Tuesday 31 January 2012

BAB 30

Pagi itu sebaik sahaja mereka usai solat subuh Ain membantu Mak Jah menyiram pokok bunga, disatu sudut Pak Weh memberi ayam seramanya makan. Satu pemandangan yang sangat harmoni dimata Ain. Pasangan yang bahagia insya allah kekal hingga ke akhir hayat. Itulah doa Ain pagi itu.
Sambil memberi ayamnya makan Pak Weh sempat lagi bercerita. Menurut lelaki tua itu negeri nama negeri Kelantan diperolehi daripada nama sejenis pokok iaitu pokok gelam hutam, ada juga yang mengatakan ia diberi nama sempena perkataan kilatan atau kolam tanah. Bunyinya juga hampir sama dengan Kelantan.
“ Negeri ini juga dipanggil Tanah Serendah Sekebun Bunga.”
“Sedap sungguh namanya ya Pak Weh, macam melihat taman Mak Jah sahaja.” Mak Jah dan Pak Weh ketawa mendengar percakapan Ain.
“ Nanti tengah hari Mak Jah sediakan budu makanan tradisional orang-orang kami.”
“ Budu? Sedap ke Mak Jah?”
“ Sedaplah, potong bawang, potong cili api,buat cicah dengan ulam. Mak mertua lalu pun tak nampak tahu. Pak Weh apa tah lagi.” Pak Weh ketawa.
“ Nanti Pak Weh pergi ke kedai kuih beli sikit kuih tahi itik untuk Ain ni makan.”
“ Kuih tahi itik? Pelik-pelik aje namanya Mak Jah sedap ke?”
“ Sedap Ain,tak cuba tak tahu. Kelantan ni memang terkenal dengan kuih yang beraneka.”
‘Ain memang suka kalau Pak Weh boleh bercerita tentang negeri kesayangan Pak Weh dan kebanggaan Malaysia ni Pak Weh. Cerita lah lagi Ain nak dengar.”
“ Apa yang Ain nak tahu?”
“ Apa-apa sahaja yang berkaitan dengan negeri ni.” Ain bersiap sedia duduk dipangkin dibawah phon rambutan. Mak Jah masih sibuk dengan bunga-bunganya. Asyik benar dia mengembur tanah diperdu pokok-pokok tersebut.
Pak Weh menggulung rokok daunnya. Sambil itu dia memulakan cerita.
“Sejarah awal Kelantan tidak begitu jelas, tetapi penemuan arkeologi mempertunjukkan kesan petempatan manusia di zaman prasejarah. Menurut mereka Kelantan awal mempunyai perhubungan dengan Empayar Funan, Empayar Khmer, Srivijaya dan Siam. Kira-kira 1411, Raja Kumar, raja Kelantan, membebaskan negeri itu dari Siam. Beliau memakai gelaran Sultan Iskandar Shah apabila memeluk Islam. Kelantan kemudian menjadi sebuah pusat perdagangan yang penting pada akhir abad ke-15.”
“ Kiranya Kelantan ini dahulunya di perintah oleh Raja yang bukan beragama islam lah ye Pak Weh. Empayar Khmer bukan kah di siam.”
 “ Memang ia ada hubung kait dengan siam, kebanyakan ketua kecil Kelantan bernaung di bawah Persekutuan Pattani Besar. Kerajaan pusat di Pattani membahagikan Kelantan kepada 4 wilayah iaitu Kelantan Timur, Kelantan Barat, Legeh dan Ulu Kelantan”
“ Kenapa pula dibahagikan Pak Weh?”
“ Asalnya Kelantan juga adalah jajahan Melaka, apabila Melaka jatuh pada 1511, negeri ini diperintah oleh ketua-ketua kecil,ditambah pula dengan ancaman siam masa tu.”
“ Kalau nak cerita memang banyak Ain, kita ambil yang penting-penting aja lah. Kelantan adalah negeri pertama dijajah oleh Tentera jepun. Masa tu tahun 1941,Pak Weh pun masih tu masih tak lahir lagi. Menurut cerita mak Pak Weh masa tu, memang susah dan seksa. Terpaksa mengikat perut sebab tak ada bekalan makanan. Nak tanam padi pun takut,mana nak dapat nasinya. Takut kena tembak. Kadang-kadang simpan beras pun kena rampas. Kena seksa, minum air sabun, dipaksa menjadi buruh landasan maut di Burma. Memang susah dan seksa  Ain.”
“ Kiranya Ain ni beruntung lah ya Pak Weh, boleh makan nasi 3 kali sehari. Boleh beli itu ini kalau berduit. Alhamdullilah Ain tak dhidup dizaman penjajahan Jepun tu kan.”
“ Tapi Ain orang dahulu dijajah dengan kekerasan, orang sekarang dijajah pemikiran. Pak Weh bukan nak perlekehkan apa yang ada tapi cuba Ain tengok, Jepun itu berteknologi tinggi negaranya. Dulu sewaktu menjajah dengan kekerasan mereka pulang dengan kekalahan tapi mereka tak putus asa mereka tetap menjajah juga dengan teknologi mereka, pemikiran kita. Tengok sahaja contohnya,kita jadi malas membasuh sebab membasuh guna mesin, malas itu satu penyakit. Bila dibiarkan timbul pula penyakit lain, yelah dah malas, tahu makan tidur aje. Jadilah kita Negara yang penuh dengan penyakit 3 serangkai. Kencing manis , darah tinggi, sakit jantung.  Dengan cara itu sahajalah mereka merampas kebahagian kita. Logic taka pa Pak weh cakap ni? Mereka menyerang dengan cara yang cukup halus. Memang lah kita tak boleh tolak  kemajuan tapi setiap kebaikan pasti ada keburukan.”
Ain mengangguk. Ada juga benarnya kata orang tua seperti Pak  Weh
 Menurut Pak Weh lagi Kelantan mempunyai budaya yang unik yang sangat berkait rapat dengan budaya Negeri Patani. Asimilasi antara budaya Melayu, Siam dan Islam menghasilkan permainan rakyat seperti Dikir Barat, Main Puteri, Mak Yong dan seumpamanya. Mak Yong dipengaruhi oleh budaya Siam atau nama sekarangnyaThailand, sementara Dikir Barat pula mempunyai unsur-unsur Islam. Main Puteri pula dikatakan diresapi oleh budaya Hindu, sudah jarang budaya diamalkan sekarang terutamanya masyarakat Islam.
Pak Weh menyanyikan sedikit lagu dikir barat sambil bergendangkan baldi Mak Jah. Suka pula Ain mendengarnya. Pak Weh memang bagus. Pak Weh mengusik Mak Jah supaya menunjukan Ain tarian Mak Yong. Ketawa Ain mendengar usikan Pak Weh yang dibalas dengan cubitan oleh Mak Jah.  Ain cemburu! Cemburu melihat pasangan yang serasi ini. nasib dia sahaja yang malang.
“ Ain ni mungkin tak bernasib baik macam Pak Weh dengan MAk Jah. Bahagia sahaja. Ayah Ain entah dimana sekarang, mak meninggal dunia kerana dibunuh oleh bapa tiri Ain sendiri, adik Ain hilang. Ain berkahwin dan bercerai.” Dadanya terasa sebak bercerita.
Bahunya dirangkul Mak Jah. Simpati!
“ Ain , percaya lah cakap Pak Weh ni. Hidup didunia ini ada karmanya, hari ini bahagia esok boleh jadi derita. Tapi Allah itu maha kaya setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Insya Allah jika setiap hari kita mengadu mesti Allah mendengar aduan kita. Kita ini dilahirkan bukan dengan nasib malang, semuanya baik sahaja Ain.”
“ Ain cemburu Pak Weh, orang lain hidup bahagia sahaja tapi Ain? Macam ni lah membawa diri tak tentu hala. Mencari sebenarnya tapi pencarian ni bukan mudah.”
“ Percayalah Ain pencarian pasti akan ada perjumpaan. Akan akan jumpa adik Ain. Alamanya dah dekat Cuma Ain kena bersabar. Sabar itu separuh dari iman Ain, setiap kali lepas solat tu berdoalah moga Allah permudahkan segalanya untuk Ain.”
Pak Weh meminta izin ke baruh untuk melepaskan lembunya ke sawah terbiar dibelakang rumahnya seketika, Mak Jah juga meminta izin untuk kedapur memasak. Menurut Mak Jah anak lelakinya selalu datang untuk makan tengahari. Ain tidak perlu menolong, lagipun selepas makan nanti Ain akan meneruskan pencariannya berpandukan alamat yang ada ditangannya. Menurut kata Pak Weh, kampung itu tidak jauh sangat dari rumahnya. Petang nanti Pak Weh sendiri akan menemankan dia kesana.
Ain mengambil kesempatan ini membuka komputer ribanya, mujur disini ada line internet. Dia mula melayari sesawang Yahoo. Melihat Hilman ada ditalian Ain menyapa, agak lama dia menunggu balasan tetapi hampa. Ain menekan punat off pada komputer ribanya.
Dia berkemas apa yang patut diruang tamu rumah itu,mengibas sedikit habuk-habuk yang melekat dipermukaan meja dan kerusi. Sehinggalah telefon bimbitnya berbunyi, melihat nama yang tertera Ain tersenyum.
“ Maaf Ain tadi abang tak ada dalam office, komputer tu memang abang on aje. Tunggu masej Ain. Tahu-tahu masej aje ada Ain dah off line pulak. Dekat mana ni?”
“ Ain dah dekat Kelantan pun tapi tak jumpa lagi Fatimah. Sementara waktu Ain tumpang rumah orang.”
‘ Ain tumpang rumah orang,Ain jangan berani berani sahaja. Mana kita tahu niat orang, hati-hati sikit Ain.”
“ Ish, abang ni, ini rumah orang tua sahaja. Pakcik dan makcik ni memang baik hati, Ain tersesat mereka pelawa Ain duduk dengan mereka. Hari ini pakcik ni janji nak bawa Ain pergi kampung Fatimah.”
“ Kalau macam tu tak apalah, Ain jaga diri baik-baik tahu.”
“ Insya Allah bang. Nanti Ain khabarkan lagi berita Ain. Abang jangan risau Ain tahulah jaga diri.”
Hilman meletak telefon bimbitnya diatas meja. Dia mengeluh, kerisauan sebenarnya. Ain perempuan yang sangat berani dalam membuat apa pun juga keputusan tentang perjalanan hidupnya. Walaupun ia berisiko berhadapan dengan pelbagai ancaman. Perempuan lasak! Hilman tersenyum.
Pintu biliknya diketuk perlahan.
“ Masuk” Hilman mempersilakan sesiapa sahaja disebalik pintu itu masuk ke pejabatnya. Wajah Hizwan singgah dipandangan matanya.
“ Ni ada hal lah ni baru nak tunjuk muka dekat sini.” Hilman bersuara, pelik. Semalam Ain, hari ini Hizwan. mereka berdua yang sudah lama tidak menampakkan wajahnya ke pejabat dia tiba-tiba muncul. Entah kebetulan atau ada maksud tersirat disebaliknya Hilman tidak tahu.
“ Aku saja singgah bang, dah lama aku tak balik rumah kau. saja nak borak kosong.”
“ Pelik betul korang ni.”
“ Korang?” Hizwan  tidak faham apa yang diperkatakan Hilman sekarang.
“ Kau dengan Ain. Semalam Ain datang sini” Hilman sengaja bercerita, meneka riak dibawah Hizwan. riak tidak ceria apabila nama bekas isterinya itu disebut-sebut.
“ Kenapa dia datang jumpa abang?” Hizwan bertanya, sekadar menutup lara dihati. Sudah lama Ain pergi, dia sudah bertitle duda,dan Ain janda. Memang tidak ada tanda mereka akan berbaik kembali. Kecuali dia akan berkahwin dengan Liza pada masa terdekat, tak sampai pun lagi 3 bulan. Terkejut juga dia bila HIlman menimbulkan nama Ain tiba-tiba.
“ Dia datang sini semalam, dalam perjalanan ke Kelantan. Perempuan yang sangat berani.”
“ Buat apa ke Kelantan?”
“ Ada lah urusan dia agaknya, tidak pula abang bertanya. Kau macam mana dah ready nak naik pelamin lagi sekali? Eh silap dulu kau dengan Ain tak naik pun pelamin kan.”
“ Biasa aje bang, taka da apa yang indahnya pun. Bukan kehendak hati, redha aje lah dengan ketentuan Allah. Harap-harap Liza ni jadi manusia lepas dia dapat apa yang dia mahu.”
“ Abang tak nak komen banyak-banyak, jodoh kau datang dan pergi Hizwan. dah ketentuan Ilahi. Cuma abang harap kau boleh sayangkan Liza sama macam kau sayangkan Ain dahulu. Patut sekarang ni kau dah taka da apa-apa rasa pada Ain lagi.”
“Bagaimana bang saya nak melupakan Ain sedangkan hati saya sentiasa menyebut nama dia. Rindu benar saya pada dia, semuanya salah saya, kalau saya tidak melepaskan kata begitu tentu sekarang saya dengan dia masih bersama. Saya dah cukup sesal diburu rasa bersalah.”
“ Sudah lah Hizwan, dah taka da apa yang hendak dikesalkan lagi.”
“ Jom abang belanja kau makan.” Hilman mengajak Hizwan makan bersamanya, boleh juga dia mengelak dari Elis. Menyampah benar dia dengan perempuan meterealistik itu.
Ain sedang menolong Mak Jah menyiapkan meja untuk makan tengahari ketika  dia melihat sebuah kereta mewah memasuki perkarangan rumah Mak Jah.
“ Ada orang datang Mak Jah.” Ain memberitahu Mak Jah. Mak Jah meninjau, dia tersenyum.
“ Dah sampai pun.”
Tahu lah Ain  itu adalah anak Mak Jah dan Pak Weh. Ain melihat lelaki yang memandu BMW 5 series itu mendapatkan Pak Weh yang sedia duduk diberanda, berumur dalam linkungan 50an. Uban sudah kelihatan memutih dikepalanya. Lelaki itu mendapatkan Mak Jah diruangan dapur. Ain yang turut berada disitu hanya tersenyum memandang lelaki itu, namun senyumannya mati apabila lelaki itu memandangnya dengan pandangan pelik dan terkejut.
Ain berpaling dan segera ke beranda rumah memanggil Pak Weh menikmati makan tengahari, nasi kerabu dengan kari ikan tongkol, budu dan ulam raja. Ain merasa segan pula apabila anak Pk Weh asyik benar memandangnya. Ain meraba hidung yang tidak gatal, mana tahu ada tercalit apa-apa dihidungnya atau ada binatang hinggap hingga dia dipandang pelik begitu. Tak ada apa pun apabila dia melihat tapak tangannya. Terbantut seleranya mahu menjamah nasi kerabu Mak Jah, budu dipandang dengan air liur tertelan. Malu lah pula bila dipandang begitu.
“ Sikit aje Ain makan, tadi beriya-iya benar nak makan”. Mak Jah merasa pelik apabila Ain sudah membasuh tangannya.
“ Tak apa Mak Jah, perut rasa sebu pula.”
“ Ain malu ke dengan Basri ni? Apa nak malu Ain, anak Mak Jah juga.”
Ain tidak menjawab dia hanya tersenyum, lantas dia mengangkat pinggannya ke singki.
Mereka berbual di beranda sementara menanti masuknya waktu zohor. Ain mengingatkan Pak Weh untuk meneman kan dia mencari Fatimah petang nanti. Dia menjadi serba salah pula apabila dia asyik diperhatikan sahaja. Rimas sebenarnya.
“ Ain ni datang darimana?” Pertanyaan En cik Basri memecah keheningan yang menghambat mereka berempat seketika.
“ Dari Negeri Sembilan pakcik.”
“ Negeri Sembilan tu luas jugakan, dari belah pantai ke?” pertanyaan Encik Basri Ain jawap dengan anggukan.
“ Pakcik macam pernah lihat wajah Ain ni,mungkin pelanduk dua serupa. Bekas isteri pakcik memang orang negeri Sembilan juga.” Dada Ain berdebar pula mendengar sedikit cerita  Encik Basri.
“ Dah meninggalkan Hamimah tu Basri, buat apa nak dikenang lagi.” Kata-kata Pak Weh menyebabkan Ain berpaling memandang Pak Weh dan Encik Basri.
“ Hamimah?” Ain bertanya kembali, memohon kepastian.
“ Hamimah tu nama isteri pakcik, dah meninggal dekat enam tahun dahulu. Pakcik pun tak tahu apa kisahnya Ain sebab bila pakcik mencari dia kembali, dia telah meninggal dunia.”
“ Sakit ke pakcik?”
“ Bukan Ain, khabarnya dibunuh.”
Ain terkesima, tak kan Hamimah yang sama. Hamimah itu emaknya, emaknya meninggal kerana dibunuh oleh bapa tirinya Lazim.
“ PAkcik ada anak ke dengan Arwah tu.” Dada Ain berdebar kencang. Dia menjadi bersemangat pula ingin mengorek rahsia disebalik rahsia.
“ Mak Jah sayang sangat menantu Mak Jah tu tapi Basri ni, yelah semua orang buat silap. Kesilapan BAsri juga sebab membuat keputusan tanpa usul periksa.” Mak Jah bercerita.
“ Agaknya cucu kita tu besar Ain juga ye Jah. Entah dimana dia sekarang ni. Basri kamu dapat apa-apa berita tak?”
Perbualan anak-beranak itu lebih tertumpu kepada perbualan hal keluarga. Ain terasa badannya ringan, otaknya terasa kosong.mereka dihadapannya tahu namanya  Ain, tapi mereka tidak tahu dia berbinti kan Basri juga. Adakah Basri yang ada dihadapannya ini adalah ayahnya? Ain tertanya-tanya. Dia harus tahu cerita sebenarnya.
“ Masa saya kesana ayah,ada juga orang kampung bercerita. Anak saya tu perempuan, Amani namanya tapi menghilangkan diri sebaik sahaja maknya meninggal dunia. Ke Kuala Lumpur kata mereka. Saya tak tahu bagaimana nak cari ayah, Kuala Lumpur bukan kecil.”
Hati Ain menjerit, mahu sahaja dia mengatakan memang Kuala Lumpur itu besar dan Kelantan itu juga besar dua kali ganda dari Kuala Lumpur. Memang sudah rezeki dia bertemu dirumah datuk dan nenek dia sendiri. Ya Allah Ain rasa mahu mengatakan sekarang juga dialah Amani yang mereka cari. Ada didepan mata, tak perlu dicari lagi.
“ Dunia ni kecil sahaja, kadang-kadang tak perlu kita mencari, insya Allah ia akan datang sendiri dengan izin Allah.”
Ain bersuara perlahan. Mak Jah, Pak Weh dan Encik BAsri memandang Ain yang sudah basah dengan airmatanya.
“ Hamimah yang meninggal dunia kerana dibunuh itu emak saya, Amani yang dicari itu adalah saya Nur Ain Amani dan ayah saya namanya memang Basri pakcik.” Perlahan-lahan Ain mengangkat wajahnya yang sudah kemerahan menahan rasa sebak.
“ Ya Allah Jah, Subhanallah Basri, besarnya kuasa Allah. Patutlah cepat benar aku jatuh sayang pada Ain. Rupanya…” Pak Weh tidak dapat meneruskan kata-katanya lagi. Mak Jah sudah memeluk Ain dengan tangisan yang berlagu. Gembira benar rasanya
Basri mengusap wajahnya dengan kedua belah tangannya. Pencariannya dipermudahkan. Tidak perlu dia bersusah payah mencari lagi. Anaknya itu bagaikan turun dari langit datang kepada ibubapanya. Dia menandah tangan bersyukur.
“ Maafkan abah kerana lalai selama hari ini.” Basri memeluk anaknya itu.
“ Tak mengapa abah. Ain sudah lama redha dengan nasib Ain. Dah lama Ain iklas maafkan abah sebab tinggalkan Ain. Mungkin dulu Ain tak dapat nak rasa kasih sayang abah tapi tuhan maha kaya, dia sentiasa mendengar doa Ain. Alhamdullilah.”
Ain gembira kerana di permudahkan pencariannya. Tidak perlu dia bersusah payah mencari lagi. Mereka sekeluarga bersolat Zohor berjemaah bersama. Ternyata Ain bukan sebatangkara, ternyata dia bukan lah bernasib malang seperti yang selalu dikatakan ayah tirinya dahulu. Dia masih punya keluarga, masih punya bapa tempat dia bermanja walau kini dia kehilangan emak yang dia kasihi.
Bukan sahaja bapa, dia juga ada Tok dan Wan. Siapa sangka hidupnya yang penuh dengan duka itu kembali ceria hanya dalam waktu yang singkat. Patutlah kuat benar azamnya mahu ke Kelantan, kenegeri yang tidak pernah dia jejaki hingga tersesat. Mujur dia tersesat kepangkuan Tok dan Wan nya. Ain benar-benar bersyukur.
Mereka duduk di bawah pokok manga dan bercerita.
“ Ain ni sebenarnya Tok, Wan, abah dah pernah berkahwin. Jodoh tak panjang. Dah dekat setahun Ain kembali sendiri.”
“ Selepas mak meninggal Ain ke Kuala Lumpur, dibawa oleh bekas abang ipar Ain waktu dia. Kerja dirumahnya.’
“ Kesian Ain, abah bersenang lenang tapi anak abah hidup susah.”
“ Basri sekarang kamu dah jumpa anak kamu. Anak kamu dengan Dila tak mahu bekerja dengan kamu. Ain ni kamu patut kamu bawak balik dan dia berhak mengantikan kamu. Kamu dengan Dila sudah tua. Sudah tidak layak bekerja lagi, sudah boleh pencen dan menumpukan perhatian pada amal ibadah. Dila juga yang beriya-iya meminta kamu mencari anak kamu untuk masa depan keluarga kamu juga.”
Basri tersenyum,memang itulah hajat dia. Dia mahu Ain mengantikan dia sebagai pengarah syarikat perumahannya. Dia mahu bersara. Rakan kongsinya tentu tidak kisah bergabung tenaga dengan anaknya, sebab mereka sama-sama muda sahaja. Basri sudah membayangkan dia akan berehat sepuas hatinya. Alhamdullilalah.

No comments:

Post a Comment