Sunday, 22 January 2012

BAB28

Sedar tak sedar kandungan nya sudah berusia 4 bulan. Dia sudah boleh merasa tendangan halus didalam rahimnya. Dia sudah boleh melihat bentuk bayinya lewat ujian ultrasound yang dilakukan oleh suaminya sendiri. untung bersuamikan seorang doctor tak perlu pergi jauh-jauh didepan mata pun ada. Mudah untuk dia memantau kesihatan dirinya dan bayi.
Dia masih lagi bekerja seperti biasa. Tidak mahu duduk sahaja dirumah. Bosan katanya. Itulah yang dia rasakan bagus. Apatah lagi setelah membaca dia harus banyak bergerak agar dipermudahkan sewaktu melahirkan nanti. Insya Allah.
Hizwan sering benar balik lewat sekarang ini. Apabila ditanya dia memberi alasan banyak kerja dipejabat. Ain yang selalu pulang awal dirumah. Nama sahaja satu pejabat tetapi mereka masih kepejabat berasingan alasannya dia harus ke Dayabumi menjengah perjalanan klinik baru itu.
Kadang-kadang terdetik juga rasa curiganya. Bukankah Hizwan cukup tidak gemar kesana. Kerana Liza yang menjaga hal ehwal perjalanan klinik tersebut. Kenapa tiba-tiba dia lebih kerap pula kesana. Itu yang menghairankan Ain. Pernah juga Kak Ros melahirkan rasa bimbangnya akan kekerapan bos mereka kesana. Manusia mungkin sanggup melakukan apa sahaja untuk menjerat dan manusia yang lagi satu jika tersalah jalan pasti terjerat.
Dalam keadaan dia yang sedang berbadan dua memang layanannya agak kurang sedikit.apatah lagi dia memang selalu pening dan muntah tidak kira masa. Tetapi sebagai doctor bukan kah Hizwan patut lebih arif dan memahami. Ain bukan sengaja buat-buat sakit. Sudah dia memang sakit.
Lamunan Ain terhenti seketika. Jam sudah menunjukan keangka sebelas sewaktu dia menerima panggilan dari Hizwan yang memintanya datang ke Balai Polis Dang Wangi. Kenapa? apa sudah terjadi? Ain tidak sempat bertanya, dia gagahkan juga untuk memandu walaupun kepalanya terasa berat. Dalam perjalanan dia sempat menelefon Hilman supaya segera menuruti dia. Dadanya berdebar-debar. Seolah-olah ada sesuatu yang tidak enak sedang berlaku. Perjalanannya terasa lambat. Dia tidak dapat menumpukan perhatiannya dijalan raya. Kepalanya terasa berpusing. Dia benar-benar merasa tidak sehat. Demi suami dia dayakan jua.
Sewaktu dia sampai Hilman dan Hakimi sudah berada di perkarangan Balai Polis. Hakimi yang melihat Ain segera mendapatkan kakak iparnya itu.
“ Kenapa Kimi. Kenapa dengan abang?”
Hakimi hanya mengangkat bahu. Hilman awal-awal lagi sudah berpesan. Biar mereka selesaikan dahulu masalah mereka dengan polis baru bercerita.
“ Kita duduk dulu lah Ain. Abang Hilman tengah uruskan hal dekat dalam tu. Elok Ain tak payah masuk dulu. Tunggu abang Hilman panggil.”
“ Apa masalahnya ni Kimi. Apa yang kamu semua sorok kan ni. Macam ada sesuatu tak kena sahaja.”
“ Sekejap…” Hakimi melihat paparan ditelefon bimbitnya. Masej dari Hilman yang meminta mereka masuk kedalam. Ain dan Hakimi berjalan kedalam Balai Polis yang agak lengang.
Disatu sudut Ain melihat Hizwan dan Liza. Wajah Hizwan kelihatan tegang manakala Liza kelihatan menangis. Mereka juga dikelilingi oleh keluarga Liza. Ain yang tadinya tidak dapat menangkap apa yang terjadi kelihatan sudah jelas melalui percakapan mereka yang berada disini.
Ain mengelengkan kepala. tidak percaya. Tidak percaya bahawa seorang suami sanggup menghancurkan kepercayaan seorang isteri. Ini rupanya yang dilakukan Hizwan disepanjang kesibukannya menguruskan klinik di Dayabumi. Dia sebenarnya sibuk mengulit Liza. Sampainya hati seorang suami memperlakukan isteri yang sedang hamilkan anaknya begini.
Sebaik sahaja dia melihat Ain Hizwan bingkas bangun. Perbuatannya mengundang semua mata melihat kearah Ain. Liza mencebik. Didalam hati dia gembira. Pelanduk sudah masuk perangkap. Sekarang dia mahu melihat jika perempuan kampung itu meraung dengan perbuatan yang dirancang. Namun apa yang dia mahu tidak terjadi.
Ain sememangnya wanita yang sangat tabah. Seorang wanita yang tidak akan memalukan dirinya sendiri dikhalayak ramai. Dia bukan bodoh mahu meraung dihadapan balai polis ini. Rumahnya ada untuk digunakan sebaik mungkin bagi berbincang. Hilman mengheret tangan Hizwan segera keluar dari suasana yang sangat tidak menyenangkan mereka. Setelah berkata sesuatu kepada keluarga Liza dia membawa Hizwan menaiki keretanya dan juga Ain. Kereta Ain dibawa oleh Hakimi.
Didalam perjalanan Ain hanya diam membisu seribu bahasa. Tidak terkata. Hanya Hilman yang melapiaskan rasa marahnya diatas perbuatan tidak bermaruah Hizwan dan Liza.
“ Kau tahu kau dah ada isteri. Dah nak ada anak pun kenapa kau tergamak buat isteri kau macam ni Wan.”
“ Bang, saya tak salah apa pun bang. Saya tak ada niat pun nak buat benda tak senonoh macam ni. Abang sendiri pun tahu , ain pun tahu Liza tu tak ada langsung dalam kamus hati saya ni. Manalah saya tahu benda ni akan jadi. Saya memang betul-betul bekerja bukan buat kerja.”
“ Habis kalau kau bekerja macam mana pula kau boleh kena tangkap basah dengan perempuan tu.”
“ Dia minta saya stanby kejap sebab dia takut nak turun keparking. Abang tahu lah parking tu kan gelap. Kata dialah hari tu ada Mat Bangla cuba nak pegang dia. Saya ni berkawan dengan dia dah lama bang. Tak kan bila dengar macam tu saya nak biarkan pula.”
“ Kau tak terfikir ke, dah berapa lama dia kerja dekat situ baru semalam pula ada mamat kacau dia. Selama hari ini ada kau tahu apa-apa tentang kacau-kacau ni. Atau dia memang saja nak perangkap kau.”
“ Entahlah bang saya tak terfikir lah benda-benda tu semua.”
Hizwan menoleh kepada Ain yang hanya diam membisu.
“ Ain..abang harap sangat Ain percayakan abang. Abang tak buat perkara-perkara tak masuk akal ni.”
Ain hanya diam membisu. Hatinya pedih dengan perkhabaran duka ini. Bagaikan terkena bom. Meletup dan menghancur lumatkan jiwa dan raganya. Dugaan yang maha hebat. Sama hebatnya sewaktu dia menerima kematian emaknya akibat dibunuh oleh bapa tirinya sendiri.
Perutnya terasa merengat tiba-tiba. Sakit yang sedikit semakin terasa kerap dan kuat. Kenapa dengan dia? Adakah kerana jiwa nya yang bergelora dia dilanda rengat ini. Dia dapat merasakan sesuatu yang hangat meleleh dikakinya. Dia menunduk meraba. Tangan nya diangakat. Darah!
‘ Ya Allah…” Ucapan yang pendek itu menyebabkan Hizwan memandang Ain yang duduk dibelakang. Dia melihat tangan Ain yang sudah dilumuri darah.
“ Bang berhenti bang. Ain kenapa ni?” Hilman segera berhenti ditepi jalan. Hizwan cepat-cepat turun dan mendapatkan Ain ditempat duduk sebelah belakang. Ain mengelengkan kepala tidak tahu apa yang telah terjadi.
“ Ya allah Bang cepat bang kita pergi Hospital. Ain tumpah darah ni.” Hizwan terkejut melihat keadaan Ain yang tiba-tiba sahaja begitu.
Hilman menukar haluannya. Mujur mereka memang sudah berapa disekitar Ampang Puteri sahaja. Sebaik sahaja berada di kawasan kecemasan Hizwan terus sahaja mengendong Ain. Darah berjejeran dilantai. Hizwan benar-benar panic. Terlupa yang dia juga adalah seorang doctor.
“ Ya Allah! Apa dah jadi ni bang.?” Hizwan mengutuk dirinya sendiri. pasti isterinya sangat tertekan dengan apa yang telah terjadi. Sikapnya kurang prihatin sejak Ain  hamil mungkin mengundang tekanan kepada dia. Ditambah pula dengan apa yang terjadi hari ini. Hizwan seolah- olah terlupa amalan kedoktoran yang dia pelajari.
“ Menyesal pun dah tak guna Hizwan. tunggu sahajalah apa kata doctor.” Ikutkan hati Hilman memang dia mahu memarahi adiknya itu sungguh-sungguh. cuai dan alpa dengan dunia sendiri. lebih pentingkan perempuan lain dari isteri sendiri.
Mereka berdua menanti diluar bilik rawatan dengan keresahan. Lebih-lebih lagi Hizwan. berbagai kemungkinan bermain dikepalanya. Hati nya lebih mengatakan dia mungkin akan kehilangan bayi mereka. Hizwan diburu sesal yang panjang. Jika tidak menurut permintaan Liza tadi pasti tidak ada apa yang akan berlaku. Liza! Kau memang perempuan tak guna. Hizwan mengutuk didalam hati.
‘ Suami kepada Puan NUrain Amani.” Hizwan bingkas bangun apabila nama isterinya disebut.
‘ Maaf encik. Kami perlukan tandatangan encik untuk kami menjalankan prosuder DNC. Kami minta maaf bayi encik sudah tiada. Kami terpaksa melakukan DNC bagi mengeluarkan bayi yang telah meninggal dunia.”
“ Kenapa tidak lakukan induce sahaja. Paksa bersalin?’
“ Memang kami boleh lakukan tetapi isteri encik sangat lemah, dia kehilangan banyak darah. jadi jangan risikokan lagi nyawanya.”
“ Ya saya faham. Saya akan tandatangan.” Hizwan mengeluh. Dia sudah kehilangan bayi yang sangat dia idamkan sekian lama. Bagaimana dengan penerimaan Ain nanti. Ini semua salah dia.
Ain membuka matanya perlahan-lahan. Terasa berpinar. Dunia nya seakan berpusing. Dia cuba mengingati apa yang sudah terjadi. Kenapa dia merasakan perutnya kosong sahaja. Dia meraba perutnya. Memang dia tidak dapat lagi merasa gerakan halus yang baru sahaja dia rasai beberapa hari yang lepas. Kemana anaknya?
“ Ain…ain dah bangun.” Dia mendengar suara Hizwan memecah gegendang telinganya.
Dia menoleh. Memandang suaminya itu dengan pandangan yang kosong.
“ Mana baby?”Hizwan diam tidak menjawab pertanyaan Ain.
“ Ain rehat dulu ye. Jangan fikir yang bukan-bukan.” Hizwan meminta Ain merehatkan diri.
“ Baby dah tak ada kan bang? Ain tahu dia dah tak ada.” Ain berkata hiba.
Dia memalingkan wajahnya kedinding. Hiba benar rasa hatinya. Kenapa ini semua harus terjadi dalam hidupnya. Sudahlah suami berperangai begini, dia pula tidak cukup kuat untuk untuk anaknya terus berada didalam badanya. Hanya seketika dia dapat merasai nikmat itu. Allah lebih sayangi bayi yang tidak tahu apa-apa itu. Memang hidupnya sentiasa diduga.
“ Ain…” Dia dapat merasakan tangannya diramas lembut. Dia menarik tangannya. Benci! Dia hanya merasa benci pada lelaki yang sudah mensia-siakan kepercayaan selama hari ini. Kerana lelaki ini dia hilang anaknya. Sesungguhnya dia tidak mahu melihat wajah ini didepannya.
“ Abang minta maaf Ain.” Hanya itu yang termampu untuk dia ucapkan. Memang salah dia menyiakan kepercayaan seorang isteri. Dia yang alpa dengan kesibukan diri hingga tidak ingat isterinya masih belum cukup kuat untuk menghadapi sebarang tekanan. Semunya salah dia. Apa pun rasa Ain padanya sekarang memang dia terpaksa sahaja menelannya.
“ Tinggalkan Ain dekat sini. abang pergilah balik.”
“ Abang nak jaga Ain.”
“ Ain boleh jaga diri Ain. Abang boleh balik. Ain tak nak abang ganggu Ain.”
Andai itu yang dikatakan Ain. Hizwan terpaksa akur. Dia melangkah pulang dengan sesal yang tak sudah. Sebaik sahaja Hizwan keluar Ain mencari telefonnya. Jumpa! Dia terus menghantar pesanan ringkas.
“ Buat masa ni Ain tak nak tengok muka abang ada depan Ain. Maaf…”
Dan telefon itu terus sahaja dimatikan sebaik sahaja ia dihantar. Dia benar-benar mahu bersendirian dan membebaskan hatinya dari kemelut yang menjerut rasa.
 Hizwan sebaik sahaja sampai dirumah Hilman sudah menanti bersama mama dan papa Liza juga perempuan itu sendiri. ini lagi satu memang memeningkan kepalanya. Tidak cukup di Balai Polis mereka datang pula kerumah. Entah apa yang mereka masih tidak puas hati lagi.
“You kena bertanggungjawab. Siapa nak I lagi kalau orang tahu I pernah kena tangkap khalwat dengan you Wan. Maruah I, maruah keluara i.”
Senang sungguh perempuan ini. Mahu bertanggungjawab atas sebab apa? Apa yang dia telah buat? Dia langsung tidak tahu apa yang telah dirancang oleh mereka. Liza dan mereka yang kononnya saksi diatas perbuatan tidak senonoh mereka berdua. Hizwan benar-benar sakit hati.
“ Uncle nak Wan kahwin dengan Liza.”
Permintaan gila yang lansung tidak masuk dek akal. Tidak tahukah dia sudah ada isteri. Bapa apakah agaknya orang tua Liza ini yang rela anaknya bermadu. Sungguh dia tidak faham.
“ Saya dah ada isteri Uncle. Tidak mungkin saya akan madukan isteri saya. Kalau saya nak buat begitu pun saya tidak akan berkhawin dengan orang yang saya tidak suka.
“ Suka atau tidak Wan, maruah Liza sudah musnah. Dia mungkin tidak akan berkhawin sampai bila-bila pun kalau orang tahu dia ada rekod buruk begini. Wan kena kahwin juga dengan Liza. Uncle merayu pada Wan. Tolonglah kami ,selamatkan maruah keluarga kami.”
Dan kata-kata itu menyebabkan dia tidak lena,sudahlah masej Ain mengganggu ditambah pula dengan gangguan yang diluar dugaan. Hidupnya benar-benar porak-peranda. Semuanya kerana Liza,kalau sudah perempuan itu yang memusnahkan dia bagaimana mungkin dia akan menikahi perempuan itu. Dia benar-benar mahu lari dari segala masalah hidupnya.
“ Macammana kau nak buat sekarang ni? Sanggup kau madukan Ain?” Hilman  duduk disisi adiknya yang asyik merenung bintang dilangit.
“ Entahlah bang,semak dah kepala ni. Maruah orang hendak dijaga,hati isteri hendak dibelai. Badan ada satu, hati tak mungkin terbahagi dua. Saya ada pilihan lainkah selain dari menjaga maruah orang merobekkan hati isteri?”
“ Kau dah bulat dengan apa yang kau nak buat ni? Susah payah kau dapatkan Ain,kau sabar menunggu dia walaupun dia tidak sudi. Bila dia sudi kau sia-siakan dia kerana maruah orang yang harus kau jaga. Kau memang anak jantan yang hebat tapi kau juga kalah dalam masa yang sama. Abang tak mahu campur urusan hidup kau. tapi kalau abang jadi kau abang akan buat pilihan. Dan pilihan abang adalah Ain. Rajuknya boleh kau pujuk, maruah akan kembali apabila kebenaran terbukti. Kalau kau tak salah kau boleh lawan dimahkamah. Bukan menurut membuta tuli. Berfikir guna otak bukan guna hati.”
Hilman menepuk bahu adiknya, dia berlalu membiarkan Hizwan melayan rasa hatinya sendiri.
Ain sudah dibenarkan pulang setelah empat hari berumahtangga dihospital. Kaunseling yang diberi oleh doctor sedikit sebanyak melegakan tekanannya. Hizwan langsung tidak nampak muka,biarlah jika itu boleh melegakan hatinya. Dia mengambil teksi dan terus sahaja pulang ke Selayang. Dia perlu merehatkan diri dan mindanya.
Kehilangan! Dia memang sangat merasai itu,dia kehilangan anak, dia mungkin kehilangan suami juga. Kehilangan anak itu mungkin dia masih boleh menerimanya kerana dia masih boleh hamil sekali lagi. Jika benar dia akan hilang suami adakah dia akan sanggup menerimanya. Melepaskan apa yang sudah sebati dengan dirinya bukanlah sesuatu yang mudah.
Dua minggu sudah berlalu bayang suaminya itu lansung tidak kelihatan. Seolah-olah dia tidak wujud lagi didunia ini. Atau Hizwan benar-benar tidak mahu muncul lagi didepannya atas alasan dia sendiri tidak suka. Mengapa suaminya itu tidak mengerti kemana sangatlah rajuk hati seorang isteri, mustahil dia akan merajuk hingga inginkan perpisahan. Hatinya sudah boleh menerima cuma dia perlukan penjelasan suaminya itu sahaja.
Hizwan pulang malam itu, Ain tidak berkata apa sebaik sahaja melihat kelibat suaminya. Aneh! Hizwan hanya pulang dengan sehelai kertas ditangan.tanpa kata dia menghulurkannya kepada Ain. Hanya pandangannya sahaja yang berkata-kata.
Ain hanya meletakan kertas itu diatas meja sebaik sahaja dia selesai membacanya. Membiarkan sahaja kertas itu ditiup angina dan Hizwan mengutipnya.
“ Ain,abang minta maaf.” Hanya itu yang dia dengar dari mulut lelaki yang bergelar suami itu. Maaf yang amat mudah untuk diucapkan. Dan dia bukan lah seorang yang pemaaf,seorang yang iklas. Ain memilih untuk berdiam diri. Sesungguhnya dia sangat terkejut dengan situasi baru yang dilaluinya sekarang.
Dia menangis sesungguh hatinya. Inikah yang dia cari dalam hidupnya sekarang, memilih untuk terus dilukai. Kenapa orang yang dia jadikan tempat untuk dia bersandar sanggup memperlakukan dia begitu. Hatinya benar-benar dituba,diracun hingga dia rasa mahu mati sahaja saat ini. Sampainya hati dia, teganya dia memperlakukan dirinya begini. Hatinya dicarik-carik, berdarah. Alangkah kejamnya insan yang dia kasihi separuh nyawa ini.
Dia nekad, dia akan hentikan segala rasa yang dia tanggung. Diam-diam dia mengemas kan pakaiannya, mengemas segala document penting miliknya. Yang bukan haknya dia ketepikan didalam satu sampul surat besar. Dia menulis nama Hizwan besar-besar diluar sampul surat itu. Pakaiannya juga disumbat kan kedalam dua buah beg besar. Begitu juga barangan peribadinya. Asal muat kereta Kelisa kecilnya itu sudah memadai. Dia nekad. Dia akan mengikut langkah kakinya. Dimana dia berhenti disitulah dia akan memulai hidupnya sendiri.
Hizwan terkejut melihat Ain yang berdiri dihadapannya dengan dua buah beg besar.
“ Ain nak kemana ni,malam-malam ni?”
Ain tidak menjawab. Dia mengambil kertas yang diberikan padanya tadi, dia menandatangani surat itu, dengan airmata yang berjuraian.
“ Selama kita bersama Ain tak pernah minta apa-apa dari abang. Harta abang pun Ain tak pernah minta. Ain Cuma nak minta abang halalkan makan minum Ain selama kita hidup berdua sebagai suami isteri.”
“Apa maksud Ain ni…?” Hizwan berdebar. Dia tidak mahu Ain meminta sesuatu yang tidak dapat dia beri. Dia sayangkan Ain. Selamanya hanya ain yang dia sayangi. Bukan Liza atau sesiapa pun juga.
“ Abang berhak kan untuk berkahwin lain. abang ada kosong lagi tiga. Ain ni siapalah nak menghalangnya. Manis madu tak akan sama dengan pahitnya hempedu. Tapi Ain pilih untuk menelan hempedu dari berkongsi rasa manisnya madu.”
“ Ain cakap apa ni, abang tak faham.”
“ Kahwinlah bang kalau itu yang boleh abang lakukan untuk maruah abang dan Liza,Ain minta maaf pada abang. Ain izinkan abang berkahwin lagi tetapi Ain minta maaf, izinkan Ain pergi.”
“Ain, abang tak akan izinkan Ain kemana-mana. Tolonglah jangan fikir abang suka dengan semua ini. abang terpaksa Ain abang langsung tidak terfikir nak buat benda macam ni tapi abang sebagai lelaki salah atau tidak maruah harus abang bela, abang tak fikir abang akan kahilangan Ain. Ain jangan fikir nak minta yang bukan-bukan,memang abang tak akan izinkan.”
Ain duduk tertunduk dengan airmata yang bercucuran. Lelaki memang tamak!
“ Tak apalah kalau itu abang kata,tapi Ain akan pergi juga.” Dia tetap berdegil dengan keputusan untuk pergi. Dia tidak mahu hidupnya tunggang langgang kemudian hari. Kalau pun dia redha,perempuan itu memang tidak akan puas. Itu janji dia, memang perempuan itu sudah menang sekarang.
“ Ain, abang sayang Ain sungguh-sungguh. abang tak mahu Ain pergi. Tolonglah jangan tinggalkan abang sendiri.” Rayu Hizwan.
Ain tidak peduli. Dia meneruskan langkahnya kepintu setelah dia meletakan sampul surat besar tadi dihadapan Hizwan. hatinya sudah retak seribu. Tidak mungkin ia boleh ditampal-tampal. Telefon bimbitnya juga dia tinggalkan diatas meja. Dia benar-benar maksudkannya.
“ Ain, tolonglah jangan buat begini.” Hizwan masih berusaha memujuk Ain.
Ain hanya menjawab dengan gelengan. Dia tidak menoleh kakinya terus juga melangkah.
“ Ain…” Suara yang tadinya memujuk,merayu kedengaran jelas ditelinganya dengan nada yang agak tinggi. Marah barangkali kerana dia tidak mahu mendengar kata.
“ Ain,kalau Ain melangkah keluar dari pintu itu tanpa izin abang akan jatuh talak.” Itu takliq,jika disusuli dengan perbuatan Ain memang talak akan jatuh keatas dirinya. Ain sedar itu. Sungguh jelas ditelinganya takliq itu diucapkan.
Jika sudah itu nasibnya,jika sudah tersurat sampai disini sahaja jodohnya siapalah dia untuk menghalang. Hizwan ada hak diatas apa yang diucapkan. Dia berhak untuk memilih samaada melangkah atau berhenti setakat itu.
“ Abang tentu jelas dengan apa yang abang maksukan. Ini ke yang abang kata sayang tu. Abang bertakliq dengan Ain isteri abang. Talak bukan untuk dipersendakan,ikatan perkhawinan bukan mainan kita bang. Kalau abang maksudkan nya sebaik sahaja Ain melangkah keluar Ain bukan lagi isteri abang. Sedangkan Ain tidak memintanya. Abang sendiri yang berkata.”
“ Kalau Ain melangkah keluar sama jugalah dengan Ain memintanya.” Hizwan tidak mahu kalah dengan taqlik yang sudah dilafazkannya. Didalam hati dia berdoa agar Ain tidak melangkah. Jika Ain melangkah keluar memang Ain bukan jodohnya lagi.
“ Abang tahu kan kasih Ain hanya untuk abang, hidup Ain hanya untuk kita berdua. Bukan dengan orang ketiga. Ain minta maaf dari bertiga lebih baik Ain sendiri.”
Ain melangkah juga. Melepasi pintu yang menjadi pemisah antara mereka berdua. Dia menoleh melihat Hizwan yang terduduk diatas kerusi. Laju airmatanya menitis.
“Maafkan Ain. Ain tidak sudi bermadu.” Hanya itu yang mampu dia ucapkan.
Ain menyimpan segala barangnya didalam bonet. Dia tidak peduli lagi dengan Hizwan yang tercegat dipintu. Mereka sudah habis disini. Lelaki itu sendiri yang mengucapkannya. Biarlah lelaki yang dia cintai itu hidup dengan wanita yang benar-benar mencintainya dan sanggup mati untuk dirinya. Dia tidak sanggup mati untuk cintanya, cintanya tidak cukup kuat untuk lelaki yang sebentar tadi bukan lagi suaminya.
Dia memang tidak akan kembali lagi kerumah ini. rumah yang dia huni sebaik sahaja dia bergelar seorang isteri. Rumah pemberian Hilman untuk dia bernaung selama ini harus dipulangkan kepada yang lebih berhak. Dia tidak mahu terikat dengan mereka semua. Jika sudah dengan Hizwan dia terputus dengan mereka yang lain jua turut terputus ikatan kekeluargaan itu.
Ain mengikut langkah kaki yang memijak pedal minyak kereta Kelisanya. Entah kemana dia mahu pergi,namun terlintas dibenaknya rumah pusaka Arwah mak,rumah tempat dia dilahirkan. Ya! Dia memang akan pulang kesana,pulang ketempat dimana dia bermula,tempat dimana dia dilahirkan. Hanya itu harta yang dia ada.
“ Mak Ain akan datang kepada mak, maafkan Ain mak kerana Ain alpa pada mak yang melahirkan Ain kerana dunia yang tidak menjanjikan apa-apa. Maafkan Ain mak.” Airmatanya laju seiring dengan lajunya kereta dia memecah keheningan malam.

Monday, 16 January 2012

BAB 27

Ain masih belum pulang walaupun jam sudah menunjukan ke angka 8. Sengaja dia mengisi borang untuk bekerja lebih masa hari ini. Dia perlu menyiapkan data yang perlu dimasukkan kedalam system. Kebetulan Hizwan juga sedang membuat pengiraan gaji. Jadi dia didalam office dan Ain diluar leka menaip.
Perut nya terasa pedih. Lapar sungguh rasanya. Dia berhenti seketika dan ke pantry untuk membuat air. Dia mencari jika ada biskut didalam rak makanan. Jumpa! Biskut jangung. Jadilah biskut jangung pun asalkan perutnya berlapik sedikit sebelum dia diserang gastrik.
Sedang dia menikmati biskut yang dicicah air kopi susu ain mendengar bunyi yang agak bising dihadapan. Suara lelaki silih berganti kedengaran. Ain tidak dapat menahan keinginannya untuk melihat apa yang telah terjadi. Tidak pula dia mendengar loceng dipintu hadapan berbunyi. Mungkin kerana dia leka melayan perasaannya dengan biskut jangung kegemarannya itu.
Sebaik sahaja wajah Ain tersembul diruangan pejabat 4 orang lelaki lengkap berkopiah serentak memandang kepadanya. Ain kehairanan. Apa sudah jadi?
“ Maaf cik boleh cik tunjukan kad pengenalan cik.” Ain yang tidak faham apa-apa mencari kad pengenalan nya didalam purse. Dia menyerahkan kepada salah seorang lelaki yang berada dihadapannya.
“ Minta maaf doctor saya hanya menjalankan tugasa sahaja. Kami harus menjalankan kerja jika menerima aduan sedemikian.”
“ Tak apa saya faham ustaz. Setiap aduan harus kita susuli kesahihannya. Maksiat memang wajib kita benteras.”
 Ain yang tidak faham apa-apa memohon pengertian Hizwan.
“ Ustaz ni sayang mendapat aduan ada pasangan dalam pejabat ni yang berkurung dari maghrib sampai sekarang. Kita lah tu. Dah taka da orang lain dalam pejabat ni.”
“ Minta maaf puan. Kami hanya menjalankan tugas.”
“ Taka pa Ustaz. Bukan salah ustaz pun mungkin pengadu yang silap tidak selidik dahulu.”
“ Mungkin jugalah Puan. Mujur doctor dan puan suami isteri.”
“ mujur juga saya bawa kad nikah kami. Jika tidak sia-sia sahaja kami kena nikah sekali lagi.” Hizwan ketawa. Ustaz yang berada dihadapan mereka juga ketawa. Kekhilafan itu adalah lumrah dalam kehidupan. Selepas permohonan maaf diterima Hizwan dan Ain seiklas hati mereka kembali ditinggalkan berdua.
‘ Siapa lah yang membuat laporan tu ye bang. Siapa yang tahu Ain dengan abang ada dekat pejabat ni.”
“ Entah lah sayang. Serkap tak mengena. Adalah tu yang dengki irihati. Esok mesti kecoh punya. Siapa yang bercerita dulu dialah punya angkara tu. Abang ingat abang dah tak nak berahsia lagi. Susah lah Ain. Mulai esok abang nak Ain jadi isteri dirumah dan ditempat kerja”
“ Tapi bang…”
“ Taka da tapi-tapi lagi. Banyak yang tak eloknya dari yang elok. Cukup lah tu Ain berlakon. Abang lebih suka isteri abang dipejabat. Dari terpaksa berpura-pura. Tengok apa dah jadi hari ni. Esok tebalkan sahaja lah telinga Ain tu dengar cakap orang ye.”
“ Suka hati abanglah. Ain ikut sahaja. Baik kata abang mestilah baik untuk Ain juga.”
“ Bagus. Isteri abang memang baik. Gaji pun dah siap esok boleh bagi. Dah jom kita balik.”
Mereka beriringan keluar dari pejabat. Lampu dipadamkan. Mereka memandu kereta sendiri pulang kerumah.
Benarlah kata Hizwan. Ain harus menebalkan telinga mendengar cerita yang cepat sahaja tersebar. Entah siapa yang menjadi Tok Dalangnya. Ain sendiri tidak pasti. Hizwan sengaja berlambat-lambat. Dia sendiri ingin Ain melihat akan situasi dipejabat.
Sebaik sahaja wajah Ain terlihat dimuka pintu. Kak Sal terus menarik tangannya kebelakang. Dibelakang sudah menanti Kak Ros dan yang lain-lain kecuali Zura sahaja tiada.
“ Betul ke apa yang kami dengar ni Ain. Malam tadi Ain standby berdua sahaja dengan bos sampai kena tangkap basah. Betul ke?” pertanyaan yang bertubi-tubi singgah ditelinga Ain.
“ Malam tadi memang saya stanby sebab nak buat HMO ni. Saya pun tak sangka ada yang buat aduan tentang tu. Sungguh kak Ros saya tak buat apa pun.. masa ustaz-ustaz tu datang saya berada dipantry buat air makan biskut.”
“ Bos?”
“ Bos dalam bilik dia tak keluarpun dari petang tu” Ain menerangkan
“ Sal..mana kau tahu cerita ni. Awal betul kau dapat tahu.” Pertanyaan Kak Ros pada Sal menyebabkan semua mata memandang kepadanya. Termasuk Ain juga. Hebat! Cepat betul dia tahu.
“ Zura. Dia telefon malam tadi bagitahu.”
Mereka semua diserang tandantanya. Bagaimana Zura tahu sedangkan dia sudah pun pulang awal dan rumahnya bukan dekat pejabat. Budak-budak dibawah pun tidak tahu hal ini. Kak Ros memang sudah bertanya pada mereka sewaktu dia turun mengambil jadual kerja doctor pagi tadi. Macam mana pula Zura lebih tahu jika bukan dia yang membuat laporan ke pejabat agama. Kak Ros mula  rasa curiga. Mungkin ini memang kerja Zura.
“ Zura mana?” Dia mencari-cari kelibat Zura.
“ Ada dekat depan sedang buat kerja.” Ain menjawab. Memang dia melihat Zura duduk dimejanya tadi.
“ Tak habis-habis cari hal.” Kak Ros bersungut dalam diam.
“ Kenapa Kak Ros?” Ain yang mendengar sungutan itu merasa teruja ingin bertanya.  tetapi dia tidak dilayan.
Ain melihat ada beberapa bungkus bihun sup diatas meja. Dia merasa meloya tiba-tiba. Dia tidak mahu menahannya. Dia berlari kesinki mengeluarkan segala isi perut. Ain kelelahan. Kenapa dengan dia agaknya.
“ Hai! Pagi-pagi dah muntah. Macam dapat morning sickness aje. Mengandung?” suara Zura memecah gegendang telinga nya. Kenapa dengan Zura ini. Mengandung? Jika betul tentulah dia gembira.
“ bohsia rupanya kau ni ye. Berselindung disebalik tudung.”
“ Kenapa awak cakap saya begitu Zura? Dari sudut apa yang awak pandang hingga awak anggap saya ni bohsia.”
“ Tengok gaya kau pun aku dah tahu. Pandai kau berlakon kan.”
Gaya bertudung berbaju kurung gaya bohsia ke? Hebat betul dia boleh membaca gerak geri orang. Tapi sayangnya kehebatan nya itu keterlaluan hingga salah menduga.
Ain memandang Zura meninggalkan dia dipantry dengan wajah yang mencuka. Ain sudah merasa sedikit lega. Loya walaupun masih terasa dia tidak punya isi untuk dimuntahkan. Ain   kedepan dengan secawan nesvita. Perutnya perlu di isi. Dia menghirup sedikit nesvita sedap! Aroma yang wangi menarik perhatian Hizwan yang kebetulan baru sahaja sampai dipintu. Dia boleh melihat Ain sedang memegang mug yang masih berasap. Hanya Ain yang tidak sedar Hizwan dibelakangnya tetapi pekerja yang lain terkebil-kebil melihat perlakuan bos mereka. Seolah-olah sedang menghidu dan hampir mencium Ain. Kelakuan yang sangat pelik pagi ini.
“ Apa yang Ain minum. Wangi sungguh baunya.”
Ain terkejut nyaris dia tersimbah nesvita panas ketubuh Hizwan.
‘ Nesvita Bos. Nestum .” Ain yang terkejut tergagap-gagap menjawab. Mug ditangan diambil.
“ Pergi buat yang lain. ini saya nak.” Selamba sahaja dia mengambil mug ditangan Ain. Perkara biasa bila mereka dirumah tetapi sangat luar biasa dimata pekerja yang lain. ain dipandang dengan penuh tandatanya.
“ Kak Ros meeting. Semua staff ye.” Mereka tidak jadi bertanya kepada Ain akan sikap bos mereka yang sangat pelik. Pelik pada mereka tetapi bukan pada Ain.
Mereka berhimpit didalam bilik yang agak kecil itu. Mujur ada penghawa dingin. Hizwan memulakan bicara denagn lafaz bismillah. Dan dia terus kepada pokok perbincangan.
“ Saya rasa pagi ini semua sudah mendapat cerita hangat dan sensasi kan?”
“ Ya Bos dan kami nak sangat bos jelaskan apa yang telah terjadi pada kami supaya kami tidak bersangak buruk pada bos mahupun Ain.”
“ Mana Ain?” Hizwan mencari kelibat Ain. Jauh terkebelakang. Dia yang paling kecil menyelit ditengah-tengah lapan orang pekerja dengan wajah yang sudah bertukar warna. Dia merasa loya namun ditahan. Bau minyak wangi yang beraneka lebih menyebabkannya pening.
“ Saya tahu siapa yang membuat pengaduan ini. Ikutkan hati saya memang saya akan membuang nya terus. Tidak perlu lagi bekerja disini. Kehadiran orang yang begini sangat tidak saya alu-alukan. Saya tak mahu umumkan siapa tetapi jika orang itu sedar akan kesaalahan nya selepas ini saya amat berharap orang itu secara terbuka datang kepada saya dan Ain untuk memohon maaf.”
Mereka mendengar dan mengangguk. Tahulah mereka sekarang Ain dan bos disabatoj oleh seseorang.
“ Dan lagi satu perkara. Saya tak mahu mendengar cakap-cakap kosong yang tidak berfaedah terjadi didalam office ini terutamanya gossip-gosip liar antara saya dan Doktor Liza. Kamu semua sedia maklum dia hanya kawan saya dan disini juga saya ingin menegaskan saya sudah berkahwin dan tak mahu perkahwinan saya runtuh kerana cakap-cakap kosong kamu semua. Ada apa-apa lagi nak tanya?”
“ Bos…” Kak Ros mengangkat tangan.
“ Bagus juga bos dah kahwin harap sesiapa yang ada hati pad abos tu lupakan lah. Zura? Ain?”
Ain melihat Kak Ros tidak faham. Adakah Kak Ros bermaksud dia ada menaruh hati pada doctor bos kesayangan dia. Alahai! Kak Ros, Ain seperti mahu ketawa berdekah-dekah gelak terguling-guling.
“ Kalau ada kena mengena dengan Zura saya faham Kak Ros sebab Zura memang menaruh hati pada saya. Ain? Apa pula kaitan Ain dengan menaruh hati pada saya ni?”
Zura malu. Dia benar-benar dimalukan tetapi dia buat muka seposen. Hatinya sudah puas dapat mengenakan doctor muda itu dengan Ain. Sedikit sebanyak pasti maruahnya sudah tercalar. Tetapi dia hairan juga dengan maksud Kak Ros tentang Ain.
“ Apa yang Kak Ros jangkakan tentang saya. Saya ada menaruh hati pad abos ke?”
“ Kak Ros ni dah tua. Dari gerak geri Ain bukan susah mahu menduga.”
Ain tersenyum.  Dia mungkin sudah tidak punya pilihan.
“ Kejap-kejap. Ketara sangat ke bahasa tubuh saya ni macam tergedik-gedik pad abos Kak Ros? Jadi selama hari ini sejak saya bekerja sudah sebulan lebih ni saya ni kelihatan memang nak mengurat bos lah.”
Beraninya perempuan ni. Gumam Zura didalam hati. Kak Ros mengangguk ain memandang teman-teman yang lain. mereka tunduk. Oh! Mengumpat dia juga rupanya.
“ Saya perasan pada bos! Bos…saya perasan dan tergedik-gedik pada bos ye selama saya bekerja.”  Pertanyaan Ain yang tidak ada berlindung itu mengejutkan mereka semua.
Hizwan ketawa.
“ Kamu ni semua memang ahli nujum. Memang pemerhati yang sangat bagus. Ain tergedik-gedik pada saya pun awak semua nampak. Saya ingat perangai mengada-ngada dan manja dia dekat rumah tu tak ketara sangat dekat sini. lawak sungguh rasanya. Ain mari sini. tunjukan macam mana gedik awak tu pada saya.”
‘ Ish! Nak tunjuk juga ke yang saya memang mengada-ngada dan gedik bila bersama suami saya. Di office pula tu. Tak nak lah bang. Malu Ain.”
Mereka terlopong. Drama apa pula sekarang sedang terjadi.
“ Ain my lovely wife. Mari duduk sini.” Hizwan menepuk-nepuk sofa disebelahnya. Ain menurut mendekat dan duduk disebelah Hizwan.
“ Kamu semua saya mahu Ain belajar tentang semua ini sebab itulah saya suruh Kak Ros train isteri saya ni. Senang. Memang saya tak mahu dia rasa dia isteri saya jadi dia tidak perlu belajar. Dan saya tak mahu kamu semua fikir sebab dia isteri saya awak harus layan sebagai isteri bos. Ain juga tak mahu begitu. Saya harap semua orang jelas.”
“ Maaf kan say abos saya sudah tersalah sangka.” Ros dengan rendah diri meminta maaf.
“ Saya maafkan. Dan sekarang saya nak pengadu tak tahu malu tu bahawa taktik dia nak perangkap saya dan suami saya tidak menjadi. Dan lagi satu saya bukan bohsia.” Ain mengambil kesempatan melampiaskan rasa geramnya pada Zura yang enak sahaja menuduh dia bohsia.
Mereka semua bertepuk tangan. Setidak-tidaknya anggapan mereka tentang Ain salah. Menyesal mereka termakan kata-kata penyampai cerita. Sudah terbukti Ain bukan begitu orangnya.
Bau minyak wangi yang dipakai Hizwan mencucuk hidungnya hingga ketekak. Anehnya. Sebelum ini dia gemar benar dengan bau minyak wangi suaminya itu. Tetapi hari ini kenapa dia merasa loya dan tidak suka bau ini. Ain meminta izin untuk keluar. Dia benar-benar sudah tidak tahan. Dia berlari-lari anak ke bilik air. Sekali lagi dia memuntahkan isi perut.
“ Baik bos tengok isteri bos itu. Macam tak sihat. Dari tadi saya tengok dia begitu.” Tidak  perlu disuruh pun dia memang akan melihat Ain. Dia mendengar Ain memuntahkan segala isi perutnya. Hizwan menunggu diluar pintu bilik air sambil bertanya akan keadaan Ain.
“ Jom pergi bawah. Abang check Ain.” Hizwan mengajak Ain turun kebawah. Dia hanya mengekori.
“ Ain bulan ni tak period lagikan?” pertanyaan Hizwan dijawab dengan anggukan.
“ Tak silap abang dah seminggu ni lewat.”
“ aik! Abang kira ke period Ain. Tak senonoh!.”
‘ Kenapa pula tak senonoh. Abang doctor kan. Abang patut peka dengan perubahan Ain. Apa kata Ain pergi kencing kita check. Mana tahu ada rezeki kita.” Hizwan agak teruja. Amat berharap agar isterinya ada isi.
Ain hanya menurut. Dia juga berharap jika benar kata suaminya itu. Mudah-mudahan hari ini ada berita baik buat mereka.
Mereka berdua teruja menanti pregnancy test yang diuji bertukar kepada dua garisan. Sambil memeluk bahu isterinya mata mereka tertumpu kepada alat itu. Macam budak-budak menghadap gula-gula dihurung semut sahaja.
Akhirnya ia bertukar dari satu garisan menjadi dua. Hizwan menadah tangan menngucapakan kata syukur kepada ilahi. Akhirnya dia bakal menjadi seorang ayah dan Ain akan menjadi ibu. Perlahan-lahan pipi isterinya di kucup.
“ Terima kasih sayang.” Hanya ucapan itu keluar dari bibirnya untuk Ain.
‘ Terima kasih juga pada abang. Jika tak ada abang tentulah Ain tak berpeluang menjadi seorang ibu. Ain janji akan jaga anak kita baik-baik.”
“ Alhamdullilah! Kita raikan ye malam ni. Abang belanja Ain makan.”
“ Makan aje? Shoping? Ain kan dah lama mengidam nak beg LV. Boleh tak abang belanja Ain beg tu."
‘ Mengidam ke kalau macam ni. Selera buaya.”
“ Taka pa lah kalau abang tak mahu beli. Ain ada duit Ain beli sendiri. Nanti kempunan meleleh airliur anak Ain.”
“ Ish! Kesitu pulak dia. Boleh. Nanti kita pergi tengok beg yang Ain nak beli tu.”
Ucapan tahniah dari Hilman berkumandang dicorong telefon bimbit Hizwan. merah muka Ain diusik Hilman. Mula-mula tak mahu, malu jadi mahu. Sekarang bila sudah ada hasil tak kan boleh disorok rasa bahagia yang melingkari hidup mereka suami isteri
“ Mia mesti suka tidak lama lagi dia bakal ada sepupu. Dia tu kan suka bayi.”
“ Engkau yang patut kahwin bang. Bagi Mia bayi macam yang dia nak.” Hizwan ketawa disambut Hilman.
“ Aku akan kahwin jika ada jodoh. Insya allah.”
Gembira sungguh tidak terkata. Alangkah bagusnya jika dia boleh berkongsi cerita dengan emak, dengan Farah. tetapi mereka berdua telah tiada di muka bumi ini. Sudah lenyap ditelan bumi. Barangkali hanya tinggal tulang yang berselerakan.
dia bakal menyambung kembali generasi emak dan ayah. Ayah! Disaat ini Ain teringin sangat mahu melihat ayahnya yang tidak pernah dia kenali. Entah dimana ayahnya kini. Ain tidak menyalahkan ayah kerana meninggalkan dia dan emak kerana desakan hidup tetapi Ain terkilan kerana sejak lahir hingga dia akan melahirkan pun dia tidak berpeluang mengenali ayahnya.
Ain ingin benar berkongsi kegembiraannya bersama orang  tersayang tetapi siapa yang dia ada. Dia hanya ada Hizwan suaminya. Hilman yang dianggap seperti anak sendiri. Kekasih hatinya tempat dia mengadu hanya Allah SWT, kemudian cinta hatinya Hizwan. hanya ini yang dia ada.
“ Ain tak patut bersedih sewaktu sedang mengandung kerana ia akan mempengaruhi emosi bayi didalam kandungan. Inga pesan abang Ain kena banyakkan bersolat. Insya allah semuanya akan selamat. Banyak kan membaca surah Maryam supaya mudah Ain bersalin dan beberapa lagi surah-surah didalam Al quran.”
Nasihat seorang abang kejap didalam fikirannya.

Bab 26

Makan malam disertai dengan upacara memotong kek berjalan dengan meriah. Ain seorang sahaja yang tidak memberi Hizwan hadiah. Malu sungguh dia melihat mereka semua memberi hadiah.
“ Kesian Ain. Ain seorang aje yang kosong.” Ain  berkata sebaik sahaja dia masuk kedalam bilik mereka.
“ Tak apa abang tak kisah. Ain bukan tidak ada hadiah cuma tidak membeli sahajakan.”
“ Teruk betul Ain. Harijadi suami sendiri pun Ain tak ingat.”
Bagi Hizwan memadai jika Ain berada disisinya. Bukan hadiah yang ditagihnya.
“ Ain lah jadikan diri Ain hadiah untuk abang.”
“ Ha! Diri Ain? Diri Ain bukan hadiah. Diri Ain memang untuk abang. Bukan sebagai ganti hadiah.”
“ So disebabkan Ain tak bagi abang hadiah. Abang nak Ain jadikan diri Ain hadiah untuk abang malam ni.”
Ain tersenyum. Faham benar dia kehendak Hizwan. Wahai suami sebagai isteri aku memang dijadikan untukmu. Bukan sebagai galang ganti kepada kebendaan.
Waktu dipejabat Ain melihat beraneka hidangan sudah siap diatas meja yang disusun dan sebiji kek sederhana besar. Teman-teman nya kelihatan sibuk mengatur itu dan ini. Hadiah-hadiah tersusun rapi disatu sudut. Kenapa dia tak diberitahu mereka akan menyambut hari lahir Hizwan pagi ini. Ain yang terpingga-pinga hanya memandang.
“ Kami kutip duit untuk makanan dan kek. Hadiah aje beli sendiri. Maaflah Ain. Kak Ros tak simpan nombor Ain dalam hp tak tahu nak bagitahu. Kami kutip Rm30 seorang. Ain nak bagi ke?”
“ eh! Tentulah Kak Ros. Bos Ain juga kan.”
Ain mengeluarkan dompetnya dan menghulurkan duit kepada Kak Ros.
“ Tapi Ain tak  ada beli hadiah untuk Bos.”
“ Apa susah Ain dekat bawah tu aka nada kedai cenderamata. Dah buka dah ni. Sempat lagi nak pergi. Masa Kak Ros telefon bos tadi, bos baru aje nak keluar dari rumah.”
Memang Hizwan ada menyatakan pada Ain tadi. Dia lambat sedikit masuk ke pejabat. Penat katanya. Sebelum Hizwan datang Ain bergegas ke kedai cenderamata yang berada selang dua buah kedai dari pejabatnya. Entah apa yang mahu dia beli. Masuk-masuk sahaja kekedai itu Ain dihidangkan dengan pelbagai cenderamata. Entah nak pilih yang mana satu. Tak kan nak beri rantai kunci sahaja. Sungguh tak relevan.
Ain terpandangkan pen berwarna kuning keemasan. Ain bertanya jika dia boleh menulis sesuatu pada pen itu. Amoi yang menjaga kedai tersebut mengangguk. Ain mengambil kertas dan menulis I love you pada kertas lalu diberi kepada amoi yang menunggu dia menulis. Sekejap sahaja pen itu sudah siap ditulis dan dibalut rapi. Ain puas hati. Walau tidak sebesar mana pen itu tentu bermakna kerana ia hadiah sang isteri.
Sebaik sahaja Hizwan masuk kepejabat riuh pejabat jadinya dengan nyanyian selamat panjang umur untuk bos mereka. Hizwan ketawa. Tidak sangka ada kejutan dipagi hari. Melihat hidangan diatas meja dia merasa lapar pula. mereka menikmati makanan sebelum Kak Ros mengumumkan hadiah yang diberi dan mesti dibuka dihadapan mereka.
Hadiah itu semuanya rahsia tiada siapa tahu apa isi didalam kotak-kotak yang bersusun termasuk kotak kepunyaan Ain.
Hizwan memulakan dengan kotak Kak Ros. Pembalut dibuka perlahan-lahan. Sehingga terserlah lah isinya. Sebuah replica kapal layar didalam botol. Kata Kak Ros semoga bos boleh belayar dengan lebih jauh dan mencapai matlamat kehidupan.
Kemudian dia membuka kotak Zura pula. sebuah teddy bear kecil memegang gambar hati terserlah. Hizwan mengucapakan terima kasih. Dia faham benar maksud disebalik itu. Maaf Zura. Hati saya sudah dimiliki.
Hadiah paling kecil adalah hadiah terakhir yang dibuka Hizwan. Sebelum dia membukanya sempat dia bertanya.
“ Yang paling kecil ni mesti yang paling murah dan tentu yang paling bermakna. Hadiah dari Ain ye? Hanya hadiah Ain yang saya tak buka lagi.”
“ Maaf bos. Hadiah saya kecil sahaja.”
“ Tak apa besar atau kecil bukan ukurannya. Saya buka ya?”
Ain mengangguk. Dia berharap agar Hizwan hanya membuka kotak dan tidak menayangkan pen itu dikhalayak ramai. Takut teman-temannya boleh melihat tulis kecil diatas pen tersebut. Hizwan membuka dengan teruja. Entah bila Ain membeli barang untuk dia. Agaknya masih tidak berpuas hati sebab dia masih tidak memberi apa-apa-apa untuk dirinya.
Hizwan melihat isi kotak kecil yang berada ditangannya. Sebatang pen. Dia tidak menunjukan kepada mereka sebaliknya dia memusingkan pen tersebut dan dia melihat tulisan I love you pada badan pen tersebut. Hizwan tersenyum dan kembali menyorokkan tulisan itu disebelah bawah. Lalu dia menunjukan kepada semua akan hadiah yang diberi oleh Ain.
“ Apa maksud sebatang pen ni ye Ros. Cuba you terangkan.”
“ Ain suruh boss sain check gaji cepat-cepatlah tu. Atau Ain suruh bos tulis surat cinta.”
“ Tulis surat cinta? Pada siapa? Pada Ain kah?” Hizwan ketawa. Tidak perlu surat cinta untuk Ain. Cintanya pada Ain setiap hari dizahirkan dengan kata-kata dan sentuhan
“ Tidak kiralah pada sesiapapun bos. Janji bos bahagia.”
Majlis ringkas pagi itu tamat setelah habis semua hadiah dibuka. Hizwan yang baru sahaja menghilang didalam biliknya keluar semula.
“ Hari ni saya perlukan seorang untuk mengikut saya ke cawangan Pandan. Kak Ros oder dah siap ke?”
“ Dah bos. Siapa nak ikut bos?”
Wajah Zura berseri-seri amat berharap agar buah hatinya itu membawa dia kali ini. Tetapi dia hampa. Bukan namanya yang disebut.
“ Saya bawa Ain lah. Disebabkan Ain baru sahaja bekerja. Ain harus tahu selok belok perjalanan klinik ni. Biar dia belajar. Ain..?”
“ Boleh bos. Saya tidak kisah.”
“ Elok tu Ain. Jom pergi belakang ambil kotak. Bawa turun. Bos tolong bawa satu kotak lagi ye.”
Selesai menyimpan barang didalam boot kereta. Hizwan memandu kearah Pandan. Ain disebelah hanya diam membisu.
“ Terima Kasih sayang. Bertuah abang hari ni. Semalam dapat hadiah. Pagi ni dapat lagi dari isteri abang ni.”
“ Hadiah murah aje bang. Itu pun main ambik sahaja. Abang jangan lupa ye tulis surat cinta untuk Ain nanti.”
“ Oh! Itulah maksudnya ya. Tulis surat cinta untuk Ain. Okey..nanti setiap hari abang menulis untuk Ain. Walaupun sebaris ayat.”
Ain galak ketawa. Suka benar dia jika betul Hizwan akan menulis surat cinta buatnya. Terasa macam zaman dulu-dulu pula dimana tiada telefon untuk berhubung. Kalau ada pun sekadar telefon awam berbentuk kotak empat segi berwarna pinang masak.
“ Semalam abang kata nak cerita pasal zura kan? Kenapa ye dengan dia. Tadi Ain tengok kemain lagi berseri-seri wajahnya bila abang buka kotak hadiah dia. Simbolik betul hadiahnya. Ada maksud yang sukar diungkai. Ain tengok dia macam suka sangat masa abang kata nak seseorang ikut abang. Seolah-olah berharap sangat dapat ikut abang. Ada apa-apa yang Ain tak tahu ke?”
Hizwan tidak tahu mahu berkata apa pada pekerjanya yang seorang ini. Dia memang suka mengusik Zura. Zura memang cantik diantara mereka yang berada dipejabatnya. Namun tidak pula dia beranggapan dia suka dan jatuh cinta pada gadis montok dan seksi itu. Sekadar mengusik itu adalah perkara biasa bagi lelaki yang punyai naluri kelakian.
Petang semalam dia memang terkejut apabila Zura tiba-tiba sahaja masuk kebiliknya sebaik sahaja Ain sudah turun ke bawah. Terpinga-pingga dia apabila gadis itu mencurahkan isi hatinya kepada dia. Terkedu dia seketika. Dia hanya menjawab tidak, saya tidak pernah sukakan awak lebih daripada seorang pekerja. Itu yang menyebabkan gadis itu lari turun dengan airmatanya. Memang dia langsung tidak menyangka sampai begitu sekali anggapan Zura pada dia.
Dan pagi ini ketika membuka kotak hadiah Zura dia sekali lagi rasa curiga. Akalnya terus mengatakan bahawa Zura tidak faham akan perkataan tidak yang dia katakan semalam. Memang semak rasanya apabila seorang gadis yang dianggapnya pekerja tidak faham. Mahu sahaja dia mengatakan bahawa dia sudah beristeri dan isterinya elok tercatuk dihadapan matanya. Kalaulah bukan kerana Ain yang tidak mahu dikenali sebagai isterinya tentu sekarang dia sudah mencanangkan kepada pekerjanya.
‘ Hurm…perempuan sekarang kebanyakannya sudah hilang sifat malunya. Ain percaya suami ain tidak akan berbuat sesuatu yang boleh merosakkan rumahtangga yang dibina. Pandai abanglah nak menangani masalah pekerja abang ni. Jangan Ain nampak dia buat ntah apa-apa sudahlah. Memang Ain marah aje. Masa tu Ain tak akan kisah dah status Ain. Yang penting hati Ain tak terluka dan abang tak serba salah.”
