Thursday 5 January 2012

Bab 21

Cherating! Sudah jauh mereka meninggalkan Pulau Tioman. Rajuk Ain masih bersisa. Endah tak endah sahaja dia melayan Hizwan. Malam terakhir di pulau itu pun Ain memulaukan Hizwan. Panjang betul rajuk bidadari Hizwan kali ini.
Sebilik walau tak sebantal mereka masih sekatil. Tetapi Ain tetap menjadi patung. Tetap menjadi merpati. Hizwan garu kepala. memang dia kalah dalam menangani hal ehwal orang perempuan. Kalau period faham jugalah dia kalau Ain semedang angin satu badan. Ini diluar jangkaan tarikh pun Ain angin nya laju bernautika. Tidak terkira. Alahai! Perempuan keseimbangan hormon yang tidak boleh ditimbang-timbang. Pantang terusik habis sealam senyap sunyi. Semasa di Tioman ada jugalah Ain bermanja dengannya. Selepas peristiwa memujuk yang gagal dilaksanakan Ain terus sahaja menjauhkan diri. Nak usik sikit pun tak boleh. Cuba lah dicuit sedikit jelingannya hai! Macam dah kena telan hidup-hidup. Hanya satu sahaja yang bagus, rajuknya memang panjang tetapi dia tidak pula tergamak menghalau Hizwan tidur disofa. Tahu pula takut kan dosa. Yang lain? Ain memang berhati batu.
“ Ain..nak pergi makan tak?” Hizwan cuba berbuat baik.
Buat baik lah konon. Ain mengutuk didalam hati. Dia terus memberi tumpuan pada kuku yang sudah sedia pendek. Dibelek-belek kuku yang tidak cantik. Maklumlah kuku pembuat roti canai. Manalah berkilat macam kuku model yang sanggup berhabis duit merias kuku disalon kuku.
“ Tercabut pula kuku tu nanti Ain…sudah-sudah lah tu. Jom lah kita pergi makan. Saya lapar dah ni.”
Pergilah makan sendiri! Melawan didalam hati. Berdosa sungguh dia melawan cakap suami. tapi hatinya geram benar dengan perempuan lembut gigi dari lidah itu. Hizwan pula buaya lidah bercabang. Semua perempuan nak kaut. Ada untung lah agaknya. Ain berprasangka sendiri.
“ Ain..jauh betul rajuk sayang saya ni. Dari Tioman sampai ke Cherating. Sudah-sudah lah cemburu tu. Rimas saya. Dah lah tak tahu nak pujuk. Ada aje tak kena. Ain…Ain dengar tak?” Hizwan menarik tangan Ain dibawa kedalam gengamannya.
Panas telapak tangan Hizwan bagaikan arus elektrik mengugah iman didada. Kalau tergugat pun dia suami aku isteri. Dalam rajuk sempat lagi menukar warna otak dari putih susu ke kuning emas. Ain tersenyum namun cepat-cepat dia menyembunyikan senyuman nya.
“ Jom lah makan. Saya lapar. Dari tadi tak makan,tak selera nak makan. Jom lah Ain.” Hizwan tidak jemu memujuk.
“ Ye lah! Ye lah!...sibuk aje nak makan. Awak belanja. Tadi di depan sana tu saya ada nampak medan ikan bakar. Makan ikan bakar, kerang bakar,sotong bakar sedap ni. Cicah pula air asam. Mesti terangkat. Awak belanja ye?”
“ Errr…Tuan kedai tu nama Bakar ke Ain. Ikan Bakar, sotong Bakar,Kerang Bakar…tu semua dia punya ye.”
“ A’ah. Encik Bakar Bin Samdol bin Samseng Kampung Dusun. Kalau nak rasa tapak tangan hingap kat muka sila bercakap ikut sedap bukan ikut adab ye Encik Hizwan. Sekarang sila kan tadi lapar sangat macam sepuluh hari tak makan.”
“ Amboi! Gurau sikit pun tak boleh. Garangnya. Ain…dekat sana ada jual roti canai tak. Teringin nak makan roti canai.”
“ Roti canai tak ada. Canai ada..buat asah parang bagi tajam. Senang nak penggal kepala orang nakal.”
“ Opss!...okey-okey. Bakar pun bakar lah. Janji Ain tak merajuk lagi. Merajuk lagi tak ni?”
“ Tak…dah lama dah tak merajuk saja nak tunjuk perasaan. Bagi orang tu belajar macam mana nak pujuk.”
“ Dengki nya dia…”
“ Eh! Baru tahu ke isteri awak ni pendengki. Ada PHD macam awak juga.”
“ PHD? Apa tu..”
“ Perasaan hasad dengki.”
Hizwan mengeleng kepala. dia ketawa. Ain memang lucu.  Sikap yang memang dia suka sejak azali. Kerana keterbukaan dan kelucuan Ain lah dia jatuh cinta dengan isterinya itu.
Mereka berjalan kaki ke Medan Ikan Bakar yang terletak berhampiran resort yang mereka duduki.
 Pertama kalinya berdua tanpa Hilman,Kak Pah dan Mia. Hizwan awal-awal lagi sudah memberitahu Hilman dia mahu makan berdua sahaja dengan Ain malam ini. Hilman yang mengerti tidak banyak soal. Dia hanya membungkus makanan untuk dia,Kak Pah dan Mia. Malas mahu keluar. Kepenatan memandu masih bersisa.
Ain makan dengan berselera. Dia benar-benar memesan sotong, ikan dan kerang bakar. Laju sahaja tangannya mengambil makanan dan mencicah air asam. Berkali-kali dia mengelap hidung akibat kepedasan. Hizwan juga mengikut rentak Ain. Makan tanpa menoleh kiri dan kanan. Tanpa dia sedari ada mata yang memandang.
“ Hai! Hizwan. Dekat sini you rupanya. Patut lah you tak tunggu I dekat KLIA kelmarin. Siapa ni.?”
Ain tersedak. Hizwan terkejut. Tiba-tiba Mona berada dihadapan matanya. Surprise yang menyebabkan Ain segera meneguk air segelas besar hingga habis. Perempuan lembut gigi dari lidah itu sudah ada didepan mata. Cekap betul buat kerja.
“ Apa you buat dekat sini?”
“Balik rumah mak ayah I lah. You dah lupa ke I memang berasal dari sini. Apa lah you ni. Belum tua lagi dah lupa.”
“ Maaflah Mona. Memang I tak ingat.”
“ Ni siapa?”….Mona bertanya lagi. Teruja melihat seorang gadis yang comel disebelah Hizwan. Dari tadi dia memerhati kemesraan Hizwan dan perempuan itu. Kemesraan yang bukan dibuat-buat. Asli!
‘ Owh! Isteri saya. Ain. Ain,ini Mona kawan abang”
Ain sekali lagi tersedak. Abang lah pula! pandainya berlakon. Ain menyambut salam Mona dengan senyuman. Nasib baik dia perkenalkan aku sebagai isteri. Kalau sebagai kawan tadi mahu empat hari empat malam dia buat hal lagi. Ini lah dia perempuan yang bersuara ala Siti Nurhaliza. Cantik! Orang terpelajar. Duduk diluar negeri yang tak ada cahaya matahari macam Malaysia tentulah gebu dan cantik kulitnya. Dia pun tak segebu itu walaupun semua orang kata kulitnya putih kemerah-merahan.
“ Okey you. I nak gerak dulu. Kalau you lama dekat sini bagitahu I ye. Boleh I ajak you dengan wife you berjalan-jalan disekitar sini.” Pelawaan yang sungguh-sungguh datang dari seorang kawan.
Iklas kah! Ain tidak dapat meneka. Takut dia juga sama seperti Liza baik dihadapan Hizwan. Dibelakang bagaikan gunting dalam lipatan. Tahu-tahu dia juga yang kena angkat kaki.
“Puas hati dapat tengok perempuan yang telefon dan masej saya hari tu. Perempuan yang buat sayang saya ni merajuk berhari-hari. Sampai tak terpujuk.”
Ain mencebikkan bibir. Menyampah bila ia diungkit-ungkit.
“Tadi saya macam dengar ada orang tu bahasakan diri dia abang.”
“ Kenapa? Betul lah kan. Ain nak gunakan panggilan tu ke? Kenapa tidak? Ain layak pun nak panggil abang ni ‘abang’. Tanda hormat seorang isteri kepada suaminya. Tanda sayang juga barangkali.”
“ Nak muntah Ain dengar.”
“ Saya nak minta satu sahaja. Mulai malam ni Ain kena gunakan panggilan tu dan mulai malam ni juga abang tak nak Ain tidur belakangkan suami Ain sendiri.”
“ Kata satu. Itu dah dua. Tak aci sungguh.”
“ Dua dalam satu. Sebutannya pun senafas sahaja. Tak ada titik pun diantaranya. Kira satu lah tu. Dan itu hanya penyambung ayat.”
“ Loyar buruk betul!”
“Abang doctor bukan lawyer Ain.”
“ Heh!...” Ain mengalah. Memang dia terkena malam ni. Ah! Tak kisah lah Hizwan suami dan dia isteri. Ayat yang sama dia guna setiap kali mahu mengingatkan diri. Bila pula dia mahu menjadi isteri sebenar Hizwan. Menunaikan segala tanggungjawab yang sepatutnya. Bila pula dia mahu keredhaan suaminya? Aduh! Ain mula berpeluh dalam dingin bayu yang berpuput lembut. Dia lebih serba salah apabila Hizwan memeluk erat bahunya. Seolah-olah melindungi dia dari angin yang bertiup. Tahu sahaja dia kesejukan.
Ain diam sahaja sebaik sahaja mereka berada didalam bilik. Menekan butang tv dan menonton cerita yang entah apa-apa. Bukan dia dapat focus pun kalau dah ‘abang’ nya menempel disisinya tak mahu berengang. Rimas sungguh dia rasakan tapi tentulah tidak wajar kalau dia menolak suami sendiri.
“ Cerita apalah dekat Tv ni. Bosan sungguh.” Ain merungut.
“ Dah tak ada cerita best nak buat macam mana. Tengok sahajalah cerita yang ada tu.”
“ Tidurlah. Malas nak layan cerita tak best ni.” Ain bangun dan berlalu kebilik. Membasuh kaki, menyalin pakaian dan kemudian tidur. Sekejap sahaja sudah berlayar ke pesada mimpi. Hizwan geleng kepala. terbantut niatnya mahu berbual dengan Ain.
Jam baru menunjukan ke angka sepuluh. Terlalu awal untuk dia tidur. Dia buntu. Tiba-tiba dia terpandangkan sehelai bulu burung ditepi tingkap yang terbuka. Idea nakal mula bermain difikirannya. Mengganggu lena Ain.
Perlahan-lahan Hizwan melayangkan bulu burung tersebut ditelinga Ain. Di tepis! Cepat-cepat dia mengangkat tangan nya jauh dari tepisan Ain. Dia melakukan kan lagi. Kali ini pada hidung Ain. Ain terbersin dan terjaga. Dia mengosok-gosok hidungnya. Dia bersin berulang kali. Alamak! Ain alah pada bulu kah? Hizwan mula panik.
“ Ain pergi basuh muka cepat.” Hizwan menyuruh Ain segera membasuh mukanya. Mungkin benar Ain alah pada bulu. Bulu yang mempunyai hama sangat bahaya kepada mereka yang alergi.
“ Kenapa awak letak bulu tu dekat hidung saya. Saya ni alah dengan bulu.” Ain sudah kelihatan seperti badut yang mewarnakan hidungnya dengan warna merah.
“ Maaf Ain abang tak tahu pula Ain alah dengan bulu. Ingat kan saja nak usik Ain. Suruh bangun.”
“ Ish! Lain kali tanya lah dulu.”
“ Nak tanya macam mana kan Ain tidur.”
Aduh! Ain mengosok hidungnya yang gatal. Alahan pada bulu sejak azali. Alahan yang menyebabkan dia tidak boleh bermain dengan binatang yang berbulu.
“ Sorry Ain…” Hizwan rasa bersalah.
“ Tak apa. Bukannya sengaja. Dah abang tak tahu. Lain kali jangan buat lagi. Ni ada apa kejut Ain ni?”
Ain masih mengosok hidungnya yang gatal.
“ Sajalah nak suruh Ain bangun. Bosan pula duduk sendiri.”
“ Hurm….Buka lah tv tu. Tengok tv Ain teman.”
“ Betul?” Tanya pula. buka sahajalah orang nak teman pun dah kira bagus.
Ain menempel disisi Hizwan. Menonton sambil berbaring dikatil ternyata bukan tv yang ditonton. Lebih elok dia buat tahi mata sahaja. Dia kembali terlena. Tetapi kali ini bertilam kan lengan sisuami. Berbantal pelukan manusia yang hangat. Akhirnya Hizwan kembali keseorangan. Kenapa lah dia dapat isteri yang kuat tidur macam Ain. Hai! Malang betul dia. Tapi kira okey lah juga berteman kan hangat tubuh si isteri pun sudah cukup bagus. Tak mahu berlebih-lebih takut kungfu kuntau silat semua keluar. Bukan boleh percaya.
