Wednesday 30 November 2011

Bab Empat

Hezril memandang motosikal kesayangannya yang terparking elok disudut garaj. Bersebelahan dengan BMW 5 series miliknya. Teringin saja dia mahu menunggang Honda CBR 1000cc nya itu di atas jalaraya. Sejak kemalangan tahun lepas dia dilarang keras menunggang motosikal tersebut. Walaupun dia tidak mengalami kecederaan yang serius mama dan papanya melarang keras dia mengusik motosikal itu. Atas alasan dia telalu gelojoh di jalanraya. Gelojoh! Istilah yang sangat sesuai bagi menggantikan perkataan merempit.
Rindu sangat dia dengan buah hati kesayangannya. Hari ini memang dia mengambil kesempatan diatas kesibukan papa dan mamanya. Dia nekad menunggang CBR kesayangannya. Dapat dekat-dekatpun jadilah. Asal dia puas hati melepaskan gian menunggang “awek cun” yang elok megah didalam garaj.
Seronok rasanya dapat menunggang kembali setelah hampir enam bulan berehat. Sengaja dia menghala ke arah Selayang. Dia bercadang mahu melayan coner kambing yang sangat terkenal dikalangan mat rempit disekitar Kuala Lumpur. Dia menghala ke Hulu Yam. Menunggang motosikal berkuasa tinggi itu dengan tenang.
“Huh!Jem lah pula Batu Caves ni”. Hezril mengintai ruang mahu mencelah diantara kereta-kereta yang bersusun diatas bulatan Batu Caves. Sayangnya tiada ruang untuk dia mencelah. Ini lah ruginya memiliki motosikal berkuasa tinggi begini. Tidak boleh mencelah seperti motosikal biasa. Terpaksa juga dia menunggu. Panas membahang. Sudahlah suitnya serba hitam. Bukan boleh memantulkan haba menyerap lagi adalah. Hezril berpeluh didalam pakaian hitamnya. Dia mengeluh.
Lampu merah bertukar hijau. Hezril menukar gear dan memecut belum pun sempat dia menukar gear,sebuah kereta Kelisa tiba-tiba muncul dari arah Kepong menghala ke Selayang. Hezril terkejut. Dia tidak dapat mengawal motosikalnya. Sebaik boleh dia cuba mengelak dari melanggar kereta itu. Namun dia gagal. Hezril terjatuh dan terseret. Mujur dia tidak laju sangat disebabkan kesesakan.
Ain terkejut. Entah dari mana motosikal besar itu datang terus menghentam sisi kereta Kelisa pinknya. Ain segera memberhentikan keretanya ditepi jalan. Lekas-lekas dia turun. Ain mendapatkan lelaki yang sudah terduduk diatas jalan raya. Beberapa buah kereta turut berhenti membantu lelaki itu.
“Encik tak apa-apa?” Ain bertanya. Wajah bertukar menjadi pucat. Dia risau jika lelaki itu cedera parah. Sudah tentu dia akan dipersalahkan. Namun Ain lega bila lelaki itu bangun dan mengibas pasir yang melekat dibajunya.
“Brother motor ni tak boleh bergerak ni handle bengkok.” Salah seorang lelaki yang membantu mengalihkan motosikal lelaki itu bersuara.
Ain dan lelaki itu sama-sama memadang kearah motosikal berkuasa besar itu. Lelaki itu membelek motosikalnya seketika sebelum menelefon seseorang. Nampak sangat lelaki ini lebih sayangkan motosikalnya dari membelek diri melihat jika ada kecederaan ditubuhnya. Ain mengelengkan kepala. Tidak faham sikap sesetengah manusia yang lebih sayangkan harta dari diri sendiri.
Ain tidak mahu menunggu lebih lama disitu. Panas membahang membakar kulitnya.
“Encik ada kecederaan ke? Boleh saya tolong hantar ke hospital” Ain terus sahaja bertanya.
Lelaki itu menanggalkan helmet fullfacenya yang sedari tadi tidak ditanggalkannya. Tidak kah dia rimas membiarkan muka tersepit di dalam helmet itu. Ain hanya bertanya didalam hati.
“Macam mana awak bawa kereta?”
“Macam mana apa encik. Betullah saya nak ke Selayang. Saya tak ambik site lebih pun kan. Encik yang “melayan” corner ni tadi. Encik ingat saya tak nampakkah?”
Hezril terdiam. Memang betul dia yang terlebih tadi. Mungkin kerana kepanasan yang mengigit kulitnya menyebabkan dia sekali lagi tidak berhati-hati. Kalau mama dan papa tahu gerenti aweknya ini akan terjual. Aduh! Macam mana dia mahu menyorokan kemalangan ini dari pengetahuan mama dan papanya.
“Awak cedera ke tak? Kalau cedera saya hantar ke Hospital.”
‘Tak apa saya okey tapi motosikal saya ni nak kena naik lori. Saya nak minta tolong awak sikit boleh?”
Dalam keadaan darurat begini otaknya kena cekap berfikir. Apa salahnya dia meminta tolong dari gadis ini.
“Saya dah telefon kawan saya. Sekejap lagi dia sampai. Saya nak minta tolong awak hantar saya balik kerumah sahaja boleh?”
Ain berfikir-fikir. Selepas ini dia lapang sahaja. Cuma sedikit penat . Kalau rumah lelaki ini disekitar sini apasalahnya dia menghantar.
“Rumah awak di mana?” Ain bertanya.
“Gombak. Boleh kah tolong hantar?”
Ain mengangguk. Sementara mahu menunggu kawan lelaki ini datang dengan lorinya Ain menunggu didalam kereta. Tidak sanggup dia berdiri ditengah panas yang perit membahang. Lelaki itu dibiarkan sahaja berdiri disisi motorsikalnya.
Setengah jam kemudian kawan lelaki itu datang dengan lorinya. Mereka berempat mengangkat motosikal tersebut naik keatas lori. Setelah selesai lelaki itu masuk kedalam kereta Ain dan Ain pun memandu menghala kearah Gombak.
‘Terima kasih Cik…”
“Ain..”
“Ya cik Ain ,terima kasih membantu. Saya Hezril. Panggil sahaja Aril”
Aril? Macam cerita cinta Elysa pula. Tak jumpa Aril botak, jumpa Aril macho ni pun okey juga. Nakal Ain tiba-tiba menjelma. Spontan dia tersenyum.
“Kenapa Cik Ain senyum?” Hezril dapat melihat seulas senyuman terukir dibibir gadis itu. Wajah gadis disebelahnya direnung. Unik! Wajahnya kelihatan bertukar menjadi pink. Terutamanya dibahagian pipi. Bibirnya juga berwarna pink. Hezril pasti bibir pink itu tidak disapu gincu secalit pun. Wajah Ain wajah asli. Tiada calitan makeup walaupun sedikit.
“Tak ada apalah. Teringat Aril cinta Elysa” Ain tersenyum.
“Owh! Macam mama saya suka sangat dengan Aril tu tapi tak suka dengan Aril yang ini.” Hezril ketawa.
“Boleh tak awak tolong saya. Kalau mama saya bertanya apa-apa boleh tak awak kata motosikal saya rosak sahaja. Tak payah cerita yang saya kemalangan.” Hezril memohon sedikit bantuan Ain. Dia pasti sangat mamanya pasti akan bertanya itu ini. Apatah lagi jika melihat Hezril pulang tanpa motosikal kesayangannya itu.
“Encik Aril tidak memandu dengan berhemah. Kenapa saya mesti membohongi orang tua Encik? Kenapa saya perlu melindungi encik. Saya kenal encik pun tidak.” Ain sudah mula merasa tidak selesa. Memang pantang dia berbohong. Pada Ain tidak ada istilah bohong menolong atau bohong sunat. Kalau dah berbohong jawapnya memang sengaja menempah neraka.
“Saya tak mahu mereka bising sebab kembali menunggang selepas kemalangan beberapa bulan lepas.”
“Kalau dah tahu mereka tidak suka mengapa buat? Bukan kah melawan kata ibu bapa ini pasti akan ada natijahnya.Encik Aril tidak sedarkah sekarang ini encik sedang menerima akibat dari perbuatan encik sendiri.”
“Okey!okey!..Tak payah jadi ustazah. Saya tanggung sendiri.”
Hezril terus diam. Perhatiannya tertumpah keatas jalan raya. Jem dimana-mana. Nasib baik bukan dia yang memandu. Dia menjeling gadis disebelahnya. Semuanya berwarna pink. Dari kepala sampai lah kekaki. Semuanya warna yang sama. Gadis ini kelihatan sangat tenang. Wajahnya bersahaja.putih bersih,sedikit kemerahan. Jika diperhatikan wajahnya sedikit berwarna pink. Aduhai! Agaknya dia ni memang peminat tegar warna pink. Hezril hanya berkata didalam hati. Mahu saja dia bertanya mengapa gadis ini memakai semuanya berwarna pink. Lansung tiada ton warna. Tetapi dia tidak pula digelar kurang ajar atau tiada adap sopan. Huh! Biarlah janji dia sampai kerumah.
“Cik Ain berhenti dekat rumah tu ye.” Hezril menunjukan rumah berwarna coklat bertiang tinggi kepada Ain.
“Dah sampai?” Ain bertanya.
“Dah. Singgah dulu?” Hezril mempelawa sekadar menjaga adab susila. Nanti dikatakan tidak pandai membalas budi pula.
“Tak apalah saya dah lambat.” Ain menolak baik-baik.
Tanpa menunggu Hezril mengucap kan terima kasih Ain lantas sahaja berlalu. Tidak perlulah menunggu orang mengucapkan terima kasih diatas budi yang sedikit. Lagipun salah Ain juga.
Sampai sahaja dirumah Ain melihat kereta Farah tiada digaraj. Keluar barangkali. Dia mengeluarkan tepung yang dibelinya tadi. Esok Isnin. Dia sudah mula berniaga kembali. Setelah meletak kan barang di dapur Ain melangkah kebilik. Mahu mandi dan menunaikan solat zohor yang sudah hampir ke penghujungnya.
@@@@@
Ain menarik nafas lega. Selepas asar tadi dia mula duduk didapur dan membancuh tepung untuk untuk dibuat doh roti canai. Seorang sahaja dia menguli tepung . selalu nya jika Farah ada dia lah yang rajin menolong. Sudah hampir waktu maghrib bayang Farah pun tidak kelihatan. Entah kemanalah dia pergi. Telefon pun tidak memberitahu dia lewat atau ada masalah dijalan. Ah! Mungkin sekejap lagi dia akan menelefon. Ain berkata sendiri. Dia sudah pun siap menguli doh roti dan sudah siap dibentukkan bulat-bulat. Dia mahu mandi dan bersiap untuk solat sebelum dia pergi ke rumah Mia.
Ain terdengar telefon bimbitnya berbunyi. Ada masej masuk. Lantas dia mencapai telefonnya di atas meja.
Ain,aku balik kampung. Ada kecemasan. Kau tak payah lah tunggu. Mungkin lusa baru aku balik.
Hurm! Tidak berteman lah aku malam ni. Gumam Ain didalam hati. Malas mahu melayan rasa sunyi yang bertandang tiba-tiba. Ain segera bersiap. Dia mahu ke Bukit Antarabangsa. Cepat pergi,cepat siap,cepat dia balik. Dia tidak mahu berlengah-lengah lagi takut akan terjadi peristiwa seperti semalam.
Tahu juga dia takut. Siapa yang tidak takut. Mendengar perkataan itu sahaja sudah membuat bulu romanya merinding. Apatah lagi jika benar-benar bertemu dengan kawan yang tidak dikehendaki itu. Mahu dia pengsan disitu juga. Kalau membawa kereta barangkali dia sudah terjunam kegaung di perbukitan itu. Nasibnya baik semalam. Tidak terbabas. Jika tidak mungkin hari ini orang sedang membaca talkin untuknya.
Sampai sahaja di rumah Hilman Mia sudah siap menanti. Dia bukan bersendirian, Mia sudah ada bodyguard! Alahai! Ini yang Ain tidak suka. Susah lah dia mahu mengajar jika begini. Tidak selesa.
“Hai! Ain awak lambat,jadi saya ambil alih dulu tugas awak tolong Mia. Kenapa lambat? Jumpa hantu lagi?”
‘Ish! Awak ni Encik Hakimi. Mulut macam longkang. Jangan nak menakutkan saya pula. Saya terlambat sebab saya lambatlah. Bukan jumpa hantu ke jumpa apa ke?”
Selamba sahaja Ain menjawab. Sesuka hati dia nak menyebut aka menyeru benda-benda macam tu. Nanti dia juga yang susah. Susah sebab takut nak balik.
“Aik! Takut?”…Hakimi ketawa. Cepat sahaja dia dapat menangkap perubahan wajah Ain.
“Comel…” Hakimi menguis hidung Ain. Entah mengapa terasa cepat benar dia mesra dengan gadis itu walaupun Ain tidak pedulikannya.
“Ish! Apa ni? Main kuis-kuis. Haramlah sentuh-sentuh gadis bukan muhrim awak. Apa awak tak belajar ke?”
“Amboi! Ops! Sorry ye. Tak sengaja.” Hakimi ketawa. Menutup kesilapan sendiri. Keseronokan mengusik Ain menyebabkan dia terlupa batas-batas yang harus dia lalui.
Ain sudah tidak pedulikan Hakimi lagi. Mereng! Ain mengalihkan perhatiannya kepada Mia yang tersengih-sengih melihat Ain dan Pakcik Hakiminya bertekak. Tidak mahu mencampuri urusan orang tua.
“Okey Mia mari kita mula kan ye.” Ain mengambil buku ditangan Mia.
“Dah sampai mana cikgu Hakimi ajar tadi?” Sengaja Ain menguatkan suara. Menyindir Hakimi. Mia ketawa lucu.
“Kak Ain macam budak-budak kalah Mia.”
Ain tersenyum. Dia memulakan pembelajarannya tanpa prejudis.
Disebalik pintu Hilman melihat ketekunan Mia belajar dibawah bimbingan Ain Amani. Dia tidak mahu menunjukan diri. Cukup sekadar memandang dari jauh. Dia tahu Mia cukup bagus di bawah bimbingan Ain. Bukan setakat  mengajar sahaja,malah mencurahkan kasih sayangnya kepada Mia. Segalanya untuk Mia. Hilman sedar bukan sedikit tanggungjawab yang harus dipikul Ain. Nampak mudah sahaja. Hakikatnya ia amat berat. Tugas itu telah diamanahkan kepada Ain. Dan gadis polos itu sentiasa patuh sahaja pada arahan. Langsung tiada bantahan. Seperti robot atau sebenarnya dia yang menjadikan Ain begitu. Ain Amani secantik namanya begitu jugalah sikap dan keperibadiannya.
Hilman menanti Ain menghabiskan tugasnya. Dia mahu berbicara seketika dengan Ain. Seingatnya sudah hampir enam bulan dia langsung tidak menegur apatah lagi berbual dengan Ain. Dia sentiasa sibuk dipejabat. Hujung minggu dia memenuhi jemputan rakan-rakan seperniagaan ke majlis-majlis yang sudah diatur. Dia mahu tahu tahap pembelajaran Mia. Kerana dia tidak berkesempatan bertanya dengan anak gadis pingitannya itu.
Usai mengajar. KakPah membawakan air dan sedikit kuih untuk Ain.
“Airnya Ain. Ada kuih sikit akak buat petang tadi.”
“Terima Kasih kak. Minum sekali?” Ain mempelawa Kak Pah minum.
“Tak apa. Akak dah minum tadi.” Kak Pah menolak. Dia segera berlalu apabila melihat Hilman berdiri diambang pintu. Mia juga mengikuti Kak Pah setelah menyedari papanya turut berada di situ. Ain hanya memandang Mia dan Kak Pah berlalu. Hatinya mula libang libu. Kecut!
“Ain…” Suara garau Hilman singgah dicuping telinga Ain.
Ain hanya memandang tanpa menyahut.
“Terima kasih.” Hilman kematian kata-kata. Entah kenapa sukar benar mahu berbual dengan Ain hari ini.
“Terima kasih?” Ain pura-pura bertanya. Dia langsung tidak memandang Hilman sebaliknya dia menutup kegugupan hati dengan mengunyah kuih karipap buatan Kak Pah.
“Terima kasih sebab tolong anak abang.”
Abang! Ain yang sedang menghirup air kopi tersedak. Dia terbatuk-batuk. Hilman pantas mengosok-gosok belakang Ain dengan lembut.
“Aaaa..Okey!okey. Ain dah okey.” Ain bangun. Kurang selesa diperlakukan seperti itu.
“Lain kali minum baca bismillah.” Suara Hilman memecah kembali kesunyian.
Aku pula yang salah. Tak baca bismillah. Tak kan aku nak baca kuat-kuat.
“Ye lah lain kali Ain siap baca doa makan sekali ye.” Hilman ketawa. Ain memandang pelik. Kenapa dia hari ini?
 “Ain..” Hilman menyambung bicara yang terhenti seketika tadi.
“Masih buat roti canai lagi?” Hilman sekadar berbasa-basi.
“Ain pandai buat roti aje kan. Ain mana pandai. Mana ada sijil tinggi-tinggi. Apa lagi Ain boleh buat.”
“Berhenti lah. Mengajar sahaja Mia setiap hari.”
“Kenapa? Encik Hilman nak bagi saya lebih kah? Saya banyak hutang nak dibayar. Sekurang-kurangnya saya kena ada income lima ribu sebulan. Encik Hilman nak bagi ke?”
“ Abang tak kisah nak bagi Ain banyak tu pun tapi Ain kena lah sepenuh masa ada dekat sini. Pantau Mia. Hantar pergi sekolah,ambik dari sekolah. Pendek kata jadi…” Hilman tidak meneruskan kata-katanya.
Abang lagi! Buang tebiat agaknya Hilman hari ini. Selalu dia suka membahasakan dirinya saya. Tiba-tiba hari ini jadi abang pula. Kenapa? Dia mimpi apa agaknya?
“ Ain dengar ke apa abang cakap?”
‘Aaaa…” Sah Ain tidak mendengar apa-apa.
“Jaga Mia sepenuh masa. Jadi guru dia , jadi penjaga dia. Abang bagi lima ribu sebulan. Dengan syarat Ain kena duduk sini.”
“Ha…..!” Ain terlopong. Ah! Sudah. Tak pasal-pasal dia kena berumahtangga pula dekat rumah dia. Agaknya kalau Farah yang dimomok kan dengan duit lima ribu sebulan tentu sahaja dia mahu. Bukan susah mahu menjaga kanak-kanak yang hampir remaja itu.
“Eh! Tak nak lah. Ain sayang kerja Ain.” Ain membantah. Suka hati dia sahaja.
“Sayang kerja atau Ain sayang pelanggan Ain yang semuanya lelaki tu?” Hilman menebak. Ain memandang Hilman. Lain macam sahaja nadanya.
“Kalau tak kacau hidup Ain tak bolehkah?”
Biarlah Hilman mahu kata dia kurang ajar atau apa pun sekali. Dia tidak kisah. Sebab dia tidak mahu. Titik!
“ Abang bukan nak kacau hidup Ain. Cuma abang fikir menebar roti canai tu tak sesuai untuk Ain. Ada banyak keburukan dari kebaikan. Bercampur dengan lelaki yang bukan muhrim Ain. Susah kan nak jaga batas pergaulan tu. Lagi pun Ain kena ingat.” Hilman terus bersuara tanpa memberi Ain peluang membantah.
Ain merasakan dadanya bagaikan mahu pecah.”Lagipun Ain kena ingat…” Lagi-lagi kena ingat. Ya dia ingat. Dia masih ingat. Tak perlu Hilman ingatkan dia.
“Tak perlu ingat kan Ain. Ain ingat. Ain tak pernah lupa pun. Encik Hilman sahaja yang lupa. Hanya hari ini baru Encik ingat. Tapi apa gunanya nak ingat-ingat sebab kesudahannya akan dilupakan.” Ain sudah mula sebak. Sedih benar rasanya. Asyik dia sahaja terkena. Asyik dia sahaja mengalah.
“Ain. Abang tak fikir apapun yang jauh menyimpang. Cuma nak keselamatan Ain terjaga. Itu sahaja. Terpulang lah pada Ain. Kalau Ain mahu. Jika tidak abang tak paksa.” Hilma berlalu. Memberi ruang kepada Ain berfikir.
Sebab ini lah Ain tidak mahu langsung bertemu muka dengan Hilman. Siapa Hilman pada dirinya. Siapa dia nak tentukan arah hidup Ain. Ain tidak mahu kerana Hilman perjalanan hidupnya yang sudah aman dan tenteram diganggu gugat. Walaupun Ain tidak nafikan apa yang dikatakan Hilman itu benar. Dia perempuan. Memang susah dia mahu menjaga perlakuannya dikhalayak ramai.
Ain malas mahu memikirkannya lagi. Dia mencapai beg galasnya. Tanpa pamitan Ain pulang terus kerumah. Hilang terus ketakutannya kepada segala hantu yang dimomok kan Hakimi. Dia mahu terus pulang. Dia mahu tidur. Esok dia mahu bekerja lagi. Buat apa mahu memikirkan hal yang remeh-remeh.
Remehkah apa yang dinyatakan Hilman ? Benarkah perlakuannya menidakkan kata-kata yang baru sahaja singgah dicuping telinganya sebentar tadi. Hilman siapa mahu menentukan letak hidupnya. Cukuplah dia mengambil tahu tentang Mia. Cukuplah dia mengasihi Mia bagaikan adiknya sendiri. Tak kan dia pula mahu mengambil alih tugas yang sepatutnya dilakukan isteri Hilman.
“Isteri?” Perkataan itu  berdesir dari bibir mungil Ain. Ya ! Hilman patut memiliki isteri untuk menjaga Mia. Esok dia akan nyatakan pada Hilman. Esok dia akan pergi ke pejabat Hilman. Dan esok juga dia akan meminta Hilma segera berkahwin demi Mia anak yang sekian lama terabai.

2 comments: