Tuesday 31 January 2012

Bab31

Basri memperlahankan keretanya sebaik sahaja tiba disebuah rumah banglo. Ain yang melihat cebisan kertas di tangannya mengangguk-angguk dan mengiyakan memang benarlah alamat tersebut.
Fatimah rupanya berkhawin dengan orang yang agak berharta, melalui rumah itu Ain berkira-kira sendiri. mereka memberi salam dan menekan loceng ditepi pintu. Menanti seketika sehingga lah muncul seorang perempuan muda yang bertanya mereka dalam loghat Indonesia. Mereka di persilakan masuk apabila mereka mengatakan mereka datang untuk bertemu puannya, Fatimah.
Agak lama mereka menanti diruang tamu, apabila mereka menoleh serentak sebaik sahaja mendengar suara memberi salam.
“ Kaklong?” Fatimah terkejut, sungguh dia tidak menyangka tetamu yang datang adalah kaklong yang sangat dia rindui. Ain mendapatkan Fatimah dan memeluknya erat. Airmatanya berjuraian. Allah telah membantunya dengan mudah. Kebahagian datang bertimpa-timpa buat mereka sekeluarga.
Menurut Fatimah, malam kejadian ngeri itu memang dia mendengar mak dan abahnya bergaduh tentang duit. Abah meminta emak duit dalam jumlah yang banyak. Emak kata dia tidak ada duit, abah menyelongkar almari emak dan terjumpa buku bank. Jumlah nya agak banyak juga. Menurut Fatimah duit itu simpanan emak ditabung haji hajat emak dia mahu menunaikan haji tahun berikutnya, sayangnya hajat mak tidak kesampaian.
Pada malam itu juga Lazim mengheret Fatimah supaya mengikutnya, dia terpaksa setelah dia turut diugut.
“ Saya terpaksa Kaklong, abah ugut nak bunuh saya. Malam tu memang saya takut sangat sehelai pakaian pun saya tak bawa masa tu. Abah bawa saya hingga ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas.” Fatimah sebak, dia menangis terkenangkan kepahitan hidupnya kerana perbuatan seorang ayah yang tidak bertanggungjawab.
“Yang lebih teruknya Kaklong abah nak jual saya pada pusat pelacuran sebab wang, mujur saya sempat lari dan bertemu dengan suami saya sekarang. Dia dan keluarganya lah banyak membantu saya, saya nekad abah harus disedarkan. Malam tu juga saya buat report polis dan tunjukan dimana abah selalu melepak dengan geng-geng dia.”
Ain mengeluh, sampai begitu sekali perbuatan bapa tiri yang tidak bertanggungjawab itu. Sanggup menjual anak sendiri untuk kepentingan diri. Bapa jenis apa Ain pun tidak tahu. Dia bersyukur sangat Fatimah terselamat, sama seperti dirinya yang terselamat dari perbuatan bapa tirinya. Ain berpuashati setelah memastikan Fatimah sehat dan selamat, anak Fatimah juga sangat comel. Ain meninggalkan Fatimah dengan hati yang gembira.
“ Sekarang ni abah nak Ain fikir diri Ain pula. abah nak Ain kerja dengan abah, belajar selok belok perniagaan,abah nak Ain gantikan abah sebagai peneraju utama syarikat keluarga.”
“Maaf abah, Ain ni belajar tak seberapa pun, hanya setakat ada sijil SPM sahaja. Ain kena belajar dahulu baru boleh nak bekerja dengan abah.”
“ Sambung belajar dimana-mana kolej, abah tanggung semuanya sampai Ain cukup ilmu untuk tolong abah.”
“ Insya Allah abah, nanti Ain fikirkan.”
“ Bila Ain nak jumpa Umi dengan adik Ain?”
“ Lepas Ain balik ni Ain pergi rumah abah ye, sekarang ni Ain nak berjalan-jalan dahulu.”
“ Kemana sahaja tu Ain?”  Mak Jah bertanya kepada cucunya itu.
“ Memang hajat Ain nak mengembara Wan, seluruh Malaysia ni, pergi ketempat-tempat menarik yang ada dalam Malaysia ni. Seronok Wan dapat tengok tempat orang.”
“ Ain seorang sahaja?” Basri bertanya, sebenarnya dia lebih risau akan keselamatan Ain sebagai seorang perempuan.
“ Dulu berkumpulan, cadangnya nak habiskan jelajah satu Malaysia ni dalam masa sebulan sahaja. Tapi sayangnya tertangguh sampai Terangganu sahaja, kawan baik saya dan bekas suami meninggal dunia kemalangan jalan raya. Tu yang kami pulang dan terus tertangguh disebabkan Ain bercerai pula dengan bekas suami Ain.”
“ Ain kan perempuan tak elok berjalan ketempat orang sendiri, kalau nak juga elok lah berteman itu kan lebih baik.” Pak Weh pula bersuara.
“ Bukan tak nak berteman Tok, Ain memang tak ada kawan baik selain dari Farah yang sudah meninggal dunia tu, ada pun kawan bekas suami Ain tu sahaja, bekas abang ipar Ain. Kesian kan Ain seorang tak ada kawan dan teman.”
“ Abah, Umi Dila tu macam mana orangnya, maksud Ain bolehkah dia menerima Ain sebagai anak tirinya. Ain takut jadi macam dulu juga, adik tiri Ain pula macam mana orangnya.”
“ Abah tak boleh kata apa pasal Umi Dila dan adik Ain, Ain kena jumpa dan menilai sendiri.”
“ Nanti-nanti lah ye abah, esok pagi-pagi Ain nak ke Kedah. Dari sini dekat sikit.” Ain memberitahu rancangan dia esok.
“ Ain nekad juga nak teruskan perjalanan Ain ni ke?” Pertanyaan Basri dijawab dengan anggukan dan senyuman panjang. Pak Weh dan MakJah hanya diam. Susah juga mahu menegah Ain yang sudah bulat tekadnya.
“ Abah tak boleh nak haling Ain kalau itu yang Ain mahu, Cuma abah nak Ain pandailah menjaga diri Ain ditempat orang, jangan mudah percaya orang yang Ain tidak kenali. Abah nak Ain berhati-hati dan beringat selalu, orang jahat ada dimana-mana sahaja.”
“Tok pun nak ingatkan Ain jaga diri maruah seorang perempuan, sembahyang jangan tinggal ingat Allah selalu, Insya Allah dia sentiasa ada membantu kita jika kita dalam kesusahan.” Pak Weh juga turut berpesan kepada cucu
Mak Jah tidak berkata apa, sudah cukup dua orang lelaki yang berada didepan matanya ini berpesan kepada cucunya. Dia hanya perlu berdoa agar perjalanan Ain selamat.
Subuh itu selesai menunaikan solat subuh dan bersarapan Ain bertolak ke Kedah. Basri telah memberikan Ain kredit kad untuk memudahkan Ain berbelanja tanpa perlu membawa wang tunai yang agak banyak, ia sangat tidak selamat buat Ain. Ain menerimanya dalam perasaan yang bercampur, serba salah, gembira dan sedih silih berganti.
Setelah menyalami Tok, Wan dan abahnya Ain memandu perlahan meninggalkan mereka. Dia akan kembali kerumah Tok dan Wan nya apabila dia kelapangan nanti. Itu janjinya.
Ain memandu dengan berhati-hati, teringat dia pesan abahnya malam tadi jalan itu agak berbahaya dan sunyi. Ain sampai ke Grik Perak sewaktu jam sudah menunjukan ke 3 petang. Memandu tanpa berhenti memang memenatkan dia, dia tidak bercadang mahu singgah di daerah Perak, dia memilih untuk bermalam di Pulau Pinang. Ain memasuki Lebuhraya Plus dari Kuala Kangsar. Balik dari Kedah nanti dia akan singgah di negeri Perak pula.
Dia harus memandu 3 jam lagi untuk sampai ke Pulau Pinang, Pulau Mutiara yang sangat terkenal dengan jambatan terpanjang di Malaysia, dan jeruk buah palanya, Pulau Pinang juga dikenali sebagai Prince Of Wales.
Dia berhenti di Juru untuk mengisi perut, makan tengahari dan minum petang sekali gus. Dia sudah terlewat untuk makan dan minum disebabkan keasyikannya untu cepat sampai ke Pulau Pinang, ditambah pula dengan fikirannya yang lapang selapang-lapangnya, dia bebas untuk menikmati kehidupannya.
Dia menyusuri Jambatan Pulau Pinang sewaktu senja sudah melabuhkan tirainya. Matahari terbenam dari Jambatan Pulau Pinang itu memang indah dipandangannya, Ain bersyukur kerana dia mampu bernafas hingga ke saat ini. menikmati kehidupan yang permulaannya bukan lah sebaik mana, namun beransur baik dan terus menjadi sempurna walaupun tidak sesempurna mana.
Kegelapan tidak lagi menjadi sesuatu yang menakutkan sewaktu dia menyusuri jalan ke Batu Feringhi, salah satu pantai terkenal di dalam Negeri Pulau Pinang ini, pantai yang pernah dilanda tsunami pada tahun 2004. Jalan yang agak berliku dan kecil membuatkan dia memandu dalam situasi yang cukup berhati-hati. Bimbang terjadi sesuatu dijalanan.
Alhamdullilah Ain selamat juga sampai ke hotel sewaktu jam sudah menunjukan keangka lapan. Dia cepat-cepat naik kebiliknya setelah selesai urusan dikaunter, dia tidak mahu terlepas solat Maghrib yang sudah hampir ke penghujungnya. Solat Maghribnya terus bersambung keisyak.
Dia membuka komputer ribanya, niat dihati hanya mahu mencari sedikit maklumat tentang tempat-tempat menarik diPulau Pinang yang boleh dia lawati, tidak dia sangka pula Hilman sudah ada di talian dan menegurnya.
Mr. Black> Sudah sampai dimana Ain?
Cik Pinky> Pulau Pinang sudah.
Mr. Black> Wow, macam naik kapal terbang sahaja!
Cik Pinky> Naik penyapu terbang, baca sahaja mentera untuk ia terbang dan bawa Ain ke sini…hehehehe.
Mr.Black> Ada-ada sahaja Ain ni, cubit nanti baru tahu.Perjalanan Ain okey?
Cik. Pinky> Okey, alhamdullilah. Alllah permudahan kan perjalanan Ain. Dan Allah juga mempermudahkan pencarian Ain.
Mr.Black> Maksudnya?
Cik Pinky> Ain telefon abang? Bercakap lebih mudah.
Mr. Black> Tak apa abang telefon Ain.
Tidak sampai seminit telefonnya berdering. Ain tersenyum, dia menyambut panggilan dari Hilman dan mula membebel bercerita dari A hingga Z, tidak ada satu pun yang tertinggal. Suka benar dia dapat berkongsi cerita dengan Hilman. Setakat ini Ain menyedari, Hilman tiba-tiba menjadi pendengarnya yang paling setia, menjadi sahabatnya seketika.
Ain leka bermain ombak dicelah-celah batu yang besar tanpa dia menyedari ada mata yang sedang asyik memerhatikannya, tersenyum disebalik pandangan yang tidak berkalih. Gembira benar gadis itu bermain ombak. Mungkin dia sudah melupakan segala kepahitan. Ain menoleh apa bila dia merasai sesuatu yang tidak enak. Rasa diperhatikan. Sebaik sahaja dia menoleh dia melihat seorang lelaki berdiri diatas batu besar dan tersenyum padanya sambil melambai.
“ Abang?” Ain mengosok-gosok matanya, tidak percaya. Bukan kah dia baru sahaja bercakap dengan Hilman malam tadi. Tahu-tahu Hilman sudah disini, Kuala Lumpur dengan Pulau Pinang bukan lah dekat, sekurang-kurangnya 6 jam perjalanan melalui Lebuhraya Plus. Mustahil Hilman boleh sampai secepat itu jika dia kesini.
“ Ha! Terkejut?” Hilman menghampiri Ain yang masih terpaku digigi air.
“ Macam nampak hantu. Eh! Jangan kata abang naik penyapu terbang ya”.
“ Itu lah Ain tak tanya pun abang ada dimana malam tadi. Abang memang dah ada disini, dah 3 hari Ain.”
“ La kenapa abang tak cakap dengan Ain?” Ain mengacah mahu mencubit Hilman, cepat-cepat Hilman mengelak. Hilman ketawa.
“ Ain tak tanya, nak cakap macam mana dah Ain aje yang bercakap.”
Ain tersipu malu, memang malam tadi sewaktu dia berbual dengan Hilman, hanya dia sahaja yang bercakap tanpa memberi Hilman peluang bercakap hal dirinya.
“ Abang ada kerja dekat sini Ain. Abang akan sebulan dekat sini tinjau projek hotel baru ni.”
“ Ada projek tapi sempat intai Ain dekat sini pula.”
“ Sambil-sambil, baru lepas pergi tapak sahaja ni Ain ,ternampak pula kereta Ain dekat parking lot tu tadi. Tu yang abang turun cari Ain ni. Tengok Ain asyik betul bermain dengan ombak tu.”
“ Ombak, datang dan pergi. Sesekali mencecah kaki,ia akan berlari kembali ke lautan. Macam hidup kita juga. Kebahagian, kekecewaan datang silih berganti.”
Walaupun dia ceria dia masih mengingati setiap detik kehidupannya yang telah berlalu,kegembiraan, kebahagian, penderitaan. Segala gelak ketawa dan tangis sebati didalam mindanya, meresap jauh kelubuk hatinya. Berhenti disitu menjadi gumpalan bebola kenangan yang sukar ditepis kehadirannya. Dia redha dengan segala dugaan, dia terima segala ujian yang datang, dia tidak akan gentar menghadapi apa sahaja dugaan hidup namun siapalah dia jika masih mengingati secebis kisah lama. Dia hanya manusia biasa.
Ain dan Hilman duduk diatas batu besar itu menghadap kearah lautan yang luas.
“ Hidup memang begini Ain, sama macam kita memandang kelaut lepas. Luas hingga kita tidak nampak apa yang menanti kita diseberang sana. Ibarat kita menaiki sebuah kapal dan menjelajah dunia, apabila berada dilaut lepas baru kita tahu, disitu lah segala ribut dan taufan berpaksi. Itu lah yang kita harus tempuhi untuk sampai ke destinasi kita. Nasib sahaja yang akan menentukan sama ada malang atau bertuahnya kita. Insya Allah, Allah sentiasa membantu umatnya yang sentiasa berdoa meminta darinya. Dari perpuluh ribu doa yang kita pinta tak kan lah satu pun tidak Allah tunaikan, mesti adakan Ain.”
“ Ya, bila kita berada dilaut lepas itu, baru lah kita tahu ribut dan taufan yang akan mengaramkan kapal kita, ada bermacam kemungkinan akan berlaku. Karam terlanggar batu karang, mati dilautan itulah lumrah kehidupan. Walaupun mungkin tak akan sampai kedestinasi yang kita mahu pergi namun kita harus tahu bersyukur kerana berpeluang menikmati hidup. Ain redha abang dengan ujian yang telah Allah turunkan buat Ain. Segalanya buat Ain menjadi lebih sabar, lebih tabah, lebih berusaha untuk kehidupan Ain. Ain tak akan putus asa walaupun Ain akan karam berkali-kali dengan lautan airmata. Ain tak akan mengalah segala kehidupan Ain tidak mencapai matlamatnya. Insya Allah Ain tidak akan berputus asa.”
“ Abang kagum dengan Ain, kagum sangat. Ain belajar dari pengalaman hidup walaupun hanya sedikit yang Ain belajar.”
Mereka melihat matahari terbenam bersama-sama. Satu perasaan yang sangat indah singgah dijiwa Ain. Indah kerana dia berpeluang bernafas untuk sehari lagi.
“ Ain duduk di hotel mana?” Hilman bertanya sewaktu mereka sudah mahu pulang ke tempat penginapan mereka.
“ Holiday In. Abang?”
“ Lah! Sama aje tempat kita Ain. Macam tu senang lah sikit nak keluar makan ke dengan Ain. Malam ni kita pergi Pantai Merdeka dekat Kota Cornwallis, makan dekat sana nak?”
“ Pasembor Rojak? Boleh, boleh. Abang belanja.” Ain ketawa.
“ Abang juga terkena. Ain lah belanja abang. Boleh?” Hilman sengaja mengusik Ain. Jika bukan Ain membelanja, dia tetap akan keluar duit juga.
“ Bolehlah mana-mana pun bang. Sama aje kena keluar duit jugakan.”
Malam itu mereka makan sepuas-puasnya bertemankan cahaya lampu malap dan bintang malam. Makan secara terbuka di deretan gerai memberi satu pengalaman yang sangat mengasyikan buat mereka berdua. Ain sudah biasa makan digerai tetapi tidak Hilman. Ini adalah kali pertama dia makan ditempat terbuka begini namun dia seronok. Puluhan gerai yang menyajikan pelbagai makanan membuatkan dia tidak tahu memilih. Walaupun agak sukar sesuaikan diri dengan situasi tetapi dia gembira apabila Ain yang petah mencadangkan makanan yang pelbagai itu kepadanya,sudahnya dia benar-benar kekenyangan tahap tak ingat dunia disebabkan makanan pilihan Ain. Ain sahaja yang steady makan dan makan seolah-olah perutnya mempunyai ruang yang sangat luas untuk kesemua makanan yang dia pesan.
Ain mengajak Hilman berjalan-jalan ke Kota Cornwallis yang terletak berhampiran. Mulut Ain memang tidak pernah tahu penat berceloteh dan berceloteh,macam burung murai anehnya Hilman mendengar seolah-olah Ain menyanyi dengan nada suara yang sangat sedap. Sesedap suara Siti Nurhaliza.
“ Abang tahu kota ni adalah  kota lama yang berbentuk macam bintang 5 bucu ,Kota ni didirikan pada tahun 1786, dan dinamakan sempena Gabenor Jeneral India masa itu - Charles Cornwallis. Tahu tak dulu kota ni juga dinamakan sebagai tanjung. Sinonim dengan gelaran nana tanjung.”
“ Itu nama Filem tu Ain, pandai aje buat cerita.”
“ Ingatkan abang tak ambil tahu apa pun, saja Ain nak duga abang tahu ke tidak.” Ain sudah ketawa, sengaja dia menyebut nama Nana tanjung, merujuk kepada sebuah filem. Semata-mata untuk melihat betapa prihatinnnya Hilman pada situasi.
Hilman tersenyum menyambut tawa Ain yang tidak putus. Pandai sahaja Ain mengenakan dia. Nasib baik dia juga membaca majalah hiburan jadi tidak lah nampak sangat dia buta situasi yang berlaku di sekelilingnya.
“ Tengok sekeliling ni, semua batu kan.” Hilman memandang sekeliling, memanglah semuanya batu. Kota seharusnya begitu dibina dengan batu.
“ Memanglah batu, Kota kan memang dibina dengan batu, apa yang anehnya.”
“ Kota ni dulu asalnya dibina dengan kayu nibong sahaja bang oleh Kapten Francis Light, pada tahu 1804 sahaja baru didirikan dengan batu bata ni.”
Hilman mengangguk-angguk. Ain memang ratu google. Itu memang tidak dapat disangkal lagi
Hilman sedaya upaya cuba menyelesaikan kerjanya ditapak projek seawal yang mungkin. Dia mahu menemankan Ain di sebelah petangnya. Entah mengapa dia merasa serasi dengan bekas adik iparnya itu, bercerita pelbagai perkara yang adakalanya dia sendiri tidak tahu. Ain juga suka berbual dengan Hilman, masanya terisi dengan lelaki itu walaupun perkara yang mereka bualkan kadang-kadang langsung tidak berfaedah.
“ Malam ni abang tak dapat turun makan dengan Ain, ada kawan dari Kuala Lumpur datang. Abang kena temankan dia malam ni untuk dinner. Ain dinner sendiri ye malam ni.”
Ain yang sudah bersiap sedikit kecewa, sepatutnya dia makan malam bersama Hilman di restaurant  yang mereka pilih siang tadi. Ain mengambil keputusan untuk turun ke deretan bazzar ditepi jalan yang menjual pelbagai cenderahati dan pakaian. Atau lebih dilkenali dengan pasar malam. Memang agak panjang bazar tersebut dengan berbagai pilihan untuk membeli belah.
Ain berjalan, membelek barangay-barang dipamerkan dari satu kedai kesatu kedai. Dia hanya membeli beraneka sate cucuk (sebenarnya lebih kepada yong tau fu, bezanya ia dicucuk macam sate sahaja.) sambil mengunyah makanan ditangan dia berjalan-jalan atau lebih tepat mencuci mata.
Matanya tertumpu pada pasangan yang sedang memilih topi yang berbagai bentuk dan warna. Mesra sahaja kelihatan dimata Ain. Dia mengambil keputusan untuk berpatah dan balik kebiliknya. Tidak mahu menunjukan muka, biarlah barangkali tetamu Hilman itu memang teman istimewa Hilman. Dia memutuskan untuk memesan makanan dan makan sahaja didalam bilik.
Ain lebih selesa membuka komputer ribanya dan mencari apa sahaja bahan untuk dibaca pada Wikipedia. Salah satu laman sesawang yang paling dia gemari. Ain benar-benar menggunakan segala aplikasi internet untuk sesuatu yang berguna dan meletakkan segala info hanya dihujung jarinya sahaja. Jarang benar dia melayari internet tanpa tujuan, dia tidak suka berchating tidak tentu hala, apatah lagi menggunakan medium laman sosial untuk mencari teman. Dia yang suka berintenet tidak ada lama muka buku, twitter atau blog. Susah nak percaya tapi itu lah dia. Telefon tangan nya pun bukanlah telefon yang cangih mangih, touch pad atau apa sahaja gadjet yang terbaru hanya telefon biasa sahaja yang langsung tidak mempunyai apa-apa aplikasi.
Matanya memandang skrin 14 inci dihadapannya, tetapi fikirannya melayang kepada peristiwa yang dia lihat sebentar tadi. Nampak mesra sahaja pasangan itu. Hilman dan perempuan yang tidak pernah dia kenali. Otak nya tidak lari dari berfikir akan hubungan lelaki dan perempuan itu. Teman istimewa kah? Kalau teman istimewa kenapa? bukankah Hilman memang patut berkahwin ,sudah hampir 10 tahun dia menduda. Jadi apa nak dihairankan kalau Hilman ada teman wanita. Memang Hilman sudah patut dan berhak berkahwin.
Ain tidak mahu memikirkan sangat, dia hanya akan mendoakan jika benar Hilman mahu berkahwin dengan wanita elegen tadi. Memang mereka sangat sesuai dan sepadan. Ain sudah mahu terlelap apabila telefon biliknya berbunyi. Siapa pula yang menganggu dia malam-malam begini. Dalam pada tertanya-tanya dia mengangkat juga telefon yang tidak berhenti berbunyi.
“ Ain dah tidur ke?” Suara Hilman kedengaran dicorong telefon.
“ BAru nak tidur saja, kenapa bang?”
“ Ain dah makan ?”
Kenapa pula nak tanya dia dah makan kebelum malam-malam buta begini. Tidak faham sungguh dia dengan pertanyaan yang ditanya pada waktu yang salah begini.
“ Kenapa Ain diam, dah makan ke?” hilman bertanya lagi.
“ Sudah, dah pukul 12 ni bang, tentu lah Ain dah makan.”
“ Makan dekat mana? Bawah ke? Tak nampak pun tadi.” Memang dia tidak nampak Ain turun kebawah sewaktu dia makan bersama Elis tadi. Setahu Hilman Ain memang sudah bersiap mahu turun makan bersama dengannya Cuma dia terpaksa pula meminta Ain makan sendirian setelah Elis tiba-tiba sahaja muncul dihadapan pintu biliknya. Dia hanya nampak Ain berjalan-jalan dibazar.
“ Abang mengintip Ain ke?”
“ Tak lah mengintip abang ternampak Ain dekat bazar tadi, lepas tu tiba-tiba hilang.”
Macam mana dia tidak hilang, sengaja melarikan diri kerana tidak mahu mengganggu orang sedang berdating.
“ Ain nampak abang, tak nak lah ganggu sebab abang kan tangah dating tadi.”
Hilman tidak berkata apa sewaktu Ain mengatakan dia sedang berdating dan Ain tidak mahu mengganggu. Memang dia terpaksa akui dia sibuk melayan Elis dibazar, perempuan itu memang suka membeli belah tidak kenal tempat dan masa, asal cantik dimata semua nya mahu asalkan boleh. Poket dia juga yang barai. Entah apa tujuan Elis datang kesini, dia sendiri tidak pasti. Datang hari ini, esok pagi-pagi mahu pulang ke Kuala Lumpur, alasannya dia rindu dengan Hilman. Siapa Elis dengan dirinya? Tak lebih daripada hanya budak hingusan yang minta dimanja dengan wang ringgit, perempuan tergedik-gedik itu tidak layak dianggap istimewa. Dan dia melayannya sebab tidak mahu perempuan itu merasa terasing sahaja, apatah lagi datang dari jauh.
“ Esok kita sarapan pagi sama-sama ye Ain.” Pinta Hilman.
“ Buah hati abang mana? Ajak lah dia aje, Ain boleh sarapan sendiri.”
“ Dia esok subuh dah nak balik. Sekarang ni adalah dalam bilik dia kot.”
‘ Aik! Kejap aje datang. Orang nak melepas rindu dari jauh pun sanggup ye bang, macam-macam orang bercinta ni.”
“ Ain ni bercakap main ikut sedap mulut aje, mesra diluar tak sama dengan dihati pun Ain. Dia kawan abang sahaja. Budak sangat lagi nak buat bini pun. Masih belajar. Tak nak abang. Dah dia datang sini abang layan sahaja lah. Ain ni macam cemburu aje.” Hilman ketawa, sengaja mengusik Ain.
Dia cemburu? Ain tertanya-tanya. Mengapa Hilman fikir begitu. Adakah percakapannya bernada cemburu seorang wanita terhadap seorang lelaki. Hilman sungguh tidak relevan, dan tak sayang mulut. Ain mengutuk didalam hati. Engkau abang, aku adik. Selamanya akan begitu walaupun halal untuk bersatu. Ain mengeleng kepala tidak setuju dengan kenyataan itu.

1 comment:

  1. sambong cepat2 erkk bondaa... dah tak sabar nak bacer kesinambungannyer.. i'm waiting.. alwaysz...

    ReplyDelete