Monday 5 December 2011

Bab enam

Ain memasang telinga dari dalam biliknya. Satu-satu butir bicara antara mak dan pakciknya didengari. Sekejap perlahan sekejap kedengaran pakcik memarahi mak.
“Apa yang kaklong buat tu?” Terkejut Ain di sergah Fatimah. Satu-satunya adik yang dia ada.
“Ish! Fetty ni terkejut kaklong.” Ain mengurut dada.
“Kaklong buat apa. Terhendap-hendap.” Ain meletak kan jari telunjuknya kebibir. Isyarat menyuruh adiknya diam. Bekas kuih yang sudah kosong Ain letak kan ketanah. Berhati-hati dia memasang telinga.
“Saya tak nak awak buat sesuka hati awak. Ain tu walaupun bukan anak awak. Dia anak saya.” Ain mendengar namanya disebut. Sudah diagaknya pasti emak bergaduh sebab dia lagi.
“Aku bukan tak suka Ain tu. Aku nak duit. Aku nak selesaikan hutang aku.”
“Salah awak. Siapa suruh awak berjudi. Lepas tu meminjam sana sini. Tergamak awak nak jual anak saya pula.”
“Aku bukan nak jual dia. Aku nak dia ikut orang kaya dari Bandar tu aje. Jadi orang gaji orang tu. Bukan aku jual dekat bapa ayam anak kau tu.”
“Mana awak tahu lelaki tu bukan bapa ayam. Ain anak saya. Saya tak izinkan. Awak bunuh saya pun saya tak akan serahkan anak saya pada orang.”
“Argh! Habis kau suka lah aku ni mati kena bunuh. Kau suka lah kan. Boleh kau menggatal dengan mana-mana jantan.’
“Ya Allah! Awak ni kenapa ha..”
“ Kau memang suka aku mati Mimah. Tak apa kalau aku mati. Hidup kau tentu senang nantikan. Aku ni menyusah kan sahaja.”
“Sedar pun diri awak. Saya tak mahu awak buat begitu pada anak saya. Saya tak mahu anak saya jauh dari saya. Ain tu perempuan. Dia tak sepatutnya jauh dari kita.”
‘Kaklong…” Fatimah berbisik.
Ain cepat-cepat menarik tangan adiknya jauh sedikit dari bilik emak dan pakciknya.
“Apa abah cuba buat ni kaklong?” Fatimah merasa sebak. Sungguh pun Ain bukan sebapa dengannya. Ain tetap kakak yang dia sangat sayangi.
“Entah lah Fetty. Kaklong tak tahu. Entah apa lagi yang abah Fetty cuba lakukan. Dia nak jual kaklong kot.”
Ain melepaskan satu keluhan berat. Dari dulu hingga sekarang dia bukan lah terbaik pada pakciknya itu. Sebagai anak Ain teringin sangat mahu merasai kasih seorang ayah. Ain suka sangat jika Pakcik Lazim itu suka menjadi ayah kepadanya tetapi Ain tidak tahu mengapa sukar benar Lazim mahu menyayangi dirinya. Dari kecil dia tidak tahu ertinya kasih bapa. Dia lah anak yang paling gembira bila emaknya mahu berkahwin setelah sekian lama menjanda. Sejak ayah kandung Ain menceraikan emaknya,ayahnya terus hilang begitu sahaja. Entah kemana ayahnya itu. Ain sendiri sudah lupa bagaimana emak dan ayahnya boleh berpisah. Dia terlalu kecil waktu itu.
Kenapa Lazim tidak pernah suka kan Ain. Buruk sangat kah Ain dimata Lazim bapa tirinya itu.
“Kaklong kena lari. Kaklong jangan lah tunggu sampai ayah jual Kaklong pula.” Fatimah tiba-tiba sahaja memberi cadangan.
“ Fetty suka Kaklong lari dari rumah?” Ain bertanya. dia memandang tepat kemata Fatimah. Mencari kepastian disitu.
“Tak suka tapi kalau betul lah apa yang kita dengar. Itu sangat tidak bagus. Kita kenal ayah kita kak. Tahi judi. Orang kalau dah terdesak apa pun dia boleh buat kan.”
“Hurm..tak terlintas diakal Kaklong nak lari. Tak apa lah Fetty kita dengar dulu apa kata mak.”
“ Kaklong mahu ke Bandar tu ke? Jadi orang gaji kalau betul lah kata ayah tu. Kalau jadi orang gaji mungkin tak apa. Kalau kena jual..tak pasal-pasal Kaklong duduk dekat lorong belakang tu.”
“Entah lah Fetty. Minta dijauhkan segalanya yang buruk-buruk.”
Ain meletak kan bekas kuih yang diambilnya dikedai tadi kedalam singki. Ain melihat emaknya duduk termenung dijendela dapur.
“Mak..” Ain memanggil. Hamimah menoleh. Wajah Ain yang putih bersih ditatapnya.
“Mak..Kenapa pakcik Lazim tak suka sangat dengan Ain ni.” Ain bertanya.
Hamimah menangis. Kesian Ain. Kesian anaknya. Menjadi mangsa keadaan yang dia sendiri lakarkan. Kalau lah dia tahu Lazim begitu. Mati hidup semula pun dia tidak mahu bersuamikan lelaki seperti Lazim. Janji Lazim mahu menjaga dia dan Ain seperti diangin lalu sahaja. Dia telah tertipu dengan janji seorang lelaki. Lazim kejam pada Ain.
“Ain..ni. ambik” Hamimah menghulurkan secebis kertas pada Ain.
“Apa ni mak?” Ain memandang kertas yang telah bertukar tangan. Tercatat nombor diatasnya.
“Ain. Mak sayang Ain. Mak tak mahu hidup Ain lebih susah bila bersama mak.”
Ain menatap wajah emaknya. Kosong.
“Ain pergi jumpa orang ni. Dia mungkin boleh membantu.”
“Siapa ni mak?”…Ain bertanya.
“Pergilah. Mungkin ini sahaja jalan yang mak ada. Dari Ain jadi mangsa Pakcik kamu tu. Mak tak mahu Ain pergi kepada orang yang mak tak kenal hati budinya.”
“Mak pun nak serahkan Ain pada orang yang Ain tak kenal ke?”
“Bukan begitu Ain. Mak kenal dia ni. Mak tahu dia pasti akan membantu Ain. Kata kan sahaja mak hantar Ain. Dia akan faham. Dia akan jaga Ain. Mak tahu.”
“Siapa dia ni mak?” Ain bertanya lagi.
“Ain akan tahu. Mak Cuma nak Ain pergi sahaja.”
“Mak tak sayang Ain ke mak?”
Hamimah membiarkan pertanyaan Ain begitu sahaja. Hatinya bagai dipulas-pulas.
Ain termenung didalam bilik. Nombor dan alamat yang tertera diatas kertas pemberian emaknya dipandang sepi. Kenapa harus begini? Kesian emak. Sentiasa disogok dengan pelbagai masalah. Belum pun selesai hutang yang lain yang baru sudah datang menempel dibenak emak. Kalau lah dia kaya tentulah dia akan membantu emaknya itu keluar dari kemiskinan. Hakikatnya mereka bukanlah miskin seperti yang dirasakan sekarang Cuma sikap pakcik Lazim yang keterlaluan itu menyebabkan mereka dihimpit permasalahan yang tidak pernah selesai. Entah ada apa dalam otak situa bangka tak sedar diri itu. Ain sudah naik menyampah dengan Lazim. Huh! Memang tak layak dihormati.
Mahu atau tidak Ain terpaksa juga menurut kehendak emak.
“Cuba dulu. Mungkin benar lelaki ini mampu menolong. Mungkin emak sudah kenal hatibudinya.” Tekad Ain. Esok dia akan bertemu lelaki itu demi emak.
@@@@@@@@@@
Ain meninjau-ninjau. Sudah lima belas minit dia tercatuk dihadapan lobi Admiral Cove ini. Kata lelaki itu dia akan turun bertemu Ain dilobi. Namun sampai sekarang tidak kelihatan lagi. Ain memilih deretan kerusi diluar lobi berhampiran dermaga. Ain memandang kelaut lepas. Bebas sahaja rasanya. Kelihatan beberapa buah kapal layar keluar dan masuk ke dermaga. Kalau lah dia ikan pasti dia sudah berenang jauh dari kedukaan hidupnya. Apakan daya dia manusia yang dijadikan Allah untuk menerima segala dugaan dan cubaan. Dia hanya perlu bersabar. Namun tegakah dia apabila terpaksa memperjudikan nasibnya sebegini rupa.
Ain mengira-ngira didalam hati minit-minit yang telah berlalu. Janji sudah pun dilewati. Alahai! Janji nak jumpa pukul empat petang. Ini sudah 4.20 minit petang. Mana dia? Ain memandang sekeliling. Ramai sangat orang. Manalah dia kenal lelaki itu. Emak sahaja yang mengenalinya. Haruskah dia menelefon lagi?
“Assalamualaikum..” Ain yang asyik memandang kearah laut sedikit terkejut. Namun salam itu dijawabnya perlahan. Ain berpaling.
Ain memandang lelaki dihadapannya. Masih muda. Salah sangkaannya. Dia ingat lelaki yang dikenali emaknya ini sebaya sahaja dengan emak. Senang sedikit lah dia mahu berbual dengan lelaki ini.
“Ain ye?” Ain mengangguk tiba-tiba dia kehilangan kata. Wajahnya memerah.
“Kita duduk dekat tepi kolam tu ye. Senang sikit nak berbual.”
Ain menurut sahaja. Dia mengekori lelaki itu. Dari belakang Ain sempat memerhati. Serba hitam! T-shirt hitam. Seluar hitam..kasut hitam. Aduh! Hitam segala. Macam burung gagak sedang berjalan-jalan. Sempat Ain mengumpat. Hitam pun lelaki itu pakai segala yang berjenama. Dia? Made in Pasar Malam sahaja.
“ Dimana nak saya mula kan dulu ye Ain? Owh ye lupa pula. saya Hilman.”
“ Emak meminta saya berjumpa encik. Katanya encik mungkin boleh membantu.” Ain berterus terang.
“Makcik Mimah. Emak Ain tu baik sangat orangnya. Selama saya berulang-alik kesini dia yang tolong saya jaga Mia. Terpaksa bawa dia sementara tiada pengasuh ni.”
“Mia..?”
“Anak saya.” Oh! Sudah berkahwin rupanya.
Di sebalik kacamata hitamnya Hilman memerhati seraut wajah Ain. Bersih tanpa palitan kosmetik. Mulus sahaja. Ada iras makcik Mimah.
“Macam ni lah Ain. Makcik kata Ain perlukan kerja. Saya pula perlukan pembantu untuk menolong saya menguruskan Mia. Mia baru empat tahun sahaja. Saya belum ada pengasuh buat masa sekarang. Kalau Ain mahu saya akan bawa Ain pulang ke Kuala Lumpur lusa.” Hilman terus sahaja kepada tujuan asalnya. Memang dia yang meminta Makcik Mimah mencari pembantu. Tidak pula dia sangka anaknya pula yang dihantar kepadanya.
“Ain tak kisah tapi lusa tu macam cepat sahaja. Boleh tak minggu depan sahaja. Sebab Ain kena uruskan beberapa perkara dahulu sebelum pergi bekerja.” Ain memohon.
“Lagi cepat lagi bagus sebab adik saya pun lagi dua minggu dah nak balik ke kolej dia. Kesian pula anak saya tu nanti terpaksa ikut saya kesini.” Hilam sebenarnya tidak gemar membawa Mia. Susah benar dia mahu sesuai kan diri dengan anak dara kecilnya itu. Susah mahu menjalin kemesraan denga Mia.
“Insya allah saya cuba. Terima kasih encik sebab mahu menolong saya dan mak saya.”
@@@@@@@@@@@@
Hilman merenung kegelapan malam dari balkoni biliknya. Dari jauh dia boleh melihat kerlipan lampu dari kapal-kapal kecil yang jauh ditengah laut. Terlalu jauh sebagaimana dia yang sudah terlalu jauh mengembara dan hanyut dengan laranya sendiri. Rindunya mmengebu. Rindu pada arwah isteri yang sudah lama meniti perjalanan abadinya. Bagi Hilman Roshany terlalu istimewa untuk dilupakan cintanya walaupun mereka hanya sempat menyulam cinta itu selama setahun sahaja. Allah lebih sayangkan Roshany. Mia ditinggalkan sebagai pengganti.  Empat tahun sudah berlalu. Mia juga sudah berusia empat tahun. Bukan dia tidak sayang anaknya itu. Entah mengapa raut wajah Mia membuatkan dia hidup dalam kepompongnya sendiri. Dibayangi wajah Roshany setiap hari sedangkan hatinya berperang mahu melupakan isterinya itu. Naluri lelakinya mahu seseorang sebagai penganti yang boleh mengisi ruang dan waktunya senggangnya. Namun bagaimana jika setiap kali memandang Mia setiap kali hatinya terikat kepada Roshany. Sedangkan isterinya itu telah tiada. Kerana itu dia sentiasa menyibuk kan diri. Dia tidak peduli anaknya itu. Hanya beberapa minggu ini dia terpaksa membawa Mia mengikutnya bekerja kerana pembantu rumahnya telah pulang kekampung untuk tempoh yang agak lama. Mujur ada makcik Mimah yang sudi membantu. Makcik yang ditemui disebuah gerai menjual kuih beberapa minggu yang lalu.
Wajah Ain tiba-tiba singgah dimindanya. Naif sangat nampaknya gadis itu. Seperti mempunyai banyak masalah yang tidak terjangkau. Entah apa yang ada didalam hati gadis itu.
Telefon bimbit Hilman berbunyi. Pecah lamunannya bertebaran.
‘Encik… ’ Hilman mendengar satu suara yang agak asing dipendengaran nya. Belum pun sempat dia menjawab gadis yang berada dihujung talian bersuara laju.
‘Tolong saya. Saya ada dibawah.” Talian terus terputus.
Hilman segera dapat mengecam suara tersebut.  Kenapa dengan dia. Masalah apa yang membawa dia kemari sekali lagi.
Hilman mencapai dompet dan kunci keretanya diatas meja. Tergesa-gesa dia turun kelobi. Kenapa agaknya. Hilman tertanya-tanya didalam hati.
Sampai dilobi sekali lagi Hilman mencari wajah yang baru sahaja dia temui pagi tadi. Puas dia memandang kesana kemari. Dimana? Sudahnya Hilman memutuskan mahu ke tempat letak kereta. Barangkali gadis itu disana.
Benar! Ain kelihatan duduk diatas tembok. Wajahnya kusam. Jelas dipenglihatan Hilman. Kaki Ain kosong tidak berkasut. Hilam kehairanan. Kenapa dengan Ain. Musibah apa yang melanda.
“Ain…?” Hilma segera mendapat kan Ain yang kelesuan.
“Encik…” Ada getar pada suaranya. Ain menangis. Dia sudah tidak mampu berkata apa-apa lagi.
Hilman serba-salah. Tidak tahu memujuk. Tidak tahu mahu melakukan kan apa. Dia tidak kenal Ain melainkan baru hari ini sahaja. Mahu diapakan Ain yang sedang  menangis. Sudahnya Hilman membiarkan sendu tangis Ain berhenti sendiri.
Agak lama Ain berdiam diri.
“Ain kenapa?” Hilman cuba bertanya setelah tangis Ain reda.
“Maaf encik..Lusa saya akan ikut encik balik ke Kuala Lumpur.” Ain berkata tanpa memandang wajah Hilman.
“Kenapa? Bukan kah Ain kata ada perkara yang Ain nak selesaikan dahulu baru mahu mengikut saya.”
“Dah tak ada apa yang boleh diselesaikan lagi encik. Semuanya dah selesai.”
“Cepatnya”…
“Lagi cepat lagi bagus. Orang tua tu memang jahanam. Memang sengaja nak punahkan hidup saya.” Ain kembali menangis.
“Orang tua? Siapa? Apa dah jadi sebenarnya ni Ain.” Hilman duduk disebelah Ain diatas tembok. Dia mahu tahu apa yang telah terjadi kepada Ain sehingga datang kepadanya dengan berkaki ayam sahaja.
“Lazim..suami mak yang tak guna tu.”..Hilman terpingga-pingga. Suami mak? Suami makcik Mimah? Tentulah itu ayah Ain.
“Bapak tiri jahat. Tak guna. Saya benci dia. Dia hampir memusnah kan hidup saya. Sebab tu saya lari.”
Airmata Ain terus mengalir laju. Teringat dia peristiwa sebentar tadi.
“Kau ingat aku tak nampak kau jumpa jantan dekat hotel tu. Apa kau buat ha..? jual badan kau.?”
‘Apa pakcik cakap ni. Jual badan apa?” Ain cuba menyangkal kata-kata bapa tirinya itu.
“Kau jangan nak berlakon dengan aku. Aku tahu apa kerja kau tu. Dah kau jual badan kau tentu kau banyak duit”
“Duit apa pakcik? Ain tak buat kerja haram tu.”
Lazim tidak lagi peduli. Dia semakin mengila. Rayuan Ain tidak didengarinya lagi. Merayu supaya berhenti mencari. Hamimah yang mendengar bunyi bising-bising turut menjadi mangsa. Ain dibelasah. Ain di lemparkan dengan kata-kata jelek. Kata-kata yang Ain tidak sanggup dengari. Kerana duit Lazim menjadi binatang. Kerana judi Lazim hilang kewarasan.
“Dia kata saya pelacur. Dia kata saya jual maruah saya encik.” Airmata Ain bercucuran.
Hilman kematian kata-kata. Kasihan Ain. Tidak dia sangka Ain seperti itu nasibnya. Dia ingat hanya mak tiri sahaja yang selalu dikatakan terlalu garang dan jahat. Bapa tiri juga begitu. Seribu rasa simpati melimpah buat gadis itu.
Hilman harus membantu. Dia nekad. Ain harus ditolong.

2 comments: