Friday 25 November 2011

Bab Pertama

Ain mencampak kan beg galasnya ke atas sofa. Memang dia merasa sangat letih. Letih yang bukan di buat-buat. Hampir 5 jam dia berdiri berdiang pada  kuali yang panas. Tangan yang bergerak tanpa berhenti,kepala yang mengingat setiap pesanan. Aduhai! Memang tak terbuat rasanya. Hari ini habis 300 ratus keping pelbagai roti canai. Nasib lah sudah ini pilihan yang dia ada. Hanya membuat roti yang dia tahu dan hanya ini pekerjaan yang dia rasa sangat memberi kepuasan pada dirinya.
“Hai Ain kalau ye pun letih pergi lah mandi dulu.” Ain tersentak. Suara Farah teman serumahnya menghentikan lamunan panjangnya. Ain mengeluh secara spontan.
‘Kenapa Ain? Ramai pelanggan ke hari ni?Habis?” Pertanyaan Farah hanya di jawab dengan anggukan. Malas benar dia mahu bercerita hari ini. Keletihan terasa memijak-mijak sendinya.
“Bisu dah?Kesian pulak aku dengan kau ni. Penat sampai tak mampu bersuara.Pergi lah mandi. Aku dah siap masak dah kari kepala ikan yang kau nak tu. Lepas makan boleh lah kau sambung tidur Ain. Rupa kau dah macam hantu Kak Limah dah aku tengok.” Ain ketawa mendengar celoteh Farah.
“Kau memang kawan yang baik. I love u Farah..muahh!” Ain memuncungkan bibirnya seolah-olah memberikan ciuman pada Farah.
“Hish..!Kau ingat aku lesbian.Dah pergi mandi…”Farah melontarkan bantal kecil kepadanya. Mencicit Ain lari ke bilik dengan tawa yang panjang.
Usai mandi Ain menghadap hidangan tengahhari. Farah kalau memasak memang sedap. Tak sah kalau tidak bertambah. Baik Ain mahu pun Farah tekun menghabiskan makanan mereka.Sekali pun mereka tidak bersuara. Farah memang sedia maklum Ain memang tidak akan bercakap walaupun sepatah ketika makan. Pernah juga Farah bertanya mengapa Ain begitu. Ain hanya menjawab dia mahu menikmati kesedapan makanan yang terhidang. Selagi dia ada selera mahu makan. Mana tahu satu hari nanti Allah menarik balik seleranya terhadap makanan tersebut. Masa itu dia hanya boleh memandang orang lain menikmatinya.
“Alhamdullillah,murah rezeki aku hari ini. Roti canai habis. Makan tengahari pun best.” Ain bersyukur. Hari ini separuh harinya berjalan dengan lancar. Penat lelahnya dari pagi tadi terubat dengan airtangan temannya itu.
“Petang sikit aku ingat nak keluar. Kau nak ikut Ain?” Farah bercadang mahu ke Selayang Mall. Mahu membeli sedikit keperluan peribadi yang sudah habis. Sengaja dia mempelawa Ain mana lah tahu jika teman serumahnya itu mahu membeli juga.
“Pukul berapa kau nak pergi?” Ain bertanya. Mahu juga dia pergi. Dia juga sudah kehabisan barang peribadi. Terlanjur keluar boleh lah dia membeli tepung untuk membuat roti canai esok.
“Petang lah dalam pukul 5. Sempat lah kalau kau nak tidur kejap.”
“Naik kereta kau boleh?” Tanya Ain.
“Mana-mana pun boleh. Kenapa kereta kau?” Farah bertanya pelik. Selalunya Ain tidak pernah pula bertanya begitu. Farah yang selalu mahu Ain membawa keretanya kerana dia cukup malas mahu memandu. Sudah jemu memegang strering berjam-jam setiap hari. Lagi pun Farah sangat suka kan Kelisa Pink Ain.Comel.!
“Kereta aku okey aje. Aku malas pulak nak bawa cik kelisa tu hari ni. Biar lah dia rehat kat rumah.”
“Mana-mana lah Ain. Janji aku boleh sampai ke mana aku nak pergi tu. Kau drive ye nanti”
“Kereta kau kan. Kau lah drive”
“Hehe..Aku malas..”Ain membaling sebijik bantal kecil kearah Farah. Dalam diam kawannya itu mengena. Selalu sangat dia menjadi mangsa Farah. Namun Ain tidak kisah dia sangat faham. Farah jemu memandu di dalam kawasan Kuala Lumpur ini. Sudah lah setiap hari dia harus menghadap jem yang teruk selama berjam-jam. Kereta nya pula bukan auto seperti kereta Ain. Sudah kerap dia menyuruh Farah menukar keretanya. Lagipun kereta Farah sudah uzur. Proton saga Farah memang sudah patut di tukar kepada kereta yang baru.
“Ada nilai sentimental pada kereta buruk tu Ain. Itu lah hadiah arwah ayah aku. Sanggup dia guna kan duit pencen Kwspnya untuk beli kereta tu semata-mata nak senangkan aku pergi kuliah.” Setiap kali disuruh menukar kereta tuanya itu. Itu lah jawapan yang akan Farah berikan padanya.
“Ye lah aku tahu lah. Tapi aku rasa arwah ayah kau lagi suka kalau kau berjaya menukar kereta tu dengan yang lebih elok. Setidak-tidaknya dia tahu kau bukan lah kedekut.” Ain selalu membidas kata-kata Farah. Ain sudah faham sahabatnya itu sangat sayangkan duit. Bukan kedekut tetapi Farah terlalu mementingkan masa depan dari masa sekarang. Bukan macam dia yang membeli apa sahaja yang dia suka kalau ada duit lebih.Ah! duit bukan boleh bawa ke mati.Ada duit pun berguna setakat mahu membeli kain kapan bila sudah mati. Yang lebihnya akan diwasiat kan kepada sesiapa yang berhak atau paling tidak menjadi perebutan adik beradik. Ain tahu Farah ada ramai adik- beradik walaupun dia tidak pernah ambil tahu namun dari cakap-cakap Farah Ain tahu mereka bukan lah yang boleh di bawa berbincang bila masuk bab duit.
“Malam ni kau pergi mengajar tak Ain?” Farah bertanya. Pecah lamunan Ain.
“Macam biasa lah Farah. Hari ni kan sabtu. Memang kena pergi lah.  Hilman pun tak ada telefon bagitahu apa-apa.”
“Kau tak penat ke Ain. Dah lah hari biasa kau duduk kat kedai tu dari subuh sampai tengahari. Hujung minggu kau mengajar tusyen pulak. Tak cukup-cukup lagi kah duit kau?”
“Aku nak kumpul duit. Aku nak pergi umrah sebelum umur aku 25tahun.” Ain ketawa-ketawa menjawab sambil lewa.
“Alah..rasanya duit kau pun dah banyak kat bank tu. Kalau kau nak pergi esok pun dah boleh pergi kan.?” Ain hanya ketawa. Malas mahu menjawab nanti lagi panjang ceritanya. Sudahnya Ain angkat punggung. Mahu menunaikan solat zohor. Dia meninggal kan Farah di ruang tamu. Tidak pula dia mahu mengajak Farah bersama. Dia sedia maklum kawanya itu sedang bercuti.
Ain tertidur seketika. Tahu –tahu jam sudah menunjukan angka tiga petang. Alamak dia sudah terlewat.Bermakna dia hanya ada satu jam untuk membancuh doh roti canai nya. Memang lah bukan susah sangat mahu membancuh tetapi mahu menjadi kan ia kepada bahagian kecil yang dibulat-bulatkan itu yang lambat. Terkenangkan janjinya mahu keluar bersama Farah.Kelam kabut Ain bangun dan membasuh muka.
Di ruang tamu dia melihat Farah sedang asyik menonton televisyen. Entah cerita apa tidak pula Ain mahu bertanya. Dia terus sahaja kedapur. Mencapai besen besar untuk membancuh doh roti canainya.
“Hello makcik yang kau huru hara ni kenapa?” Farah kehairanan melihat Ain yang kelam kabut.
“Aku dah lambat ni Farah. Tepung ni aku tak bancuh lagi. Kan kita nak keluar kejap lagi. Tu yang aku huru hara ni.Eh! Mari lah tolong aku ni.” Ain bersuara cemas.
“Dah tak payah nak huru hara.” Farah mencapai besen besar dari tangan Ain lalu di letak kan kembali ke tempat asalnya.
“Weh! Kenapa kau simpan. Esok tak berasap lah dapur Pak Berahim tu Farah.” Ain keliru dengan perbuatan Farah.Kenapa harus disimpan besen itu?Farah tak nampak kah dia mahu membancuh doh roti canainya.
“Kau ni tidur tak basuh kaki apa? Mimpi apa kau ni?” Farah sudah ketawa lucu melihat wajah Ain yang terpinga-pinga.
“Ish! Kenapa pula?” Ain tidak faham. Sungguh dia keliru!
“Esok kan ahad Ain. Kau dah lupa hari ahad hari cuti kau. Bukan ke hari ahad Pak Berahim selalunya cuti.”
Ain terlopong. Nyanyuk dah agaknya dia. Terlupa esok adalah hari ahad. Hari di mana dia memang wajib cuti.Aduh! Kenapa lah dia jadi begini.
“Huh! Gila lah aku ni agaknya Farah. Nasib baik kau ada tolong ingatkan aku.”Ain lega.
“Tu lah kau. Kerja kalah kan aku. Tak ingat dunia betul kau ni.”Farah menampar lembut pipi Ain yang putih gebu. Timbul warna pink di pipi Ain.Cantik!
“Dah jom lah siap kita keluar..” Farah meninggal kan Ain termanggu.bagai tersedar dari mimpi lekas-lekas Ain masuk ke dalam bilik. Mahu bersiap. Malu melingkari, wajahnya yang putih bersih kelihatan merah. Nasib baik ada Farah kalau tidak habis lah. Sikap kalutnya tak hilang-hilang walaupun dia sudah mengingatkan dirinya supaya sentiasa bertenang.
Ain mengena kan seluar jeans dan baju t-shirt berlengan panjang berwarna pink. Tudung juga berwarna pink. Dia kelihatan manis dengan warna tersebut. Dia memang taksub dengan warna pink. Boleh di katakan semua bajunya berwarna pink. Cadarnya juga berwarna pink. Bilik tidurnya juga berwarna pink. Pendek kata apa sahaja semuanya wajib ada warna pink.Tak sah kalau tiada warna pink. Yang paling Ain suka adalah cik kelisanya yang juga sudah di cat dengan warna pink. Sayang sangat Ain dengan kereta pinknya itu. Ain tidak pernah kisah kalau orang berkata dia adalah lady pink. Peduli apa dia dengan omelan Farah yang selalu mengatakan matanya sakit dengan warna kegemaran Ain itu .Dia cukup tahu Farah sangat suka kelisanya. Habis segalanya berwarna pink.Kalau boleh periuk pun mahu di catnya dengan warna pink.
Mereka berdua keluar setelah memastikan segalanya berkunci. Tidak mahu kejadian lama berulang lagi. Pernah rumah mereka dimasuki pencuri. Nasib baik tiada barang berharga yang hilang. Ralat juga mereka kerana ia berlaku di atas kecuaian mereka sendiri.Sebenarnya kecuaian Ain. Sikap kalutnya membuat kan dia terlupa mengunci grill. Rezeki pencuri kata Farah. Apa nak di kesal kan lagi nasi sudah menjadi bubur.
Ain memandu tenang kereta Farah. Nasib baik jalan tidak sesibuk mana. Farah hanya berdiam diri. Barangkali asyik mendengar lagu nyanyian Hafiz awan nano.Ain  menumpukan perhatian ke arah jalan raya.
Tiba-tiba…dum! Kereta rasa bergegar. Sah! Sudah di cium orang. Ain mula kalut. Rasanya dia memang patut berhenti sebab lampu isyarat sudah menunjukan  warna merah. Kenapa orang di belakang tidak berhenti. Hati Ain mula panas. Farah tertoleh-toleh ke belakang.
“Jahanam lah kereta buruk aku.” Farah bersuara kuat. Cepat –cepat Ain dan Farah keluar dari kereta. Pemandu yang melanggar mereka juga keluar melihat bonet keretanya yang sudah rebeh.
“Tak ada mata ke brother?” Ain sudah meninggi kan suara. Matanya membuntang. Sempat dia mengerling wajah pemuda yang sudah mencium bumper kereta Farah. Macam Man In Black lah pulak. Baju Hitam seluar hitam . dah lah cuaca panas kering. Baru lepas menghadiri majlis pengebumian lah agaknya mamat ni.
“Dah lah Ain. Bumper aku pun okey aje ni. Brother ni punya yang rebeh.” Farah berbisik. Dalam hati Farah bersyukur kereta nya tidak ada yang kemek. Apatah lagi tercabut bumper.
“Maaf lah cik saya tak perasan pula lampu tu dah bertukar kaler tadi. Tak apa lah saya ganti kalau bumper cik rosak”. Wajah pemuda itu merah menahan malu. Sedar kesalahan sendiri.
“Tak apalah Encik. Calar aje sikit.bumper Encik tu yang tertanggal. Macam mana?”Farah memanis kan muka dengan senyuman.Ain memandang Farah tidak percaya. Benar kah ini Farah. Sebelum ni kalau kucing Kak Kiah melompat ke atas kereta buruknya ini bukan main lagi dia menghambat kucing itu. Ini kan pula dengan manusia yang sudah terang-terang berduit untuk membayar ganti rugi. Farah dah bertukar menjadi pemurah sesangat lah pula. Adakah kerana yang mencalarkan kereta Farah adalah seorang lelaki yang macho dalam baju MIB ini? Farah nak mengurat dalam rembang petang ini? Biar betul Farah ni
“Dah lah Ain jom. Nanti kau lambat pula nak pergi rumah Encik Hilman. Jom ..settle dah.” Farah menarik tangan Ain masuk ke dalam kereta kembali. Ain mengekori Farah dengan penuh tandatanya. Baik lah pula makcik ni. Hati Ain mula berprasangka. Farah mahu menjual minyak kah?
“Apasal kau baik sangat? Selalu bukan main kau sayang dengan kereta kau ni. Hari ni bukan main baik. Kau suka lelaki MIB tu ye?” Ain ketawa serkap jarang.
“Kau ni. Mana ada baik sangat pun. Memang kereta aku tak ada apa. Calar sikit aje. Jangan nak fikir bukan-bukan pula. Kau ingat senang ke aku nak suka lelaki tak tentu hala. Apatah lagi yang kita jumpa kat tepi jalan macam ni.” Farah mencubit peha Ain. Ain ketawa.
“ Alah kalau kau suka pun apa salahnya Farah. Dah sampai masanya kau ada steady boyfriend. Dah dekat nak dapat title andartu ni kena lah cepat sikit kan.”
“Wah banyak cantik muka kau. Sesedap mulut kau aje cakap kan. Kalau aku andartu kau pun sama lah juga.”
Mereka ketawa. Seolah-olah kejadian di persimpangan lampu isyarat tadi langsung tidak berbekas di hati. Mereka membeli belah tanpa prejudis. Gembira sentiasa.

8 comments:

  1. Saya baca karya ini. Saya tertarik sebab bahasanya mudah difahami. Teruskan Bunda. :)

    ReplyDelete
  2. fatrim syah..insyaallah..bonda akan try yng terbaik

    Bayu kenangan..saya hanya mahu mencuba.kalau2 berbakat ..hehe

    ReplyDelete
  3. hurmm.... bahasa yang senang di fahami... harap-harap ilham cepat datang... koz rish dah tak sabar nak bace part selanjutnya... :D

    ReplyDelete
  4. terbaek la akak cye nieyh!
    keep it up!
    ctod sokong!
    :)

    ReplyDelete