Friday 23 December 2011

Bab 13

“Dah siap semua? Kita nak ke Kota Lukut hari ni. Lepas tu ke Pangkalan Kempas, Pedas terus naik ke Alor Gajah pula.” Hilman seolah-olah memberi ucapan. Mia ketawa melihat papanya bercakap. Percutian ini memang merapatkan hubungan anak dan ayah ini. Ain juga ketawa melihat Mia. Kak Pah sudah bersiap-siap berkemas dan mengangkat semua beg kehadapan pintu.
Hilman mengangkat beg kepunyaan nya sendiri dan Mia. Ain baru sahaja mahu mencapai beg nya namun sudah didahului Hizwan. Ain hanya mampu melihat. Tanpa ucapan terima kasih. Huh! Ain memang berlagak sombong. Ain mengutuk diri sendiri.
Mereka bergerak ke Kota Lukut. Melalui persisiran pantai yang sangat indah. Singgah sebentar di Mayang Sari atau Pantai Bagan Pinang(Mayang Sari adalah hotel yang terdapat di pantai tersebut). Pantai dimana terdapat teluk kecil yang dibina oleh nelayan. Lebih kepada jeti kecil yang comel. Jika air surut orang boleh melalui beting pasir untuk kesebuah pulau kecil di persisiran pantai. Setengah jam hilman memandu. Mereka akhirnya sampai ke Kota Lukut. Ada sebuah muzium di sana.
“ Pemandu pelancong..sila terangkan apa sejarah Kota Lukut ni.” Hizwan meminta Ain bercerita.
“ Tak cerita boleh tak? Tu cuba tengok. Ada papan tanda kan. Bacalah.” Ain sengaja menolak. Sengaja jual mahal
“ Ala tak best. Mesti nak dengar Ain juga bercerita macam nenek-nenek zaman dahulu. Duduk ditangga dan bercerita dengan anak cucunya. Berderet anak cucunya duduk ditangga. Sampai melopong-lopong mulut mereka. Lalat masuk pun tak sedar.” Hizwan mengusik. Hakimi sudah ketawa terbahak-bahak. Wajah Ain memerah. Kelihatan berwarna pink.
Ain mengalah juga dari diusik. Lebih baik dia menjalankan tugas nya sebagai pemandu pelancong.
“Kota Lukut terletak di Bukit Gajah Mati dekat Lukut, Port Dickson. Ia mula dibina oleh seorang pembesar Melayu dalam tahun 1820-an. Orang yang mula-mula sekali mengasaskan Kota Lukut bernama Raja Busu iaitu salah seorang kerabat Diraja yang berasal dari Selangor. Disebabkan Raja Busu mati dibunuh oleh orang-orang cina dan istananya dibakar dalam satu pergaduhan dalam tahun 1845, peranan beliau di Lukut hilang begitu sahaja. Raja Juma’at lebih dikenali di Lukut kerana ia membina semula kota yang musnah itu dan berjaya memajukan Lukut menjadi sebagai pusat perdagangan yang mashyur lagi terkenal pada zaman itu.”
Ain menyambung lagi.
“Bayangkan Kota Lukut ini kecil sahaja kawasan nya tetapi maju”
“Raja Juma’at t sangat terkenal sebagai seorang pengusaha bijih timah terkaya di Lukut pada pertengahan abad kesembilan belas.  Tetapi malangnya setelah beliau meninggal dunia, puteranya Raja Bot gagal meneruskan kegemilangan Kota Lukut menyebabkan ianya mundur dan akhirnya ditinggalkan begitu sahaja. Raja Juma’at meninggal dunia dalam tahun 1864 dan disemadikan disatu kawasan tidak jauh dari istananya di Bukit Gajah Mati (sekarang dinamakan Makam Diraja Lukut). Di sini juga bersemadinya kaum keluarga Raja Juma’at, termasuk permaisuri, bonda dan putera-puterinya.” Panjang lebar Ain bercerita.
 “Dalam perjalanan tadi kita boleh melihat sebuah makam ditepi jalan sahaja. Itu lah makam Raja Jumaa’at”
Mereka mendaki anak-anak tangga menuju ke atas bukit dari tapak muzium. Terdapat runtuhan bangunan yang tidak jelas lagi kelihatan. Namun mereka boleh melihat sebuah perigi yang dipercayai pernah beracun satu ketika dulu. Suasana kelihatan nyaman dengan pohon yang hijau merimbun namun agak menyeramkan. Maklum lah kota itu sudah agak lama terbiar.
Selepas melawat Muzium Kota Lukut dan melihat artifak yang dipamerkan mereka berlalu. Hilman memandu kembali menyusuri jalan pantai. Kali ini mereka mahu singgah pula di Pangkalan Kempas.
Ain hanya diam sebaik sahaja mereka meninggalkan Kota Lukut. Kali ini dia memilih untuk duduk dibelakang bersama Mia dan Kak Pah. Dia lebih senang begitu dari mendekatkan diri dengan Hizwan. Dia tidak mahu terjebak sebelum dia pasti apa yang dia lakukan.
Hizwan hanya diam terkaku melihat Ain sudah mendapatkan tempatnya dibelakang. Dia malas mahu memaksa. Suka hati Ain lah. Asalkan mereka tidak bercakaran dalam kembara ini. Dia akan mengambil kesempatan yang ada sebaiknya untuk Ain. Sedikit demi sedikit dia akan cuba mengorek rahsia pelarian Ain. Dia berhak tahu walaupun kebarangkalian untuk dia merasa sakit hati adalah terlalu banyak jika mahu dibandingkan dengan rasa gembiranya.
Mereka asyik melayan diri sendiri. Tahu-tahu mereka sudah sampai kedestinasi seterusnya. Pangkalan Kempas.
Pekannya agak kecil. Deretan kedai juga seolah-olah tidak berfungsi. Hilman menghalakan MPV nya kesebuah lorong yang agak sunyi. Agak terpencil tempat ini walaupun ia tidak lah jauh dari jalan utama.
“ Sunyinya tempat ni bang.” Hakimi  bersuara. Timbul rasa cuak dihatinya. Bimbang jika tempat itu ada anasir-anasir yang tidak diingini. Dalam kepalanya terlintas satu perkataan. Hantu!..
Ain yang melihat muka Hakimi berkerut merasa lucu.
“Awak takut ye Kimi…apa yang awak takutkan? Hantu? Siang-siang mana ada hantu.”
“Ish! Awak ni memang tahu sahaja apa yang ada dalam otak saya ni Ain. Macam ada ilmu hitam pula.”
“Pakcik Kimi takut hantu?” Mia ketawa.
“Dalam dunia ni ada banyak hantu tahu Mia. Cuma kita sahaja yang tidak nampak.” Kimi sengaja mengajak Mia bercakap tentang ketakutan yang telah menyerang dirinya seketika tadi.
“ Jangan percaya Pakcik Kimi. Dia yang takut. Sengaja mahu menakutkan Mia. Nanti dia ada geng takut-takut.” Ain ketawa.
“Tempat yang indah macam ni mana ada hantu. Tengok tu batu-batu  yang ada tu macam hidup sahaja kan”.
“Tempat ini sebenarnya  merupakan tempat perkuburan misteri yang mengunakan batu megalit yang berbentuk pedang dan senduk. Sejarahwan percaya kubur ini dibina pada abad ke-2 dan ke-3 masehi. Sebahagian batu megalith ini ada ukiran yang menyerupai tulisan Arab dan Sumatra”
“ Batu megalit tu batu apa Kak Ain”
“Megalit adalah perkataan dari bahasa Yunani yang bermaksud besar ia adalah hasil budaya zaman neolitik dan terus berkembang pada zaman logam. Macam tu lah lebih kurangnya.”
“ Cuba tengok batu nombor satu tu ada Inskripsi Hindu yang terdapat huruf Arab ( Allah ), batu nombor dua tu pula ada Inskripsi Raja Aditiya Warma, 137 masehi dan pada batu itu tertulis perkataan Allah dengan huruf Arab.”
Mereka bersama melihat inskripsi pada batu tersebut. Dan mengangguk-angguk. Mungkin faham dengan apa yang diterangkan Ain.
“Tulisan -tulisan seperti ini menyerupai tulisan di batu nisan yang dijumpai di Kompleks Puet-plohpeut (Meunye Tujuh) yang bertuliskan kuno bahasa Arab, Melayu dan Sanskrit yang belum dijelaskan.”
“Betul ke ada orang kata batu ini sering di intai UFO” Hizwan bertanya kepada Ain.
“Entah tak tahu pula Ain. UFO mungkin tidak. Orang mungki iya lah kot. Untuk tujuan ritual. Mintak nombor. Khurafat semua tu. Berdosa begitu. Allah marah. Hukumnya haram.”
“ Zaman dahulu,penduduk tempatan percaya batu-batu misteri ini mempunyai keramat dan kuasa tertentu Jika pohon sesuatu padanya. Ia dipercayai semakin membesar. Jika letak tangan dalam lubang pada batu ini, anda akan dapat jawapan yang berlegar-legar dalam kepala anda. Cuba lah letak tangan dalam lubang ni mana tahu akan dapat jawapan pada setiap persoalan.” Ain mengerling Hizwan. Hizwan buat muka seposen. Dia tahu Ain menyindir dia.
“Terdapat juga di sini iaitu Keramat Sungai Udang iaitu seorang ahli agama yang bernama Sheikh Ahmad Majnun yang telah menentang Sultan Mansur Shah, semasa Kesultanan Melayu Melaka tahun 1457-1477. Batu nesan ini bertulis tulisan Arab dan Kawi (tulisan Sumatra kuno). Bayangkan berapa lama batu ini berada disini. Masa tu kita pun entah di dunia mana.”
“ Boleh percaya ke ni?” Hilman seolah-olah bercakap sendiri.
“Percaya apa bang?” Hakimi yang mendengar bertanya.
“Mesti ada orang mengukir tulisan pada batu-batu ni kan. Mana boleh wujud sendiri.”
“ Adalah kot Cuma kita sahaja yang tidak tahu.”
“ Setiap kejadian mestilah ada penyebab dan akibatnya kan bang. Macam Ain..apa sebab Ain suka buat roti canai yang sedap tu? Akibatnya kita semua jadi penasaran kalau tak makan roti Ain. Dah lama Ain tak buat roti. Bang nanti sewa apartmen yang ada dapur. Boleh suruh Ain masak.”
Amboi! Sesuka hati dia sahaja.
“ Ni apa pula cerita pasal roti. Orang cerita pasal batu lah. Mana sama roti dengan batu. Lari dari topic ni.”
Ain buat-buat merajuk diusik begitu. Hizwan sudah jadi suka mengenakan dia.
“Dah jangan diusik Ain tu. Jom gerak. Makin lama dekat sini makin aku seram bang. Jom lah.” Hakimi segera mengajak Hilman pergi. Bulu romanya tegak berdiri.
Kali ini Hizwan menarik tangan Ain supaya duduk disebelahnya. Kak Pah yang terlihat perlakuan Hizwan hanya tersenyum. Dia dapat melihat rasa serba salah Ain. Budak-budak zaman sekarang. Jika suka mereka sudah tidak kisah akan kehadiran orang lain. main langgar sahaja tatasusila sebagai manusia yang beragama. Tanpa Kak Pah sedari Ain dan Hizwan halal bersentuhan.
Sepanjang jalan Ain diam sahaja. Dia cuba melelapkan mata namun aroma yang datang dari tubuh Hizwan menyebabkan Ain sukar mahu lena. Kuat sungguh menyucuk rongga hidungnya. Mencium bau yang sebegitu menyebabkan Ain merasa pening. Sedap lagi bau dal dan kari dari bau minyak wangi Hizwan. Aduh! Mahu menekup hidung? Tak kan lah. Mahu menyuruh dia pergi jauh-jauh? MPV ini hanya sekangkang kera. Kemana pun akan terbau juga. Terus mengempiskan hidung? Alamat mati tak bernafas lah dia.
Dalam pada Ain memikir-mikir akan bau yang sangat memabuk kan itu Ain mereka sudah pun sampai ke Kolam Air Panas Pedas. Hanya sekadar melawat sahaja. Tidak mahu mandi. Jika mandi pasti akan terlewat ke Melaka. Ada lagi sebuah Muzium mahu dilawati didalam daerah Rembau.
“Macam mana ada air panas ye dekat sini. Selalunya kolam macam ni ada berdekatan kawasan gunung berapi sahaja.” Pertanyaan Kak Pah segera dijawab Ain.
“Tak semestinya lah kak. Dulu orang dekat sini tak tahu pun ada air panas. Adalah peristiwa terjadi.”
“Peristiwa apa Ain? Macam menarik aje. Ain tahu?”
“ Tahu. Kisahnya macam ni. Dahulu dikatakan penduduk tempatan menjumpai kolam air panas ini secara tidak sengaja apabila melihat seekor anak lembu melompat terkejut kerana air yang cuba diminum dari kolam tersebut terlalu panas.”
Hakimi ketawa.
“Ingatkan orang yang minum. Lembu terjumpa dahulu. Wah! Terer sungguh lembu tu ye.”
‘ Sejarahnya pada pertengahan kurun ke-19, penjajah Inggeris membuat penempatan berhampiran kolam ini. Sewaktu penaklukan Jepun ke Tanah Melayu semasa Perang Dunia Kedua, tentera Jepun mendapati mereka yang cedera atau luka dan dirawat dengan air panas dari kolam ini dapat mempercepatkan proses penyembuhan sehingga sebuah klinik dibuka di sini. Air panas ini mungkin mengandung bahan-bahan kimia yang boleh menyembuhkan luka. Itu kena tanya encik doctor kita lah.”
Semua mata tertumpu kepada Hizwan. Menanti penerangan dari segi sain teknologi.
Antara bahan yang terkandung di dalam kolam air panas semula jadi ini ialah kalium, sodium, klorida sulfat dan fosfat. Bahan-bahan tersebut memiliki khasiatnya yang tersendiri seperti membantu melancarkan perjalanan darah. Macam tu lah lebih kurang. Kalau mahu di terangkan dengan sains dan teknologi. Esok pun tak habis-habis. Itu yang ringkasnya sahaja.”
“Apa kalium,sodium tu semua. Mia tak faham lah uncle Wan. Mesti pening jadi doctor ni kan. Kena hafal benda-benda ni. Pas tu kena belah perut orang. Tengok jantung orang”
“ Tengok hati orang. Kalau boleh dibaca alangkah bagusnya.” Hizwan sengaja berkata begitu.
Ain diam. Terkena lagi dia. Tunggu lah. Ada ubi ada batas.
“Tempat ni memang cantik. Lain kali kita mandi. Nak kejar masa ni. Kita ada banyak tempat lagi nak pergi. Dah jom kita bergerak. Kemana Ain?” Hilman bertanya kepada pemandu pelancongnya.
“ Kita ke Rembau.”
“Okey jom semua kita pergi.”
Mereka kembali meneruskan perjalanan.
Menurut sejarah, Rembau asalnya adalah antara tempat mendarat terawal orang-orang Minangkabau dari Sumatera. Adat Perpatih telah dibawa masuk oleh orang Minangkabau. Mereka membuka perkampungan di sini dan ramai yang berkahwin dengan penduduk asli di daerah ini. Semasa pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka dipercayai Rembau adalah sebahagian daripada jajahan Melaka. Orang-orang Rembau pernah berperang dengan orang-orang Naning, Melaka pimpinan Haji Dol Said.
Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama, Raja Melewar, ditabalkan di Rembau iaitu di Kampung Penajis dan bersemayam di Kampung Astana Raja. Baginda mangkat di Rembau dan makamnya masih ada di Rembau.
‘Sekarang kita akan melawat Makam Raja Melewar dan Replika Istana Raja Melewar.”
Mereka melihat sebuah istana yang tersergam indah ditepi sungai.
Replika Istana Raja Melewar telah dibuka kepada orang ramai semenjak September 2004. Replika yang bernilai 2.7 juta ini merupakan daya usaha Pejabat Daerah Rembau dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri Sembilan dengan bantuan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Tujuan pembinaan Replika ini adalah sebagai objek pelancongan bersejarah agar dapat mengingatkan kembali rekabentuk asal Istana Raja Melewar yang pernah diduduki di tapak asal ini.”
“ Cuba tengok di belakan Istana tu ada kesan istana lama yang terbakar.” Ain menunjuk kan kesatu arah.
Dibahagian bawah Replika Istana ini terdapat alat menenun tradisi,tumbuk padi dan papan catur. Juga terdapat sebuah mesin getah lama.
Replika Istana Raja Melewar terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu, Ruang Balai Dato' Undang Luak,Ruang Adat Perpatih,Ruang Sejarah Rembau,Ruang Institusi Adat, Ruang Raja Melewar dan  Ruang Rumah Tradisional. Kesemua ruangan ini telah dipamerkan dengan pelbagai replika yang noltasgik bagi mengimbas kembali suasana Istana Raja Melewar satu ketika dahulu. Pada Ruang Adat Perpatih, terdapat pameran bagaimana Upacara Adat Berkodin, peralatan yang digunakan dan perkahwinan tradisional rembau. Sementara itu, pada Ruang Balai Dato' Undang Luak pula, dipamerkan pakaian undang-undang terdahulu (rasmi), Alat Kebesaran Undang, senjata dan sebagainya. Pada Ruang yang lain pula terdapat Diorama Singgahsana Raja Melewar, Barang Artifak seperti batu karang, rambut dan batu bertikam, Barang Antik, Ukiran kayu tradisonal dan pelbagai lagi.
Puas mereka membelek dan bertanya. mereka menziarahi pula makan Diraja yang berada di sebrang sugai berhampiran.
Hari ini penamat perjalanan mereka di Negeri Sembilan. Negeri yang kaya dengan adat. Walaupun sedikit letih namun mereka tetap berpuas hati kerana Berjaya menyempurna kan perjalanan mereka.
Ain merasa sangat penat dan letih. Dia sudah tidak peduli bau minyak wangi Hizwan yang entah apa-apa. Dia terlelap. Nyenyak sehingga tidak sedar kepalanya sudah terlentok dibahu Hizwan. Lelaki yang cuba dia jauhi itu dekat sahaja kesudahannya.
Hilman mengintai dari cermin pandang belakang. Lena sungguh Ain tidur di bahu Hizwan. Adiknya itu kelihatan kaku pula. barangkali terkejut menerima kehadiran kepala Ain secara tiba-tiba di bahunya. Hilman mahu ketawa. Namun ditahan nya sahaja. Bimbang Ain terjaga. Dan Hizwan terlepas peluang emasnya. Bukan senang Ain mahu melakukan sesuatu yang dia tidak gemari.
Hakimi, Mia dan Kak Pah sudah lena ditelan kepenatan. Tinggal Hilman bersendirian memandu. Mujur dia masih boleh menahan rasa mengantuk yang menyengat. Cukup berhati-hati. Mereka kini sudah memasuki daerah Melaka. Bandaraya Bersejarah. Lebih banyak tempat menarik yang akan mereka terokai. Lebih luas pengalaman yang akan mereka kutip selepas ini.
Menyempurnakan kembara ini bersama menyempurnakan hajat arwah papa yang mahu Ain dan Hizwan menjadi sebuah keluarga yang sempurna. Hilman berdoa. Perjalanan yang akan di lalui seterusnya akan mengeratkan lagi ikatan yang sudah sedia terjalin.

No comments:

Post a Comment