Monday 26 December 2011

BAB 15

Hp Hizwan menjerit –jerit minta diangkat. Nada dering perempuan mengilai menyebabkan semua mata tertumpu padanya. Dia memadang skrin hp nya seketika. Lantas tersenyum dan menjauh sedikit untuk menjawab panggilan itu.
Ain memerhati gelagat Hizwan bercakap di telefon.  Berbisik-bisik. Tersenyum lepas tu ketawa. Hatinya bagai diserbu tsunami. Sebu! Cemburu! Irihati dengan pemangil yang dia tidak kenali. Dari gaya Hizwan kebarangkalian perempuan yang dilawannya bercakap diseberang sana adalah seratus nisbah seratus.
Hizwan mendapatkan kembali kumpulan HIlman yang sedang sibuk mengambil gambar dan meninjau pemandangan dari dari A Famosa . Kota lama yang masih lagi wujud walaupun hanya sisa peninggalan sejarah sahaja. Kota yang sangat bernilai dimata pencinta sejarah dan juga rakyat Malaysia.
“Apa maksud A Famosa ni Kak Ain?”
Ain memandang Mia. Rasa ingin tahu didalam diri anak kecil itu memang diluar jangkaan. Suka benar bertanya itu dan ini.
“Maksudnya yang termasyur. Dalam bahasa Melayu. Dalam bahasa Portugis ia adalah A Famosa.”
“Termasyur tu bukan kah sama ertinya dengan terkenal Kak Ain.?”
“ Betul tu.  A famosa selalu disebut orang Ei Famosa sedangkan sebutan yang lebih tepat adalah A Famosa. Lebih kurang macam bunyi Ah.”
“A Famosa ni dibina oleh orang Portugis pada abad ke 15. Atau lebih tepat lagi pada 1511. Ia dibina bagi menangkis serangan orang-orang melayu yang tidak suka dengan penjajah. Kubu ini juga dikenali sebagai Kubu Melaka atau Fortaleza de Malaca”
“Kota A Famosa yang disiapkan mempunyai empat menara, atau ketelom (bastion), dengan tembok setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter. Menara-menara tersebut dikenali sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo Domingo, dan Baluerte de Santiago. Menjelang tahun 1583, Melaka telah menjadi bandar berkota yang dilindungi dengan tujuh puluh meriam ke semua arah.
A Famosa diperluaskan ke kawasan berhampiran dan meliputi penempatan Eropah. Kawasan itu termasuklah Jalan Kota, Jalan Gereja, Jalan Mahkamah & Jalan Istana. Penjajah Portugis turut menjadikan ini satu penempatan Kristian dengan 5 gereja, tempat beribadat, biara, hospital dan sebagainya. Bagaimanapun, kota ini gagal menghalang Belanda pada kurun ke-17. Dengan bantuan rakyat tempatan dan Melayu Johor, serangan telah dilancarkan sebelum Belanda berjaya merampas Melaka”
“ Kota ini sangat kukuh tahu. Disebabkan kekukuhan nya Belanda sukar mahu menawan kota ini. Pihak belanda terpaksa berusaha selama 5 bulan sebelum ia berjaya ditawan.”
“ Mia nak tahu tak..disebabkan masih ada penduduk didalam kota ini yang terperangkap mereka terpaksa makan tikus dan kucing atau apa sahaja. Pernah dikatakan seorang wanita terpaksa memakan mayat bayi nya sendiri yang telah mati sebab tak mahu mati kebuluran.”
“ Kak Ain…menipu lah. Mana ada orang sanggup makan mayat. Merepek”
“ Dalam keadaan darurat. Apa pun terpaksa di hadapi. Untuk hidup memang mereka terpaksa makan apa sahaja.”
“ Apa rasanya?”
“ Entah lah. Sedap lah agaknya.”
“ Tak ada ke cerita yang senonoh sikit aku boleh dengar. Ni cerita pasal makan mayat lah pula. patah selera aku nak makan cencaluk. Aduh!”
“Alah! Tak payah lah nak bayangkan apa-apa pasal itu Kimi. Makan tu makan sahajalah. Itu kan sekadar cerita sahaja kan.”
“ Bang nanti kita makan nasi panas-panas dengan cencaluk. Gerenti sedap gila!”
“ Habiskan dulu bahagian ni. Nanti kita berjalan aje kebawah sana tu. Eh mana Ain dengan Mia.”
Mereka mencari-cari Mia dan Ain didalam kota itu. Rupanya Ain dan Mia sibuk mencampak kan syiling satu sen kedalam sebuah perigi. Entah apa tujuan mereka melakukan begitu. Barangkali hanya mengikut perbuatan segelintir remaja yang berbuat begitu.
“ Ain…saya minta maaf okey. Ambik balik barang Ain ni.”
Hizwan menghulurkan beg plastic yang diberikan oleh Ain tadi. Ain buat bodoh. Didalam hati memang lah dia nak sangat dengan kotak itu. Cantik sangat. Kalau diikutkan bukan lah salah apa pun kalau Hizwan meminta sesuatu darinya. Memberi dan merasa bukan lah satu kesalahan. Adab manusia memang begitulah sepatutnya. Tetapi entah kenapa dia tiba-tiba sahaja mahu merajuk dan yang penting dia mahu dipujuk. Mengada-ngada aka gedik. Sengal sungguh dia.
Hizwan pula macam kayu. Memujuk tapi bagai diangin lalu. Setakat minta maaf hulurkan kembali beg plastic tersebut. Itu sahaja? Lepas tu tergesa-gesa jawab telefon. Duduk jauh-jauh. Memujuk ke macam tu? Itu bukan memujuk namanya. Kenapa dia macam kayu dan batu. Kaku sahaja. Tak ada ciri-ciri lelaki romantic. Adakah semua insan bergelar doctor ini memang begini.
“Tolong pegang boleh tak. Tangan sakitlah.” Hanya dengan jawapan itu Ain kembali mendapatkan kumpulan Hilman. Malas mahu melayan. Kalau dilayan harus batu kayu cangkul semua akan keluar perkataan itu dari mulut Ain. Isteri sendiri pun tak tahu nak pujuk. Tak makan sayur macam tu lah. Tak cukup vitamin untuk otak. Fakta tak relevan mula keluar dari kepala Ain. Mengarut-ngarut.
“ Ain ni merajuk ke?”
Aduh boleh dia tanya. Habis aku ni tengah buat apa?
“ Eh! Tak lah. Apa kelas nak merajuk ni. Ain tengah panas ni.”
“Merajuk kan? Tak ada niat nak cakap macam tu. Sweat aje tengok Ain merajuk. Tengok pipi pun dah jadi pink. Sama kaler dengan baju Ain.”
Alah! Lawak bodoh. Tak nak gelak. Tak lucu langsung.
“ Ain saya tak pandai nak pujuk kalau Ain merajuk. Sangat tak pandai tapi saya akan belajar. Boleh ke bagitahu apa situasi Ain sekarang. Merajuk kea tau biasa-biasa sahaja.”
Boleh? Boleh dia tanya macam tu? Ain memandang Hizwan tepat-tepat.
“ Saya sedang merajuk dan awak langsung tak pandai nak pujuk. Puas hati.”
“ OKey-okey. Saya minta maaf ye Ain. Saya pegangkan ini untuk Ain. Saya tak minta apa pun. Maaf sahaja yang saya mahu sekarang. Maaf ye.”
“ Eeee! Berapa banyak maaf ni? Dah lah. Tak ada apa dah. Ain tak jadi merajuk dah. Ain dah okey.”
Ain ketawa. Banyak sangat perkataan maaf keluar dari mulut Hizwan. Kasihan pula dia. Lagipun tak baik dia bergaduh dengan suami sendiri. Sedar pun diri sudah bersuami.
“ Kak Ain sekejap lagi kita pergi Villa Sentosa.”
“ Eh! Bangunan bersejarah yang lain kan banyak lagi disini. Tak mahu kedataran Pahlawan ke? Bangun Stadthuys ke? Tak mahu?”
“ Entah papa kata lepas ni nak pergi Villa Sentosa. Lepas tu Taman Mini Malaysia. Nanti petang sikit naik
Kapal menyusuri sungai Melaka. Lepas tu boleh pergi makan ikan bakar. Papa kata esok kita akan ke Johor. Papa nak terus sahaja ke Pulau Tioman.”
Ain memandang Hilman. Meminta pengertian.
“ Kalau nak ikutkan Ain semua tempat pun bagus untuk kita lawati. Sekarang ni kita nak melancong dengan masa yang terhad ni mustahil boleh habiskan semuanya. Jadi kita kena pilih lah kemana kita rasa menarik sangat. Setida-tidaknya setiap negeri ada tanda yang kita tinggalkan.”
Hilman merasakan masa yang sangat terhad. Bekerja sambil bercuti benar-benar menguji. Tidak puas bercuti satu hal. Asyik terganggu dengan panggilan telefon dari office pun sudah menganggu cuti nya. Belum lagi panggilan dari perempuan gedik tak ingat dunia itu. Penat otaknya. Dia mahu enjoy tapi hampa sahaja dimana-mana. Tidak dapat rilek langsung.
“ Okey jugalah macam tu. Ain fikir masa di Pahang dan Terangganu kita singkatkan. Kita lebihkan kesebelah Utara. Dekat Langkawi kita lama sikit ye bang.”
“ Wah! Kenapa dekat Langkawi mesti berlama-lama? Ada surprise ke?” Hilman mengusik Ain. Suka benar dia melihat pipi pink adik iparnya itu bila diusik.
“ Tak adalah. Ain tak pernah pergi Langkawi lagi. Teruja lah. Tentu seronok.”
“Oh! Memang seronok dekat sana. Hizwan mana?” Pertanyaan Hizwan hanya dijawab Ain dengan muncungnya yang panjang menunjuk kesatu arah.
“ Dari tadi asyik dengan hp. Awek dia kol agaknya.”
“ Aik! Cemburu ke?”
“ Salah ke seorang isteri cemburu pada suaminya. Cemburu itu kan tandanya sayang.”
“ Ain sayang Hizwan ke? Abang tengok tak macam orang sedang bersayang-sayang. Seorang didepan seorang jauh dibelakang.”
Ain angkat bahu. Dia sendiri tidak tahu. Namun apa yang dia tahu sekarang dia mungkin cemburu. Cemburu dengan entah siapa yang sedang bergayut bersama Hizwan.
Mereka menuju ke Kg Morten. Satu-satunya kampung melayu yang terletak ditengah Bandar Melaka. Mereka singgah di Villa Sentosa. Sebuah rumah yang dimiliki oleh Tuah Hj. Hashin bin Dato Demang Hj. Abdul Ghani. Rumah ini adalah sebuah muzium yang dijadikan muzium persendirian.Villa Sentosa mempunyai sejarahnya yang tersendiri yang membawa pelawat kembali ke tahun "Akta Pembaharuan Tanah British 1920". Para pelawat boleh melihat koleksi pakaian, tenunan Melayu, perabot, senapang, dan pelbagai lagi tinggalan sejarah yang unik. Pelawat juga boleh menanyakan pemiliknya tentang maklumat tambahan.
Ain asyik melihat hasil tenunan melayu zaman silam. Unik dan sangat menarik pada pandangan matanya. Muzium milik persendirian itu diwarisi sembilan generasi menghimpunkan pelbagai artifak termasuk gong berusia 200 tahun, almari antik berusia 100 tahun, tembikar dan arca lama, senaskhah al-Quran berusia 80 tahun serta kamus Inggeris-Arab terbitan 1926.

Villa ini juga menyajikan pengunjung dengan himpunan piring hitam era 50-an selain pameran senjata tradisional seperti tekpi yang berusia 100 tahun, pinggan mangkuk berusia 100 tahun dari China, England, Itali dan Perancis.
Dari Villa Sentosa Hilman membawa kumpulan nya menyusuri Sungai Melaka dengan pakej Malacca River Cruise. Satu pengalaman baru yang membuatkan Ain sangat teruja.
Tidak perlu menyemak lembaran manuskrip lama, sejarah panjangnya dapat dihayati jika menyusuri Sungai Melaka. Mereka boleh mendengar sejarah sepanjang sungai ini dari pemandu pelancong yang sangat petah. Buat seketika Ain tidak perlu lagi menjadi pemandu pelancong Hilman dan keluarganya.
“Kampung dinamakan sempena nama Pesuruhjaya Inggeris, Frederick Joseph Morten umpamanya menawarkan pemandangan rumah kampung dengan reka bentuk tradisional Melayu lama. Asalnya, kampung itu dibuka Allahyarham Othman Mohd Noh pada 1920-an.Keluasan tangga dan jenis jubin hiasan menjadi lambang kepada status pemilik rumah. “
 "Hanya penduduk yang kaya boleh membeli jubin import dari Itali." Begitu lah kata Bernard si pemandu pelancong.
Penghuninya gemar bersantai dengan membuka tingkap untuk menghirup udara dari luar.
Memang itu yang mereka lihat disepanjang sungai itu. Penghuni rumah gemar membiarkan tingkap rumah mereka terbuka luas. Dari luar mereka berpeluang melihat dekorasi rumah-rumah itu. Sangat menarik
Menghampiri tengah bandar, pengunjung dapat keindahan Hotel Majestic, hotel butik milik YTL yang pernah menjadi kediaman kepada ahli perniagaan berasal dari Guangzhao yagn dibina pada 1929.Bangunan hotel yang asal dengan 24 bilik ini pernah menghimpunkan golongan ternama di Melaka.
Bekas pawagam lama Cathay, kata Bernard, menyimpan zaman kegemilangan wayang hitam putih studio Jalan Ampas. "Kelas pertama dikenakan bayaran RM1.77, kedua RM1.40 dan ketiga hanya 65 sen. Berhampirannya ialah Dewan Hang Tuah yang pernah menjadi Dewan Undangan Negeri Melaka," katanya.
Legasi British di Melaka pada 1800 dapat disaksikan pada binaan tangga lingkaran di belakang rumah kedai, manakala sesetengahnya masih memiliki cerobong asap.
Selang seminit kemudian, bot menyusuri rumah kedai berhampiran Jambatan Pasar yang pernah diabadikan dalam filem Hollywood lakonan Catherine Zeta-Jones dan Sean Connery pada 1999 menerusi filem Entrapment.
Tarikan utama pakej ini ialah Kota A'Famosa. Ia dibina Portugis selepas menakluk Melaka 1511.
Sekali lagi mereka berpeluang mendengar kisah sejarah A Fomasa didalam pakej yang diambil Hilman.
Kota sepanjang satu kilometer ini memiliki lapan rumah kubu atau bastion, selain empat pintu gerbang untuk keluar masuk penduduk.Namun, ia mula diruntuhkan pada 1807 selepas British mengambil alih pentadbiran Melaka dan prosesnya dikatakan mengambil masa tiga bulan dengan menggunakan bom. Apa yang tinggal hari ini adalah salah satu pintu utama, dengan runtuhan Gereja St Paul dibina pada 1521 oleh kapten Portugis, Duarte Coelho di puncak bukit.
Sambil mendengar fakta sejarah ratusan tahun Melaka, mata mereka menangkap pemandangan sekumpulan burung merpati sering berlegar di satu dinding belakang rumah kedai. Burung itu mematuk batu merah untuk mendapatkan mineral dan kalsium. Sangat cantik. Ain teruja. Hakimi sibuk mengambil gambar. Tetapi Hizwan lain pula kerjanya. Asyik melihat Ain yang teruja. Mencuri pandang begitu seolah-olah sudah menjadi makanan baginya. Jika tidak buat begitu dia tidak akan ada peluang memandang Ain langsung. Ain yang kedekut.
Mereka melalui banguanan Stadthuys. Menurut Benard Stadthuys, yang dibina Belanda, menjadi tarikan utama di kawasan yang kini dikenali sebagai Red Square atau Dataran Merah. Dibina pada 1650, ia adalah bangunan tertua milik Kompeni India Timur Belanda atau VOC dan terletak berdekatan dengan gereja protestan tertua negara, Christ Church yang didirikan pada 1753.
Bastion Middleburgh, kubu di tepi sungai Melaka antara Bangunan Stadhuys atau lebih sinonim disebut Rumah Merah dan Quayside atau replika Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka yang ditemui pada 2006 kini dibina semula menggunakan batu laterit diimport khas dari Thailand untuk tujuan pelancongan. Kubu menjadi sebahagian dari Kota A''Famosa, dihiasi lapan laras meriam yang beratnya dianggarkan 1,500 kilogram.
Sebelum bot berlabuh di Quayside Heritage Centre, Bernard, anak jati Melaka, mengejutkan kami dengan mengucapkan selamat tinggal dalam lebih 80 bahasa asing.
Ini seakan mengajak kami merentas masa kerana menurut pemandu pelancong berdarah kacukan itu: "Melaka pada zaman kegemilangannya menyaksikan lebih 80 bahasa dipertuturkan di muara sungai ini."
Wah! Ain sangat seronok. Mia juga sibuk memuji lelaki itu. Bukan calang-calang orang boleh bertutur dalam 80 bahasa asing. Dan yang lebih tidak terjangkau akal ia berlaku berabad lamanya dahulu.
“ Ala kalau rajin belajar aku pun boleh berbahasa 80 bahasa tu. Apa nak heran. Cuma aku sahaja yang pemalas.” Hakimi mencebik. Cemburu!
Didalam pakej ini juga bot akan melayari jambatan utama di Melaka termasuk Jambatan Tan Boon Seng, Ghostbridge of Malacca, Jambatan Pasar dan Jambatan Hang Tuah. Selain itu, bot akan melalui pokok Melaka, yang menjadi permulaan kepada empayar Melaka.
Ada dua jenis pakej utama - rakaman komentar atau terus dari pemandu pelancong. Pakej boleh dimulakan dari Taman Rempah, Pangkalan Rama dan Pusat Warisan Quayside yang mengambil masa kurang sejam.
Bot gentian kaca digunakan dinamakan sempena tokoh utama dalam sejarah Kesultanan Melayu Melaka seperti Hang Tuah, Hang Jebat, Munshi Abdullah dan Tun Perak.
 Mereka sangat berpuas hati. Dalam gembira tanpa sedar Ain memaut lengan Hizwan. Entah mengapa suka benar Ain mahu merealisasikan rasa gembiranya dengan sedikit sentuhan. Hizwan yang dia mahu untuk dia menzahirkan rasa gembira itu. Terasa dia sedang berbulan madu sahaja.
Namun rasa gembira Ain tidak lama. Sebaik sahaja dia sampai dirumah. Ada sesuatu sudah menanti. Ain terkesima. Hizwan buat muka masin. Baru hati mahu berbunga. Hizwan sudah siram dengan air panas. Hati Ain panas sepanas panasnya. Geram. Berdentum pintu ditutup. Sampai ke malam Ain tidak keluar lagi. Rasa nak tercabut nyawa melihat wajah itu sekali lagi. Kenapa dia datang? Adakah dia datang dengan misinya yang tak pernah menjadi.
Ain tiba-tiba menjadi resah. Hatinya sebu. Jiwanya terasa parah. Buat pertama kali dia rasa mahu mati!

3 comments:

  1. ohh..ni mesti perempuan yg buat ain tgglkn suami die..

    ReplyDelete
  2. Monster Diary--------> sedang mempercepatkan menaip tahap kucing berlari...

    Aisy-------> macam panggil nama anak sendiri pulak. begitu lah adanya. pandai meneka.

    ReplyDelete