Thursday 12 January 2012

BAB 24

Sibuk! Cawangan baru yang akan dibuka menambah lagi kesibukannya. Masa nya untuk Ain juga telah dicuri dek kesibukan dalam menguruskan hal kerja, Hizwan sedikit ralat. Adakalanya dia terpaksa pulang lewat tengah malam.
Kasihan pada Ain yang saban malam setia menantinya. Bila pulang kerumah dia melihat Ain sudah tertidur diruang tamu. Dia tahu Ain kebosanana tetapi apakah yang boleh dia lakukan untuk menghilangan bosan Ain. Dia tidak tahu apa yang Ain suka. Mahu mengizinkan Ain bekerja kembali,jika menebar roti canai juga yang Ain pilih biarlah Ain dirumah sahaja. Tidak rela dia melihat isterinya itu kepenatan.
“ Ain tak fikir ke nak buat apa-apa yang berfaedah dari duduk sahaja dirumah tak ada buat apa-apa Ain.”
“ Apa Ain nak buat? Ain bukan ada kemahiran apa-apa. Nak menjahit? Jahit butang pun Ain tak pandai. Ain Cuma pandai masak sahaja. Ain jual nasi lemak boleh?”
“ Ain nak jual nasi lemak? Isteri seorang doctor tak ada duit sampai terpaksa meniaga nasi lemak. Jangan lah jatuh kan reputasi abang Ain.”
“ Habis tu? Apa Ain nak buat lagi. Lagi pun kan memang Ain dah ada tugas dekat rumah ni. Mengemas,memasak, tidur, makan. Cukuplah kan tugas-tugas tu.”
“ Itu bukan tugas sayang. Itu memang dah wajib Ain buat dan itu tidak berbayar. Tak nak buat bisnes lain? salon ke contohnya.”
“ Abang nak suruh Ain buka salon? Nak make-up diri sendiri pun Ain tak tahu bang. Ain ni kan serba tak tahu. Tak payahlah abang suruh Ain buat apa-apa.”
“ Hurm…hadap sahajalah lapy tu Ain sampai naik jemu. Lepas tu tak lama lagi Ain pun jadi rabun.”
“ Kalau Ain sunyi Ain tengok lah Video. Kalau abang lapang abang boleh Chat dengan Ain dialam maya. Nanti-nanti kalau ada anak Ain layan lah anak dan papanya . tentu tak sempat boring.”
“ Anak? Abang nak baby ke?”
“ Setiap perkhawinan tentu akan lebih berseri jika kita memiliki zuriat Ain. Kenapa? Ain tak nak?”
“ Nak lah tapi abang malas.”
“ Apa pula kena mengena anak dengan malas ni. Tak faham lah abang.”
“ Abang malas nak usaha lebih sikit. Mana mahunya. Balik dah lambat. Lepas tu penat. Bila dah penat Ain pun abang tak pandang. Sedih Ain.”
Hizwan ketawa. Memang dia tidak nafikan dia selalu balik lewat dalam kepenatan. Memang dia langsung tidak terfikir dengan apa yang difikirkan Ain. Dia memang tidak berusaha langsung. Sebagai doctor dia arif peratus kemungkinan seorang isteri hamil cukup berkait rapat dengan kekerapan mereka melakukan hubungan suami isteri. Kenapa dia tidak terfikir begitu. Seolah-olah dia bukan doctor dan Ain pula mengambil alih tugasnya.
Dia cuma memikirkan bagaimana mau mengembangkan lagi perniagaan kesihatannya. Dia ada targetnya sendiri. Sekarang dia miliki 4 cawangan. Dia mahu menambah lagi kalau boleh hingga 10 cawangan. Angan-angan yang cukup tinggi dan dia sedang berusaha kearah itu. Berusaha hingga Ain terabai. Kasihan isterinya itu.
“ Abang minta maaf Ain. Abang bukan sengaja tak pedulikan Ain.”
“ Ain faham. Abang pun ada cita-citakan. Tak apa bang kita ada bertahun lagi untuk melahirkan anak. Insyaallah ada rezeki adalah.”
Apabila kesibukan melanda memang Hizwan terlupa akan isteri dirumah. Biarpun dia ada beberapa orang pekerja untuk membantu namun dia harus memantau juga perjalanan syarikat kecilnya. Namun dia tidak pernah lupa untuk bermasej dengan isterinya samaada melalui Hp atau YM jika dia berada dihadapan laptopnya.
Ding>
Cik Pinky> Mr Black…sibukkah?
Mr.Black> sibuk lah juga. Ada apa sayang.
Cik Pinky> Hari ni sayang masak pajeri nenas. Nyum..nyum..nyum..sedap!
Mr.Black> Hantar sini sikit boleh?
Cik Pinky> Abang balik lah makan dirumah. Dah lama kita tak makan tengahari bersama. L
Mr.Black> maaf sayang,abang memang tak boleh. Kena stanby untuk kes emergency.
Cik Pinky>L
Mr.Balck> Abang janji hari ni abang balik awal. Pajeri punya pasal.
Cik Pinky> Okey Ain tunggu. J
Ain hairan mengapa Hizwan lebih gemar menggunakan identity Hilman. Berkongsi  YM adalah sesuatu yang jarang dibuat orang. Tetapi Hizwan dan adik beradiknya selamba sahaja. Kadang-kadang Ain terpaksa pula bertanya siapa yang ada ditalian. Hilman atau Hizwan.
Ain menanti Hizwan pulang. Sehingga jam menunjukan keangka sebelas barulah suaminya itu muncul. Ain terasa hati. Sukar benar dia mahu bertemu suami sendiri. Dia benar-benar rindukan suasana santainya bersama Hizwan.
“ Maaf Ain abang tak sangka pula ada kes dah last minit.”
“ Abang dah makan?”
“ Dah. Pizza aje. Abang penat sungguh ni.”
Ain kedapur dan mengemas kembali lauk yang sudah siap terhidang. Hiba benar rasa hatinya. Hizwan memang tidak akan menjamah makanan yang sudah siap terhidang. dia menelan kesedihan hatinya sendiri. Ain memasuki bilik arwah Farah. Sengaja berbuat demikian. Entah kepada siapa dia mahu mengadu keresahan hati. Dia benar-benar rasa terpinggir. Jika ada Farah sudah tentu pada sahabatnya itu dia mengadu. Sudah sebulan dia tidak dipedulikan. Sudah puas dia membelek diri dicermin. Entah dimana silapnya dia. Ain sendiri tidak tahu.
Airmata pilu mengalir lesu dari tubir matanya. Bahagia hanya seketika. Ain terasa sungguh-sungguh. Seolah-olah habis madu sepah dibuang. Menyesal pun sudah tidak ada gunanya lagi. Terlanjur perbuatan tak dia mampu berundur. Mahu atau tidak dia harus akur. Suratan takdir tidak sebelahi nasibnya.
“ Kau memang pembawa malang Ain. Dulu ayah kau tinggalkan mak kau hilang macam tu aje. Bila aku kahwin dengan mak kau,hidup aku langsung tak ada makna. Makin susah lagi adalah. Entah badi sial mana melekat dekat kau ni.” Suara Lazim lantang memecah keheningan malam. Dia menekup telinga dengan kedua belah tangannya.
Adakah benar kata Lazim dahulu. Dia memang pembawa malang agaknya. Ain bertambah hiba. Sendu nya tertahan-tahan.
Hizwan sudah selesai menyegarkan diri. Terasa lega dari keletihan yang mencengkam sukma.Dia mencari Ain diruang tamu. Tiada! Didapur juga tiada. Kemanakah Ain. Dia mengangkat tudung saji. Teringin juga dia mahu makan pajeri nenas yang dimasak Ain. Kosong! Hai! Apa kena pula Ain hari ni. Selalu tidak begini. Lewat bagaimana pun dia pulang jika dia mahu makan cepat sahaja isterinya itu menghidangkan makanan.
Pasti Ain dibilik Farah. dia menguak pintu bilik. Gelap gelita. Suiz lampu dicari. Terang suasana. Benarlah Ain disini.
“ Apa Ain buat dekat sini. Dalam gelap ni.”
“ Tak ada apa” Suara itu kedengaran bergetar. Dia dapat melihat Ain mengesat airmatanya.
“ Kenapa ni? Kenapa Ain menagis?” Hizwan menghampiri Ain. Duduk disebelah Ain. Dia dapat melihat dengan jelas mata Ain yang merah. Sah! Memang baru lepas menangis. Entah apa yang tidak kena dengan Ain.
Ain merajuk? Marahkah Ain dengan dia yang sentiasa kesuntukan masa. Masa 24jam yang dia ada sehari memang tidak mencukupi. Dia terlalu sibuk dengan kerjanya. Memang dia akui dia sedikit mengabaikan Ain. Tetapi dia bukan sengaja memperlakukan Ain begitu. Dia kepenatan. Penat otak,penat fizikal dengan kerja di pejabat. Dia melakukan semua itu untuk Ain juga. Untuk masa depan dia dan keluarganya juga.
“Ain…kenapa menangis ni. Cuba cakap dengan abang apa yang Ain tak puas hati sangat hari ni.”
Ain mengeleng. Dia bangun dan berlalu keluar dari bilik. Hizwan mengekori Ain. Lebih baik membicarakan hal mereka didalam bilik sendiri. Ain menarik selimutnya. Dia mahu tidur. Dia malas mahu memikirkan rasa hati yang terjeruk ini. Nanti dia yang terjerut dengan permasalahan yang tidak berkesudahan.
“ Abang tanya Ain ni. Kenapa tak jawab. Bisu dah?” Hizwan masih menanti jawapan Ain.
“ Ain..” Sudahnya Hizwan meninggikan suara. Tercabar pula rasanya dengan sikap kaku Ain.
“ Kenapa abang tinggikan suara abang dengan Ain.?”
“ Ada pun mulut nak jawab. Ingat dah bisu. Abang penatlah. Abang tanya cubalah jawab jangan buang masa rehat abang.”
“ Ain ni buang masa abang ke? Kalau Ain buang masa rehat abang elok lah abang tidur. Tak ada apa Ain nak jawab dah.”
“ Ain. Cubalah jangan emosi sangat.”
“ Siapa yang emosi? Kalau Ain emosi sekalipun itu hak Ain. Hati ain..tak ada kena mengena dengan abang.”
“ Kenapa Ain jawab macam ni? Ada masalah kita boleh bincang. Bukan nak marah-marah. Marah bukan penyelesaian segala masalah.”
‘ Suka hati Ain lah kalau Ain nak marah pun.”
“ Apa masalah Ain ni? Abang cakap elok-elok pun Ain tak dengar. Kenapa ?”
“ Masalah Ain tak ada kena mengena dengan abang.” Ain membelakangkan Hizwan. Dia menutup seluruh tubuhnya dengan selimut.
“ Ain…bangun! Abang kata bangun.” Hizwan menarik selimut yang menutup tubuh Ain. Geram benar dia dengan kelakuan Ain. Susah sangat mahu dibawa berbincang.
“ Duduk! Pandang abang bila bercakap. Abang benci dengan orang yang tak tahu adab bila bercakap ni.”
Benci dia? Tidak beradab kah dia? Hatinya bagai dipalu.
“ Sekarang bagitahu apa masalaha Ain. Abang tanya ni tolong jawab. Abang tak suka lah nak bergaduh dengan Ain malam-malam buta ni. Abang ni penat.”
“ Dah tahu penat. Tidur aje. Esok masih ada.”
“ Bukan itu jawapan yang abang nak dengar dari mulut Ain.”
“ Habis abang nak dengar apa? Nak dengar Ain bersungut ke? Ain bosan lah hidup macam ni. Ada suami macam tak ada suami. tentu pula arahnya kalau empat tahu lepas ada suami tapi tiada. Ain boleh buat apa Ain suka. Bukan jadi macam patung dalam rumah sendiri. Ain rasa abang melampau sangat dah. Abang dah dapat apa abang nak. Pandang Ain pun abang dah tak nak.”
Meledak juga rasa tidak puas hati nya. Bagaikan lahar gunung berapi. Geram benar dia dengan sikap Hizwan yang lebih mementingkan kerja dari dia. Bukan banyak yang dia mahu. Hanya sedikit perhatian sebagai seorang isteri.
“Apa yang Ain cakap ni. Apa yang Ain maksud kan dah dapat apa abang nak?”
“ Tanyalah diri sendiri. Lelaki semua sama. Hipokrit. Blue hippo.”
“ Melampau tuduhan tu Ain. Ain ingat abang ni tak tahu tanggjawab ke. Hanya sebab yang sekecil ini Ain sampai hati tuduh abang macam tu.” Hizwan terasa hati. Langsung dia tidak menduga Ain beranggapan begitu.
Ain terdiam. Memang berat tuduhannya. Tapi hatinya sakit diperlakukan begitu. Seolah-olah dia tiada tempat dihati suami sendiri. Ain kembali menangis. Sebak didada tidak mampu ditahan lagi. Dia berlari kebilik air. Mungkin duduk diruang yang kecil ini boleh memberi dia sedikit kelegaan. Dia membasuh wajahnya sepuas hati. Air dipancuran dibuka. Dia duduk dibawah pancuran air. Tengah malam buta begini. Dia menangis sepuas hati. Mengigil dia menahan sejuk.
“ Ain sudah lah tu. Buat apa dalam bilik air tu lama-lama.” Panggilan Hizwan tidak dia pedulikan.
Wajahnya sudah pucat kesejukan. Tetapi dia masih belum mahu berhenti.
“ Ain…” Hizwan mendekati pintu bilik air. Melekapkan telinga kepintu. Dia mendengar bunyi air yang mengalir deras. Ain mandi atau sengaja duduk dibawah pancuran air. Dah gila agaknya Ain. Malam-malam begini dengan kedinginan yang mencengkam. Memang itu hanya perbuatan orang kurang siuman. Sengaja menempah sakit.
Hizwan tidak mahu membiarkan Ain terus begitu. Mujur pintu bilik air tidak dikunci. Lekas-lekas dia mendapat kan Ain yang duduk dilantai dengan air pancuran yang terbuka. Tubuh isterinya dibalut. Dicempung tubuh kecil itu keluar dari bilik air. Pakaian isterinya disalin.
“ Ain jangan lah bertindak bodoh macam ni.”
Ain yang mengigil kesejukan hanya diam membisu. Akal warasnya tidak dapat berfikir. Otaknya bercelaru. Dia memang pembawa malang. Benarlah kata Lazim bapa tirinya. Apa pun yang dia lakukan tidak akan dia perolehi kebahagian. Melainkan malang semata-mata.
“ Ain..abang minta maaf. Abang cuba lebih luangkan masa abang untuk Ain. Abang janji.”
Tubuh isterinya itu dirangkulnya erat. Sedar kekhilafan diri. Dia juga bersalah kerana tidak sedar Ain kesunyian. Tidak guna bertekak dengan isterinya itu. Perang mulut tidak akan selesaikan apa-apa. Situasi akan menjadi lebih tegang jika dia turut berkeras hati. Hizwan tahu hati Ain bukan lah sekeras mana jika kena gaya pujuknya.
“ Ain..kita ni sepatutnya masih dalam mood bulan madu. Tak elokkan kalau kita bergaduh macam ni. Abang tahu abang salah tak pedulikan Ain tapi itu tidak bermakna abang tidak sayangkan Ain. Siapa lagi yang abang ada jika bukan Ain. Sibuk macam mana pun abang masih sempat masej Ain. Masih sempat berchat dengan Ain walaupun sekejap. Cuma yelah abang penat bila dah balik. Mungkin dari segi tu abang salah. Abang minta maaf okey.”
Ain masih kaku dan bisu. Tubuh isterinya itu terus dirangkulnya semakin erat. Dia sudah cukup baik Ain tidak melarikan diri. Itu tandanya Ain boleh juga menerima walaupun dia tidak bersuara.
“ Abang sayang Ain.” Bisikan halus itu singgah dicuping telinga Ain. Hatinya sedikit mencair. Seorang suami yang memujuk isteri merajuk tidak harus dia balas rajuk yang semakin panjang. Ain mengalah didalam diam. Tuduhan nya juga mengikut hati dan perasaan. Ain tersedar dia juga bersalah dalam membuat tuduhan. Menghukum sebelum disiasat. Bisikan sayang dan rindu itu bertalu-talu menerjah telinganya menikam jantung hatinya. Disertai dengan elusan-elusan lembut disegenap inci tubuh yang terdedah. Sebagai isteri dia rela. Dan terhapuslah segala duka yang mencarik hati perempuannya.
Untuk hari yang mendatang Hizwan benar-benar mengotakan katanya. Paling lewat pun dia pulang jam lapan malam. Kerja pejabat tidak lagi dibawanya pulang kerumah. Rumah adalah tempatnya untuk bersama Ain.
Keadaan kembali seperti sediakala. Gurau senda gelak ketawa kembali menceriakan rumah yang pernah sunyi seketika.
“ Ain..Ain tak nak kerja ke?”
Hizwan teringat akan kekosongan yang telah ditinggalkan oleh kerani invoice dipejabatnya. Sebagai sebuah klinik yang sedang berkembang dia mempunyai beberapa panel yang melantik Klnik Wangsa sebagai tempat untk pekerja mereka mendapatkan rawatan. Dari sedikit ia kini sudah mencecah keangka ratusan juga. 3 orang kerani Invoces memang tidak mencukupi untuk melakukan kerja –kerja memasukan data dan dibilkan setiap hujung bulan.
“ Kenapa? Abang nak Ain kerja ke?”
“ Kerani data abang berhenti seorang. Dia dapat kerja lain. kalau Ain nak abang boleh suruh Ain aje. Dari duduk dekat rumah ni tak ada buat apa. Nanti-nanti bila dah ada anak baru Ain duduk dirumah jaga anak sahaja.”
“ Susah ke kerja tu.”
“ Tak lah sesusah mana. Cuma masuk kan data untuk bil hujung bulan sahaja. Ikut syarat panel. Ada panel izinkan tanggungan mendapatkan rawatan. Ada juga yang tidak. Ada senarai jenis penyakit yang ditanggung dan tidak ditanggung. Contohnya macam suntikan vaksin untuk kanak-kanak. Ada syarikat tanggung. Ada yang tidak. Begitu juga untuk rawatan papsmear atau ujian darah dan x ray. Mudah aje. Nak?”
Ain berfikir. Menarik juga. Hari-hari dia boleh melihat Hizwan. Dari duduk kebosanan.
“ Tapi. Bukan kah Liza ada. Nanti dia kata apa. Abang nak berkepit aje dengan Ain. Tak cukup dirumah.”
“ Dia abang dah tukarkan ke cawangan Cheras. Dekat dengan keluarga dia. Tak ada hal dia tidak akan datang ke HQ.”
“ Ain kena temuduga jugalah kan.”
“ Nak temuduga pun boleh. Tak nak pun boleh. Isteri bos kan.”
“ Eh! Tak nak lah macam tu. Ain ikut prosuder biasa minta kerja. Hurm…boleh tak kalau Ain tak mahu orang tahu Ain isteri abang. Ain nak belajar dulu. Ya lah sebelum ni kerja Ain uli roti tebar roti aje. Bagi orang makan. Ni nak kena pegang komputer. Nak kerja guna otak. Ain tak nak lah ambil kesempatan. Boleh ke macam tu.?
Hizwan tersenyum. Ada-ada sahaja idea isterinya.
“ Habis tu kalau Ain tak nak orang tahu Ain isteri bos abang tak boleh lah nak pandang Ain atau bermesra dengan Ain dekat pejabat. Macam tu ke?”
“ Boleh ke bang macam tu.”
“ Tak boleh. Mana boleh abang tak cubit isteri abang sehari. Mana boleh tak peluk Ain sekejap pun.”
“ Alah! Menipu aje abang. Habis selalu boleh.”
“ Itu Ain dekat rumah. Kalau ada depan mata abang ada Ain terlepas dari abang? Kecuali kalau Ain ke bilik air sahaja baru Ain terlepas.”
Memang Ain tidak nafikan. Sejak kebelakangan ini memang dia tidak pernah terlepas dari Hizwan.
“ Kalau tak boleh tak  apa lah Ain duduk aje dekat rumah.”
“ Boleh. Curi-curi pun taka pa Ain. Lepas ni abang kenalah jadi pencuri. Esok Ain pergi lepas abang kepejabat. Esok abang tak duduk diklinik. Abang dioffice. Abang sendiri yang akan temuduga Ain. Dan esok juga Ain akan mula bekerja.”
‘ Eh! Bukan abang kena fikir dulu ke nak ambik Ain bekerja atau tidak ni.”
“ Dah fikir dah. Abang tahu. Ain mesti boleh buat. Ain kan serba boleh.”
‘ Puji lebih-lebih ni. Ada apa-apa ke?”
“ Adaaaa…” Jawapan yang panjang menyebabkan Ain ketawa.
Dia cepat-cepat melarikan diri menghilang kedalam bilik. Disusuli Hizwan kemudiannya. 

No comments:

Post a Comment