Tuesday 31 January 2012

Bab 29

Rumah emak sudah uzur benar kelihatan,memang tidak sesuai untuk dia tinggal disini. Ain mencongak duit simpanannya,kalau hendak diruntuhkan rumah ini dan dibuat rumah batu kecil memang dia boleh lakukan. Dia juga boleh bekerja dimana-mana untuk menampung keperluan hidupnya. Dia berkira-kira mahu kerumah Pak Deris ketua kampung untuk meminta bantuan,namun orang tua itu pula yang terpacul dihadapannya.
“ Ain? Kamu Ain bukan?” Pak Deris menegur perempuan yang sedari tadi asyik melilau disekeliling rumah Lazim.
“ Pak Deriskan?” Ain menghulurkan tangan menyalami orang tua itu
“ Kemana kamu pergi selama ini? hilang tanpa khabar berita selepas mak kamu meninggal, langsung kamu tidak balik-balik. Rumah ni sudah tidak elok untuk kamu duduki. Kerumah aku dulu lah Ain.” Pelawa Pak Deris.
“ Saya di Kuala Lumpur Pak Deris,memang hajat mahu kerumah Pak Deris pun ni.”
“ Moh Lah, tentu Mak Uteh kamu suka kamu dah balik ni.”
Ain mengekori orang tua itu kerumahnya. Suasana kampung ini memang sudah banyak berubah. Lima tahun sudah cukup merubah segalanya. Rumah yang dulunya kelihatan uzur sudah dibaik pulih, dihiasi dengan pelbagai jenis pokok bunga yang indah-indah. Jalan juga sudah berturap dengan tar yang masih kelihatan baru.
“ Uteh , Uteh kau tengok ni siapa yang datang.” Pak Deris memanggil-manggil isterinya yang sedang sibuk didapur.
Mak Uteh menjengah kehalaman,dia melihat suaminya membawa seorang perempuan yang kelihatan cantik dimatanya. Perempuan yang hampir sebaya sebaya dengan anaknya itu tersenyum memandang kepadanya. Mak Uteh cuba mengingati siapakah perempuan itu? Macam pernah dia melihatnya,daya ingatan yang sudah kusam membataskan ingatannya.
“ Assalamualaikum Mak Uteh.” Ain memberi salam disertai dengan senyuman manis dari bibirnya.
Mak Uteh menjawab salam yang diberi,mendengar suara itu dia teringat pada Ain. Gadis yang sebaya sahaja dengan Haslinda anaknya,gadis yang selalu menolong emaknya menjual kuih lima tahun yang lalu.
“ Ain ke tu?” Dia bertanya.
Ain tersenyum. Dia segera memeluk Mak Uteh, rindu benar dia dengan orang tua itu. Sudah lima tahun dia tidak bersua dengan Mak Uteh. Wajahnya sudah mamah usia,namun Mak Uteh masih kelihatan sehat sahaja. Sama seperti Pak Deris.
“ Mak Uteh sehat?” Ain mengungkaikan pelukannya.
“ Sehat Ain. Sehat sangat. Ain? Sehat?...”
“ Alhamdullilah Mak Uteh. Ain sehat.”
“ Ain balik seorang sahaja? Mana Fatimah?”
“ Fatimah?..Ain dah lama tak jumpa Fatimah selepas emak meninggal Mak Uteh. Ada ke dia balik kesini?”
“ Ada Fatimah balik,tak silap Mak uteh hujung tahun sudah. Balik dengan suami dan anaknya.”
“ Fatimah dah kahwin? Alhamdullilah. Ada dia tinggalkan alamat pada Mak Uteh?”
“ Ada rasanya, Ayah Ain pun ada juga datang kesini mencari Hamimah arwah mak kamu tu Ain.”
Ayahnya juga ada datang mencari arwah emaknya?.ain bersyukur,setidak-tidaknya ayah masih ingat akan arwah emak walaupun ayah mungkin tidak tahu dirinya.
“Pak Deris, Ain ni datang sebab nak minta tolong Pak Deris.”
“ Kenapa Ain? Apa yang boleh Pak Deris tolong?”
“ Macam ni…” Ain terus bercerita. Dia mahu meruntuhkan rumah asal untuk dinaikkan batu. Dia mahu terus menetap disitu.
“ Elok lah tu Ain. Itu memang tanah mak kamu. Tanah pusaka eloklah dijaga untuk keturunan kita. Anak cucu tentulah mahu tahu,dari mana asal usul kita. Jadi ni Ain balik terus lah ni ye.?”
“ Ya Pak Deris. Sementara nak tunggu rumah ni siap Ain ingat nak duduk dihotel dulu. Ain tak boleh ulang alik dari Kuala Lumpur tu. Lagipun Ain tak ada sesiapa. Ain seorang sahaja.”
“ Ain belum kahwin lagi lah ni?” Mak Uteh pula mengusik.
“ Ain pernah kahwin Mak uteh tapi sekarang Ain kembali sendirian. Jodoh tak panjang.” Lirih hatinya membicarakan soal statusnya. Dia harus mengakui dia kini janda yang ditalakan. Dia tidak mahu orang beranggapan dia masih anak dara. Biarlah apa pun orang akan berkata,pandangan orang terhadap janda,dia akan cuba menepis sebaik yang mungkin dan memandangnya dari sudut positif.
“ Jodoh itu ketentuan Allah Ain, Mak Uteh dan Pak Deris berdoa moga Ain akan bertemu jodoh yang lebih baik.”
Ain hanya tersenyum. Ingatannya tertumpah kepada Hizwan.  rindu! Kecewa! Berkecamuk didalam dirinya saat ini. namun dia harus akur, rindu itu terpaksa di tepis,kecewa itu harus diubati. Dia tidak boleh berterusan hidup dengan kecewa. Dia harus bangun dan bangkit dari kelukaan.
Hizwan,setelah Ain pergi bagaikan hilang dunianya. Tumpah juga airmata lelakinya buat seorang wanita yang sangat dicintai hanya kerana lafaz yang telah diucapkan. Kemana Ain? Dia disapa kebimbangan. Dimana dia mahu mencari lagi. Kali ini dia benar-benar sudah kehilangan Ain. Kehilangan untuk selamanya. Dulu Ain pergi , sekarang juga Ain pergi meninggalkan dia. Memang salah dia,dia yang tidak tegas dalam membuat keputusan. Dia yang rapuh dalam mempertahankan hubungan mereka yang diduga. Dungu! Bodoh! Kerana bertakliq begitu. Ingatnya Ain tidak berani melangkah pergi, tetapi Ain hatinya batu. Menyesal pun sudah tidak ada gunanya,nasi sudah menjadi bubur. Menangis airmata darah sekalipun belum tentu Ain akan datang kembali kepadanya.
Liza tersenyum. Dia Berjaya juga akhirnya, Hizwan akan menjadi miliknya juga. Masanya telah tiba untuk dia menjalankan rancangan yang lain. berbaloi dia memperjudikan maruah keluarga untuk lelaki yang sangat dia cintai itu. Ain sudah pergi, berita penceraian itu singgah jua ditelinga. Walaupun belum ada hitam putihnya Liza tahu Ain tidak akan kembali lagi kepada Hizwan. bagus, perempuan itu sudah pergi. Liza hatinya benar-benar sudah dirasuk ketaksuban terhadap cintanya kepada Hizwan. hatinya puas!
Hilman kecewa benar apabila dikhabarkan berita itu. Tentu Ain terluka sangat. Faham beanr dia hati Ain,walaupun dia dan Ain kurang rapat sejak Hizwan kembali,namun empat tahun tanpa Hizwan dia dan Ain sudah cukup sebati sebagai abang dan adik ipar. Ada masanya sayangnya pada Ain mengalahkan sayangnya pada adik sendiri. Ain umpama puteri dihatinya juga. Dia mengintai juga di Yahoo messenger jika ternampak Ain ada ditalian. Namun hampa. Berbulan-bulan lamanya Ain hilang entah kemana. Sewaktu dimahkamah dia tidak sempat bertemu Ain. Sebaik sahaja disah kan penceraian itu Ain terus menghilangkan diri. Entah dimana Ain sekarang. Mia sering bertanya kemana Ain pergi, rindu benar anaknya itu kepada Ain.
Sudah 6 bulan berlalu. Rumah baru diatas tanah pusaka emaknya sudah siap dibina. Rumah yang ada 3 bilik itu sangat selesa untuk dia. Reka bentuknya sangat menarik. Kelihatan comel apabila dicat dengan warna pink lembut,kain langsirnya juga berwarna pink. Ain sangat teruja dengan rumah barunya,hasil dari titik peluhnya bekerja sebagai penebar roti canai. Ditambah sedikit dengan nafkah edah yang diberi bekas suaminya dahulu. Hizwan! untuk apa dikenang lelaki itu lagi, segalanya sudah tamat untuk mereka berdua. Perlahan-lahan dia sudah dapat menerima hakikat, dia kini sendirian.
“ Mak Uteh, semuanya sudah siap sekarang, rumah ni perlukan penyerinya kan Mak Uteh?”
‘ Ha! Ain nak kahwin balik ke?” Mak Uteh ketawa. Baguslah jika benar Ain akan berkahwin sekali lagi.
“ Ish! Kesitu pula. ain tak fikir apa-apa pasal kahwin lagi ni Mak Uteh. Biar masa yang menentukannya. Ain sebenarnya nak cari ayah dan Fatimah. Tapi Ain tak tahu nak mula kan dimana?”
“ Oh! Pasal tu. Fatimah mungkin mudah untuk Ain temui,alamatnya ada pada Pak Deris. Mudah-mudahan Pak Deris masih menyimpannya. Ayah Ain tu Mak Uteh tak pasti pula sama ada Pak deris tahu atau tidak. Nanti Mak Uteh tanyakan.”
“ Rindu rasanya pada Fatimah,dimana dia ye Mak Uteh?”
Pak Deris menghulurkan secebis kertas alamat penuh Fatimah, adiknya kini menetap di Kelantan. Jauh juga kalau dia mahu pergi. Ain teringat,bukankah Kelantan adalah salah satu negeri yang dia ingin benar pergi. Dia mencongak duit simpanannya, masih ada dan masih mencukupi. Dia berkira-kira mahu meneruskan kembali perjalanan yang tertangguh. Dia akan ke Kelantan pula.
Ain memulakan perjalanan dengan cik Kelisanya. Dia nekad bersendirian,dia berserah kepada Allah moga tidak ada apa-apa terjadi didalam perjalanan. Memandangkan dia seorang perempuan berbagai kemungkinan pasti akan berlaku,kereta rosak ditengah jalan, dia mana tahu nak merepair segala.dia merancang perjalanannya, dia hanya akan memandu diwaktu siang dan singgah disatu tempat bila malam. Dia akan makan angin sekali lagi. Ain tersenyum.
Usai menyalami Mak Uteh dan Pak Deris Ain memulakan perjalanan dengan diiringi doa semoga perjalanannya selamat. Ain memandu kearah Kuala Lumpur. Dalam perjalanan menyusuri lebuhraya Plus dia teringatkan Hilman, dahulu mereka bersama menyusuri lebuhraya ini, tetapi kini dia sendirian. Teringin pula Ain mahu berjumpa dengan Hilman, bekas abang iparnya itu. Dia berkira-kira mahu singgah sebentar di Pejabat Hilman di Damansara.
Sewaktu Ain sampai ke pejabat Hilman jam sudah menunjukan ke angka dua belas tengahari, jika Hilman ada dia berkira-kira mahu mengajak Hilman makan tengahari bersama, sudah lama benar dia tidak beramah mesra dengan abangnya itu.
Ain mengemaskan pakaiannya dan tudung yang dipakai, menekan butang angka 7 untuk naik kepejabat Hilman,belum pun sempat dia bertemu penyambut tetamu dia melihat Hilman sedang berkata sesuatu dengan pekerjanya itu. Ain tersenyum, alhamdullailah mudah benar dia mahu bertemu Hilman.
“ Assalamualaikum bang..” Ain meneggur Hilman yang sedang bercakap dengan penyambut tetamunya. Hilman menoleh dan menjawab salam yang diberi. Sungguh dia terkejut melihat Ain yang tersenyum memandangnya.
‘ Ain..? Ain ke ni?” Hilman bertanya memohon kepastian.
‘ Ya lah bang Ain lah ni.”
“ Mimpi apa Ain ni datang sini?” Hilman hairan juga setelah sekian lama selepas Ain bercerai dengan adiknya baru kini Ain muncul.
‘ Abang lapang? Nak minta abang belanja Ain makan ni.” Ain masih juga dengan sikap selambanya, memang selalunya dia begitu. Dia mengajak tetapi yang membelanjanya adalah Hilman.
“ Ain, tak berubah langsung. Masih macam budak-budak.”
Hilman mengajak Ain makan disebuah restaurant berhampiran pejabatnya. Suka benar dia boleh melihat Ain sekali lagi.
“ Mia rindu sangat dengan Ain, sesekali Ain datanglah melawat dia. Walaupun Ain dengan Hizwan dah terputus hubungan dengan kami Ain tak ada apa masalah pun kan?”
“ Insya Allah nanti Ain jenguk Mia. Nanti sampaikan salam Ain pada semua orang.”
‘ Hizwan juga?” Soal Hilman sengaja menduga.
“Hizwan juga, walaupun kami bukan suami isteri Ain tetap bersahabat juga dengannya kan. Tak boleh nak salahkan suratan takdir, wajib kita percaya pada ketetapan Allah bang. Ain dah lama redha, dah lama maafkan dia.”
Hilman kagum dengan Ain, seorang wanita yang cukup tabah dalam mengharungi kehidupan.
“ Ni Ain saja aje ke datang KL atau Ain ada urusan disini?”
‘ Ain Cuma singgah saja bang, Ain dalam perjalanan nak ke Kelantan. Malam ni mungkin Ain tidur di Cherating.”
“ Ain nak ke Kelantan buat apa?”
“ Meneruskan kembara yang tertangguh. Abang dah lupa kita terpaksa berpatah balik sebelum sempat sampai ke Pulau Kapas?” Ain tersenyum.
“ Masa kan abang lupa hal tu Ain, tapi Ain sendiri atau Ain ada tujuan lain ni.”
“ Memang Ain ada tujuan lain, Ain nak kerumah adik Ain, abang ingat tak Ain ada adik tiri anak arwah mak dengan Pakcik Lazim dulu.”
“ Ya abang ingat adik Ain tu, dia hilang bersama Lazim sewaktu arwah mak Ain meninggal. Dimana dia sekarang?”
“ Di Kelantan bang, sudah berkhawin dan ada seorang anak, Ain nak kesana lah ni.”
“ Ain seorang? Beraninya..”
“ Ain akan pergi juga walaupun sendiri bang,apa lagi Ain nak buat. Sebelum Ain mula bekerja eloklah Ain buat apa yang Ain nak buat. Esok-esok bila dah kerja susah pula.”
“ Apa pun abang nak Ain jaga diri Ain baik-baik. Ain dah lama tak online, rindu pula nak chat dengan Ain?”
“Abang masih guna Id yang sama ke? Ain takut Hizwan pun masih guna id tu juga. Ain tak nak tersalah orang pula nanti.”
“ Dia dah tak guna Id tu. Password pun abang dah tukar. Ain tahukan tak lama lagi dia akan bernikah dengan Liza?”
‘ Mana lah Ain tahu sebab kami tak pernah dah berhubungan. Eloklah begitu bang. Liza memang sudah menjadi tanggungjawab Hizwan. maruah keluarga Liza harus dijaga juga.”
“ Ain tak cemburu?” Hilman sengaja menduga.
“ Untuk apa bang? Ain sendiri sudah menerima hakikat jadi perasaan itu tidak harus ada dalam hati Ain. Insya Allah setiap kejadian pasti ada hikmahnya, mana tahu nanti Ain akan bertemu dengan yang jauh lebih baik, lebih hebat.”
“ Baguslah begitu Ain, redha dengan ujian dari Allah. Abang doakan Ain akan menemui penganti yang lebih bagus.”
“ Insya Allah bang. Abang doakan lah Ain akan bertemu kekasih hati.” Ain ketawa. Ketawa didalam pedih. Terdetik juga hatinya sebaris nama yang pernah menghuni hatinya.
Ain meneruskan perjalanannya ke Kuantan. Dia sampai ke Cherating apabila siang sudah melabuhkan tirainya, selepas mendaftarkan nama disalah sebuah chalet ditepi laut itu, Ain berehat sahaja didalam bilik kepenatan.
Tahu-tahu apabila tersedar jam sudah menunjukan angka 10 malam. Bergegas dia mandi dan bersolat. Dia sudah terlepas solat Maghribnya. Dia kalau sudah dapat bantal dan tilam mana dia ingat dunia lagi.
Teringat dia mahu membuka komputer ribanya. Sudah berbulan-bulan dia tidak melayari internet seperti kebiasannya, malas dan sengaja tidak mahu online. Dia teringat kata-kata Hilman tentang chat siang tadi. Memang sudah lama dia tidak berchating dengan sesiapa pun. Apabila dia sign in pada Yahoo Massenger, dia boleh melihat Mr. Black ada ditalian. Dia menanti jika dia disapa.
Mr. Black> ding
Ain melihat masej yang masuk pada komputer ribanya.
Cik Pinky> abang Hilman?
Ain terpaksa pula bertanya, takut melayan orang lain pula walaupun telah dinyatakan oleh Hilman hanya dia yang menggunakan nickname tersebut.
Mr.Black> Kan dah bagitahu hanya abang yang menggunakan nickname ini sekarang Ain. Masih lagi nak bertanya. macam mana perjalanan? Okey?
Cik Pinky> Alhamdullilah Ain dah selamat sampai ke Cherating. Ditempat yang sama kita pernah menginap dulu.
Sementara menanti Hilman membalas masejnya Ain membancuh air kopi, dia hanya mahu makan roti untuk mengalas perutnya malam ini. Malas mahu keluar lagi.
Mr.Black> hurm..menyusuri kenangan nampaknya.
Cik Pinky> Kenangan itu sudah berlalu bang, yang ada hanya sisanya sahaja. Nak kutip dan basuh buat perhiasan..hahaha.
Mr. Black? Amboi! Bukan main lagi dia ye.
Dan perbualan mereka meleret hingga kepagi. Ada-ada sahaja yang mereka bualkan. Dari satu hingga sepuluh, dari A hingga Z. Ain menceritakan juga tentang rumah kecilnya di negeri Sembilan. Dia juga bercerita tentang apa yang bakal dia lakukan nanti sebaik sahaja dia pulang kembali kerumah kecilnya.
ain meneruskan perjalanannya ke Kelantan. Dia sampai ke daerah Tanah Merah sewaktu hari sudah pun senja. Dia mencari-cari berpandukan alamat rumah Fatimah yang diberi oleh Pak Deris. Puas dia bertanya tetapi tidak ada sesiapa pun yang mengenali Fatimah. Hendak dia sebutkan nama suami Fatimah dia sendiri tidak tahu.
Ain mengambil keputusan singgah di masjid yang dia lihat dipertengahan jalan. Dia mahu bersolat Maghrib dahulu sebelum dia mencari tempat untuk menginap. Timbul perasaan takut dihatinya, macam mana jika dia tidak berjumpa dengan adiknya. Tentulah perjalanannya sia-sia sahaja.
Dia melihat ada beberapa orang Jemaah wanita diruangan solat wanita. Ain menghulurkan tangan bersalam dengan mereka semua yang ada. Dia ditegur oleh salah seorang Jemaah.
“ Tak pernah nampak pun anak ni, baru lagi ke disini.”
“ Saya singgah sahaja makcik.” Jawapan Ain hanya dibalas dengan anggukan. Usai bersolat isyak,Ain masih lagi terpaku di atas sejadahnya. Masih lagi berfikir kemana hala dia pula malam-malam begini. Hatinya disapa kebimbangan,benar kata Hilman dia perempuan, masalah lebih banyak jika bersendirian.
“ Anak ni nak kemana sebenarnya? Minta maaflah kalau makcik sibuk-sibuk pula. masjd dah nak ditutup ni, suami makcik dah menunggu tu untuk menutup pintu semua.”
Ain berkemas-kemas. Dia menunggu makcik itu dibawah.
“ Maaf Makcik, saya ni mungkin dah tersesat. Makcik tahu dimana-mana homestay atau hotel.”
“ Kenapa anak ni cari hotel pula?”
“ Saya mahu bermalam makcik untuk malam ni sahaja.”
“ Pak Weh, anak ni nak cari hotel nak bermalam, Pak Weh tahu ke mana-mana hotel dekat kampung ni?” Makcik yang tidak dia ketahui namanya itu memberitahu lelaki yang di panggilnya Pak Weh. Barangkali suaminya.
“Bahaya lah perempuan  bermalam dihotel , kerumah sahajalah nak, Pakcik ni berdua sahaja dengan makcik.” Pelawa lelaki yang dipanggil Pak Weh itu.
“Saya tak menyusahkan pakcik dengan makcik ke?”
“ Ish! Apa pula menyusahkan, rumah  makcik pun bukan ada orang, elok juga sesekali ada tetamu bertandang. Siapa nama anak ni?”
“ Ain makcik?”
“ Pakcik ni panggil aje Pak Weh, nama makcik Khadijah, panggil aje Mak Jah. Mari lah kerumah.”
Ain menumpangkan Pak Weh dan Mak Jah, jauh juga perjalanan mereka. Lebih kurang satu kilometre jauhnya. Orang tua seperti Pak Weh dan Mak JAh tentulah akan penat jika berjalan sejauh ini.
“ Jauh juga ye pakcik dan makcik berjalan nak ke masjid.”
“ Memang lah jauh, tapi kan setiap langkah kita ke masjid itu dikira pahala juga.” Ain tersenyum, benarlah seperti dikata Pak Weh setiap langkah untuk majlis agama juga dikira pahala.
Ain teringat akan kisah yang pernah dia baca tentang seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang. Dia mahu bertaubat lalu dia pergi bertanya kepada seorang ahli ilmu adakah taubatnya masih diterima. Ahli ilmu itu menjawab, tidak! Taubatnya tidak akan diterima, maka lelaki itu telah membunuh ahli ilmu itu menggenapkan angka 100 akan pembunuhan yang dia telah lakukan. Dia berjalan lagi dan bertemu lagi dengan seorang ahli agama, dia juga menanyakan perkara yang sama adakah taubatnya masih diterima. Maka ahli agama itu menjawab boleh! Lelaki tadi diminta supaya pergi ke sebuah perkampungan dan mencari orang lebih arif tentang agama. Didalam perjalanan dia telah meninggal dunia,perjalanannya mencari kebaikan itu dikira pahala oleh Allah swt.
Mereka sampai disebuah rumah yang sederhana besar, diperbuat daripada kayu. Halaman rumah Mak Jah penuh dengan aneka bunga yang sedang kembang mekar, hidup subur ditaman mini rumah itu. Ain dipersilakan naik,rumah itu sungguh kemas kelihatan, Mak Jah memang  pandai mendekorasi rumah kecilnya, Ain hanya menduga.
“ Cantik rumah pakcik dan makcik ni.” Ain memuji.
“ Rumah orang tua macam ni lah Ain, lagipun tak ada apa nak buat ada masa terluang tu lebih baik diisi dengan benda berfaedah kan.”
Ain ditunjukan sebuah bilik yang sederhana, ada sebuah katil besi zaman dahulukala dan sebuah almari berserta sebuah cermin didinding. Sangat ringkas dengan cadar berwarna biru muda.
“ Sekejap lagi kita makan ye, Mak Jah nak panaskan lauk.”
“ Saya tolong ye Mak Jah.” Ain mengekori Mak Jah sebaik sahaja dia meletakan begnya dibilik.
Ain merasa lega untuk hari ini, sekurang-kurangnya untuk malam ini dia sudah terlepas dari marabahaya diluar sana. Dia merasa selesa juga dengan layanan Mak Jah dan Pak Weh walaupun baru sekejap sahaja mereka berkenalan. Dia hanya musafir yang berharapkan perlindungan, syukur Allah membantu perjalanannya kali ini.
Mak Jah dan Pak Weh melayan dia sebaik-baiknya tanpa sedikit pun rasa curiga, dia orang asing yang tidak diketahui asal usul, tidak diketahui budi pekerti. Entah dia baik entahkan jahat. Tetapi mereka tidak prejudis dan berfikiran positif. Menerima tetamu dan melayan sebaik yang mungkin walaupun dia tidak dikenali. Dalam dunia sekarang mungkin payah hendak bertemu manusia sebaik mereka suami isteri, mempelawa datang kerumah, diberi makan dan minum , dilayan berbual hingga tidak sedar ayam sudah berkokok.
Ain merasa sangat seronok mendengar cerita Pak Weh. Menurut Mak Jah esok pagi mungkin anaknya akan pulang dari Kuala Lumpur, ada kerja di Kelantan. Anak yang sangat Mak Jah dan Pak Weh banggakan. Menurut Mak Jah anaknya sudah berumahtangga dan mempunyai seorang anak. Cucu mereka seorang doctor dan mungkin sahaja sebaya dengan Ain, cucunya akan berkahwin tidak lama lagi.
Mak Jah mengambarkan betapa gembira dan bahagianya keluarga mereka. Tidak pula Ain bertanya siapa nama anak Mak Jah disebabkan teruja mendengar cerita Mak Jah tentang perjalanan hidup mereka berdua. Ain sangat tertarik dengan cerita Pak Weh tentang negeri Kelantan. Negeri yang sangat dia banggakan, sebagai seorang bekas prajurit Negara Pak Weh memang bersemangat bercerit tentang kecintaan nya pada tanahair dan tanah tumpah darahnya ini. 

No comments:

Post a Comment