Wednesday 21 December 2011

Bab 12


Mr Black> Assalamualaikum Ain.
Cik Pinky>Mualaikummusalam..lama dah tak nampak abang online.
Mr.Black> Ini bukan Hilman. Hizwan..
Erk! Adik beradik boleh pula share YM. Aduhai! Ain malu sendiri.
Cik Pinky> Ops! Sorry
Mr.Black> Ain buat apa?
Eh! Dia ni tanya pula. Bukankah aku sedang melayan dia berchit-chat.
Cik Pinky> Tengah mandi ni Hizwan. Lapy ni kalis air.
Ain ketawa. Ambik kau! Seronok dia menyakat.
Mr.Black> Amboi! Kena kan saya. Ain mahu tak ke pantai?
Ain diam. Kepantai? Dia memandang jam ditangan. Sudah pukul sepuluh malam. Gila agaknya.
Cik Pinky> Tak mahu lah hantu laut banyak.
Mr.Black> Merepek. Mana ada hantu laut. Kalau manusia jadi hantu tu adalah. Jom lah Ain. Teman kan saya sekejap sahaja.
Cik Pinky> L. Boleh tak kalau Ain tak mahu pergi.
Mr.Black> Mana ada pilihan A atau B disini. Cepat siap. Saya tunggu.
Huh! Kena ikut perintah raja-raja ni. Ain malas. Dia memandang Mia dan Kak Pah yang sudah lena kepenatan. Menyesal dia online.
Ain melangkah keluar dari bilik. Hizwan sudah siap menunggu diruang tamu apartmen yang mereka sewa. Wajahnya ceria sahaja. Cerialah sebab berjaya mengendeng dia untuk diajak kepantai. Dia sahaja yang tidak seceria Hizwan. Hakikatnya Ain merasakan segalanya akan porak –peranda. Segalanya pasti tidak akan berjalan sebaik yang mungkin. Ain mengaku kalah sebelum berjuang. Dia lupa akan janjinya pada Hilman. Lupa pada cabaran Hilman. Kata sahaja dia cukup kuat untuk berhadapan dengan drama percaturan hidupnya sebaliknya hampa sahaja. Hampa dimana-mana. Lebih-lebih lagi apabila teringat akan perempuan itu.
@@@@@@@@@@@@@@
“ Aku sudah lama mencintai dia berbanding kau Ain tetapi mengapa kau yang dia mahu.”
“Sudah terlalu banyak pengorbanan yang aku lakukan mengapa engkau yang berbahagia disisinya? Kalau mahu dibandingkan engkau dengan aku. Aku jauh lebih baik,jauh lebih setaraf dengannya,mengapa engkau juga yang dia nampak? Apa yang ada pada diri engkau hingga Hizwan sanggup menidakkan kehadiran aku disisinya. Kau mempergunakan diri kau untuk mendpatkan Hizan kan Ain.”
Waktu itu memang Ain tidak tahu Hizwan disukai,dicintai oleh wanita itu. Wanita berpesonaliti anggun dan menawan. Wanita yang sememangnya layak duduk ditempatnya sekarang. Tetapi mengapa wanita itu harus muncul disaat dia baru mahu mengecapi kebahagiannya disisi lelaki yang sangat dia cintai.
“Aku mohon Ain. Tinggalkan dia untuk aku. Aku merayu pada kau. Aku sanggup mati jika bukan Hizwan yang menjadi suami aku.”
Sanggup mati? Sanggup mati kerana seorang lelaki yang dicintainya. Adakah Ain juga begitu? Sanggup mati kerana Hizwan. Tidak! Ain bukan seorang yang tamak. Ain bukan seorang yang tidak mahu berkongsi tetapi dia tidak tega menghadapinya. Kerana kata-kata wanita itu lah Ain lari disaat dia sudah bergelar isteri. Isteri yang terpaksa akur dengan kehendak wanita lain. Kehendak wanita yang sanggup mati demi cintanya.
Ain pergi kerana dia mahu Hizwan hidup disamping wanita yang mencintainya hingga sanggup mati kerananya. Bukan dengan Ain yang belum tentu mahu sehidup semati dengannya. Sedangkan Ain waktu itu sudah nekad melayari kehidupan bersama Hizwan walaupun lelaki tidak dicintainya. Hanya sekadar sayang sahaja. Apa bezanya sayang dan cinta? Ain sendiri tidak tahu hatinya ketika itu. Yang dia tahu arwah papa mahu dia menjadi anak dalam erti kata yang sebenarnya. Sayang arwah padanya ibarat taburan bintang dilangit. Tidak tercapai tangan apatah lagi mengutipnya.
Kerana Ain. Papa meninggalkan mereka semua. Seumur hidupnya Ain dikejar bayangan semalam. Rasa bersalah pada arwah papa. Kerana Ain arwah diserang strok namun Ain, Hilman mahu pun Hakimi redha kerana itu memang sudah takdir papa.
Berbulan Ain lari dan lari. Namun sejauh mana dia mampu berlari jika dunia ini bulat sahaja. Kemana pun pergi dia akan bertemu dipaksi yang sama. Dia terserempak Hilman ketika dia baru memulakan harinya menguli roti canai. Entah kemana dia mahu lari ketika itu. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah jua. Mujur Hilman bukan lelaki yang selalu mengikut rasa amarahnya. Kepada Hilman lah Ain mengadu. Memberitahu mengapa dia tinggalkan Hizwan dimalam pertama pernikahannya. Semuanya kerana perempuan yang tiba-tiba muncul dihalaman belakang rumah itu.
Bukan Hilman tidak kenal perempuan itu. Perempuan yang sememangnya sanggup melakukan apa sahaja asalkan impiannya terlaksana. Dan Hizwan pula diatas tiket persahabatan dia sangat mempercayai perempuan itu.
“Kenapa Ain tak bercerita dengan abang? Lari macam ni boleh selesaikan masalah ke? Ain memberi dia peluang merebut Hizwan sedangkan Hizwan sudah menjadi hak Ain. Ain kena ingat. Papa mahu ain sebagai menantu dan anak. Bukan perempuan itu. Lagipun jika Hizwan tidak suka kan Ain mustahil dia tidak menolak usul papa hari tu. Hizwan macam orang gila bila Ain hilang. Di malam pertama kalian pula tu. Kalau abang pun mahu abang bunuh diri.”
“ Sebab Ain hilang..Hizwan merajuk. Dia memang sudah merancang dengan papa mahu membawa Ain bersamanya bila semester barunya bermula. Hanya sehari sahaja lagi saat kalian nak berangkat. Kalau sudah pergi tentulah perempuan itu tiada peluang. Tetapi Ain membuka peluang yang luas pada dia. Mereka agak rapat juga sekarang ini. Abang mohon pada Ain.kembalikan kepercayaan papa. Papa sakit sekarang. Abang harap sangat Ain balik dan terangkan pada papa. Abang tidak mahu orang lain beranggapan yang Ain ini kacang yang lupakan kulit.”
“Ain kena ingat Ain tanggungjawab Hizwan. Ain wajib taat pada suami Ain sendiri. Kalau nak cium bau surgalah. Kalau tak mahu tak payah dengar cakap abang. Hidup sahaja dengan dikejar bayang-bayang sendiri. Abang cabar Ain untuk merebut suami sendiri dari tangan wanita lain.”
Adakah kerana cabaran empat tahun sudah Ain kini berada disisi Hizwan menyusuri pantai. Dalam kesejukan pula tu. Angin laut yang bertiup menyebabkan Ain rasa sejuk hingga ketulang hitam. Bibirnya bergetar. Marah punya pasal dia terlupa baju sejuk diatas sofa. Padan muka sendiri.
“Sejuk ke Ain?”
Boleh pula dia bertanya. sudah terang lagi bersuluh. Tak nampak kah dia mendakap tubuhnya sendiri. Sekejapan sahaja dia sudah bersin berulangkali. Ada juga yang demam nanti. Demam berembun ditepi pantai. Ada juga yang masak kena usik nanti. Walaupun hanya Hilman sahaja yang tahu antara dia dan Hilman tersimpul satu ikatan mati.
“Nah pakai ni!” Hizwan menghulurkan jaketnya kepada Ain.
“Tak apa  Ain boleh tahan lagi ni.” Ain menolaknya dengan baik. Jika dia memakai jaket Hizwan nanti Hizwan pula kesejukan.
“Best kan kalau percutian ni kita serta kan sekali dengan bulan madu yang tertangguh.”
Erk! Ain sendawa tiba-tiba. Tak terjangkau dek akal. Dia tidak terfikir perkara sebegitu akan berlaku dengan cepat. Ada banyak perkara yang harus dia timbang-timbangkan. Apatah lagi dia sedia tahu perempuan itu sentiasa mengekori seperti bayang-bayang didalam hidup Hizwan.
“Kalau nak cakap benda-benda macam ni Ain rasa nak balik aje ke bilik.” Ain memprotes.
“Kenapa? apa yang tak kena dengan cakap-cakap begini? Salah?”
“Memang tak salah tapi Ain tak selesa. Tolong jangan buat Ain tak selesa dengan Wan. Nanti apa pun tak boleh blah!”
“Kenapa tak selesa pula?”
“Jangan banyak tanya lah Wan. Ain tak selesa nak jawab soalan banyak-banyak ni.”
“Saya cakap sahaja. Mana tahu satu hari nanti apa yang saya mahu menjadi kenyataan.”
“Esok kita dah nak ke Melaka selepas singgah di Pedas. Banyak negeri lagi kita nak pergi Ain.  Sebulan ni ada 30 hari. Baru dua hari sahaja berlalu Ain. Dulu saya tak tahu Ain yang saya cari ada depan mata,tak apalah juga. Tapi sekarangkan dah lain. tentulah lain juga rasanya.”
“Itu kata Wan..Ain biasa sahaja. Tiada apa yang berubah. Rasa tetap sama. Perasaan tetap tak berganjak.”
‘Egonya manusia bernama Ain ni. Ego manusia bernama Hizwan pun ada juga Ain.”
“ Sebulan ni saya mahu Ain mahu pun saya cuba sesuaikan diri. Lepas ni saya tidak mahu lagi Ain lari entah kemana. Tempat Ain disisi saya. Ain mahu atau tidak Ain wajib taati saya sebagai suami Ain.”
Taati dia sebagai suami? Memang itu lah kewajiban dia tapi bagaimana kalau perempuan itu menuntut yang tidak-tidak lagi. Kepala Ain pusing tiba-tiba. Kenapa perempuan itu harus menjadi racun didalam hidupnya.
“Hizwan…Boleh tak kalau awak bagi saya peluang untuk sesuaikan diri. Untuk cuba mentaati suami saya. Ain masih terkejut lagi ni.”
‘Terkejut? Bukan kah Ain memang tahu akan kepulangan saya. Hilman sudah bercerita dengan saya. Memang Ain tunggu saya pulang. Bukankah Ain rasa sudah sampai masanya Ain tunaikan tanggungjawab Ain. Kenapa pula nak berdolak dalih lagi.”
Aduh! Macam mana nak cakap dengan manusia seorang ini. Tidak kah rasa sakit dihatinya kerana perbuatan Ain dahulu. Tidak ada hatikah Hizwan.
“Boleh ke kita cakap pasal ni lain kali. Hingus Ain dah meleleh ni …sejuk sangat dah ni. Nanti Ain demam pula dah susahkan semua orang.” Ain cuba mengelak.
“Doktor Hizwan kan ada kalau Ain demam tentu lah saya akan merawat.”
Eh! Dia ni boleh lagi pula bergurau senda. Ain sudah tidak tahan. Dia bersin berulangkali. Kasihan pula Hizwan melihatnya.
“Okey jom balik ke bilik.”
Tidak perlu menunggu Ain segera menghalakan kakinya kembali ke apartmen yang disewa.
Hizwan membancuh Milo panas dan menghulurkan kepada Ain sebaik sahaja mereka berada diapartmen. Hilman dan Hakimi yang baru pulang dari menyuluh ketam melihat mereka berdua dengan sedikit pandangan yang aneh. Kebetulan sahaja mereka terserempak dilif tadi.
Hilman tidak berkata apa kerana dia sedia maklum. Hakimi yang tidak tahu apa-apa melihat Hizwan kembarnya itu dengan aneh. Malam-malam buta keluar berdua kepantai. Lepas tu siap buatkan air milo untuk Ain yang sudah merah hidungnya. Macam pasangan yang sedang bercinta. Dia dan Hilman usahkan di pelawa tolong buatkan air juga tidak. Satu perkara baru yang dia lihat mala mini. Ain dan Hizwan.
Hakimi melihat abangnya Hilman seolah-olah tidak peka dengan apa yang terjadi. Membiarkan Ain pengasuh anaknya itu berdua-duan dengan adiknya sendiri.  Entah mengapa dia tidak pula merasa cemburu. Hanya sedikit kehairanan. Bagaimana Ain dan Hizwan Berjaya menjalinkan hubungan sepantas kilat sedangkan dia puas mengusik Ain namun Ain beku sahaja. Puas pula dia dimarahi.
‘Kau ni macam ada apa-apa aje dengan Ain tu.” Hakimi berbisik ke telinga Hizwan.
‘Apa maksud kau ni?” Hizwan menjawabnya juga berbisik. Bukan takut Ain atau Hilman mendengar perbualan mereka. Hizwan hanya mengikut rentak Hakimi.
“Malam-malam berjalan berdua kepantai. Kena tangkap khawin free aje kau. kau suka ke dengan budak Ain tu.”
“Kena tangkap aku khawin aje lah. Kau? Suka ke Ain tu?” Hizwan pula bertanya Hakimi.
“Bukan taste aku” Hakimi menjawab jujur. Memang Ain cantik sahaja dimatanya tetapi entah mengapa dia dapat rasakan sesuatu yang tidak patut wujud diantara mereka. Dia suka Ain tetapi setakat suka sahaja. Memang tidak boleh pergi lebih jauh. Itu yang dia rasa.

No comments:

Post a Comment