@@@@@@@@@@@@@
Selepas bersolat Jemaah. Ain dan Hizwan berjalan dipesisiran pantai. Sudah seminggu lebih hidup mereka berteman kan laut. Dari Port Dickson ke Tioman. Dari Tioman ke Cherating. Indah saat ini dirasakan Ain. Dia sangat gembira di sisi keluarga yang sempurna. Dan Ain berniat didalam hati dia memilih Langkawi sebagai permulaan hidup barunya. Buat sementara waktu dia membiarkan sahaja mereka begini.
Mereka mahu ke Sungai Lembing. Ain teruja mahu kesana walaupun perlu berpatah balik ke Kuantan. Teringin sangat dia mahu melihat kawasan perlombongan yang maju dan masyur dizaman datuk neneknya dahulu.
“ Tak sabanrnya nak sampai.”
“ Kak Ain apa yang bestnya dekat sana. Mia tengok kak Ain teruja betul.
“ Eh! Mestilah Mia. Kalau Mia nak tahu Sungai Lembing pada zaman kegemilangan merupakan sebuah pusat besar bagi perlombongan syaf timah.Pelombong menggali terowong bawah tanah untuk mendapat bijih timah dan meleburkannya menjadi jongkong. Sekarang, timah tidak lagi dilombong, dan kebanyakan lombong terbanjir. Sungai Lembing merupakan sebuah bandar yang hampir luput dengan prospek yang agak sedikit kecuali pelancongan berdasarkan sejarah perlombongannya. Tapi kita masih boleh melihat kesan sejarahnya disana.”
Benarlah seperti kata Ain memang mereka boleh lihat bekas tapak lombong yang sudah ditenggelami air. Satu ketika dahulu perlombongan disungai lembing memang memberi impak yang besar kepada penduduk setempat. Kemewahan dan pekerjaan.
Mereka menyudahi lawatan di Sungai Lembing dan bergerak menuju ke Terangganu. Namun didalam perjalanan Ain rancak bercerita tentang negeri Pahang.
“ Banyak lagi tempat menarik dekat negeri Pahang ni. Tapi disebabkan kawasan nya sangat luas maka tuan driver sempat membawa kita ke pesisiran pantai sahaja.”
“ Amboi! Driver Ain panggil abang.” Hilman ketawa dengan gelaran
 “Jom kita tengok sejarah Tasik Chini salah satu tasik daripada 12 tasik yang berdekatan dengan Sungai Pahang di Pahang tengah, Malaysia. Tasik Chini yang merupakan tasik semulajadi kedua terbesar di Malaysia selepas Tasik Bera. Pinggiran tasik berkenaan didiami oleh orang asli suku Jakun.Sungai Chini, yang mengalir keluar dari tasik itu, mengalir ke dalam Sungai Pahang. Sungai berkenaan diempang untuk mengekalkan kedalaman tasik tersebut semasa musim kering. Tasik ini juga terkenal dengan musim berbunga lotus dari Jun hingga September.”
“ Wow! Ruginya tak dapat tengok Lotus”
“Mengikut legenda orang asli, tasik tersebut didiami oleh satu naga yang dikenali sebagai Naga Seri Gumum (kadangkala dirujuk sebagai "Raksaksa Loch Ness Malaysia"). Ia dipercayai mengandungi satu bandar purba seakan-akan di Khmer, Kemboja yang terletak di dasar tasik berkenaan”
“ Ada Naga ke dekat situ?”
“ Mana lah ada naga Mia. Cerita Naga Tasik Chini adalah. Cerita zaman P. Ramlee. Gambarnya pun hitam putih.”
“ Selain dari tasik ada juga gua dinegeri Pahang ni. Gua Kota Gelanggi merupakan tempat yang menarik untuk dilawati. Gua ini terletak di daerah Jerantut di negeri Pahang,Malaysia.Di dalam kompleks ini terdapat banyak gua, antaranya ialah Gua Tongkat, Gua Angin, Gua Batu Sanding, Gua Kota Balai, Gua Penyu, dan Gua Kelawar. Apabila sampai di gua ini, anda akan bertemu dengan gua yang berbentuk pintu gerbang, di dalamnya terdapat alur air yang mengalir air jernih lagi sejuk.”
‘ Ala..pa kenapa kita tak pergi gua tu. Dengar Kak Ain cerita macam seronok sahaja.”
“ Lain kali lah kita pergi ye Mia. Besar sangat negeri Pahang ni. Papa janji nanti cuti sekolah akan datang kita repeat balik.”
“ Kalau Mia nak tahu juga Gua Kota Balai telah berlaku perubahan bentuk kerana suatu masa dahulu (sekitar 1970an) telah berlaku aktiviti penggalian dan pengambilan najis kelawar secara besar-besaran untuk dijadikan baja tanaman. Nama Gua Tangga diambil sempena tangga besi yang ada di situ. Tangga itu telah dibina oleh pengusaha yang mengambil tahi kelawar pada masa itu.”
“ Ee! Busuknya tahi kelawar”
“ Tahi kelawar merupakan baja terbaik didunia berbanding baja tahi lembu atau kambing tahu. Sebab ia ada unsur NPK yang tinggi serta zat-zat galian biokimia dalam hasil tinjanya.” Hizwan memberi penerangan dari segi sains pula. untung sunggu mereka. Ada doctor ada pakar sejarah dalam kumpulan mereka.
“ Sebenarnya perihal gua-gua ini ada disebut di dalam buku Sejarah Melayu dengan sebutan Kota Kelangkio. Dikatakan puteri Onangkio daripada Siam telah singgah di sini semasa mengikuti rombongan ke Pahang. Terdapat sebatang anak sungai berhampiran kawasan ini dinamakan Sungai Siam atau nama lainnya Sungai Siang. Terdapat dakwaan lisan daripada penduduk setempat bahawa gua ini boleh dihubungkan dengan negeri Pantai Timur iaitu Terengganu atau Kelantan atau Siam. Dakwaan ini berpunca daripada hubungan dengan Siam dan juga perihal Pahlawan Mat Kilau yang berjaya lari ke Siam tanpa diketahui oleh orang ramai. Tak tahu lah sahih atau tidaknya”
 “Dan Gua Kota Gelanggi ini terletak berhampiran kampung Pulau Tawar iaitu tempat asal pahlawan Melayu Mat Kilau. Sebuah gugusan Felda yang berhampiran gua ini juga dinamakan Felda Gelanggi .Keunikan gua ini telah menarik minat pengeluar filem Sumpah Semerah Padi untuk menjadikannya sebagai lokasi penggambaran filem tersebut. Rangkaian gua-gua di sini agak terancam dengan adanya usaha-usaha pihak tertentu membuka kuari berhampirannya bagi mengambil batu-batan. Bandar paling hampir ialah Jerantut dan Bandar Jengka.
“ Sumpah semerah padi tu kan cerita P.Ramlee yang kena pukul sampai birat-birat belakang tu ye kak Ain?’
“ Betul. Pandainya…” Ain bertepuk tangan diikuti dengan Hilman, Kak Pah dan Hizwan. Mia ternyata berpuas hati. Tidak bosan perjalanannya menuju Terengganu. Cerita-cerita Ain memang menarik minat Mia.
Hizwan tersenyum. Ain memang bijak. Bukan sahaja cantik dan menawan. Dia walaupun tidak terpelajar seperti dirinya Ain mahu mengambil kisah dan belajar terutamanya tentang sejarah. Suka benar Ain dengan sejarah tempatan.
Hizwan menguis hidung Ain dengan jari telunjuk nya dan mengangkat ibu jarinya isyarat bagus pada sang isteri. Ain ketawa gembira. Pujian tanpa bahasa yang cukup dia fahami. Suka sangat dia pengetahuan yang dia ada berguna untuk mereka semua.
Ain meraih tangan Hizwan dan mengucupnya.
“ Terima kasih abang. Love you…” Ain berbisik perlahan.
“Ha…!” Hizwan sedikit terkejut. Ucapan yang perlahan dicuping telinga nya itu jelas sahaja dia dengari.
Benarkah Ain mengatakan ungkapan itu? Rasa tidak percaya sahaja. Apa yang menyebabkan Ain berkata begitu? Adakah benar Ain sayangkan dia? Jika benar memang sebagai lelaki adalah sangat bertuah.
“ Kalau benar….memang abang dapat durian runtuh hari ni.”
Ain ketawa. Pipinya kemerahan. Pink! Malu….

4 comments: