Thursday 29 December 2011

Bab 17

Keletihan menyebabkan Ain tidak menikmati permandangan disepanjang lebuh raya Utara Selatan. Dia lebih gemar tidur apatah lagi bahu Hizwan menjadi tempat kepalanya landing. Baik punya! Lena sampai ke Skudai.
Tahu –tahu sudah terperangkap dalam jem itu pun kerana kepanasan yang menyengat. Berpeluh dia walaupun aircond sudah ditahap maksima.
“ Dah bangun? Best tidur? Dua jam tidur lena sungguh. Tak sedar kan diri. Memang biasa ke Ain tidur mati macam ni. Bom jatuh pun tak dengar.”
Ain tersengih. Malu. Sesal kerana itu lah habitnya sejak dari zaman kecil. Bila dapat bantal dunia bukan lagi dia yang punya. Tidur lebih seronok dari bergembira.
Ain memandang persekitaran Pekan Skudai yang sangat sibuk. Kenderaan bertali arus.
“ Kata nak terus sahaja ke Mersing. Kenapa boleh ke Johor Bharu pula ni.”
“ Tukar plan. Hakimi nak jumpa kawan dekat JB ni.”
“ Kau nak jumpa sapa pula Kimi?” Hizwan bertanya.
“ Jumpa Hezril. Dia ada kat JB katanya dengan bakal tunangnya.”
“ Aik! Macam mana kau tahu dia ada tunang. Aku tak tahu ni.”
“ Entah mamat tu. Kawan kau juga kan Wan. Tau-tau nak bertunang. Katanya jumpa tak lama pun seminggu aje terus nak bertunang. Cinta pandang pertama lah konon.” Hakimi ketawa. Lucu benar agaknya.
Hezril? Macam pernah dengar sahaja nama itu. Tetapi dimana Ain terlupa pula.
“ Itu lah namanya cinta. Aneh. Sekejap sahaja ia datang macam tsunami melanda.”
“ Geli telinga Ain dengar bila seorang doctor bercakap pasal cinta-cinta ni. Tak kena langsung.”
“ Saya pun manusia Ain. Saya ada hati juga macam Ain. Cuba kalau Ain yang berkata begitu. Seorang penebar roti canai mengucapkan cinta kepada orang lain yang ditemui. Aneh ke kalau begitu. Manusia juga kan.”
“ Ain…” Hakimi memanggil nama Ain dengan nada yang agak perlahan. Tersekat-sekat.
“ Kenapa?”
“ Maaf sebab tak tahu HIzwan dan Ain sudah lama bersama. Itu pun abang yang bagitahu malam tadi sebab saya nampak Hizwan masuk dalam bilik Ain dan tak keluar-keluar sampai ke pagi. Maaf sebab tersalah sangka.”
Ha! Jadi semua orang sudah tahu. Hakimi nampak perbuatan Hizwan. Mujur Hilman bertindak cepat memberitahu kebenaran. Untuk apa mahu menyorokan lagi perkara yang sudah terang dan jelas.
“ Lepas ni abang ingat. Kena lah booking  3 bilik. Satu untuk kita berdua. Satu lagi untuk Mia dan Kak Pah. Satu lagi untuk Ain dan Hizwan.” Hilman melambak kan tawanya. Disambut Kak Pah dan Hizwan. Wajah Ain merah menahan malu.
“ Eh! Jangan membazir. Ain tak nak. Ain tetap nak share bilik dengan Mia. Kan Mia?”
“ Mia dengan Kak Pah berdua pun okey. Tak ada hal. Sekarang tak boleh lah lagi panggil Kak Ain kakak. Kena panggil Aunty. Masa bila pula Uncle Wan kahwin dengan Aunty Ain?”
“ Masa tu Mia kecil lagi.” Hilman memberitahu.
“ Kimi tak perasan pun Ain yang ini adalah Ain yang dulu suka pakai kain batik dan ikat rambut macam ekor kuda tu. Ain dulu tu memang Kimi tak suka langsung sebab comot tak cantik. Masa tu selalu Hizwan kena sindir sebab suka sangat berkawan dengan Ain. Bila papa suruh Hizwan kahwin dengan Ain memang Kimi ketawa sampai sakit perut. Tapi Hizwan diam sahaja. Memang taste engkau agaknya Wan sebab tu kau nampak kecantikan asli si Ain ni.”
“ Kau nak tahu kenapa aku terima usul papa dulu?” Hizwan memandang Ain dan menyambung.
“Sebab aku jatuh cinta pandang pertama.”
Ain terpinga-pinga. Hizwan jatuh cinta pandang pertama. Pada dia? Apa yang lelaki itu pandang pada dirinya ketika itu? Comot,hodoh. Tak tahu melawa. Maklum lah dia hanya seorang gadis kampung yang tidak pernah pun terfikir akan duduk dibandar besar seperti Kuala Lumpur. Jika bukan keran Hilman barangkali Ain masih menelan kepahitan menghadapi kerenah Lazim bekas bapa tirinya itu. Emak  yang melorong kan dia kepada Hilman dan keluarganya. Emak juga lah yang menyebabkan dia berada disisi mereka semua kini.
Sepatutnya sewaktu di Port Dickson Ain menziarahi pusara emak tetapi Ain tidak lakukan begitu. Bukan kerana dia tidak mengingati emak tetapi dia sesungguhnya tidak mahu menghampiri sejarah silamnya lagi. Mungkin suatu hari nanti dia akan kembali ke kampung halamannya. Ada urusan yang harus dia selesaikan.
Mereka mendaftar masuk di Eden Garden. Sebuah hotel terkemuka di JB. Meghadap ke Selat Melaka. Hilman menyerah satu kunci kepada Hizwan.
“ Ain kena share dengan Wan. Tak payah share lagi dengan Mia dan Kak Pah.”..
‘Aaaaa….” Ain baru sahaja mahu membuka mulutnya. Hilman menunjukan jari telunjuk isyarat menyuruh dia diam.
“ Hizwan kepunyaan Ain. Berdosa berpisah tempat tidur ni.”
Alamak! Ain mula tidak selesa. Ah! Bantai sahaja lah. Bukan rugi pun. Dapat pahala lagi. Senang dan mudah bagi seorang wanita jika mahu mencium surga. Taat kepada agamanya,taat kepada suaminya. Jika redha sang suami maka jaminan lah baginya surga. Insya allah.
Mereka meloloskan diri kedalam bilik masing-masing. Janggalnya bila terpaksa berkongsi bilik dengan lelaki. Semasa duduk bersama Farah dulu pun dia tidak pernah berkongsi dengan Farah. Malah Farah pun tidak pernah mahu tidur dibilik dia.
Ain menyelak kain langsir. Terang benderang. Dari jauh dia boleh melihat betapa sibuknya selat Melaka dengan kapal yang lalu lalang. Selat Melaka dizaman kemasyurannya tentu lah lebih sibuk daripada apa yang Ain lihat sekarang. Dari atas juga mata Ain terarah ke tingkat 3 dimana dia boleh melihat sebuah kolam renang yang agak penuh dengan pengunjung bermandi manda. Teringin pula dia mahu mandi. Dia tiba-tiba teringat kan Mia. Seronok juga jika dapat mandi diwaktu panas begini.
“ Tengok apa?” Hizwan berdiri dibelakang Ain dan turut sama meninjau kebawah.
“ Oh! Nak berenang?” Hizwan dapat meneka apa yang ada didalam fikiran Ain.
“ Pukul lima lah turun. Hezril pun ada disini dengan keluarga dan bakal tunangnya. Nanti janji jumpa dekat pool. Boleh lah Ain dengan Mia mandi sekali. Sebelum tu berehat aje lah dulu. Abang Hilman dah telefon room services pesan lunch. Lunch dalam bilik sahaja. Abang Hilman ada kerja pula.”
“ Ye ke? Tak apa lah Ain nak mandi. Nak solat dulu.”
“ Jemaah Ain. Ain mandi dulu.” Arahan dari seorang suami. Ain hilang didalam bilik air.
Pertama kali dalam hidup Ain berimam kan seorang lelaki bernama suami. Bahagia didalam hati tidak terluah. Dia masih tidak terbiasa dengan kehadiran Hizwan semuanya serba canggung. Makan berdua dia rasa pelik dan tidak selesa. Duduk berdua menonton juga dia rasa malu. Sudahnya Ain masuk kebilik dan tidur. Sebagaimana biasa Ain akan lena dan hanyut didalam mimpinya sendiri. Mimpi disiang hari.
Ain terjaga. Telinga nya dapat menangkap suara Hizwan sedang bercakap-cakap. Dia menelinga. Seperti sedang bergaduh sahaja.
“ I tahu you dah lama buat semua tu sendiri. I akan balik tolong you nanti. Bukan I tak balik.”
“ Eh! You tak payah lah nak ugut-ugut i. kalau you nak tarik diri terpulang pada you. I akan bayar balik modal you tu.”
“ I tak tahu lah apa yang dah menyampuk you tiba-tiba nak marah I bercuti. Ugut-ugut I .boleh tak kalau you tak berperangai macam budak-budak. I rimas lah.”
‘” Suka hati you lah.”
“ Hey! Jaga mulut you sikit. Jangan nak main tuduh-tuduh kalau you tak tahu apa-apa.”
Hp terus dicampak kan ketas katil. Nasib baik atas katil jika kelantai mahu pecah terus Samsung galaxy yang comel itu.
“ Sorry buat Ain terjaga”. Hizwan duduk dibirai katil.
“ Tak ada lah. Kenapa awak marah-marah. Siapa telefon?” sekadar menyibuk bertanya.
“ Tak ada apa lah Ain. Pasal kerja aje sikit.”
“ Kalau percutian ni menganggu kerja awak. Elok lah awak balik sahaja. Tak bagus lah kan bergaduh dengan rakan kongsi sebab awak nak bercuti. Cuti ni lain kali boleh sambung.”
“ Kalau saya balik. Saya tak akan balik sendiri. Tak apa Ain. Klinik tu saya yang punya. Tak ada siapa boleh arah-arah saya sesuka hati.”
“ Tak elok untuk bisnes kalau bersikap begini kan?”
“ Biarlah nanti selesailah. Pergi mandi. Dah masuk waktu asar dah pun ni. Lepas tu boleh kita ke Kolam Renang. Minum petang sekali dekat sana.”
@@@@@@@@@@@@@@
Ain menjengah kebilik Mia dah Kak Pah. Mereka sudah bersiap dengan pakaian renang. Lucu melihat Kak Pah berpakaian renang muslimah. Betul-betul mahu berenang Kak Pah.
“ Okey tak Ain?” Kak Pah berpusing-pusing dihadapan Ain.
“ Okey sangat Kak Pah. Cantik. Muda 10 tahun ni.”
“ Ada-ada aje Ain. Ain seorang sahaja. Mana cik hubby?”
“ Ada dekat bilik abang Hilman dia lah. Jom kita pergi. Nanti mereka turun kemudian.”
“Ain tak tunggu Hizwan ke?”
“ Tak lah Kak. Dia suruh turun dahulu. Biar lah kak mereka tu ada perbincangan adik beradik agaknya.”
“ Selesa tak berdua dengan dia.?” Kak Pah mengorek rahsia. Senyum-senyum.
“ Tak payah tanya lah Kak. Tak selesa langsung. Nak mandi susah. Nak makan malu. Nak tengok tv pun segan. Serba salah Ain. Sudahnya tidur.”
“ Tidur sekali?” Kak Pah ketawa. Sengaja mahu melihat reaksi Ain.
“ Ish! Kak Pah ni. Mula lah otak merewang kemana. Malukan orang aje. Dah dah..tak mahu cakap lagi. Geli nak dengar.”
Kak Pah ketawa sambil menekan perut. Suka benar dia melihat wajah Ain yang bertukar menjadi pink. Nasib baik bukan bertukar menjadi hijau.
Mereka ke kolam renang seperti yang dijanjikan. Si cilik Mia tidak bertangguh terus sahaja terjun kedalam kolam khas untuk kanak-kanak. Ain duduk sahaja memerhati sambil menanti Hilman dan adik-adik turun kebawah.
Ain leka memerhati Kak Pah dan Mia yang sedang riang bermain air. Dia menoleh apabila mendengar suara Hizwan yang galak ketawa. Macam pernah dia melihat lelaki yang sedang beriringan dengan Hizwan dan Hakimi. Dan Ain bertambah terkejut apabila dibelakang mereka dia melihat Farah. Apa Farah buat disini?
Ain yang terkejut melihat Farah bingkas bangun dan mendapatkan sahabatnya itu. Farah juga seperti Ain. Dia tidak menyangka boleh bertemu Ain di Bandar ini.
“Farah,Hezril aku kenal kan Nur Ain Amani. My Lovely wife” Kata kata Hizwan menyebabkan Farah bertambah terkejut.
Biar benar. Bila pula sahabat serumahnya itu berkahwin? Farah memandang Ain dengan wajah yang berkerut seribu. Meminta pengertian. Ada banyak perkara yang dia mahu tahu.
“ Ain? Bukan kah ini Ain yang memandu Kelisa pink seragam dengan bajunya juga.Ain yang saya langgar dekat Batu Caves tu kan? Hezril segera sahaja mengingati wajah gadis yang pernah dilanggarnya.
“ Suprise ni Wan. Hari tu tak pula kau cakap kau dah kahwin. Alih-alih hari ni dah kahwin dengan Ain pula. apa cerita yang aku tak tahu ni? Beribu soalan ni kau kena jawab.”
“ Ain? Apa yang aku tak tahu ni? Apa cerita sebenar ni? Sejak bila pula kau kahwin?” Farah bertubi-tubi bertanya.
“ Empat tahun kita serumah tak pernah kau kata kau dah kahwin pun.”
Mati lah mahu menjawab banyak soalan. Rahsia sudah terbuka. Bagaimana dia mahu bercerita. Hizwan! Elok kalau awak yang bagitahu hal sebenar. Ain menjerit didalam hati. Matanya terarah kepada Hizwan seolah meminta simpati. Tolong perjelaskan dengan jelas dan terang.
Ain menarik tangan Farah agak jauh dari Hizwan dan Hezril. Sahabatnya itu berhak tahu sekarang apa yang selama ini dia diamkan.
“ Maaf kan aku Farah sebab tidk memberitahu kau akan kedudukan aku sebab masa tu aku tak pasti samaada aku akan bersama dia atau tidak. Aku tak yakin pun rumahtangga yang aku bina akan berkekalan.”
“ Jadi kau sudah menjadi isteri orang sejak empat tahun lepas tanpa pengetahuan aku. Ain..kenapa kau merahsiakan semuanya?”
“ Aku ada sebab mengapa aku rahsiakan semuanya. Aku tak akan bercerita mengapa dan kenapa. ada banyak benda yang harus aku selesaikan dahulu. Kan kau dah cakap dengan kau. suatu hari nanti aku akan cerita kan juga pada kau.”
“ Kenapa nak tunggu lagi Ain. Cerita lah sekarang. Aku nak sangat tahu kisah kau ni.’
Ain hanya tersenyum. Tidak! belum masanya untuk dia bercerita.
“ Yang kau ni. Tiba-tiba nak bertunang. Ini pilihan kau atau pilihan mak kau.”  Ain sengaja menukar topic perbualan. Buat masa sekarang dia tidak mahu bercerita apa-apa.
“ Pilihan mak aku.”
“ Hai! Dulu beriya-iya kau tak nak dengan pilihan mak kau. sekarang apa sudah jadi pula.”
“ Entah. Cinta pandang pertama lah agaknya Ain.” Farah malu-malu. Teringat dia bagaimana dia menangis sakan tidak mahu berkahwin dengan pilihan maknya dahulu.
Ain ketawa. Teringat dia bagaimana syahdunya Farah bila dipaksa berkahwin dengan pilihan mak nya. Itu dulu sebelum bertemu dengan bakal suami. Bila sudah bertemu boleh pula ada cinta pandang pertama.
“ Jangan lah gelak kan aku Ain. Malu lah nak ingat lagi peristiwa airmata tu. Betul kata kau tak kenal maka tak cinta. Bila dah kenal terus jatuh cinta. Macam mana pula Hezril boleh kenal kau?”
“ Dia langgar aku dulu. Aku tak cerita dengan kau sebab tak penting pun. Mana pula aku tahu dia ni ‘cinta pandang pertama’ kau.” Ain sengaja menekan kan ayat cinta pandang pertama. Sengaja mengusik Farah.
“ Baguslah kalau bakal suami aku memang bersahabat baik dengan suami kau. patut lah kau tak pandang lelaki lain ye Ain. Dia memang kacak bergaya. Patut lah kau mewah selama ini,menantu dato rupanya. Maafkan aku Ain sebab aku pernah beranggapan kau ditaja sebagai perempuan simpanan.”
“ Kau pernah fikir macam tu ke ?”
“ Yup! Yelah kau tebar roti hari-hari. Ada kereta,baju berjenama,ada rumah. Tak mustahul kalau aku terfikir begitukan?”
“ Betul lah tu Farah. Aku ditaja. Ditaja oleh abang ipar.”
“ Kau okey Ain. Bahagia setakat hari ini?”
“ Setakat hari ini….” Ain berhenti dan memandang Hizwan yang rancak berbual dengan Hezril dah Hakimi.
“ Bahagia sahaja Farah. Doa kan ia akan sentiasa bahagia.”
Ain memang harap begitu. Nurain Amani dan Hizwan patut mengecapi kebahagian itu saat ini tetapi adakah dia akan berbahagia esok atau lusa. Bunga-bunga musibah sudah dapat dihidu Ain. Pasti Liza tak akan berhenti sebagaimana di atidak pernah berhenti menanti Hizwan didalam hidupnya.
Liza si penyibuk cinta. Si perigi yang mencari timba sedangkan timba tidak sudi mencedok air diperiginya.
Liza yang dirasuk cinta sedangkan Hizwan dibuai rasa bersama Ain. Ain yang pasrah jika takdir jodohnya terduga dan diduga. Dia sedia apa sahaja namun entah dia tabah dan akan bersabar dengan dugaan yang akan mendatang.
Liza kenapa engkau menjadi seperti tikus yang suka merosak rumah orang!

No comments:

Post a Comment