Monday 26 December 2011

BAB 14

Kali ini Hilman sengaja memilih seunit lot banglo yang siap dengan pelbagai kemudahan. Disewa dari seorang rakan niaganya. Dia punya agenda nya yang tersendiri.
Ain memilih untuk tidur dibilik bawah sahaja. Malas mahu menaiki tangga ke tingkat atas. Rumah ini kelihatan agak menyeramkan kerana reka bentuknya yang agak lama. Catnya sudah malap. Perabotnya juga sudah agak lama. Setiap bilik mempunyai bilik air sendiri. Jadi Ain tidak perlu keluar dari biliknya jika mahu kebilik air. Cuma bahagian dapurnya agak tersorok kebelakang. Agak suram dilitupi pokok-pokok yang merimbun. Akar yang berjuntaian juga kelihatan sangat menakutkan.
“ Kenapa pilih bilik bawah ni. Kan bilik di atas ada banyak.”
Pertanyaan Hizwan dibiarkan sepi.
“ Ain tak takut ke?”
Ain hanya mengelengkan kepala.
“Nak takut apa. Ain dah biasa sendiri. Tak berteman pun. Hidup juga Ain.”
“ Okey lah macam tu. Saya naik dulu lah. Nak mandi. Nanti kita pergi makan.” Alahai! Ain tak tanya pun. Ramah sangat pula Hizwan ni. Ramah ada makna agaknya. Ah! Apa Ain nak kisah. Hak dia lah nak buat apa pun. Malas mahu memikir.
Ain masuk kedalam bilik. Wah! Besarnya katil. Katil ala inggeris. Hiasan nya juga begitu. Bestnya kalau dapat melelapkan mata saat ini. Ain merebahkan badan keatas tilam yang empuk. Memeluk bantal peluk yang siap untuk di peluk itu. Tanpa dia sedari dia tertidur.
Ain hanya terjaga apabila dia merasakan sesuatu meniup telinganya. Itu pun didalam sedar dia kembali menutup mata. Matanya masih mengantuk lagi. Baru sahaja mahu terlena kembali ada benda pula merayap di lehernya. Ain cepat-cepat menepis tetapi tangan nya pula dipegang.
Ain bingkas bangun. Di hampir menjerit namun ada tangan yang menutup mulutnya. Biliknya yang gelap terang benderang.
“Apa awak buat dalam bilik ni.” Ain separuh menjerit. Terkejut.
“Ye lah Ain tak keluar makan pun tadi. Saya risau lah. Puas dah menunggu tak muncul-muncul. Saya masuk aje lah. Tidur mati.”
“Saya penat lah. Tapi tak payah lah masuk bilik semata-mata nak kejutkan saya. Hp kan ada”.
“Cuba tengok berapa banyak miss kol ada.” Hizwan menghulurkan Hp Ain.
“Errr…banyaknya!”
“Kan dah kata Ain tidur mati. Apa pun tak dengar. Ini pun puas saya buat macam-macam.”
‘Ha!...buat macam-macam? Eh! Awak…elok-elok sikit…..”
“Alah! Tak payah nak kisah-kisah. Bukan dosa pun…”
Ain terdiam apabila perkataan bukan dosa itu disebut Hizwan. Memang bukan dosa pun jika dia mahu buat macam-macam. Cuma dia yang menidakkannya.
“Bagun pergi mandi. Ada sikit makanan Kak Pah dah tinggalkan. Saya teman kan awak makan.”
“ Pukul berapa ni ye?”
“ Dua pagi.”
“Ha! Dua pagi. Awak gila masuk bilik saya pukul dua pagi. Kalau orang lain nampak macam mana?”
“Macam mana apa?...bukan salah pun.”
“ Memang lah tak salah tapi semua orang dalam rumah ni tahu ke?”
Hizwan diam. Memang bukan semua orang dalam rumah ini tahu. Hanya Hilman sahaja. Payah juga nak menjawab kalau orang lain ternampak dia dalam bilik Ain.
“ Abang Hilman Ain kan ada. Dia boleh tolong jawab.” Hizwan membuat kesimpulan sendiri.
“Senangnya cakap. Pergi keluar. Tunggu kat dapur. Kejap Ain nak mandi.” Dia segera berlalu kebilik air. Mandi jam dua pagi. Tak pernah dibuat orang.
Ain kedapur sebaik sahaja siap berpakaian. Aroma tom yam dankailan ikan masin menyebabkan dia merasa lapar sangat. Diatas meja juga sudah tersedia secawan kopi o panas. Air tangan seorang suami.Suami?..adakah dia seorang ‘isteri’?
“Macam tak bagi tidur sahaja siap ada kopi o segala ni.”
“ Makan dan minum sahaja lah Ain. Kalau tak boleh tidur kita boleh tengak dvd.”
“Ada dvd ke. Tak nampak pun tadi. Ada dvd best ke?”
“Ada..Al Hijab. Nak tengok?”
“ Cerita hantu? Tak ada cerita yang lebih senonoh ke? Hantu sahaja.”
“Biasa lah Ain sekarang ni kan cerita hantu menguasai industry perfileman di Malaysia. Jarang sekali ada cerita tentang sejarah. Sebab itu lah kebanyakan orang sekarang lupa akan sejarah tanahair sendiri. Tak macam Ain rajin google pasal sejarah-sejarah ni. Ain sendiri pun ada sejarah sendiri. Ye tak?”
“Boleh tak jangan nak cari pasal dengan Ain. Ungkit-ungkit sejarah bagailah. Sakit hati dengar.”
“Okey. Maaf”
“Awak tak makan sekali ke?”
“Dah sudah tadi. Tak apa saya teman Ain makan sahaja.”
Ain makan dengan berselera. Memang dia gemar sangat dengan tom yam dan kalian ikan masin. Usai makan ain membasuh sedikit pinggan yang ada didalam singki. Sesekali matanya mengerling keluar tingkap. Gelap pekat sahaja kelihatan. Sedang dia asyik membasuh pinggan mangkuk tiba-tiba dia merasa seseorang berdiri di belakangnya. Ain dapat rasakan. Cepat-cepat dia menoleh. Dia terkejut.
“Awak ni. Nak suruh saya mati cepat ke Hizwan. Kenapa awak berdiri belakang saya senyap-senyap macam ni.” Ain mencubit lengan Hizwan. Mujur Hizwan. Bukan hantu.
“Takut ea…” Hizwan mengosok lengannya yang perit dek cubitan berbisa Ain.
“ Padan muka buat lagi.” Ain meninggal kan Hizwan. Dia segera berlalu keruang tamu. Sambil membawa secawan kopi yang masih panas. Hizwan juga membawa cawan kopinya sendiri. Dia duduk di sebelah Ain.
Ain serba salah. Tak kan dia mahu beralih ke kerusi lain pula. nak tak nak dia terpaku sahaja disebelah Hizwan.
Matanya focus kehadapan menghadap tv tetapi otaknya berjalan ke lain. dalam hati Ain asyik menyuruh Hizwan segera pergi. Tak kiralah kemana pun. Dia tidak selesa langsung.
“Ain..” Ain menoleh sabaik sahaja dia mendengar namanya di panggil.
“Sampai bila kita nak macam ni. Saya ada tanggungjawab untuk digalas. Ain juga kiranya sudah tahu dan jelas akan tanggungjawab Ain.”
Kata-kata yang terkeluar dari mulut Hizwan memang tidak Ain jangka kan.
“ Apa awak nak sekarang ni Hizwan?”
“Nak isteri saya. Isteri yang sepatutnya ada dengan saya empat tahun sudah. Kalau dulu Ain bersama saya agaknya kita sudah ada 4 orang anak.”
“Ha…? Anak?”
“ Ye lah. Saya tengok Ain sayang betul dengan Mia. Kalau dengan anak sendiri pasti Ain lebih lagi.”
“Eeee…apa merepek-merepek ni. Tengok jam tu dah dekat pukul 3 pagi. Apa kata awak pergi tidur dulu. Awak mengantuk ni.” Ain menukar tajuk. Malu dengan apa yang di katakan Hizwan. Apabila sudah menyebut tentang anak,keluarga Ain boleh bayangkan apa yang dituntut Hizwan. Ain tidak mahu ia berlaku sebelum dia pasti akan hati lelaki yang bergelar suaminya itu.
“Halau?”
“Tak adalah. Ain nak masuk bilik ni. Nak tidur. Ain pergi dulu lah ye. Cawan-cawan tu esok sahaja Ain kemaskan.” Ain segera bangun. Namun dia terhenti. Tangan nya kejap dipegang Hizwan.
“Mana adab seorang isteri terhadap suaminya.”
Aduh! Apa pula dia nak lagi. Adab pula dah. Menyedari adab itu harus dia patuhi. Ain lantas mengambil tangan kanan Hizwan disalami lalu dia tunduk mencium tangan itu.
“Eeee..tak basuh tangan. Bau kopi.” Dengan kata-kata itu Ain berlari masuk kebilik. Segan dan puas hati dapat mengenakan Hizwan.
Hizwan terkesima. Sudahnya dia ketawa. Sempat tangan nya dicium. Memang ada bau kopi.
“ Nasib baik bau kopi. Kopi pun kopi lah janji dia mahu mematuhi adab seorang isteri.” Hizwan bercakap sendiri. Dia puashati. Walaupun Ain mengenakan dia.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Masuk ini sudah hampir enam kali Ain menguap. Megantuk benar rasanya. Malam tadi selepas makan dan minum secawan kopi dia tidak Berjaya melelap kan mata walau sekejap. Power betul kopi buatan Hizwan. Terkebil-kebil dia hingga kesubuh walaupun lampu sudah dipadamkan.
“Malam tadi tidur awal pun mengantuk ke Ain?”
Hakimi yang perasan keadaan Ain sengaja menegur.
“Tidur awal tapi tengah malam bangun. Macam burunghantu. Lepas tu pekena kopi. Mana boleh tidur.” Hilman pula menyampuk.
“Ain ke yang minum kopi malam tadi. Patutlah ada cawan atas meja depan tv.” Kak Pah pula bersuara.
“Siapa teman kan Ain malam tadi ye. Ada dua cawan?” Kak Pah kembali bertanya.
“Ha…aa.” Ain garu kepala. tidak tahu mahu menjawab apa.
“ Saya teman kan Ain. Kesian dia seorang sahaja tengok tv.” Hizwan mengaku.
“Owh! Hizwan teman kan Ain malam tadi. Patutlah Ain tak boleh tidur. Hizwan kacau Ain ke mengantuk sampai macam ni sekali.” Hilman sudah ketawa. Otak nya mula merayap nakal.
“Otak tu jangan nak jadi kuning ye bang.” Hizwan sedar Hilman sedang mmengusik Ain.
“ Aik! Tak kata apa pun kan. Awak tu yang fikir bukan-bukan.” Hilman membela diri.
“Tak salah pun…” Kata-kata Kak Pah menyebabkan Ain menoleh. Kak Pah hanya tersenyum memandang Ain.
Kak Pah tahukah? Ain mula bertanya didalam hati. Bagi Kak Pah pula tidak akan dia lupa akan gadis yang gambarnya sentiasa ada ditepi katil Hizwan. Mula-mula dia merasa agak pelik. Mengapa gambar Ain ada dalam simpanan Hizwan sehinggalah satu hari sewaktu dia berkemas. Dia terjumpa salinan sijil nikah mereka berdua.
Dia memang tidak mahu bertanya. namun dia faham apabila Hizwan pulang Ain turut berada di rumah pusaka Hilman dan adik beradiknya. Dia sudah sedia maklum apabila Hilman menceritakan kepadanya.
“ Kita kemana ye hari ni?”Ain menukar tajuk perbualan mereka.
“ A Famosa Kak Ain. Kat sana papa kata ada banyak tempat menarik. Nanti papa nak bawa kita naik bot dekat sungai Melaka. Mesti seronok sangat.”
“ Mestilah seronok meneroka satu pengalaman baru. Untung Mia kecil-kecil sudah merasa semuanya. Kak Ain dah tua ni baru nak merasa.”
“Mana ada Kak Ain tua. Kak Ain muda lagi lah.” Mia mencuit hidung Ain.
“Dan Kak Ain comel dengan Baju pink dia kan Mia.”
Nak menyakat Ain lagi lah tu. Ada sahaja modal Hizwan mahu menarik perhatian Ain.
“ Apa yang seronoknya pasal Melaka.?”
“ Hang Tuah lima bersaudara, Kota A Famosa dan ikan bakar.” Mia ketawa menjawab pertanyaan Hilman.
Ain tersenyum. Hang Tuah Lima bersaudara. Teringat dia pada petikan yang pernah dibacanya.
Hang Tuah ialah seorang pahlawan legenda berbangsa Melayu pada masa pemerintahan Kesultanan Melaka di abad ke-15 (Kesultanan Melayu Melaka) bermula pada 1400-1511 A.D. )[1] Menurut rekod sejarah, beliau lahir di Kampung Sungai Duyong, Melaka kira-kira dalam tahun 1444 A.D. Bapanya bernama Hang Mahmud manakala ibunya pula ialah Dang Merdu Wati. Bapanya juga pernah menjadi hulubalang istana yang handal suatu ketika dulu, begitulah juga ibunya yang merupakan keturunan dayang di istana. Hang Tuah ialah Laksamana yang terkenal dengan kesetiaannya kepada Raja dan merupakan petarung silat yang amat handal dan tiada tolok bandingnya.
“Cuba Mia teka siapa nama kawan-kawan Hang tuah?” Hizwan sengaja menguji minda anak saudaranya itu.
“ Ala budak tadika pun tahu. Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu..lagi seorang siapa ye..yang namanya macam limau buat sambal belacan Kak Pah tu. Apa ye Mia lupa lah..”
“ Ish..kata budak tadika pun pandai. Ini dah nak masuk darjah empat pun tak pandai. Hang apa kak Ain?”
Pinggang Ain dicucuk. Spontan dia terlatah.
“ oh! Hang tu.. hang tu.eh!... Alamak.!”
Semua orang ketawa. Ain melatah?. Lagi satu sikap yang selama ini orang tidak nampak. Pelatah dia rupanya.
“Hang Kasturi..” Kak Pah memberitahu mia.
“ Ha…Hang Kasturi. Macam limau yang Kak Pah selalu guna tu kan”
“ Ia tapi itu nama orang. Orang zaman dahulu. Pelik-pelik namanya. Tapi orang zaman sekarang lagi pelik namanya juga. Ada yang letak nama anaknya facebook. Sempena kegilaan ayahnya nya pada facebook. Cinta muka buku.”
“ Wah Kak Pah pun tahu facebook ke? Tau jugak lagu cinta muka buku. Terernya. Kak Pah mesti tak buat kerja rumah ni kan. Entah-entah asyik layan facebook dengan menyanyi dekat dapur.” Ain sengaja mengusik.
“ Tak adalah Ain. Lain lah macam orang tu nak dating pun diseru guna YM.”
Glup! Terkena dia. Aduh! Ain menjeling Hizwan yang tersengih.
“ Busuk macam kerang…” Ain menghampiri Hizwan dan berbisik.
“Ain nak makan kerang bakar? Okey nanti kita pergi Umbai ye bang Hilman. Adik abang ni nak makan kerang bakar.” Segaja Hizwan memutar belitkan fakta. Ain juga yang terkena. Hampagas punga Hizwan. Ain bersungut didalam hati.
Gelak ketawa kumpulan Hilman menyebab kan Ain tarik muka empat belas. Merajuk lah konon. Sengaja dia berjalan jauh dari kumpula adik-beradik tersebut. Di kaki bukit A Famosa Ain tertarik untuk singgah digerai yang menjual cenderahati.
Dia membelek sebuah kotak muzik yang bersalut kain songket diluarnya. Songket pink yang disulam sangat cantik. Ain membelek-belek kotak tersebut mencari tanda harga. Aduh! Mahalnya. Seratus lebih tetapi berbaloi sebab ia cantik. Ain berkira-kira mahu membelinya.
“ Nak beli ke? Ambil lah saya bayar.”
“Err.memang lah nak beli. Betul ke ni?”..
“ Betul. Ambil lah.”
Ain kembali tersenyum. Pandai sungguh Hizwan memujuk Ain yang merajuk.
Usai membayar Ain dan Hizwan mencari kumpulan Hilman. Ain membelek isi didalam beg plastic yang sudah bertukar tangan.
“ Apa Ain nak beri untuk saya pula?”
Pertanyaan yang menyebabkan Ain menoleh seratus enam puluh darjah. Ada balasan? Orang berbudi kita berbahasa. Orang memberi kita merasa. Ada budi ada batas,ada hari boleh dibalas. Tak iklas rupanya Hizwan.
Pantas sahaja tangan Ain menghulurkan bungkusan itu kembali.
“ Nah ambik! Tak suka lah macam ni.”
Ain menuju terus kehadapan. Tidak menoleh lagi. Geram dan sakit hati. 

2 comments: