Sunday 22 January 2012

BAB28

Sedar tak sedar kandungan nya sudah berusia 4 bulan. Dia sudah boleh merasa tendangan halus didalam rahimnya. Dia sudah boleh melihat bentuk bayinya lewat ujian ultrasound yang dilakukan oleh suaminya sendiri. untung bersuamikan seorang doctor tak perlu pergi jauh-jauh didepan mata pun ada. Mudah untuk dia memantau kesihatan dirinya dan bayi.
Dia masih lagi bekerja seperti biasa. Tidak mahu duduk sahaja dirumah. Bosan katanya. Itulah yang dia rasakan bagus. Apatah lagi setelah membaca dia harus banyak bergerak agar dipermudahkan sewaktu melahirkan nanti. Insya Allah.
Hizwan sering benar balik lewat sekarang ini. Apabila ditanya dia memberi alasan banyak kerja dipejabat. Ain yang selalu pulang awal dirumah. Nama sahaja satu pejabat tetapi mereka masih kepejabat berasingan alasannya dia harus ke Dayabumi menjengah perjalanan klinik baru itu.
Kadang-kadang terdetik juga rasa curiganya. Bukankah Hizwan cukup tidak gemar kesana. Kerana Liza yang menjaga hal ehwal perjalanan klinik tersebut. Kenapa tiba-tiba dia lebih kerap pula kesana. Itu yang menghairankan Ain. Pernah juga Kak Ros melahirkan rasa bimbangnya akan kekerapan bos mereka kesana. Manusia mungkin sanggup melakukan apa sahaja untuk menjerat dan manusia yang lagi satu jika tersalah jalan pasti terjerat.
Dalam keadaan dia yang sedang berbadan dua memang layanannya agak kurang sedikit.apatah lagi dia memang selalu pening dan muntah tidak kira masa. Tetapi sebagai doctor bukan kah Hizwan patut lebih arif dan memahami. Ain bukan sengaja buat-buat sakit. Sudah dia memang sakit.
Lamunan Ain terhenti seketika. Jam sudah menunjukan keangka sebelas sewaktu dia menerima panggilan dari Hizwan yang memintanya datang ke Balai Polis Dang Wangi. Kenapa? apa sudah terjadi? Ain tidak sempat bertanya, dia gagahkan juga untuk memandu walaupun kepalanya terasa berat. Dalam perjalanan dia sempat menelefon Hilman supaya segera menuruti dia. Dadanya berdebar-debar. Seolah-olah ada sesuatu yang tidak enak sedang berlaku. Perjalanannya terasa lambat. Dia tidak dapat menumpukan perhatiannya dijalan raya. Kepalanya terasa berpusing. Dia benar-benar merasa tidak sehat. Demi suami dia dayakan jua.
Sewaktu dia sampai Hilman dan Hakimi sudah berada di perkarangan Balai Polis. Hakimi yang melihat Ain segera mendapatkan kakak iparnya itu.
“ Kenapa Kimi. Kenapa dengan abang?”
Hakimi hanya mengangkat bahu. Hilman awal-awal lagi sudah berpesan. Biar mereka selesaikan dahulu masalah mereka dengan polis baru bercerita.
“ Kita duduk dulu lah Ain. Abang Hilman tengah uruskan hal dekat dalam tu. Elok Ain tak payah masuk dulu. Tunggu abang Hilman panggil.”
“ Apa masalahnya ni Kimi. Apa yang kamu semua sorok kan ni. Macam ada sesuatu tak kena sahaja.”
“ Sekejap…” Hakimi melihat paparan ditelefon bimbitnya. Masej dari Hilman yang meminta mereka masuk kedalam. Ain dan Hakimi berjalan kedalam Balai Polis yang agak lengang.
Disatu sudut Ain melihat Hizwan dan Liza. Wajah Hizwan kelihatan tegang manakala Liza kelihatan menangis. Mereka juga dikelilingi oleh keluarga Liza. Ain yang tadinya tidak dapat menangkap apa yang terjadi kelihatan sudah jelas melalui percakapan mereka yang berada disini.
Ain mengelengkan kepala. tidak percaya. Tidak percaya bahawa seorang suami sanggup menghancurkan kepercayaan seorang isteri. Ini rupanya yang dilakukan Hizwan disepanjang kesibukannya menguruskan klinik di Dayabumi. Dia sebenarnya sibuk mengulit Liza. Sampainya hati seorang suami memperlakukan isteri yang sedang hamilkan anaknya begini.
Sebaik sahaja dia melihat Ain Hizwan bingkas bangun. Perbuatannya mengundang semua mata melihat kearah Ain. Liza mencebik. Didalam hati dia gembira. Pelanduk sudah masuk perangkap. Sekarang dia mahu melihat jika perempuan kampung itu meraung dengan perbuatan yang dirancang. Namun apa yang dia mahu tidak terjadi.
Ain sememangnya wanita yang sangat tabah. Seorang wanita yang tidak akan memalukan dirinya sendiri dikhalayak ramai. Dia bukan bodoh mahu meraung dihadapan balai polis ini. Rumahnya ada untuk digunakan sebaik mungkin bagi berbincang. Hilman mengheret tangan Hizwan segera keluar dari suasana yang sangat tidak menyenangkan mereka. Setelah berkata sesuatu kepada keluarga Liza dia membawa Hizwan menaiki keretanya dan juga Ain. Kereta Ain dibawa oleh Hakimi.
Didalam perjalanan Ain hanya diam membisu seribu bahasa. Tidak terkata. Hanya Hilman yang melapiaskan rasa marahnya diatas perbuatan tidak bermaruah Hizwan dan Liza.
“ Kau tahu kau dah ada isteri. Dah nak ada anak pun kenapa kau tergamak buat isteri kau macam ni Wan.”
“ Bang, saya tak salah apa pun bang. Saya tak ada niat pun nak buat benda tak senonoh macam ni. Abang sendiri pun tahu , ain pun tahu Liza tu tak ada langsung dalam kamus hati saya ni. Manalah saya tahu benda ni akan jadi. Saya memang betul-betul bekerja bukan buat kerja.”
“ Habis kalau kau bekerja macam mana pula kau boleh kena tangkap basah dengan perempuan tu.”
“ Dia minta saya stanby kejap sebab dia takut nak turun keparking. Abang tahu lah parking tu kan gelap. Kata dialah hari tu ada Mat Bangla cuba nak pegang dia. Saya ni berkawan dengan dia dah lama bang. Tak kan bila dengar macam tu saya nak biarkan pula.”
“ Kau tak terfikir ke, dah berapa lama dia kerja dekat situ baru semalam pula ada mamat kacau dia. Selama hari ini ada kau tahu apa-apa tentang kacau-kacau ni. Atau dia memang saja nak perangkap kau.”
“ Entahlah bang saya tak terfikir lah benda-benda tu semua.”
Hizwan menoleh kepada Ain yang hanya diam membisu.
“ Ain..abang harap sangat Ain percayakan abang. Abang tak buat perkara-perkara tak masuk akal ni.”
Ain hanya diam membisu. Hatinya pedih dengan perkhabaran duka ini. Bagaikan terkena bom. Meletup dan menghancur lumatkan jiwa dan raganya. Dugaan yang maha hebat. Sama hebatnya sewaktu dia menerima kematian emaknya akibat dibunuh oleh bapa tirinya sendiri.
Perutnya terasa merengat tiba-tiba. Sakit yang sedikit semakin terasa kerap dan kuat. Kenapa dengan dia? Adakah kerana jiwa nya yang bergelora dia dilanda rengat ini. Dia dapat merasakan sesuatu yang hangat meleleh dikakinya. Dia menunduk meraba. Tangan nya diangakat. Darah!
‘ Ya Allah…” Ucapan yang pendek itu menyebabkan Hizwan memandang Ain yang duduk dibelakang. Dia melihat tangan Ain yang sudah dilumuri darah.
“ Bang berhenti bang. Ain kenapa ni?” Hilman segera berhenti ditepi jalan. Hizwan cepat-cepat turun dan mendapatkan Ain ditempat duduk sebelah belakang. Ain mengelengkan kepala tidak tahu apa yang telah terjadi.
“ Ya allah Bang cepat bang kita pergi Hospital. Ain tumpah darah ni.” Hizwan terkejut melihat keadaan Ain yang tiba-tiba sahaja begitu.
Hilman menukar haluannya. Mujur mereka memang sudah berapa disekitar Ampang Puteri sahaja. Sebaik sahaja berada di kawasan kecemasan Hizwan terus sahaja mengendong Ain. Darah berjejeran dilantai. Hizwan benar-benar panic. Terlupa yang dia juga adalah seorang doctor.
“ Ya Allah! Apa dah jadi ni bang.?” Hizwan mengutuk dirinya sendiri. pasti isterinya sangat tertekan dengan apa yang telah terjadi. Sikapnya kurang prihatin sejak Ain  hamil mungkin mengundang tekanan kepada dia. Ditambah pula dengan apa yang terjadi hari ini. Hizwan seolah- olah terlupa amalan kedoktoran yang dia pelajari.
“ Menyesal pun dah tak guna Hizwan. tunggu sahajalah apa kata doctor.” Ikutkan hati Hilman memang dia mahu memarahi adiknya itu sungguh-sungguh. cuai dan alpa dengan dunia sendiri. lebih pentingkan perempuan lain dari isteri sendiri.
Mereka berdua menanti diluar bilik rawatan dengan keresahan. Lebih-lebih lagi Hizwan. berbagai kemungkinan bermain dikepalanya. Hati nya lebih mengatakan dia mungkin akan kehilangan bayi mereka. Hizwan diburu sesal yang panjang. Jika tidak menurut permintaan Liza tadi pasti tidak ada apa yang akan berlaku. Liza! Kau memang perempuan tak guna. Hizwan mengutuk didalam hati.
‘ Suami kepada Puan NUrain Amani.” Hizwan bingkas bangun apabila nama isterinya disebut.
‘ Maaf encik. Kami perlukan tandatangan encik untuk kami menjalankan prosuder DNC. Kami minta maaf bayi encik sudah tiada. Kami terpaksa melakukan DNC bagi mengeluarkan bayi yang telah meninggal dunia.”
“ Kenapa tidak lakukan induce sahaja. Paksa bersalin?’
“ Memang kami boleh lakukan tetapi isteri encik sangat lemah, dia kehilangan banyak darah. jadi jangan risikokan lagi nyawanya.”
“ Ya saya faham. Saya akan tandatangan.” Hizwan mengeluh. Dia sudah kehilangan bayi yang sangat dia idamkan sekian lama. Bagaimana dengan penerimaan Ain nanti. Ini semua salah dia.
Ain membuka matanya perlahan-lahan. Terasa berpinar. Dunia nya seakan berpusing. Dia cuba mengingati apa yang sudah terjadi. Kenapa dia merasakan perutnya kosong sahaja. Dia meraba perutnya. Memang dia tidak dapat lagi merasa gerakan halus yang baru sahaja dia rasai beberapa hari yang lepas. Kemana anaknya?
“ Ain…ain dah bangun.” Dia mendengar suara Hizwan memecah gegendang telinganya.
Dia menoleh. Memandang suaminya itu dengan pandangan yang kosong.
“ Mana baby?”Hizwan diam tidak menjawab pertanyaan Ain.
“ Ain rehat dulu ye. Jangan fikir yang bukan-bukan.” Hizwan meminta Ain merehatkan diri.
“ Baby dah tak ada kan bang? Ain tahu dia dah tak ada.” Ain berkata hiba.
Dia memalingkan wajahnya kedinding. Hiba benar rasa hatinya. Kenapa ini semua harus terjadi dalam hidupnya. Sudahlah suami berperangai begini, dia pula tidak cukup kuat untuk untuk anaknya terus berada didalam badanya. Hanya seketika dia dapat merasai nikmat itu. Allah lebih sayangi bayi yang tidak tahu apa-apa itu. Memang hidupnya sentiasa diduga.
“ Ain…” Dia dapat merasakan tangannya diramas lembut. Dia menarik tangannya. Benci! Dia hanya merasa benci pada lelaki yang sudah mensia-siakan kepercayaan selama hari ini. Kerana lelaki ini dia hilang anaknya. Sesungguhnya dia tidak mahu melihat wajah ini didepannya.
“ Abang minta maaf Ain.” Hanya itu yang termampu untuk dia ucapkan. Memang salah dia menyiakan kepercayaan seorang isteri. Dia yang alpa dengan kesibukan diri hingga tidak ingat isterinya masih belum cukup kuat untuk menghadapi sebarang tekanan. Semunya salah dia. Apa pun rasa Ain padanya sekarang memang dia terpaksa sahaja menelannya.
“ Tinggalkan Ain dekat sini. abang pergilah balik.”
“ Abang nak jaga Ain.”
“ Ain boleh jaga diri Ain. Abang boleh balik. Ain tak nak abang ganggu Ain.”
Andai itu yang dikatakan Ain. Hizwan terpaksa akur. Dia melangkah pulang dengan sesal yang tak sudah. Sebaik sahaja Hizwan keluar Ain mencari telefonnya. Jumpa! Dia terus menghantar pesanan ringkas.
“ Buat masa ni Ain tak nak tengok muka abang ada depan Ain. Maaf…”
Dan telefon itu terus sahaja dimatikan sebaik sahaja ia dihantar. Dia benar-benar mahu bersendirian dan membebaskan hatinya dari kemelut yang menjerut rasa.
 Hizwan sebaik sahaja sampai dirumah Hilman sudah menanti bersama mama dan papa Liza juga perempuan itu sendiri. ini lagi satu memang memeningkan kepalanya. Tidak cukup di Balai Polis mereka datang pula kerumah. Entah apa yang mereka masih tidak puas hati lagi.
“You kena bertanggungjawab. Siapa nak I lagi kalau orang tahu I pernah kena tangkap khalwat dengan you Wan. Maruah I, maruah keluara i.”
Senang sungguh perempuan ini. Mahu bertanggungjawab atas sebab apa? Apa yang dia telah buat? Dia langsung tidak tahu apa yang telah dirancang oleh mereka. Liza dan mereka yang kononnya saksi diatas perbuatan tidak senonoh mereka berdua. Hizwan benar-benar sakit hati.
“ Uncle nak Wan kahwin dengan Liza.”
Permintaan gila yang lansung tidak masuk dek akal. Tidak tahukah dia sudah ada isteri. Bapa apakah agaknya orang tua Liza ini yang rela anaknya bermadu. Sungguh dia tidak faham.
“ Saya dah ada isteri Uncle. Tidak mungkin saya akan madukan isteri saya. Kalau saya nak buat begitu pun saya tidak akan berkhawin dengan orang yang saya tidak suka.
“ Suka atau tidak Wan, maruah Liza sudah musnah. Dia mungkin tidak akan berkhawin sampai bila-bila pun kalau orang tahu dia ada rekod buruk begini. Wan kena kahwin juga dengan Liza. Uncle merayu pada Wan. Tolonglah kami ,selamatkan maruah keluarga kami.”
Dan kata-kata itu menyebabkan dia tidak lena,sudahlah masej Ain mengganggu ditambah pula dengan gangguan yang diluar dugaan. Hidupnya benar-benar porak-peranda. Semuanya kerana Liza,kalau sudah perempuan itu yang memusnahkan dia bagaimana mungkin dia akan menikahi perempuan itu. Dia benar-benar mahu lari dari segala masalah hidupnya.
“ Macammana kau nak buat sekarang ni? Sanggup kau madukan Ain?” Hilman  duduk disisi adiknya yang asyik merenung bintang dilangit.
“ Entahlah bang,semak dah kepala ni. Maruah orang hendak dijaga,hati isteri hendak dibelai. Badan ada satu, hati tak mungkin terbahagi dua. Saya ada pilihan lainkah selain dari menjaga maruah orang merobekkan hati isteri?”
“ Kau dah bulat dengan apa yang kau nak buat ni? Susah payah kau dapatkan Ain,kau sabar menunggu dia walaupun dia tidak sudi. Bila dia sudi kau sia-siakan dia kerana maruah orang yang harus kau jaga. Kau memang anak jantan yang hebat tapi kau juga kalah dalam masa yang sama. Abang tak mahu campur urusan hidup kau. tapi kalau abang jadi kau abang akan buat pilihan. Dan pilihan abang adalah Ain. Rajuknya boleh kau pujuk, maruah akan kembali apabila kebenaran terbukti. Kalau kau tak salah kau boleh lawan dimahkamah. Bukan menurut membuta tuli. Berfikir guna otak bukan guna hati.”
Hilman menepuk bahu adiknya, dia berlalu membiarkan Hizwan melayan rasa hatinya sendiri.
Ain sudah dibenarkan pulang setelah empat hari berumahtangga dihospital. Kaunseling yang diberi oleh doctor sedikit sebanyak melegakan tekanannya. Hizwan langsung tidak nampak muka,biarlah jika itu boleh melegakan hatinya. Dia mengambil teksi dan terus sahaja pulang ke Selayang. Dia perlu merehatkan diri dan mindanya.
Kehilangan! Dia memang sangat merasai itu,dia kehilangan anak, dia mungkin kehilangan suami juga. Kehilangan anak itu mungkin dia masih boleh menerimanya kerana dia masih boleh hamil sekali lagi. Jika benar dia akan hilang suami adakah dia akan sanggup menerimanya. Melepaskan apa yang sudah sebati dengan dirinya bukanlah sesuatu yang mudah.
Dua minggu sudah berlalu bayang suaminya itu lansung tidak kelihatan. Seolah-olah dia tidak wujud lagi didunia ini. Atau Hizwan benar-benar tidak mahu muncul lagi didepannya atas alasan dia sendiri tidak suka. Mengapa suaminya itu tidak mengerti kemana sangatlah rajuk hati seorang isteri, mustahil dia akan merajuk hingga inginkan perpisahan. Hatinya sudah boleh menerima cuma dia perlukan penjelasan suaminya itu sahaja.
Hizwan pulang malam itu, Ain tidak berkata apa sebaik sahaja melihat kelibat suaminya. Aneh! Hizwan hanya pulang dengan sehelai kertas ditangan.tanpa kata dia menghulurkannya kepada Ain. Hanya pandangannya sahaja yang berkata-kata.
Ain hanya meletakan kertas itu diatas meja sebaik sahaja dia selesai membacanya. Membiarkan sahaja kertas itu ditiup angina dan Hizwan mengutipnya.
“ Ain,abang minta maaf.” Hanya itu yang dia dengar dari mulut lelaki yang bergelar suami itu. Maaf yang amat mudah untuk diucapkan. Dan dia bukan lah seorang yang pemaaf,seorang yang iklas. Ain memilih untuk berdiam diri. Sesungguhnya dia sangat terkejut dengan situasi baru yang dilaluinya sekarang.
Dia menangis sesungguh hatinya. Inikah yang dia cari dalam hidupnya sekarang, memilih untuk terus dilukai. Kenapa orang yang dia jadikan tempat untuk dia bersandar sanggup memperlakukan dia begitu. Hatinya benar-benar dituba,diracun hingga dia rasa mahu mati sahaja saat ini. Sampainya hati dia, teganya dia memperlakukan dirinya begini. Hatinya dicarik-carik, berdarah. Alangkah kejamnya insan yang dia kasihi separuh nyawa ini.
Dia nekad, dia akan hentikan segala rasa yang dia tanggung. Diam-diam dia mengemas kan pakaiannya, mengemas segala document penting miliknya. Yang bukan haknya dia ketepikan didalam satu sampul surat besar. Dia menulis nama Hizwan besar-besar diluar sampul surat itu. Pakaiannya juga disumbat kan kedalam dua buah beg besar. Begitu juga barangan peribadinya. Asal muat kereta Kelisa kecilnya itu sudah memadai. Dia nekad. Dia akan mengikut langkah kakinya. Dimana dia berhenti disitulah dia akan memulai hidupnya sendiri.
Hizwan terkejut melihat Ain yang berdiri dihadapannya dengan dua buah beg besar.
“ Ain nak kemana ni,malam-malam ni?”
Ain tidak menjawab. Dia mengambil kertas yang diberikan padanya tadi, dia menandatangani surat itu, dengan airmata yang berjuraian.
“ Selama kita bersama Ain tak pernah minta apa-apa dari abang. Harta abang pun Ain tak pernah minta. Ain Cuma nak minta abang halalkan makan minum Ain selama kita hidup berdua sebagai suami isteri.”
“Apa maksud Ain ni…?” Hizwan berdebar. Dia tidak mahu Ain meminta sesuatu yang tidak dapat dia beri. Dia sayangkan Ain. Selamanya hanya ain yang dia sayangi. Bukan Liza atau sesiapa pun juga.
“ Abang berhak kan untuk berkahwin lain. abang ada kosong lagi tiga. Ain ni siapalah nak menghalangnya. Manis madu tak akan sama dengan pahitnya hempedu. Tapi Ain pilih untuk menelan hempedu dari berkongsi rasa manisnya madu.”
“ Ain cakap apa ni, abang tak faham.”
“ Kahwinlah bang kalau itu yang boleh abang lakukan untuk maruah abang dan Liza,Ain minta maaf pada abang. Ain izinkan abang berkahwin lagi tetapi Ain minta maaf, izinkan Ain pergi.”
“Ain, abang tak akan izinkan Ain kemana-mana. Tolonglah jangan fikir abang suka dengan semua ini. abang terpaksa Ain abang langsung tidak terfikir nak buat benda macam ni tapi abang sebagai lelaki salah atau tidak maruah harus abang bela, abang tak fikir abang akan kahilangan Ain. Ain jangan fikir nak minta yang bukan-bukan,memang abang tak akan izinkan.”
Ain duduk tertunduk dengan airmata yang bercucuran. Lelaki memang tamak!
“ Tak apalah kalau itu abang kata,tapi Ain akan pergi juga.” Dia tetap berdegil dengan keputusan untuk pergi. Dia tidak mahu hidupnya tunggang langgang kemudian hari. Kalau pun dia redha,perempuan itu memang tidak akan puas. Itu janji dia, memang perempuan itu sudah menang sekarang.
“ Ain, abang sayang Ain sungguh-sungguh. abang tak mahu Ain pergi. Tolonglah jangan tinggalkan abang sendiri.” Rayu Hizwan.
Ain tidak peduli. Dia meneruskan langkahnya kepintu setelah dia meletakan sampul surat besar tadi dihadapan Hizwan. hatinya sudah retak seribu. Tidak mungkin ia boleh ditampal-tampal. Telefon bimbitnya juga dia tinggalkan diatas meja. Dia benar-benar maksudkannya.
“ Ain, tolonglah jangan buat begini.” Hizwan masih berusaha memujuk Ain.
Ain hanya menjawab dengan gelengan. Dia tidak menoleh kakinya terus juga melangkah.
“ Ain…” Suara yang tadinya memujuk,merayu kedengaran jelas ditelinganya dengan nada yang agak tinggi. Marah barangkali kerana dia tidak mahu mendengar kata.
“ Ain,kalau Ain melangkah keluar dari pintu itu tanpa izin abang akan jatuh talak.” Itu takliq,jika disusuli dengan perbuatan Ain memang talak akan jatuh keatas dirinya. Ain sedar itu. Sungguh jelas ditelinganya takliq itu diucapkan.
Jika sudah itu nasibnya,jika sudah tersurat sampai disini sahaja jodohnya siapalah dia untuk menghalang. Hizwan ada hak diatas apa yang diucapkan. Dia berhak untuk memilih samaada melangkah atau berhenti setakat itu.
“ Abang tentu jelas dengan apa yang abang maksukan. Ini ke yang abang kata sayang tu. Abang bertakliq dengan Ain isteri abang. Talak bukan untuk dipersendakan,ikatan perkhawinan bukan mainan kita bang. Kalau abang maksudkan nya sebaik sahaja Ain melangkah keluar Ain bukan lagi isteri abang. Sedangkan Ain tidak memintanya. Abang sendiri yang berkata.”
“ Kalau Ain melangkah keluar sama jugalah dengan Ain memintanya.” Hizwan tidak mahu kalah dengan taqlik yang sudah dilafazkannya. Didalam hati dia berdoa agar Ain tidak melangkah. Jika Ain melangkah keluar memang Ain bukan jodohnya lagi.
“ Abang tahu kan kasih Ain hanya untuk abang, hidup Ain hanya untuk kita berdua. Bukan dengan orang ketiga. Ain minta maaf dari bertiga lebih baik Ain sendiri.”
Ain melangkah juga. Melepasi pintu yang menjadi pemisah antara mereka berdua. Dia menoleh melihat Hizwan yang terduduk diatas kerusi. Laju airmatanya menitis.
“Maafkan Ain. Ain tidak sudi bermadu.” Hanya itu yang mampu dia ucapkan.
Ain menyimpan segala barangnya didalam bonet. Dia tidak peduli lagi dengan Hizwan yang tercegat dipintu. Mereka sudah habis disini. Lelaki itu sendiri yang mengucapkannya. Biarlah lelaki yang dia cintai itu hidup dengan wanita yang benar-benar mencintainya dan sanggup mati untuk dirinya. Dia tidak sanggup mati untuk cintanya, cintanya tidak cukup kuat untuk lelaki yang sebentar tadi bukan lagi suaminya.
Dia memang tidak akan kembali lagi kerumah ini. rumah yang dia huni sebaik sahaja dia bergelar seorang isteri. Rumah pemberian Hilman untuk dia bernaung selama ini harus dipulangkan kepada yang lebih berhak. Dia tidak mahu terikat dengan mereka semua. Jika sudah dengan Hizwan dia terputus dengan mereka yang lain jua turut terputus ikatan kekeluargaan itu.
Ain mengikut langkah kaki yang memijak pedal minyak kereta Kelisanya. Entah kemana dia mahu pergi,namun terlintas dibenaknya rumah pusaka Arwah mak,rumah tempat dia dilahirkan. Ya! Dia memang akan pulang kesana,pulang ketempat dimana dia bermula,tempat dimana dia dilahirkan. Hanya itu harta yang dia ada.
“ Mak Ain akan datang kepada mak, maafkan Ain mak kerana Ain alpa pada mak yang melahirkan Ain kerana dunia yang tidak menjanjikan apa-apa. Maafkan Ain mak.” Airmatanya laju seiring dengan lajunya kereta dia memecah keheningan malam.

1 comment:

  1. bondaaa... santekk as usuall!!! tengsz bondaa.. sangat menarek jalan citer nerhhh!

    ReplyDelete