Friday 30 December 2011

BAB 18

Rombangan Hilman meneruskan perjalanan ke Mersing sebuah daerah yang berada di dalam negeri Johor bersempadan dengan negeri Pahang. Kali ini mereka mahu singgah ke Taman Negara Endau Rompin. Menimba pengalaman didalam suasana dan semangat cintakan alam semula jadi.
Meneroka alam semulajadi memang sangat mendamaikan. Mia sanga teruja sejak dari Kg Peta lagi. Sebuah perkampungan orang hulu. Mereka akan berkhemah kali ini. Tidak ada hotel yang mewah. Sesuatu yang sangat lain dari kebiasaan dan yang paling penting tidak ada talian telekomunikasi. Itu yang Hilman dan Hizwan mahu. Bebas dari dunia luar.
Mereka akan berkhemah di Kuala Jasin walaupun ada tapak perkhemahan yang lain seperti Batu Hampar, Upih Guling dan Kuala Marong Hilman memilih untuk menginap ditapak perkhemaha Kuala Jasin. Esok pagi-pagi mereka akan berjalan kaki untuk ke jeram paling cantik didalam taman Negara ini. Jeram  Buaya Sangkut
Di Taman Negara Endau-Rompin juga terdapat banyak hidupan liar seperti harimau, gajah dan babi hutan serta bilangan badak sumbu Sumatera yang terbesar di dunia. Spesies tempatan yang lain termasuk binturung (bear cat) dan Ungka Tangan Putih (white handed gibbon) yang merupakan spesies mawas yang tunggal di kawasan ini. Di sini juga terdapat pelbagai jenis serangga dan burung yang jarang ditemui di tempat lain.
Terdapat juga banyak air terjun dan denai kecil di Taman Negeri ini. Air Terjun Buaya Sangkut dengan ketinggian 120 meter merupakan kawasan air terjun yang paling cantik. Ia ada lima tingkat dan mampu mengalirkan empat perpuluhan lima juta liter air seminit.
Kawasan ini juga penuh dengan mitos dan legenda dan telah menjadi sebuah kawasan rekreasi dan pelancongan yang mashyur di Malaysia. Ramai pelancong gemar menjejaki hutan ini, khususnya di habitat puak Jakun di mana mereka dapat mendengar cerita-cerita mitos hutan yang terpesona. Taman ini juga memberikan wawasan bernilai tentang budaya orang asli yang unik, teknik ketakatan serta kemahiran pemburuan dan pengesanan haiwan.
Mia sibuk denga kemera disepanjang perjalanan yang mengambil masa 40 minit menaiki bot dari perkampungan orang asli. Sungai yang dikelilingi hijau daun menyejukan mata memandang. Segar rasa mata Ain. Hizwan tidak berenggang langsung dari Ain.
Kali ini Hakimi tiada menyertai mereka. Dia telah pulang ke Kuala Lumpur dengan menaiki keretapi dari Johor Baru. Misya kemalangan! Hakimi terpaksa pulang diatas permintaan mama Misya. Mungkin keadaan Misya agak teruk. Ain tidak pula sempat bertanya.
Mereka sampai ke Kuala Jasin apabila jam sudah menunjukan ke angka 4 petang. Kepenatan menyebabkan mereka hanya bersantai melihat persekitaran. Melalui jalan tanah merah untuk ke kampung peta itu sudah cukup menyebabkan mereka merasa penat yang amat sangat. Jauh masuk kedalam hutan memang sesuai lah tempatnya dinamakan perkampungan orang hulu. Perkampungan orang asli didalam daerah Endau Rompin.
Untungnya berkhemah. Tidak perlu memasak. Didalam pakej yang dibiar sudah siap lengkap dengan sarapan pagi,makan tengahari dan makan malam. Masakan nya juga bersesuai dengan selera mereka yang mengikuti pakej ini. Yang seronoknya ini lah pertama kali Ain berpeluang merasa makanan pelik masyarakat tempatan. Gulai siput sungai dicampur dengan biji getah. Rasa tak termakan tetapi apabila sudah masuk ke mulut. Rasanya memang cukup lazat.
Ain memandang bintang yang bertaburan dilangit. Ditepi sungai berteman bunyi air yang mengalir. Dia duduk dibangku yang disediakan berteman cahaya bulan yang samar-samar. Suasana sangat aman dan damai. Sesekali dia mendengar bunyi ungas dirimba sahut menyahut. Bahasa yang tidak di fahami manusia. Namun Ain tahu mereka juga pasti sedang bersuka ria.
Hizwan menyertai Ain yang sedang asyik merenung bintang dan bulan.
“ Awak kira bintang ke Ain?” Sengaja Hizwan mengusik
“ Ye…sudah dekat seribu saya mengira. Awak datang aje saya terlupa sudah diangka keberapa saya mengira.”
Hizwan ketawa. Ain ada-ada sahaja.
“ Berembun malam-malam ni nanti ain demam pula. Jom lah duduk dalam khemah tu…”
“ Tak nak lah. Ain mahu melihat keindahan malam disini. Langit Kuala Lumpur dengan langit disini walaupun sama tetapi lain penghayatan nya. Disini tenang dan damai. Disana hiruk sahaja. Tak boleh nak feeling.”
“ Amboi! Tak boleh nak feeling,tak boleh nak beromantik ye?”
“ Eh sapa kata Ain nak romantic-romantik dekat dalam hutan pekak ni. Pandai aje awak kan.”
“ Yelah suasana sunyi ni memang lah sesuai untuk pasangan macam kita yang baru nak mencipta serasi. Berbual macam ni..duduk elok-elok. Tak ada siapa kacau.”
“ Siapa kata tak ada siapa kacau…”
Hizwan memandang sekeliling. Pelik! Memang tiada sesiapa pun menganggu dia dan Ain.
“ Tu..tangan tu. Dari tadi menepuk sana-sana. Mengaru sana sini. Siapa kacau?”
“ Oh! Nyamuk lah Ain. Dari tadi suka sangat dia gigit saya.”
“ Awak tahu kenapa dia suka gigit awak?”
“ Entah..mungkin sebab saya hansome dan comel kot.”
“ Heh! Perasannya awak ni hidung pun berlubang dua juga. Mana nya comel. Nak muntah saya dengar. Nyamuk tu suka dekat awak sebab awak wangi sangat. Dia suka lah. Dalam hutan macam ni mana ada orang pakai perfume. Ganjil kan? Tu sebab nyamuk suka. Silap hari bulan kejap lagi adalah binatang lain yang datang dekat awak.”
“ Ish! Nak mengusik saya lah tu.”
“ Aik! Takut ke? Seorang doctor tak boleh takut dengan apa pun. Kalau takut macam mana nak tolong orang.”
“ Taka da kena mengena lah Ain ni. Apa lah.”
Ain ketawa. Entah apa dia cakap. Dia sendiri tidak tahu. Dia sebenarnya malu dengan kehadiran Hizwan dan dia mula diserang penyakit mengelabah. Huru haranya sudah datang. Baru dia mahu bersantai-santai dibawah bulan purnama. Tahu-tahu Hizwan datang tidak diundang. Huh! Ain masih tidak dapat sesuai kan diri dengan lelaki yang bergelar suami itu. Ain masih segan dan malu. Disebab kan itu dia membina ruang yang sangat luas diantara mereka berdua. Memang tidak patut sangat tetapi Ain masih tidak bersedia apa-apa.
“ Ain..saya faham jika Ain masih lagi segan atau malu dengan saya. Ambil lah sebanyak mana pun masa yang Ain nak. Cuma saya harap percutian ini akan membuang segala rasa malu dan segan tu. Kalau boleh selepas ini saya mahu Ain melayani saya sebagaimana seorang isteri melayan suami. cuma saya tidak akan memaksa jika Ain tidak bersedia.”
“ Walaupun untuk jangka masa yang panjang ke? Kalau dua tahun akan datang pun Ain masih tak dapat sesuai kan diri Ain macam mana pula?”
“ Lamanya mati kering lah saya macam tu. Tak adalah. Insya allah saya jamin tak akan ada masa yang sebegitu panjang. Ain ni nampak sahaja macam ni tapi saya tahu hati Ain tak akan sekeras batu.”
Hizwan memang pandai meneka. Ain tahu hatinya tidak akan menjadi sekeras batu. Jiwa nya senang sahaja terusik jika di ulit selalu dengan kesabaran. Mungkin hati Ain hanya seperti seketul Ais yang akan mengecil dek panahan matahari. Dan matahari itu adalah Hizwan suaminya.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Mereka melalui hari yang sangat meyeronokan di Taman Negara Endau Rompin. Mia sudah tidak takut akan pacat. Ain juga sudah tidak geli dengan binatang kecil yang mempunyai gigi tajam itu dan gemar menghisap darah. Dua hari berkampung didalam hutan sudah cukup melalikan mereka dengan serangga penghuni alam.
Mia sangat teruja apa bila mereka terserempak dengan puak orang asli dari suku kaum Jakun. Terpaksa lah Ain menerangkan kepada Mia tentang bangsa Jakun ini.
“Bangsa Jakun atau lebih dikenali sebagai Orang Ulu ada lah daripada suku kaum Melayu Asli (Melayu Proto) yang tinggal di selatan Semenanjung, berasal dari Yunan (Selatan Cina).”
“ Jauh nya mereka datang …naik apa mereka datang kesini?”
“ Dulu mana ada kapal terbang. Mungkin mereka merentas hutan belantara. Berjalan kaki. Tahu-tahu sudah sampai Malaysia.”
“ Mereka masih mengamalkan animisme. Kehidupan mereka dipengaruhi oleh alam sekitar seperti gunung, bukit, lembah, sungai, batu, gua dan sebagainya. Mereka percaya kampung mereka akan dilanda bencana sekiranya ada di antara mereka yang melanggar pantang larang. Kalau Mia nak tahu…apabila ada kematian mereka akan meninggalkan mayat diatas pokok dan berpindah kekawasan lain. itu kepercayaan mereka lah. Tak tahu lah sekarang ni mereka masih amalkan atau tidak.”
“ Selain suku kaum Jakun ni kan Ain dalam Malaysia ni ada berapa banyak lagi kaum Melayu Proto ni?”
“Ada banyak lagi macam Semelai. Semelai adalah salah satu Suku Kaum Orang Asli dari suku bangsa Melayu Asli (Proto Malay). Taburan petempatan Orang Asli Semelai terdapat di Pahang Tengah seperti di Tasik Bera, Sg. Bera, Sungai Teriang, Paya Besar dan Paya Badak serta di sempadan Pahang menghala ke Negeri Sembilan seperti di Sg. Serting, Sg. Lui dan Ulu Muar. Dari segi rupa dan bentuk fizikal Orang Asli tidak banyak bezanya dengan Orang Melayu. Sama juga macam kita Cuma mungkin kita jauh lebih maju. Tapi sekarang mereka pun dah tahu guna ipad tahu.”
“ Kak Ain ni memang banyak informasi. Mia suka sangat. Sejarah Kak Ain ada kelas. Tahu sahaja sejarah Malaysia ni.”
“ Kak Ain tak pandai belajar. Tapi kak Ain suka sejarah. Ada orang tak suka sejarah. Itu adalah orang yang sangat rugi sebab kalau tak ada sejarah tak ada lah zaman maju dan canggih ni.”
“ Kak Ain memang cerdik…Untung uncle kan Mia.”
Hizwan memang suka mencelah bab yang tidak ada kena mengena dengan tajuk perbualan. Sentiasa mahu menarik perhatian orang sahaja.
“ Lagi kak Ain…kata ada beberapa. Ni baru dua…”
“ Ada  lagi salah satunya Orang Kuala. Orang Kuala di percayai berasal dari kepulauan Riau-Lingga dan kawasan yang berhampiran dengan pantai Sumatera, Indonesia. Mereka ini kebanyakannya tinggal menetap di kuala-kuala sungai di pesisiran pantai selatan negeri Johor. Kini Orang Kuala tinggal menetap di daerah Batu Pahat dan di daerah Pontian.”
“ Jadi kebanyakan suku kaum orang asli bukan lah berasal dari Malaysia ye Ain?” tanya Hilman. Memang berbaloi mengikut kehendak Ain mengembara dalam Malaysia ni. Banyak benda yang dia tak tahu tapi diketahui oleh Ain.
“Begitu lah bang. Ada lagi, orang kanaq dan orang seletar”
“Orang Kanaq  ni terdapat di kawasan pinggir di kampung Selangi, Mawai daerah Kota Tinggi Johor merupakan suku kaum yang terkecil bilangannya iaitu 17 keluarga seramai 65 orang. Semenjak kerajaan memberi penumpuan untuk memberi kesejaheraan kepada rakyat kini Orang Kanaq tinggal menetap di kampung Selangi.”
“ Orang Seletar tu pula ada dimana Ain?”
“Orang Seletar atau "Sea Gypsies" merupakan kumpulan pengembara persisiran pantai dan laut yang tinggal dalam perahu, di pulau, persisiran pantai, dan kuala sungai. Kawasan utama petempatan mereka ialah di persisiran pantai Selatan Johor dan utara Singapura.”
Penerangan Ain habis disini sahaja. Dia malas mahu berfikir lagi. Otaknya jem tiba-tiba. Pening dan rasa seram sejuk. Seperti mahu demam.
Dia hanya fikir mahu berehat sahaja sehingga esok. Esok mereka akan ke Pulau Tioman pula. Pulau Idaman Ain. Pasti dia akan lebih seronok dan teruja. Didalam hati Ain berdoa supaya dia tidak ditimpa sakit. Sudah agak lama dia tidak demam. Jangan lah ia berlaku. Jika tidak dia pasti akan ketinggalan menikmati percutian ini.
Ain terlena setelah menelan dua biji panadol. Hizwan merasa dahi Ain denga belakang tapak tangan nya. Agak panas. Ain demam.Hizwan mulai merasa bimbang. Didalam hutan gigitan nyamuk boleh menjadi punca demam dan alahan jika antibody tidak kuat.
Hizwan membelek lengan Ain yang agak terdedah. Tidak ada kesan gigitan nyamuk. Dia merasa lega.. barangkali Ain hanya demam disebabkan factor cuaca. Didalam hutan yang masih tidak tercemar cuaca nya sangat sejuk dimalam hari. Mungkin Ain tidak tahan dengan sejuk.
Otak Hizwan mula berfikir. Bagaimana mahu melindungi buah hatinya itu? Kenakalan nya terserlah! 

Thursday 29 December 2011

Bab 17

Keletihan menyebabkan Ain tidak menikmati permandangan disepanjang lebuh raya Utara Selatan. Dia lebih gemar tidur apatah lagi bahu Hizwan menjadi tempat kepalanya landing. Baik punya! Lena sampai ke Skudai.
Tahu –tahu sudah terperangkap dalam jem itu pun kerana kepanasan yang menyengat. Berpeluh dia walaupun aircond sudah ditahap maksima.
“ Dah bangun? Best tidur? Dua jam tidur lena sungguh. Tak sedar kan diri. Memang biasa ke Ain tidur mati macam ni. Bom jatuh pun tak dengar.”
Ain tersengih. Malu. Sesal kerana itu lah habitnya sejak dari zaman kecil. Bila dapat bantal dunia bukan lagi dia yang punya. Tidur lebih seronok dari bergembira.
Ain memandang persekitaran Pekan Skudai yang sangat sibuk. Kenderaan bertali arus.
“ Kata nak terus sahaja ke Mersing. Kenapa boleh ke Johor Bharu pula ni.”
“ Tukar plan. Hakimi nak jumpa kawan dekat JB ni.”
“ Kau nak jumpa sapa pula Kimi?” Hizwan bertanya.
“ Jumpa Hezril. Dia ada kat JB katanya dengan bakal tunangnya.”
“ Aik! Macam mana kau tahu dia ada tunang. Aku tak tahu ni.”
“ Entah mamat tu. Kawan kau juga kan Wan. Tau-tau nak bertunang. Katanya jumpa tak lama pun seminggu aje terus nak bertunang. Cinta pandang pertama lah konon.” Hakimi ketawa. Lucu benar agaknya.
Hezril? Macam pernah dengar sahaja nama itu. Tetapi dimana Ain terlupa pula.
“ Itu lah namanya cinta. Aneh. Sekejap sahaja ia datang macam tsunami melanda.”
“ Geli telinga Ain dengar bila seorang doctor bercakap pasal cinta-cinta ni. Tak kena langsung.”
“ Saya pun manusia Ain. Saya ada hati juga macam Ain. Cuba kalau Ain yang berkata begitu. Seorang penebar roti canai mengucapkan cinta kepada orang lain yang ditemui. Aneh ke kalau begitu. Manusia juga kan.”
“ Ain…” Hakimi memanggil nama Ain dengan nada yang agak perlahan. Tersekat-sekat.
“ Kenapa?”
“ Maaf sebab tak tahu HIzwan dan Ain sudah lama bersama. Itu pun abang yang bagitahu malam tadi sebab saya nampak Hizwan masuk dalam bilik Ain dan tak keluar-keluar sampai ke pagi. Maaf sebab tersalah sangka.”
Ha! Jadi semua orang sudah tahu. Hakimi nampak perbuatan Hizwan. Mujur Hilman bertindak cepat memberitahu kebenaran. Untuk apa mahu menyorokan lagi perkara yang sudah terang dan jelas.
“ Lepas ni abang ingat. Kena lah booking  3 bilik. Satu untuk kita berdua. Satu lagi untuk Mia dan Kak Pah. Satu lagi untuk Ain dan Hizwan.” Hilman melambak kan tawanya. Disambut Kak Pah dan Hizwan. Wajah Ain merah menahan malu.
“ Eh! Jangan membazir. Ain tak nak. Ain tetap nak share bilik dengan Mia. Kan Mia?”
“ Mia dengan Kak Pah berdua pun okey. Tak ada hal. Sekarang tak boleh lah lagi panggil Kak Ain kakak. Kena panggil Aunty. Masa bila pula Uncle Wan kahwin dengan Aunty Ain?”
“ Masa tu Mia kecil lagi.” Hilman memberitahu.
“ Kimi tak perasan pun Ain yang ini adalah Ain yang dulu suka pakai kain batik dan ikat rambut macam ekor kuda tu. Ain dulu tu memang Kimi tak suka langsung sebab comot tak cantik. Masa tu selalu Hizwan kena sindir sebab suka sangat berkawan dengan Ain. Bila papa suruh Hizwan kahwin dengan Ain memang Kimi ketawa sampai sakit perut. Tapi Hizwan diam sahaja. Memang taste engkau agaknya Wan sebab tu kau nampak kecantikan asli si Ain ni.”
“ Kau nak tahu kenapa aku terima usul papa dulu?” Hizwan memandang Ain dan menyambung.
“Sebab aku jatuh cinta pandang pertama.”
Ain terpinga-pinga. Hizwan jatuh cinta pandang pertama. Pada dia? Apa yang lelaki itu pandang pada dirinya ketika itu? Comot,hodoh. Tak tahu melawa. Maklum lah dia hanya seorang gadis kampung yang tidak pernah pun terfikir akan duduk dibandar besar seperti Kuala Lumpur. Jika bukan keran Hilman barangkali Ain masih menelan kepahitan menghadapi kerenah Lazim bekas bapa tirinya itu. Emak  yang melorong kan dia kepada Hilman dan keluarganya. Emak juga lah yang menyebabkan dia berada disisi mereka semua kini.
Sepatutnya sewaktu di Port Dickson Ain menziarahi pusara emak tetapi Ain tidak lakukan begitu. Bukan kerana dia tidak mengingati emak tetapi dia sesungguhnya tidak mahu menghampiri sejarah silamnya lagi. Mungkin suatu hari nanti dia akan kembali ke kampung halamannya. Ada urusan yang harus dia selesaikan.
Mereka mendaftar masuk di Eden Garden. Sebuah hotel terkemuka di JB. Meghadap ke Selat Melaka. Hilman menyerah satu kunci kepada Hizwan.
“ Ain kena share dengan Wan. Tak payah share lagi dengan Mia dan Kak Pah.”..
‘Aaaaa….” Ain baru sahaja mahu membuka mulutnya. Hilman menunjukan jari telunjuk isyarat menyuruh dia diam.
“ Hizwan kepunyaan Ain. Berdosa berpisah tempat tidur ni.”
Alamak! Ain mula tidak selesa. Ah! Bantai sahaja lah. Bukan rugi pun. Dapat pahala lagi. Senang dan mudah bagi seorang wanita jika mahu mencium surga. Taat kepada agamanya,taat kepada suaminya. Jika redha sang suami maka jaminan lah baginya surga. Insya allah.
Mereka meloloskan diri kedalam bilik masing-masing. Janggalnya bila terpaksa berkongsi bilik dengan lelaki. Semasa duduk bersama Farah dulu pun dia tidak pernah berkongsi dengan Farah. Malah Farah pun tidak pernah mahu tidur dibilik dia.
Ain menyelak kain langsir. Terang benderang. Dari jauh dia boleh melihat betapa sibuknya selat Melaka dengan kapal yang lalu lalang. Selat Melaka dizaman kemasyurannya tentu lah lebih sibuk daripada apa yang Ain lihat sekarang. Dari atas juga mata Ain terarah ke tingkat 3 dimana dia boleh melihat sebuah kolam renang yang agak penuh dengan pengunjung bermandi manda. Teringin pula dia mahu mandi. Dia tiba-tiba teringat kan Mia. Seronok juga jika dapat mandi diwaktu panas begini.
“ Tengok apa?” Hizwan berdiri dibelakang Ain dan turut sama meninjau kebawah.
“ Oh! Nak berenang?” Hizwan dapat meneka apa yang ada didalam fikiran Ain.
“ Pukul lima lah turun. Hezril pun ada disini dengan keluarga dan bakal tunangnya. Nanti janji jumpa dekat pool. Boleh lah Ain dengan Mia mandi sekali. Sebelum tu berehat aje lah dulu. Abang Hilman dah telefon room services pesan lunch. Lunch dalam bilik sahaja. Abang Hilman ada kerja pula.”
“ Ye ke? Tak apa lah Ain nak mandi. Nak solat dulu.”
“ Jemaah Ain. Ain mandi dulu.” Arahan dari seorang suami. Ain hilang didalam bilik air.
Pertama kali dalam hidup Ain berimam kan seorang lelaki bernama suami. Bahagia didalam hati tidak terluah. Dia masih tidak terbiasa dengan kehadiran Hizwan semuanya serba canggung. Makan berdua dia rasa pelik dan tidak selesa. Duduk berdua menonton juga dia rasa malu. Sudahnya Ain masuk kebilik dan tidur. Sebagaimana biasa Ain akan lena dan hanyut didalam mimpinya sendiri. Mimpi disiang hari.
Ain terjaga. Telinga nya dapat menangkap suara Hizwan sedang bercakap-cakap. Dia menelinga. Seperti sedang bergaduh sahaja.
“ I tahu you dah lama buat semua tu sendiri. I akan balik tolong you nanti. Bukan I tak balik.”
“ Eh! You tak payah lah nak ugut-ugut i. kalau you nak tarik diri terpulang pada you. I akan bayar balik modal you tu.”
“ I tak tahu lah apa yang dah menyampuk you tiba-tiba nak marah I bercuti. Ugut-ugut I .boleh tak kalau you tak berperangai macam budak-budak. I rimas lah.”
‘” Suka hati you lah.”
“ Hey! Jaga mulut you sikit. Jangan nak main tuduh-tuduh kalau you tak tahu apa-apa.”
Hp terus dicampak kan ketas katil. Nasib baik atas katil jika kelantai mahu pecah terus Samsung galaxy yang comel itu.
“ Sorry buat Ain terjaga”. Hizwan duduk dibirai katil.
“ Tak ada lah. Kenapa awak marah-marah. Siapa telefon?” sekadar menyibuk bertanya.
“ Tak ada apa lah Ain. Pasal kerja aje sikit.”
“ Kalau percutian ni menganggu kerja awak. Elok lah awak balik sahaja. Tak bagus lah kan bergaduh dengan rakan kongsi sebab awak nak bercuti. Cuti ni lain kali boleh sambung.”
“ Kalau saya balik. Saya tak akan balik sendiri. Tak apa Ain. Klinik tu saya yang punya. Tak ada siapa boleh arah-arah saya sesuka hati.”
“ Tak elok untuk bisnes kalau bersikap begini kan?”
“ Biarlah nanti selesailah. Pergi mandi. Dah masuk waktu asar dah pun ni. Lepas tu boleh kita ke Kolam Renang. Minum petang sekali dekat sana.”
@@@@@@@@@@@@@@
Ain menjengah kebilik Mia dah Kak Pah. Mereka sudah bersiap dengan pakaian renang. Lucu melihat Kak Pah berpakaian renang muslimah. Betul-betul mahu berenang Kak Pah.
“ Okey tak Ain?” Kak Pah berpusing-pusing dihadapan Ain.
“ Okey sangat Kak Pah. Cantik. Muda 10 tahun ni.”
“ Ada-ada aje Ain. Ain seorang sahaja. Mana cik hubby?”
“ Ada dekat bilik abang Hilman dia lah. Jom kita pergi. Nanti mereka turun kemudian.”
“Ain tak tunggu Hizwan ke?”
“ Tak lah Kak. Dia suruh turun dahulu. Biar lah kak mereka tu ada perbincangan adik beradik agaknya.”
“ Selesa tak berdua dengan dia.?” Kak Pah mengorek rahsia. Senyum-senyum.
“ Tak payah tanya lah Kak. Tak selesa langsung. Nak mandi susah. Nak makan malu. Nak tengok tv pun segan. Serba salah Ain. Sudahnya tidur.”
“ Tidur sekali?” Kak Pah ketawa. Sengaja mahu melihat reaksi Ain.
“ Ish! Kak Pah ni. Mula lah otak merewang kemana. Malukan orang aje. Dah dah..tak mahu cakap lagi. Geli nak dengar.”
Kak Pah ketawa sambil menekan perut. Suka benar dia melihat wajah Ain yang bertukar menjadi pink. Nasib baik bukan bertukar menjadi hijau.
Mereka ke kolam renang seperti yang dijanjikan. Si cilik Mia tidak bertangguh terus sahaja terjun kedalam kolam khas untuk kanak-kanak. Ain duduk sahaja memerhati sambil menanti Hilman dan adik-adik turun kebawah.
Ain leka memerhati Kak Pah dan Mia yang sedang riang bermain air. Dia menoleh apabila mendengar suara Hizwan yang galak ketawa. Macam pernah dia melihat lelaki yang sedang beriringan dengan Hizwan dan Hakimi. Dan Ain bertambah terkejut apabila dibelakang mereka dia melihat Farah. Apa Farah buat disini?
Ain yang terkejut melihat Farah bingkas bangun dan mendapatkan sahabatnya itu. Farah juga seperti Ain. Dia tidak menyangka boleh bertemu Ain di Bandar ini.
“Farah,Hezril aku kenal kan Nur Ain Amani. My Lovely wife” Kata kata Hizwan menyebabkan Farah bertambah terkejut.
Biar benar. Bila pula sahabat serumahnya itu berkahwin? Farah memandang Ain dengan wajah yang berkerut seribu. Meminta pengertian. Ada banyak perkara yang dia mahu tahu.
“ Ain? Bukan kah ini Ain yang memandu Kelisa pink seragam dengan bajunya juga.Ain yang saya langgar dekat Batu Caves tu kan? Hezril segera sahaja mengingati wajah gadis yang pernah dilanggarnya.
“ Suprise ni Wan. Hari tu tak pula kau cakap kau dah kahwin. Alih-alih hari ni dah kahwin dengan Ain pula. apa cerita yang aku tak tahu ni? Beribu soalan ni kau kena jawab.”
“ Ain? Apa yang aku tak tahu ni? Apa cerita sebenar ni? Sejak bila pula kau kahwin?” Farah bertubi-tubi bertanya.
“ Empat tahun kita serumah tak pernah kau kata kau dah kahwin pun.”
Mati lah mahu menjawab banyak soalan. Rahsia sudah terbuka. Bagaimana dia mahu bercerita. Hizwan! Elok kalau awak yang bagitahu hal sebenar. Ain menjerit didalam hati. Matanya terarah kepada Hizwan seolah meminta simpati. Tolong perjelaskan dengan jelas dan terang.
Ain menarik tangan Farah agak jauh dari Hizwan dan Hezril. Sahabatnya itu berhak tahu sekarang apa yang selama ini dia diamkan.
“ Maaf kan aku Farah sebab tidk memberitahu kau akan kedudukan aku sebab masa tu aku tak pasti samaada aku akan bersama dia atau tidak. Aku tak yakin pun rumahtangga yang aku bina akan berkekalan.”
“ Jadi kau sudah menjadi isteri orang sejak empat tahun lepas tanpa pengetahuan aku. Ain..kenapa kau merahsiakan semuanya?”
“ Aku ada sebab mengapa aku rahsiakan semuanya. Aku tak akan bercerita mengapa dan kenapa. ada banyak benda yang harus aku selesaikan dahulu. Kan kau dah cakap dengan kau. suatu hari nanti aku akan cerita kan juga pada kau.”
“ Kenapa nak tunggu lagi Ain. Cerita lah sekarang. Aku nak sangat tahu kisah kau ni.’
Ain hanya tersenyum. Tidak! belum masanya untuk dia bercerita.
“ Yang kau ni. Tiba-tiba nak bertunang. Ini pilihan kau atau pilihan mak kau.”  Ain sengaja menukar topic perbualan. Buat masa sekarang dia tidak mahu bercerita apa-apa.
“ Pilihan mak aku.”
“ Hai! Dulu beriya-iya kau tak nak dengan pilihan mak kau. sekarang apa sudah jadi pula.”
“ Entah. Cinta pandang pertama lah agaknya Ain.” Farah malu-malu. Teringat dia bagaimana dia menangis sakan tidak mahu berkahwin dengan pilihan maknya dahulu.
Ain ketawa. Teringat dia bagaimana syahdunya Farah bila dipaksa berkahwin dengan pilihan mak nya. Itu dulu sebelum bertemu dengan bakal suami. Bila sudah bertemu boleh pula ada cinta pandang pertama.
“ Jangan lah gelak kan aku Ain. Malu lah nak ingat lagi peristiwa airmata tu. Betul kata kau tak kenal maka tak cinta. Bila dah kenal terus jatuh cinta. Macam mana pula Hezril boleh kenal kau?”
“ Dia langgar aku dulu. Aku tak cerita dengan kau sebab tak penting pun. Mana pula aku tahu dia ni ‘cinta pandang pertama’ kau.” Ain sengaja menekan kan ayat cinta pandang pertama. Sengaja mengusik Farah.
“ Baguslah kalau bakal suami aku memang bersahabat baik dengan suami kau. patut lah kau tak pandang lelaki lain ye Ain. Dia memang kacak bergaya. Patut lah kau mewah selama ini,menantu dato rupanya. Maafkan aku Ain sebab aku pernah beranggapan kau ditaja sebagai perempuan simpanan.”
“ Kau pernah fikir macam tu ke ?”
“ Yup! Yelah kau tebar roti hari-hari. Ada kereta,baju berjenama,ada rumah. Tak mustahul kalau aku terfikir begitukan?”
“ Betul lah tu Farah. Aku ditaja. Ditaja oleh abang ipar.”
“ Kau okey Ain. Bahagia setakat hari ini?”
“ Setakat hari ini….” Ain berhenti dan memandang Hizwan yang rancak berbual dengan Hezril dah Hakimi.
“ Bahagia sahaja Farah. Doa kan ia akan sentiasa bahagia.”
Ain memang harap begitu. Nurain Amani dan Hizwan patut mengecapi kebahagian itu saat ini tetapi adakah dia akan berbahagia esok atau lusa. Bunga-bunga musibah sudah dapat dihidu Ain. Pasti Liza tak akan berhenti sebagaimana di atidak pernah berhenti menanti Hizwan didalam hidupnya.
Liza si penyibuk cinta. Si perigi yang mencari timba sedangkan timba tidak sudi mencedok air diperiginya.
Liza yang dirasuk cinta sedangkan Hizwan dibuai rasa bersama Ain. Ain yang pasrah jika takdir jodohnya terduga dan diduga. Dia sedia apa sahaja namun entah dia tabah dan akan bersabar dengan dugaan yang akan mendatang.
Liza kenapa engkau menjadi seperti tikus yang suka merosak rumah orang!

Tuesday 27 December 2011

Bab 16

Puas menunggu Ain untuk makan malam. Namun Ain tidak muncul-muncul. Hizwan mula merasa bimbang. Mahu sahaja dia menjengah kebilik Ain tapi dia takut dimarahi.
“ You kenapa Wan. Macam kucing nak beranak saja I tengok.”
Pertanyaan Liza hanya dibalas dengan senyuman. Malas mahu melayan pasti Ain marah sangat dengan dia. Salah dia juga kenapa gatal-gatal mengajak Liza singgah sedangkan perempuan itu awal-awal lagi sudah memberitahu bahawa dia sudah menempah hotel untuk dia bermalam. Entah kenapa lah dia bodoh tiba-tiba.
“ Kau ni fikir guna apa Wan. Ain tu isteri tentulah dia cemburu. Yang kau gatal mulut mengajak buat apa. Dah lah abang tengok si Liza tu semacam sahaja. Sama spesis sahaja dengan Elis.” Kata-kata Hilman menyesak didada dan mindanya.
“ Ala ajak-ajak ayam aje bang. Mana tahu nak jadi macam ni.” Hizwan merasa sangat menyesal. Tetapi Ain bukan kenal pun dengan Liza. Liza pun bukan kenal dengan Ain. Sangat tidak relevan kalau Ain cemburu dengan Liza. Lagi pun Liza hanya teman seperniagaan sahaja. Bukan siapa-siapa.
“ Sampai hati you tak ajak I pergi bercuti kan Wan. I pun tahu juga penat uruskan klinik tu sendiri. You senang hati sahaja pergi holiday.”
“ Sorry Liza I bukan tak nak ajak you pun. You pun tahu I baru balik penat. Jadi sebelum I mula bekerja tak ingat dunia elok I bercuti bukan lama sebulan sahaja. Lagi pun ini percutian keluarga.”
“ Tapi I tengok ada juga yang bukan dari keluarga you kan.”
“ Siapa yang you maksudkan tu?”
“ Kak Pah kan orang gaji you. Tu perempuan satu lagi tu. Siapa? Bukan keluarga you kan?”
Dia isteri aku. Mahu sahaja Hizwan menjawab namun dia tidak mahu Liza berfikir yang bukan-bukan.
Atau berkecil hatinya dengannya. Hizwan sangat menyedari Liza bukan sahaja suka kan dia setakat sebagai kawan. Dari gerak gaya Liza dia tahu. Hati Liza bukan terikat sebagai kawan. Cuma Hizwan yang tidak mahu bersama Liza. Baginya Liza bukan lah wanita yang boleh dia buat isteri. Hizwan mahu kan isteri yang tidak berkerjaya sama sepertinya.
Kepala Hizwan bagai dihempap batu yang sangat besar. Dia tidak mahu kehadiran Liza merosak kan mood Ain yang sudah agak baik siang tadi. Susah sungguh rasanya mahu memujuk orang yang merajuk.
Hizwan membuka pintu bilik Ain perlahan-lahan. Kenapa dia harus mencuri-curi untuk memasuki bilik isteri sendiri. Dia sendiri blur! Tak pernah dibuat dek orang. Tetapi itulah yang dia buat. Kalau tertangkap mahu tujuh hari tujuh malam tebal kulit muka dan nak hadap mulut-mulut sepsis nganga tak ingat dunia. Bercakap macam bertih jagung digoreng.
Perlahan-lahan Hizwan menghampiri Ain yang sedang lena. Polos! Ayu! Cantik! Anggun ! Menawan! Semua itu ada pada Ain. Perlahan-lahan juga Hizwan mengemaskan rambut Ain yang menutupi sebahagian wajahnya. Lena sungguh. Macam sleeping beauty sahaja. Sungguh dia jatuh cinta dengan isteri sendiri.
“ Ain…” Hizwan memanggil perlahan.
Putera raja itu sungguh kacak. Datang kepada Ain dan mendukungnya lalu dibawa ke kamar peraduan yang luas berhias warna pink dan hitam. Cantik gabungan dua warna itu. Mengasyikan sahaja. Si putera mengusap rambutnya perlahan. Menyebak juntaian rambut yang jatuh didahinya. Satu kucupan singgah didahinya. Hangat giler. Ain tersenyum. Bahagia sungguh rasanya.
Namun kehangatan itu tidak lama..tiba sang putera melangkaui batas yang sepatutnya. Ain tidak rela. Kacak macam mana pun siputera dia tidak akan rela di nodai. My hubby! Mana Hizwan. Hizwan tolong aku! Ain menjerit ketakutan.
Dia merasa tubuhnya dipeluk erat. Terasa hangat dalam dingin aircond yang sejuk tahap ais kutub utara. Ain mencelikan mata. Alamak! Siapa yang aku peluk ni.
Ain terjun dari katil. Sudah lah bermimpi putera kacak yang hampeh. Malangnya kaki Ain tersangkut pada tiang katil. Aduh! Berdebuk dia jatuh macam nangka busuk. Sakit sungguh punggung dan pinggangnya. Sapa punye angkara memperdajal kan dia.
Hizwan yang tersedar segera memetik suiz lampu. Dia melihat Ain sudah berada dibawah katil denga muka berkerut.
“ Kenapa awak ni sedap-sedap datang sini tidur. Aduh!”
“ Nak kejut Ain ajak makan. Tengok Ain lena. Saya pun terlena. Sakit?”
Segera Hizwan memapah Ain ke katil.
“ Macam nak rogol orang aje masuk bilik senyap-senyap.” Sempat lagi Ain bersungut.
“ Apa Ain mengarut ni. Nak rogol isteri sendiri. Tak kan saya tergamak nak buat macam tu. Berdosa.”
“ Habis tu buat apa dalam bilik Ain. Tak pasal-pasal aje. Nasib baik Ain tak dapat pergi dapur ambik pisau. Kalau tidak mati sia-sia sahaja nanti."
“ Sampai macam tu. Patutnya Ain boleh agak kalau ada orang masuk bilik. Tentulah saya. Tak akan saya nak buat apa-apa pun kalau tuan punya badan tak izinkan.”
Amboi! Ada hati juga lelaki ni.
“ Sakit lagi”..
“ Sakit lah. Tapi dah kurang. Ni kenapa datang tidur sini.?”
“ Salah?” pertanyaan Hizwan tidak dijawab Ain. Memang lah tidak salah kalau Hizwan mahu tidur disini. Tidak ada siapa pun yang akan kata perbuatan dia salah.
“ Ain tak makan. Balik tadi terus tidur. Masuk bilik macam ada yang tak kena sahaja.”
Perempuan itu! Ya perempuan itu yang menyebabkan mood Ain macam orang tengah period. Angin satu badan. Kenapa perempuan itu datang kesini. Macam sumpahan sahaja keatas dirinya.
“ Siapa perempuan tadi tu. Bakal isteri awak ke?”
“ Oh! Cemburu ye?”
“ Eeee..tak ada makna nak cemburu-cemburu ni. Tanya pun tak boleh ke?”
“ Liza…kawan saya. Kenapa? esok dia balik lah. Saja nak lepak dekat sini. Jangan risau dia buka girlfriend saya pun.”
“ Ain cemburu?”
Ain angkat bahu. Dengan rambut yang kusut macam kak limah pipinya bertukar warna. Pink lagi. Malu. Sedar hatinya diulit cemburu. Walaupun dia tidak kisah kan sangat Hizwan. Namun saat ini dia akui. Dia sudah dilanda penyakit cemburu entah apa-apa.
“ Taka pa pun kalau cemburu. Itu tandanya sayang. Ain sayang saya ye?” Hizwan ketawa. Wajah Ain kelihatan comel bila pipi putih gebunya bertukar warna.
“ Ain. Tak apa kalau Ain rasa macam tu. Kalau ain tak suka ada kawan perempuan saya datang sini Ain boleh cakap terus terang sahaja. Tak payah tunjuk protes hempas pintu bilik lepas tu tak makan. Kesian pintu kena hempas. Kesian perut Ain lapar.”
“ Entah lah. Ain tak senang dengan dia.tak tahu kenapa”.
Ain masih tidak sanggup berterus terang dengan Hizwan. Bahawa perempuan itulah yang telah merobek hatinya hingga membawa diri jauh dari kehidupan yang baru mereka bina. Ain tidak akan lupa wajah itu. Wajah wanita elegan dan bergaya. Jauh bezanya dari dirinya yang tidak punya apa-apa. Pelajaran pun kurang. Penampilan ala kadar sahaja.
“ Ain nak makan tak?”
“ Awak dah makan?”
“ Belum. Ingat memang nak makan dengan Ain sekali.”
“ Ain tak lapar. Tapi kalau awak nak makan Ain siap kan.”
“ Tak apalah dah lewat sangat nak makan pun. Just nak pastikan Ain okey. Tak ada apa-apa.”
“ Awak susah hati sebab saya protes tu ke Hizwan? Saya minta maaf lah. Saya terlalu ikutkan rasa hati yang panas. Patut saya kena sejuk-sejuk kan sahaja diri.”
“ Mestilah susah hati puteriku merajuk. Dah lah saya tak pandai nak pujuk.”
Ain tersenyum. Rasa sejuk dihatinya melihat keprihatinan Hizwan.
“ Boleh tak kalau saya nak sambung tidur.” Ain meminta izin.
‘ Sambung lah. Saya temankan Ain dekat sini boleh?”
Alamak! Ni yang tak sedap nak dengar. Ain serba salah. Mahu mencipta alasan. Berdosa! Ain lebih takutkan dosa yang dah berkapuk dan mahu menambahnya lagi. Oh! Tidak.
“ Tidur lah tapi jangan jadi labah-labah.”
“ Labah-labah?”
“ Tangan jangan merayap. Jangan buat apa-apa. Ain tak nak.”
Hizwan ketawa. Protocol atau undang-undang. Mana ada undang-undang suami tidak boleh dekati isteri. Memang tidak ada. Tapi Ain menciptanya. Alasan! Tak mengapa. Dia tidak kisah. Bukan lari gunung dikejar.
Hizwan merebahkan diri disebelah Ain yang sudah membelakang kannya. Tidak mengapa pun begitu. Hizwan tidak kisah. Perlahan-lahan dia melelapkan mata. Belayar kealam mimpi yang indah.
@@@@@@@@@
Liza mencari- cari Hizwan diawal pagi ini namun lelaki itu tiada bersarapan bersama mereka. Perempuan asing yang dia nampak semalam juga tidak ada. Mereka keluar berduakah? Seawal pagi? Apa hubungan Hizwan dan perempuan itu?
Dia seperti pernah nampak sahaja perempuan yang dilihatnya semalam. Tetapi dimana? Dia sudah tidak ingat semuanya. Mahu meminta Hizwan menemaninya juga tergendala begitu sahaja. Dia akhirnya terpaksa pergi tanpa sempat bertemu Hizwan.
Ain terlewat bangun pagi ini. Sudah pukul sepuluh. Aduhai! Janji mahu meneruskan perjalanan ke Mersing pagi-pagi ini sudah tergendala. Tidak ada sesiapa pun yang memanggil dia . Entah kemana semua orang pergi.
Hizwan masih lena didalam gulungan selimutnya yang tebal. Tidak sampai hati mahu mengejutkan lelaki itu. Ain bergegas mandi. Dia mahu bersiap.
Sedang dia berkemas beg pakaiannya Hizwan tersedar dan melihat Ain sedang berkemas.
“ Nak kemana berkemas ni?”
“ Kan nak ke Mersing pagi ni. Dah lupa ke?”
“ Alamak! Liza…” Nama tersebut menyebabkan Ain tersentak. Dia hanya memandang Hizwan bergegas keluar dari biliknya.
Ain mengelengkan kepala. Kenapa wanita itu harus muncul sekarang. Disaat dia baru sahaja mahu menikmati hidupnya yang terkandas satu ketika dahulu. Ain benci perempuan itu. Benci yang teramat sangat. Tanpa sedar ain menangis. Celik mata nama perempuan itu yang disebutnya dahulu.
Ain mengemas barang-barangnya. Sudah siap berkemas dia mencari Kak pah dan Mia. Mereka sudah bersiap awal hanya menanti Ain dan Hizwan sahaja.
Kak Pah tersenyum memandang Ain. Sedia maklum. Namun Ain buat-buat tidak nampak akan senyuman memperlinya itu. Dari jauh dia melihat Hizwan sedang bercakap-cakap dengan Hilman. Entah apa yang mereka bualkan. Kelihatan serius sahaja.
“ Dah siap Ain? Nak sarapan dulu ke apa ke?”
“ Tak apalah Ain tak rasa lapar dah..” sedangkan perutnya berlagu-lagu minta diisi. Perempuan bernama Liza itu memang hebat mampu membuat dia hilang rasa mahu makan.
“ Betul tak nak makan. Hizwan pun tak makan lagi tu. Pergi makan sekali.”
“ Tak apa kak. Ain tunggu aje semuanya siap.” Layu sahaja bunyi suara Ain.
Hilman pasti Ain tentunya sangat sakit sekarang. Melihat wajahnya sahaja sudah cukup memberitahu kehadiran Liza sangat tidak di senangi Ain. Melihat mata Ain yang sembab jua Hilman tahu hati Ain tersentap dengan kehadiran Liza secara tiba-tiba walaupun seketika.
“ Ain. Ain okey ke? Nak share apa-apa?” Hilman bertanya.
Ain hanya mengeleng.
“Pasal Liza? Ain elok cakap denga Hizwan suapaya dia tahu dan boleh hindarkan diri dari Liza. Nanti Ain juga yang sakit. Nasihat abang elok bagitahu cepat-cepat apa yang Liza dah buat dahulu. Tak elok kalau abang yang bagitahu Hizwan.”
“ Taka pa lah bang. Ain tak nak pisahkan mereka. Biarlah ain redha.”
“ Jangan rumitkan lagi keadaan. Kalau redha sekali pun hati sakit tak akan Ain dapat pahalanya. Ain kena ingat setiap masalah pasti ada penyelesaian. Ni abang pasti sangat Hizwan tak tahu apa-apa kan pasal Liza. Abang ingat malam tadi bila Hizwan masuk bilik Ain, Ain dah bercerita dengan dia. Kenapa nak tangguhkan lagi? Cerita sahaja. Habis masalah.”
“ Abang nampak dia masuk bilik Ain ke?”
“ Dah abang yang suruh dia masuk pujuk Ain. Tentu lah abang tahu.”
Malunya Ain. Mesti Hilman fikir yang bukan-bukan.
“ Ain jangan jadikan Liza alasan untuk tidak bahagia, abang tengok Ain sudah boleh menerima Hizwan. Jadi mengapa mesti masuk kan Liza dalam hubungan korang berdua.”
“ Liza tu wujud bang. Bukan mimpi dalam hidup Hizwan mahu pun Ain. Apa pun memang Ain kena hadap dia juga sebab dia kawan baik Hizwan. Cuma hati Ain ni perit sangat nak terima dengan apa yang dia dah buat dahulu. Hancurkan hati Ain lumat-lumat.”
“ Ain dah bagi dia peluang empat tahun untuk mengambil Hizwan dari tangan Ain. Tapi Liza tetap tidak dapat Hizwan kan? Jadi apa masalahnya sekarang. Sudah sah Hizwan tak akan berpaling lagi kepada Liza jadi Ain kena ambil kesempatan ini.”
“ Dengar cakap abang . Ikat Hizwan dengan status Ain sebagai isteri. Kalau pun lelaki boleh kahwin empat tapi kalau Ain bagus kenapa dia mesti madukan Ain. Ain pula jangan madukan diri sendiri sebelum Ain dimadukan.”
“ Apa madu-madu ni.” Hizwan yang muncul tiba-tiba sahaja menyampuk.
“ Tak ada apa. Ain ni dia fikir kau nak madukan dia dengan Liza tu yang merajuk. Ni abang tolong kau pujuk.”
Ain memandang Hilman geram.
“ Madukan Ain? Kalau nak madukan Ain empat tahun sudah saya madukan dah. Apa masalahnya ni?”
“ Awak tu..bangun tidur aje ingat Liza. Saya ni awak tak kisah pun.”
“ Alahai! Itu pun jadi isu ke Ain? Sorry..dia kan tetamu. Mana tahu dia dah balik awal-awal. Elok juga dia dah balik. Aman sikit. Kalau tidak rimas.”
“ Bukan awak suka ke kalau dia ada. Dia kan yang selalu telefon awak lepas tu awak cakap jauh-jauh. Rahsia-rahsia.”
“ Nur Ain Amani. Liza tu taka da apa-apa dengan saya kalau nak di bandingkan dengan awak. Saya tak ada apa-apa rasa pun dengan dia. Tapi dengan awak semua rasa ada…coklat,strawberry, rasa dal pun ada.”
Ain tersenyum. Sedikit terpujuk dengan kata-kata Hizwan. Nasib baik perempuan itu sudah pergi. Kalau tidak ada juga yang tak keluar bilik. Tidak mahu melihat,apatah lagi melayan perempuan itu. Ain lega. Hatinya cukup lega dan lega. Rasa mahu menjerit suka sahaja. Namun dia sedar. Dia bukan sendirian. Ada lima pasang mata memerhati.

Monday 26 December 2011

BAB 15

Hp Hizwan menjerit –jerit minta diangkat. Nada dering perempuan mengilai menyebabkan semua mata tertumpu padanya. Dia memadang skrin hp nya seketika. Lantas tersenyum dan menjauh sedikit untuk menjawab panggilan itu.
Ain memerhati gelagat Hizwan bercakap di telefon.  Berbisik-bisik. Tersenyum lepas tu ketawa. Hatinya bagai diserbu tsunami. Sebu! Cemburu! Irihati dengan pemangil yang dia tidak kenali. Dari gaya Hizwan kebarangkalian perempuan yang dilawannya bercakap diseberang sana adalah seratus nisbah seratus.
Hizwan mendapatkan kembali kumpulan HIlman yang sedang sibuk mengambil gambar dan meninjau pemandangan dari dari A Famosa . Kota lama yang masih lagi wujud walaupun hanya sisa peninggalan sejarah sahaja. Kota yang sangat bernilai dimata pencinta sejarah dan juga rakyat Malaysia.
“Apa maksud A Famosa ni Kak Ain?”
Ain memandang Mia. Rasa ingin tahu didalam diri anak kecil itu memang diluar jangkaan. Suka benar bertanya itu dan ini.
“Maksudnya yang termasyur. Dalam bahasa Melayu. Dalam bahasa Portugis ia adalah A Famosa.”
“Termasyur tu bukan kah sama ertinya dengan terkenal Kak Ain.?”
“ Betul tu.  A famosa selalu disebut orang Ei Famosa sedangkan sebutan yang lebih tepat adalah A Famosa. Lebih kurang macam bunyi Ah.”
“A Famosa ni dibina oleh orang Portugis pada abad ke 15. Atau lebih tepat lagi pada 1511. Ia dibina bagi menangkis serangan orang-orang melayu yang tidak suka dengan penjajah. Kubu ini juga dikenali sebagai Kubu Melaka atau Fortaleza de Malaca”
“Kota A Famosa yang disiapkan mempunyai empat menara, atau ketelom (bastion), dengan tembok setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter. Menara-menara tersebut dikenali sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo Domingo, dan Baluerte de Santiago. Menjelang tahun 1583, Melaka telah menjadi bandar berkota yang dilindungi dengan tujuh puluh meriam ke semua arah.
A Famosa diperluaskan ke kawasan berhampiran dan meliputi penempatan Eropah. Kawasan itu termasuklah Jalan Kota, Jalan Gereja, Jalan Mahkamah & Jalan Istana. Penjajah Portugis turut menjadikan ini satu penempatan Kristian dengan 5 gereja, tempat beribadat, biara, hospital dan sebagainya. Bagaimanapun, kota ini gagal menghalang Belanda pada kurun ke-17. Dengan bantuan rakyat tempatan dan Melayu Johor, serangan telah dilancarkan sebelum Belanda berjaya merampas Melaka”
“ Kota ini sangat kukuh tahu. Disebabkan kekukuhan nya Belanda sukar mahu menawan kota ini. Pihak belanda terpaksa berusaha selama 5 bulan sebelum ia berjaya ditawan.”
“ Mia nak tahu tak..disebabkan masih ada penduduk didalam kota ini yang terperangkap mereka terpaksa makan tikus dan kucing atau apa sahaja. Pernah dikatakan seorang wanita terpaksa memakan mayat bayi nya sendiri yang telah mati sebab tak mahu mati kebuluran.”
“ Kak Ain…menipu lah. Mana ada orang sanggup makan mayat. Merepek”
“ Dalam keadaan darurat. Apa pun terpaksa di hadapi. Untuk hidup memang mereka terpaksa makan apa sahaja.”
“ Apa rasanya?”
“ Entah lah. Sedap lah agaknya.”
“ Tak ada ke cerita yang senonoh sikit aku boleh dengar. Ni cerita pasal makan mayat lah pula. patah selera aku nak makan cencaluk. Aduh!”
“Alah! Tak payah lah nak bayangkan apa-apa pasal itu Kimi. Makan tu makan sahajalah. Itu kan sekadar cerita sahaja kan.”
“ Bang nanti kita makan nasi panas-panas dengan cencaluk. Gerenti sedap gila!”
“ Habiskan dulu bahagian ni. Nanti kita berjalan aje kebawah sana tu. Eh mana Ain dengan Mia.”
Mereka mencari-cari Mia dan Ain didalam kota itu. Rupanya Ain dan Mia sibuk mencampak kan syiling satu sen kedalam sebuah perigi. Entah apa tujuan mereka melakukan begitu. Barangkali hanya mengikut perbuatan segelintir remaja yang berbuat begitu.
“ Ain…saya minta maaf okey. Ambik balik barang Ain ni.”
Hizwan menghulurkan beg plastic yang diberikan oleh Ain tadi. Ain buat bodoh. Didalam hati memang lah dia nak sangat dengan kotak itu. Cantik sangat. Kalau diikutkan bukan lah salah apa pun kalau Hizwan meminta sesuatu darinya. Memberi dan merasa bukan lah satu kesalahan. Adab manusia memang begitulah sepatutnya. Tetapi entah kenapa dia tiba-tiba sahaja mahu merajuk dan yang penting dia mahu dipujuk. Mengada-ngada aka gedik. Sengal sungguh dia.
Hizwan pula macam kayu. Memujuk tapi bagai diangin lalu. Setakat minta maaf hulurkan kembali beg plastic tersebut. Itu sahaja? Lepas tu tergesa-gesa jawab telefon. Duduk jauh-jauh. Memujuk ke macam tu? Itu bukan memujuk namanya. Kenapa dia macam kayu dan batu. Kaku sahaja. Tak ada ciri-ciri lelaki romantic. Adakah semua insan bergelar doctor ini memang begini.
“Tolong pegang boleh tak. Tangan sakitlah.” Hanya dengan jawapan itu Ain kembali mendapatkan kumpulan Hilman. Malas mahu melayan. Kalau dilayan harus batu kayu cangkul semua akan keluar perkataan itu dari mulut Ain. Isteri sendiri pun tak tahu nak pujuk. Tak makan sayur macam tu lah. Tak cukup vitamin untuk otak. Fakta tak relevan mula keluar dari kepala Ain. Mengarut-ngarut.
“ Ain ni merajuk ke?”
Aduh boleh dia tanya. Habis aku ni tengah buat apa?
“ Eh! Tak lah. Apa kelas nak merajuk ni. Ain tengah panas ni.”
“Merajuk kan? Tak ada niat nak cakap macam tu. Sweat aje tengok Ain merajuk. Tengok pipi pun dah jadi pink. Sama kaler dengan baju Ain.”
Alah! Lawak bodoh. Tak nak gelak. Tak lucu langsung.
“ Ain saya tak pandai nak pujuk kalau Ain merajuk. Sangat tak pandai tapi saya akan belajar. Boleh ke bagitahu apa situasi Ain sekarang. Merajuk kea tau biasa-biasa sahaja.”
Boleh? Boleh dia tanya macam tu? Ain memandang Hizwan tepat-tepat.
“ Saya sedang merajuk dan awak langsung tak pandai nak pujuk. Puas hati.”
“ OKey-okey. Saya minta maaf ye Ain. Saya pegangkan ini untuk Ain. Saya tak minta apa pun. Maaf sahaja yang saya mahu sekarang. Maaf ye.”
“ Eeee! Berapa banyak maaf ni? Dah lah. Tak ada apa dah. Ain tak jadi merajuk dah. Ain dah okey.”
Ain ketawa. Banyak sangat perkataan maaf keluar dari mulut Hizwan. Kasihan pula dia. Lagipun tak baik dia bergaduh dengan suami sendiri. Sedar pun diri sudah bersuami.
“ Kak Ain sekejap lagi kita pergi Villa Sentosa.”
“ Eh! Bangunan bersejarah yang lain kan banyak lagi disini. Tak mahu kedataran Pahlawan ke? Bangun Stadthuys ke? Tak mahu?”
“ Entah papa kata lepas ni nak pergi Villa Sentosa. Lepas tu Taman Mini Malaysia. Nanti petang sikit naik
Kapal menyusuri sungai Melaka. Lepas tu boleh pergi makan ikan bakar. Papa kata esok kita akan ke Johor. Papa nak terus sahaja ke Pulau Tioman.”
Ain memandang Hilman. Meminta pengertian.
“ Kalau nak ikutkan Ain semua tempat pun bagus untuk kita lawati. Sekarang ni kita nak melancong dengan masa yang terhad ni mustahil boleh habiskan semuanya. Jadi kita kena pilih lah kemana kita rasa menarik sangat. Setida-tidaknya setiap negeri ada tanda yang kita tinggalkan.”
Hilman merasakan masa yang sangat terhad. Bekerja sambil bercuti benar-benar menguji. Tidak puas bercuti satu hal. Asyik terganggu dengan panggilan telefon dari office pun sudah menganggu cuti nya. Belum lagi panggilan dari perempuan gedik tak ingat dunia itu. Penat otaknya. Dia mahu enjoy tapi hampa sahaja dimana-mana. Tidak dapat rilek langsung.
“ Okey jugalah macam tu. Ain fikir masa di Pahang dan Terangganu kita singkatkan. Kita lebihkan kesebelah Utara. Dekat Langkawi kita lama sikit ye bang.”
“ Wah! Kenapa dekat Langkawi mesti berlama-lama? Ada surprise ke?” Hilman mengusik Ain. Suka benar dia melihat pipi pink adik iparnya itu bila diusik.
“ Tak adalah. Ain tak pernah pergi Langkawi lagi. Teruja lah. Tentu seronok.”
“Oh! Memang seronok dekat sana. Hizwan mana?” Pertanyaan Hizwan hanya dijawab Ain dengan muncungnya yang panjang menunjuk kesatu arah.
“ Dari tadi asyik dengan hp. Awek dia kol agaknya.”
“ Aik! Cemburu ke?”
“ Salah ke seorang isteri cemburu pada suaminya. Cemburu itu kan tandanya sayang.”
“ Ain sayang Hizwan ke? Abang tengok tak macam orang sedang bersayang-sayang. Seorang didepan seorang jauh dibelakang.”
Ain angkat bahu. Dia sendiri tidak tahu. Namun apa yang dia tahu sekarang dia mungkin cemburu. Cemburu dengan entah siapa yang sedang bergayut bersama Hizwan.
Mereka menuju ke Kg Morten. Satu-satunya kampung melayu yang terletak ditengah Bandar Melaka. Mereka singgah di Villa Sentosa. Sebuah rumah yang dimiliki oleh Tuah Hj. Hashin bin Dato Demang Hj. Abdul Ghani. Rumah ini adalah sebuah muzium yang dijadikan muzium persendirian.Villa Sentosa mempunyai sejarahnya yang tersendiri yang membawa pelawat kembali ke tahun "Akta Pembaharuan Tanah British 1920". Para pelawat boleh melihat koleksi pakaian, tenunan Melayu, perabot, senapang, dan pelbagai lagi tinggalan sejarah yang unik. Pelawat juga boleh menanyakan pemiliknya tentang maklumat tambahan.
Ain asyik melihat hasil tenunan melayu zaman silam. Unik dan sangat menarik pada pandangan matanya. Muzium milik persendirian itu diwarisi sembilan generasi menghimpunkan pelbagai artifak termasuk gong berusia 200 tahun, almari antik berusia 100 tahun, tembikar dan arca lama, senaskhah al-Quran berusia 80 tahun serta kamus Inggeris-Arab terbitan 1926.

Villa ini juga menyajikan pengunjung dengan himpunan piring hitam era 50-an selain pameran senjata tradisional seperti tekpi yang berusia 100 tahun, pinggan mangkuk berusia 100 tahun dari China, England, Itali dan Perancis.
Dari Villa Sentosa Hilman membawa kumpulan nya menyusuri Sungai Melaka dengan pakej Malacca River Cruise. Satu pengalaman baru yang membuatkan Ain sangat teruja.
Tidak perlu menyemak lembaran manuskrip lama, sejarah panjangnya dapat dihayati jika menyusuri Sungai Melaka. Mereka boleh mendengar sejarah sepanjang sungai ini dari pemandu pelancong yang sangat petah. Buat seketika Ain tidak perlu lagi menjadi pemandu pelancong Hilman dan keluarganya.
“Kampung dinamakan sempena nama Pesuruhjaya Inggeris, Frederick Joseph Morten umpamanya menawarkan pemandangan rumah kampung dengan reka bentuk tradisional Melayu lama. Asalnya, kampung itu dibuka Allahyarham Othman Mohd Noh pada 1920-an.Keluasan tangga dan jenis jubin hiasan menjadi lambang kepada status pemilik rumah. “
 "Hanya penduduk yang kaya boleh membeli jubin import dari Itali." Begitu lah kata Bernard si pemandu pelancong.
Penghuninya gemar bersantai dengan membuka tingkap untuk menghirup udara dari luar.
Memang itu yang mereka lihat disepanjang sungai itu. Penghuni rumah gemar membiarkan tingkap rumah mereka terbuka luas. Dari luar mereka berpeluang melihat dekorasi rumah-rumah itu. Sangat menarik
Menghampiri tengah bandar, pengunjung dapat keindahan Hotel Majestic, hotel butik milik YTL yang pernah menjadi kediaman kepada ahli perniagaan berasal dari Guangzhao yagn dibina pada 1929.Bangunan hotel yang asal dengan 24 bilik ini pernah menghimpunkan golongan ternama di Melaka.
Bekas pawagam lama Cathay, kata Bernard, menyimpan zaman kegemilangan wayang hitam putih studio Jalan Ampas. "Kelas pertama dikenakan bayaran RM1.77, kedua RM1.40 dan ketiga hanya 65 sen. Berhampirannya ialah Dewan Hang Tuah yang pernah menjadi Dewan Undangan Negeri Melaka," katanya.
Legasi British di Melaka pada 1800 dapat disaksikan pada binaan tangga lingkaran di belakang rumah kedai, manakala sesetengahnya masih memiliki cerobong asap.
Selang seminit kemudian, bot menyusuri rumah kedai berhampiran Jambatan Pasar yang pernah diabadikan dalam filem Hollywood lakonan Catherine Zeta-Jones dan Sean Connery pada 1999 menerusi filem Entrapment.
Tarikan utama pakej ini ialah Kota A'Famosa. Ia dibina Portugis selepas menakluk Melaka 1511.
Sekali lagi mereka berpeluang mendengar kisah sejarah A Fomasa didalam pakej yang diambil Hilman.
Kota sepanjang satu kilometer ini memiliki lapan rumah kubu atau bastion, selain empat pintu gerbang untuk keluar masuk penduduk.Namun, ia mula diruntuhkan pada 1807 selepas British mengambil alih pentadbiran Melaka dan prosesnya dikatakan mengambil masa tiga bulan dengan menggunakan bom. Apa yang tinggal hari ini adalah salah satu pintu utama, dengan runtuhan Gereja St Paul dibina pada 1521 oleh kapten Portugis, Duarte Coelho di puncak bukit.
Sambil mendengar fakta sejarah ratusan tahun Melaka, mata mereka menangkap pemandangan sekumpulan burung merpati sering berlegar di satu dinding belakang rumah kedai. Burung itu mematuk batu merah untuk mendapatkan mineral dan kalsium. Sangat cantik. Ain teruja. Hakimi sibuk mengambil gambar. Tetapi Hizwan lain pula kerjanya. Asyik melihat Ain yang teruja. Mencuri pandang begitu seolah-olah sudah menjadi makanan baginya. Jika tidak buat begitu dia tidak akan ada peluang memandang Ain langsung. Ain yang kedekut.
Mereka melalui banguanan Stadthuys. Menurut Benard Stadthuys, yang dibina Belanda, menjadi tarikan utama di kawasan yang kini dikenali sebagai Red Square atau Dataran Merah. Dibina pada 1650, ia adalah bangunan tertua milik Kompeni India Timur Belanda atau VOC dan terletak berdekatan dengan gereja protestan tertua negara, Christ Church yang didirikan pada 1753.
Bastion Middleburgh, kubu di tepi sungai Melaka antara Bangunan Stadhuys atau lebih sinonim disebut Rumah Merah dan Quayside atau replika Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka yang ditemui pada 2006 kini dibina semula menggunakan batu laterit diimport khas dari Thailand untuk tujuan pelancongan. Kubu menjadi sebahagian dari Kota A''Famosa, dihiasi lapan laras meriam yang beratnya dianggarkan 1,500 kilogram.
Sebelum bot berlabuh di Quayside Heritage Centre, Bernard, anak jati Melaka, mengejutkan kami dengan mengucapkan selamat tinggal dalam lebih 80 bahasa asing.
Ini seakan mengajak kami merentas masa kerana menurut pemandu pelancong berdarah kacukan itu: "Melaka pada zaman kegemilangannya menyaksikan lebih 80 bahasa dipertuturkan di muara sungai ini."
Wah! Ain sangat seronok. Mia juga sibuk memuji lelaki itu. Bukan calang-calang orang boleh bertutur dalam 80 bahasa asing. Dan yang lebih tidak terjangkau akal ia berlaku berabad lamanya dahulu.
“ Ala kalau rajin belajar aku pun boleh berbahasa 80 bahasa tu. Apa nak heran. Cuma aku sahaja yang pemalas.” Hakimi mencebik. Cemburu!
Didalam pakej ini juga bot akan melayari jambatan utama di Melaka termasuk Jambatan Tan Boon Seng, Ghostbridge of Malacca, Jambatan Pasar dan Jambatan Hang Tuah. Selain itu, bot akan melalui pokok Melaka, yang menjadi permulaan kepada empayar Melaka.
Ada dua jenis pakej utama - rakaman komentar atau terus dari pemandu pelancong. Pakej boleh dimulakan dari Taman Rempah, Pangkalan Rama dan Pusat Warisan Quayside yang mengambil masa kurang sejam.
Bot gentian kaca digunakan dinamakan sempena tokoh utama dalam sejarah Kesultanan Melayu Melaka seperti Hang Tuah, Hang Jebat, Munshi Abdullah dan Tun Perak.
 Mereka sangat berpuas hati. Dalam gembira tanpa sedar Ain memaut lengan Hizwan. Entah mengapa suka benar Ain mahu merealisasikan rasa gembiranya dengan sedikit sentuhan. Hizwan yang dia mahu untuk dia menzahirkan rasa gembira itu. Terasa dia sedang berbulan madu sahaja.
Namun rasa gembira Ain tidak lama. Sebaik sahaja dia sampai dirumah. Ada sesuatu sudah menanti. Ain terkesima. Hizwan buat muka masin. Baru hati mahu berbunga. Hizwan sudah siram dengan air panas. Hati Ain panas sepanas panasnya. Geram. Berdentum pintu ditutup. Sampai ke malam Ain tidak keluar lagi. Rasa nak tercabut nyawa melihat wajah itu sekali lagi. Kenapa dia datang? Adakah dia datang dengan misinya yang tak pernah menjadi.
Ain tiba-tiba menjadi resah. Hatinya sebu. Jiwanya terasa parah. Buat pertama kali dia rasa mahu mati!