Wednesday 7 December 2011

Bab Lapan

Mr Black> Ain abang mahu ke KLIA,jemput Hizwan. Nak ikut?
CikPinky> Hizwan? Dia dah balik?
Mr.Black>Yup! Nak ikut?
CikPinky>Tak mahu. L
Mr.Black>Hurmm..Bila nak pindah?
CikPinky>Tak cakap lagi dengan Farah.
Mr.Black>Jangan lama-lama. Lagi lambat Ain buat kerja Ain lagi lambatlah kita semua pergi bercuti
CikPinky> J
Aduh! Berat memang cukup berat. Segalanya menjadi beban pada Ain kini. Entah bagaimana harus dia memberitahu Farah. Apa alasan yang mahu dia cipta. Atau dia patut berterus terang. Tapi bagaimana? Ain tidak dapat membayangkan penerimaan Farah. Bertahun serumah Farah tidak mengenali Ain. Tidak tahu asal usul Ain. Tidak tahu rumah yang dikongsi bersama ini adalah rumah seseorang yang telah mengamanahkan dia untuk menjaganya sebaik mungkin.
@@@@@@@@@@@@
Hilman melihat Hizwan sudah sedia menanti di pintu utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Hizwan sudah jauh berubah. Rambutnya agak panjang mencecah bahu. Kulitnya semakin putih. Mungkin kerana bertahun di London cahaya matahari tidak seterik di Malaysia. Tidak cukup power untuk membakar kulit Hizwan.
Pulang dengan ijazah kedoktoran. Seperti yang dia mahu. Hizwan yang teliti perancangannya. Pulang sahaja sudah siap menunggu sebuah klinik yang diusahakan bersama teman baiknya. Pandai mengatur kehidupan.
“Assalamualaikum”…Hizwan memberi salam sebaik sahaja dia dihampiri Hilman.
“Walaikumsalam. Dah lama tunggu?” Hilman mengambil beg yang berada disisi Hizwan lalu dimasukkan ke dalam bonet kereta.
“Tak lah lama pun.” Hizwan menjawap perlahan. Keletihan.
“Nak singgah mana-mana ke? Nak makan dulu ke?” Hilman bertanya sebaik sahaja mereka sudah berada didalam kereta.
“Balik terus lah bang. Penat betul rasanya. Lagipun dalam kapal terbang tadi macam-macam ada makanan. Kenyang lagi ni.” Hizwan menolak. Memang dia merasa sangat letih. Matanya pula bagaikan ada batu bergayut. Mengatuk. Dia kehilangan mood mahu berbual dengan Hilman. Walaupun ada banyak perkara yang mahu dia ceritakan. Biarlah dulu. Masa masih panjang.
Hilman menumpukan perhatiannya kearah jalan raya. Tidak mahu mengganggu Hizwan yang sudah lena. Walaupun ada banyak perkara yang mahu dibicarakan. Hilman membuka radio buat menemani kesunyian. Malam semakin larut. Keretanya terus meluncur laju menuju kearah Kuala Lumpur.
@@@@@@@@@
Farah memandang Ain yang leka dengan komputer ribanya. Entah apa yang Ain sibuk kan. Sibuk berchating barangkali. Sekejap dia ketawa. Sekejap dia tersenyum. Malas Farah mahu menempel disebelah Ain. Ain  mahupun dia ada privacy juga.
Farah memerhatikan lagi. Ain kelihatan ceria dua tiga hari ini. Bagai mendapat durian runtuh sahaja. Farah tahulah Ain sedang bercuti dari menguli roti canai. Tak mungkin itu yang membuatkan Ain segembira ini. Dulu pun Ain selalu juga bercuti tapi tidak lah dia terlalu gembira. Gembira yang bukan dibuat-buat. Farah tahu Ain barangkali sedang bergembira dengan sesuatu yang dia tidak tahu.
“Farah! Termenung aje kau ni.” Ain menyergah. Farah tersenggih. Sedar dari lamunan yang panjang.
“Apa lagi yang kau fikir? Tak selesai lagi masalah kau dengan mak kau tu?” Ain bertanya.
“Tak …Aku malas nak call tanya-tanya. Lantaklah..sementara tu aku carilah boyfriend.” Senang sahaja Farah menjawab.
‘Senang pula macam tu ye Farah..” Ain ketawa. Mudah benar Farah berkata. Seolah-olah peristiwa yang mengundang rasa kecewa dihatinya kelmarin langsung tidak berbekas.
“Ain…kau gembira aje dua tiga hari ni. Dapat duit terpijak ke?” Farah ingin tahu.
“Duit terpijak?..Ada-ada aje kau ni. Salah ke aku nak gembira lebih sikit?”
“Tak adalah. Boleh aje kalau kau gembira. Selalu pun kau gembira juga tapi kali ni lebih sikit aku tengok. Ada apa-apa yang aku tak tahu ke?”
‘Apa yang kau nak tahu?” Ain rasa  sudah sampai masanya Farah tahu apa-apa yang Farah tidak tahu.
“Mana lah aku tahu Ain kalau kau tidak bagitahu.”
Ain terdiam seketika. Menarik nafas panjang-panjang. Mencari kekuatan untuk bercerita dengan sahabatnya itu.
“ Aku tak akan membuat roti canai lagi Farah.” Lambat-lambat Ain bersuara.
“Ha! Eh! Bukan kah kau suka sangat buat roti canai tu. Bukan kah kau juga yang kata itulah kepuasan yang kau cari dalam hidup. Wah! Baru dua hari aku tak ada kau dah buat perubahan drastik dan dramatic dalam hidup kau. Surprise ni..” Farah sedikit terkejut.
Ain tidak nafikan. Dia suka sangat dengan roti canai. Susah payah dia belajar menebar roti canai masa dikampung. Berpeluh-peluh dia berdiang disisi kuali yang panas semata-mata mahu belajar membuat roti yang enak. Kuah dal yang sedap. Nekadnya konon mahu menjadi wanita pertama yang terpuji dek kesedapan roti canai dan tidak mampu ditandingi oleh mana-mana lelaki pun. Empat tahun dia merealisasikan impian mahu duduk sebaris dengan pembuat roti canai yang rata-rata dimonopoli kaum lelaki itu. Dia masih belum puas. Tetapi tanggungjawab sudah sedia terpikul dibahunya kini. Sejak dahulu lagi sebenarnya. Cuma dia yang berdolak-dalik tidak mahu menjalankan amanah yang sudah tertulis didahinya itu. Sudah dicop,harus dilaksanakan.
“Aku sayang sangat Farah. Mesti pelanggan yang biasa-biasa tu tertanya-tanya aku nanti. Tapi nak buat macam mana. Aku ada amanah yang harus aku laksanakan. Masanya sudah tiba.”
“Apa kau cakap ni? Amanah? Masa dah tiba? Ish!! Kau ni menakutkan aku aje.”
“Maaf lah Farah. Selama kita duduk serumah sebumbung ni kau tidak berpeluang tahu keadaan aku sebagaimana aku tahu situasi kau. Aku tak  ada niat nak berahsia dari kau hanya aku tak bersedia nak bercerita.”
“Berbelit-belit lah kau ni Ain. Apa yang kau rahsiakan dari aku?” Farah mula curiga. Jangan-jangan selama hari ini Ain hidup mewah sebab menjadi perempuan simpanan entah siapa-siapa. Aduh! Kalau begitu dia sudah turut berdosa.
“ Aku akan ceritakan suatu hari nanti. Bukan sekarang. Aku hanya nak bagitahu kau. Aku akan tinggalkan rumah ni untuk satu waktu yang agak lama. Aku amanahkan kau untuk jaga semua harta benda dalam rumah ni. Aku nak tunaikan janji yang telah aku buat pada seseorang yang telah banyak berbudi dengan aku.”
“ Ain…boleh tak kau cerita pada aku sebenarnya. Apa semua ini.”
“Kau jangan risau lah Farah. Aku tak buat kerja haram. Semuanya halal.”
“Tapi…?”
“ Sebagai sahabat aku harap kau faham situasi aku ni. Bukan aku nak berahsia. Aku sendiri pun tak sanggup nak simpan lama-lama. Tapi tunggu lah aku selesaikan dahulu perkara ni. Untuk pengetahuan kau malam ni aku akan memulakan tugas aku tu. Jadi kau kenalah tinggal sendiri. Kalau kau takut aku izinkan kau cari rakan serumah. Aku tak akan pulang untuk satu jangka waktu yang panjang.”
“Cuma satu aje…bilik aku tu jangan pula kau bagi orang lain duduk. Aku kunci ye. Yang lain kau jagalah elok-elok.”
“Aku tak faham lah. Entah apa yang rahsia sangat.”
“Aku minta maaf Farah.” Ain menggengam tanga Farah erat. Farah lantas menarik Ain kedalam pelukannya. Apa pun yang lakukan dia memang tidak berhak turut campur. Itu hak peribadi Ain. Sebagai sahabat dia cuba untuk memahami. Airmata Ain membasahi pipi. Dia dilanda kesedihan. Sedih yang teramat sangat. Kesayuan membelit hati dan jiwa dua sahabat ini.
@@@@@@@@@@@@@@
Mia mengosok matanya. Dia terpisat-pisat setelah lenanya dikejutkan. Mia masih mamai. Namun dia sedar akan kehadiran seseorang disisinya. Seseorang yang telah mengejutkan dia dari tidur.
“Maaf ye Kak Ain kejutkan Mia malam-malam buta ni.”
“Kak Ain buat apa kat sini?” Mia baru menyedari akan kehadiran Ain. Ternyata dia bukan bermimpi.
“Nak temankan Mia tidur. Boleh Kak Ain tumpang tidur dekat bilik Mia malam ni.”
“Teman kan Mia? Tumpang tidur?.Kak Ain lari dari rumah ke?” Petah sahaja anak gadis Hilman itu bertanya.
“Tak adalah. Mia suka tak kalau Kak Ain jadi pengasuh Mia. Jadi cikgu Mia, jadi pembantu Mia. Hantar Mia pergi sekolah. Ambik Mia balik dari sekolah. Suka tak?” Ain sengaja bertanya.  Suka atau tidak dia sudah pun menjadi sebahagian dari hidup gadis kecil itu.
‘Eh tentulah Mia suka. Kak Ain tidur sini malam ni aje ke?’”
“Esok,lusa,tulat…pun kak Ain tidur sini. Kak Ain duduk sini temankan Mia”
“Wah! Seronoknya macam tu.”
“Okey sekarang Mia tidur balik. Esok pagi-pagi Kak Ain kejut Mia kita pergi jogging. Mahu?”
“Nak!Nak..tapi esok Kak Ain buat roti canai boleh?”
“Boleh. Untuk Mia semua pun boleh.”
@@@@@@@@@@@@@@@
Riuh rendah ruang dapur rumah Hilman pagi ini. Mia seawal subuh sudah bangun. Katanya mahu menolong Ain membuat roti canai. Memang dia menolong Mia membuat roti canai. Tetapi apa yang dibuatnya tidak menjadi. Ain hanya ketawa melihat telatah Mia. Sanggup bangun pagi-pagi semata mahu menolong dia.
“Apa bising-bising ni.?” Hilman yang baru sahaja turun mencelah diantara Ain ,Kak Pah dan Mia.
‘Tak ada apa Hilman. Mia ni,tengok lah mandi tepung pagi-pagi. Konon nak tolong Ain. Tengok apa dah jadi.” Kak Pah menyambung tawa yang tadinya terhenti. Ain turut tersenyum.
‘Ada-ada sahaja. So…ahad hari ni nak kemana kita? Mia? Ada cadangan?” hilman bertanya pada sicilik Mia.
Mia hanya mengangkat bahu.
“Apa kita ke Shah Alam. Bukit Cerakah.” Ain memberi cadangan.
“Apa ada dekat sana? Tempat berkelah ke?” Hilman bertanya. sungguh dia tidak tahu tempat yang dinyatakan Ain. Hanya pernah mendengar namanya sahaja tetapi tidak pernah sekali pun dia jejakkan kaki kesana.
‘Oh! Dekat situ kita boleh tengok padi. Kita boleh masuk rumah musim. Kita boleh naik basikal juga. Macam pergi kesebuah kampung.” Ain menerangkan sedikit daripada apa yang di abaca. Dia sendiri tidak pernah sampai kesana.
‘Boleh ke kita pergi sana Pa..kita pergi ramai-ramai. Naik basikal dekat sana.” Mia mencelah.
‘Okey. Boleh juga lah. Lepas makan cepat-cepat siap.” Hilman memberi arahan.
‘Siap-siap nak pergi mana?” Serentak mereka semua menoleh kearah suara tersebut.
Mia yang terkejut segera berlari kearah suara tersebut. Sekejap sahaja Mia  sudah hilang didalam pelukan lelaki itu. Hilman tersenyum. Matanya terarah kepada Ain. Melihat riak wajah Ain. Namun Hilman tidak mampu meneka apa yang bermain difikiran Ain.
‘Kitaorang nak pergi Bukit Cerakah. Uncle Wan nak ikut tak?”
“Dekat mana tu?”
“Dekat Shah Alam. Jom lah Uncle. Dah lama Mia tak jalan-jalan dengan Uncle.”
“Ala..Esok lusa ada lagi. Uncle penatlah sayang. Sorry ye. Lain kali uncle join.Wah! sarapan apa hari ini. Sedapnya bau.” Hizwan melihat-lihat juadah yang terhidang diatas meja.
“Lama ni tak pekena roti canai. Teh tarik tak ada Kak Pah?”
“Ada..sekejap Ain buat kan.” Ain yang menyahut bagi pihak Kak PAh.
Hizwan memandang gadis yang ada di hadapannya ini. Dia memang perasan sedari tadi akan seorang gadis yang agak asing dimatanya. Tidak pernah dia lihat. Mungkin maid Hilman juga. Sama seperti Kak Pah.
‘Maid baru ke bang?” Hizwan bertanya separuh berbisik.
“Bukan..pengasuh Mia. Pengasuh khas untuk Mia. Dia yang suka sangat nak buat sarapan. Ni roti ni dia yang buat.” Hilman menolak piring berisi sekeping roti canai kepada Hizwan.
Hizwan membasuh tangan. Dia merasa sedikit roti tersebut. Kemudian cepat sahaja tangannya mencedok kuah dal untuk dimakan bersama roti canainya. Sedap! Hizwan memuji didalam hati. Pandai juga pengasuh Mia ni masak.
Selesai bersarapan Hizwan dan Hilman duduk ditepi kolam. Sementara menunggu Mia dan Ain bersiap.
“Hakimi mana bang. Dari semalam tak nampak-nampak pun.” Dari semalam Hizwan langsung tidak nampak adik kembarnya itu. Menyambutnya pulang juga tidak. Dia terasa hati. Namun cepat-cepat dia menidakkannya. Mana tahu jika Hakimi ada hal yang lebih penting dari menjemputnya bersama Hilman di KLIA semalam.
‘Balik lambat malam tadi. Keluar dating lah tu.”
“ Misya?”
“Siapa lagi. Misya lah.”
“Serius juga dia dengan Misya tu ye bang. Dah lama kawan. Bila nak kahwinnya?”
‘Entah lah. Hakimi tu tak tetap pendiriannya. Sekajap mahu. Sekejap tidak. Kata sayang tapi dibuatnya Misya tu macam layang-layang. Macam-macam alasan dia bagi. Sejak arwah abah ada lagi. Macam tu lah kembar kamu tu.”
‘Perangai tak berubah.” Hizwan mengeleng. Hakimi kembar tidak seirasnya itu jauh sangat berbeza berbanding dengan dia dan Hilman. Dia mahupun Hilman susah mahu menjangka sikap Hakimi. Kedegilan nya sangat ketara.

2 comments:

  1. 3 adik beradik la ni..jgn semua jatuh ati kt ain sudah..parah nnt..hhehehe

    ReplyDelete