berdoa didalam hati semoga sikap Liza akan membias kepada dirinya sendiri. Allah itu maha adil.
Apa yang dikatakan Liza tidak diendahkan Ain yang penting dia lebih tahu sikap Hizwan terhadap dirinya. Tetapi jika Allah mahu menduga dia dan Hizwan Ain berdoa semoga tidak terjadi perkara yang lebih menjurus kearah perpisahan. Dia tidak mahu begitu kerana Hizwan adalah segalanya bagi dia. Dia bukan ada sesiapa pun lagi didalam dunia ini.
Liza memang nekad. Dia selama hari ini teguh berdiri dibelakang Hizwan. Membantu pembangunan perniagaan Hizwan. Dari semasa di HUKM lagi dia lah yang menyokong Hizwan. Sampai masa dia diketepikan dan ini sangat tidak adil kepadanya. Balik-balik Ain juga yang dia pandang. Entah apa istimewanya perempuan kampung itu kalau mahu dibandingkan dengan dia yang jauh lebih berpelajaran dan bergaya. Jika tidak kerana cintanya yang menggunung memang dia sudah kalah dengan perempuan yang tidak punya apa-apa itu.
Bencinya kepada Ain mengebu-gebu. Sampai masa dia akan melunaskan hutangnya kepada gadis kampung itu. Selagi dia tidak dapat apa yang dia mahu dia tidak samasekali mengalah. Jiwanya disalut dendam. Hatinya lumat dek dengki irihati. Sesungguh dia sudah menjadi sebahagian daripada golongan yang terjerumus kedalam perangkap iblis. Tanpa Liza sedari dia sudah hilang jati diri dan integrity. Dia sudah menjadi sebahagian daripada mereka yang cetek ilmunya.
Hizwan tidak bertanya kepada Ain apa yang dikatakan Liza kepadanya. Jangan ingat dia sedang sibuk bercakap dengan kontraktor dia tidak punya mata untuk melihat. Sungguh dia tidak mendengar tetapi dia sedar Liza memperkatakan sesuatu kepada isterinya. Dia masih sempat menjeling akan perbuatan Liza. Pasti perempuan itu berkata sesuatu yang buruk terhadap Ain. Ini jelas dari perlakuan Ain yang hanya diam seribu bahasa sehingga mereka sampai kepejabat.
“ Seronok Ain ikut bos pergi melawat kawasan.”
“ Bolehlah Kak Sal. Banyak betul benda yang Ain nak kena belajar lagi ni.”
“ Memang banyak ain cuba tengok dalam tray In Ain. Sudah menanti kerja untuk dilakukan.” Kak Sal ketawa.
Ain melihat slip yang ada didalam tray. Banyaknya. Macam mana nak buat ni. Ain sudah mula garu kepala.Kak Sal yang faham masalah Ain menghampiri Ain.
“ Ain kena susun dulu slip-slip ni mengikut abjad abc. Senang nak masukan data dalam system. Semua slip ni harus dimasuk kan mengikut kod syarikat panel yang melantik. Contohnya macam Amanah Raya kodnya A01. Macam tu juga dengan Berjaya ni B02. Kalau Ain tak ingat kod-kod ni taka pa. ain Cuma perlukan tekan A dan akan beraturlah syarikat mengikut sususanan abjad tu muncul. Pilih sahaja kod yang sepatutnya. Ain jangan silap pula masuk kan slipnya pada syarikat yang betul. Nanti bila dah printout keluar bil kena double check pula. kalau salah kena delete dan key in balik. Dah dua kali kerja. Biar lambat tak apa. Asalkan tak salah.”
Penerangan Kak Sal didengari dengan sepenuh jiwa. Dengan sepenuh penghayatan tahap maksima. Tanpa bertanya apa-apa. Kerana penerangan itu jangan jelas. Jadi dia tidak perlu bertanya itu ini.
“Yang HMO ni macam mana kak?”
“ Yang ni kena link dengan internet. Kena buka format dalam system mereka baru boleh buat. Kejap akak bukankan Ain boleh tengok.”
Ain melihat kerja-kerja Kak Sal yang dilakukan pada PC ditempat duduknya. Bunyi pintu yang dihempas dan barang yang dilempar mengejutkan mereka yang sedang tekun bekerja. Terpinga-pinga. Kak Ros memberi isyarat diam kepada mereka. Ain memandang Kak Sal dengan tandatanya yang bersarang didada.
“ Tak ada kerja lain.” Ain mendengar sungutan Zura. Ain menoleh kepada Kak Sal yang turut memandang Zura.
“ Bila masa perempuan tu datang? Orang dah tak nak tak payah lah nak tersua-sua. Perigi mencari timba memang sangat memalukan. Menjatuhkan maruah orang perempuan. Kali ni apa pula yang buat perempuan tu marah gila dengan bos agaknya.”
“ Siapa kak?’ memang Ain tidak tahu siapa yang masuk kedalam bilik Hizwan kerana dia leka mendengar tunjuk ajar Kak Sal padanya tadi.
“ Doktor Liza. Doctor perasan tu.”
Datang kesini? Bukankah Hizwan sudah melarang dia datang ke ibupejabat. Itu yang Hizwan maklumkan pada dia. Tetapi mengapa dia datang.
“ Kali ni entah apa pula yang akan pecah. Hari tu pasu cina bos. Hari ni meja agaknya dia terbalikkan. Ini mesti kes cemburulah ni.”
“Cemburu sampai mengamuk dekat pejabat Kak?”
“ MAnusia ni Ain kalau dah kena rasuk iblis perangainya pun ikut sekali lah malam iblis.”
“ Ish! Tak baik kak menyamakan mahluk Allah yang sempurna sifatnya dengan iblis yang dilaknat Allah tu. Perangai dan sikap boleh diubah kak.”
“ Dia tak akan berubah Ain. Sudah lama dia macam tu. Empat tahun sudah bos hanya akan masuk pejabat sebulan dalam setahun itu pun masa nak buat audit sahaja. Selebihnya dial ah yang uruskan. Kononnya menolong kawan tetapi kawan apakah macam itu. Dah terang-terang bos Cuma anggap dia kawan. Tak kan nak paksa bos suka dia sebagai kekasih. Manalah tahu jika bos memang sudah ada pilihan hatinya sendiri yang jauh lebih bagus.”
“ Dia tu memang layak digelar iblis sahaja. Dia mana suka kalau kita buat baik dengan bos. Kononnya kita nak mengurat bos. Hih! Akak ada laki tak ingin akak madukan laki akak yang handsome macam Shah Ruk Khan tu.”
“ Akak ni tak sayang mulut sungguh.”
Perbualan mereka terhenti apabila melihat wajah Liza yang menyinga dan Hizwan yang membuka pintu untuk Liza. Wajah Hizwan juga sedikit berang. Marah benar dia nampaknya. Pemergian Liza dipandang sepi oleh mereka semua.
‘ Ain bawa saya fail MISC. saya nak tengok quotation.”
Nama dia juga disebut dalam ramai-ramai pekerja yang sedang menonton lakukan sebabak. Manalah dia tahu dimana fail tersebut. Mujur Kak Ros cepat-cepat menghulurkan padanya.
“ Takutlah Kak… mana tahu nanti Ain kena marah pula.”
“ Dah dia sebut nama Ain tu. Pergi ajelah.” Kak Ros menghulurkan kembali fail tersebut kepadanya. Ain melangkah lambat-lambat.
Hizwan sudah menunggu disofa sebaik sahaja Ain membuka pintu. Pintu ditutup perlahan ain mengambil tempat disebelah Hizwan dan meletakan tangan diatas pehanya. Seolah-olah berkata sabar abang. Itu hanya sedikit dugaan dalam kehidupan kita berdua.
Pandangan mata Hizwan menikam matanya memohon seribu pengertian. Dia perlukan ketenangan. Dia perlukan sentuhan Ain bagi mengubat lara dijiwanya yang dimalukan Liza. Sungguh perempuan itu bagaikan ahli sihir yang mampu menggunakan kuasa sakti pada dirinya.
Ain yang mengerti memberikan satu pelukan hangat buat suaminya.
“ Abang kena sabar. Ain pun kena sabar. Nanti Ain bagi upah abang ye bila dekat rumah.” Ain menguis hidung Hizwan dengan jari telunjuknya. Sekadar menghiburkan hati suami yang sedang rawan. Fail yang kononnya di kehendaki bos dibawa keluar sekali. Sedar yang Hizwan bukan mahukan fail itu tetapi mahukan dirinya.
Entah sampai bila mereka akan diduga sebegini. Ain pasrah. Moga Allah melindunginya. Dia berdoa didalam hati semoga setiap ujian yang datang akan mereka hadapi sebaik yang mungkin.





2 comments:

  1. kalau org dh x suka sudahlah..g cari lain..byk lagi lelaki lain..ishh..laki org jugak die nak..

    ReplyDelete
  2. kan.. aisy tapi dia suka juga laki orang

    ReplyDelete