“ Kan elok kalau sekarang ni Ain beritahu pada mereka semua Ain ni isteri abang. Tak perlulah abang nak mencuri untuk dekat dengan Ain.”
Ain ketawa. Lucu benar dia dengan perkataan mencuri yang keluar dari mulut Hizwan. Kasihan suaminya terpaksa mencuri untuk isteri sendiri.
“ Di pejabat sahaja kan. Dirumah abang bukan pencuri. Abang bebas berbuat apa sahaja. Dan Ain dengan rela sentiasa sudi.”
Hizwan mencuit hidung Ain. Ain seorang isteri terbaik. Sentiasa menurut walaupun diawal pertemuan semulanya dengan Ain isterinya itu umpama patung yang boleh ditengok. Tidak boleh diusik. Sekarang ini dia bukan lagi patung sebaliknya pepatung yang sangat agresif. Pantang terusik cepat sahaja tindak balasnya.
Mereka tiba di Pandan. Ain diperkenalkan sebagai pekerja HIzwan dipejabat. Selesai mereka menurunkan barangan yang dipesan Hizwan bercadang mahu ke cawangan Dayabumi. Mahu melihat perkembangan ubahsuai kliniknya disana.
Siapa sangka pula Liza sudah ada disana sedangkan doctor itu sepatutnya berada di Cheras.
Ain hanya memandang Hizwan sewaktu mereka terserempak di lobi utama komplek itu. Ain serba salah. Hizwan buat muka selamba. Kenapa harus takut pada perempuan itu sedangkan Ain isterinya. Hizawan memang akan memastikan Ain tidak diusik Liza. Cubalah kalau berani. Jika selama hari ini dia hormati perempuan itu sebagai sahabatnya tidak mustahil rasa hormat itu juga akan hilang kerana Ain.
Hizwan sedang bercakap dengan kontraktor pembinaan sewaktu Liza mencuri menghampirinya. Pantang lepas sahaja Ain dari mata Hizwan dia mencari peluang untuk mendekati Ain.
“ Kau balik jugakan. Kau ni memang kurang ajar. Aku dah suruh kau berambus kau balik juga. Kau tunggulah apa aku akan buat. Aku akan pastikan kau menyesal tak sudah.”
Kata-kata yang cukup pendek tetapi sangat berbisa. Bagaikan ular yang berbisa perempuan bernama Liza ini. Sepatutnya dia dibunuh sahaja kerana suka menghancurkan kebahagian orang lain. Ain berdoa didalam hati semoga sikap Liza akan membias kepada dirinya sendiri. Allah itu maha adil.
Apa yang dikatakan Liza tidak diendahkan Ain yang penting dia lebih tahu sikap Hizwan terhadap dirinya. Tetapi jika Allah mahu menduga dia dan Hizwan Ain berdoa semoga tidak terjadi perkara yang lebih menjurus kearah perpisahan. Dia tidak mahu begitu kerana Hizwan adalah segalanya bagi dia. Dia bukan ada sesiapa pun lagi didalam dunia ini.
Liza memang nekad. Dia selama hari ini teguh berdiri dibelakang Hizwan. Membantu pembangunan perniagaan Hizwan. Dari semasa di HUKM lagi dia lah yang menyokong Hizwan. Sampai masa dia diketepikan dan ini sangat tidak adil kepadanya. Balik-balik Ain juga yang dia pandang. Entah apa istimewanya perempuan kampung itu kalau mahu dibandingkan dengan dia yang jauh lebih berpelajaran dan bergaya. Jika tidak kerana cintanya yang menggunung memang dia sudah kalah dengan perempuan yang tidak punya apa-apa itu.
Bencinya kepada Ain mengebu-gebu. Sampai masa dia akan melunaskan hutangnya kepada gadis kampung itu. Selagi dia tidak dapat apa yang dia mahu dia tidak samasekali mengalah. Jiwanya disalut dendam. Hatinya lumat dek dengki irihati. Sesungguh dia sudah menjadi sebahagian daripada golongan yang terjerumus kedalam perangkap iblis. Tanpa Liza sedari dia sudah hilang jati diri dan integrity. Dia sudah menjadi sebahagian daripada mereka yang cetek ilmunya.
Hizwan tidak bertanya kepada Ain apa yang dikatakan Liza kepadanya. Jangan ingat dia sedang sibuk bercakap dengan kontraktor dia tidak punya mata untuk melihat. Sungguh dia tidak mendengar tetapi dia sedar Liza memperkatakan sesuatu kepada isterinya. Dia masih sempat menjeling akan perbuatan Liza. Pasti perempuan itu berkata sesuatu yang buruk terhadap Ain. Ini jelas dari perlakuan Ain yang hanya diam seribu bahasa sehingga mereka sampai kepejabat.
“ Seronok Ain ikut bos pergi melawat kawasan.”
“ Bolehlah Kak Sal. Banyak betul benda yang Ain nak kena belajar lagi ni.”
“ Memang banyak ain cuba tengok dalam tray In Ain. Sudah menanti kerja untuk dilakukan.” Kak Sal ketawa.
Ain melihat slip yang ada didalam tray. Banyaknya. Macam mana nak buat ni. Ain sudah mula garu kepala.Kak Sal yang faham masalah Ain menghampiri Ain.
“ Ain kena susun dulu slip-slip ni mengikut abjad abc. Senang nak masukan data dalam system. Semua slip ni harus dimasuk kan mengikut kod syarikat panel yang melantik. Contohnya macam Amanah Raya kodnya A01. Macam tu juga dengan Berjaya ni B02. Kalau Ain tak ingat kod-kod ni taka pa. ain Cuma perlukan tekan A dan akan beraturlah syarikat mengikut sususanan abjad tu muncul. Pilih sahaja kod yang sepatutnya. Ain jangan silap pula masuk kan slipnya pada syarikat yang betul. Nanti bila dah printout keluar bil kena double check pula. kalau salah kena delete dan key in balik. Dah dua kali kerja. Biar lambat tak apa. Asalkan tak salah.”
Penerangan Kak Sal didengari dengan sepenuh jiwa. Dengan sepenuh penghayatan tahap maksima. Tanpa bertanya apa-apa. Kerana penerangan itu jangan jelas. Jadi dia tidak perlu bertanya itu ini.
“Yang HMO ni macam mana kak?”
“ Yang ni kena link dengan internet. Kena buka format dalam system mereka baru boleh buat. Kejap akak bukankan Ain boleh tengok.”
Ain melihat kerja-kerja Kak Sal yang dilakukan pada PC ditempat duduknya. Bunyi pintu yang dihempas dan barang yang dilempar mengejutkan mereka yang sedang tekun bekerja. Terpinga-pinga. Kak Ros memberi isyarat diam kepada mereka. Ain memandang Kak Sal dengan tandatanya yang bersarang didada.
“ Tak ada kerja lain.” Ain mendengar sungutan Zura. Ain menoleh kepada Kak Sal yang turut memandang Zura.
“ Bila masa perempuan tu datang? Orang dah tak nak tak payah lah nak tersua-sua. Perigi mencari timba memang sangat memalukan. Menjatuhkan maruah orang perempuan. Kali ni apa pula yang buat perempuan tu marah gila dengan bos agaknya.”
“ Siapa kak?’ memang Ain tidak tahu siapa yang masuk kedalam bilik Hizwan kerana dia leka mendengar tunjuk ajar Kak Sal padanya tadi.
“ Doktor Liza. Doctor perasan tu.”
Datang kesini? Bukankah Hizwan sudah melarang dia datang ke ibupejabat. Itu yang Hizwan maklumkan pada dia. Tetapi mengapa dia datang.
“ Kali ni entah apa pula yang akan pecah. Hari tu pasu cina bos. Hari ni meja agaknya dia terbalikkan. Ini mesti kes cemburulah ni.”
“Cemburu sampai mengamuk dekat pejabat Kak?”
“ MAnusia ni Ain kalau dah kena rasuk iblis perangainya pun ikut sekali lah malam iblis.”
“ Ish! Tak baik kak menyamakan mahluk Allah yang sempurna sifatnya dengan iblis yang dilaknat Allah tu. Perangai dan sikap boleh diubah kak.”
“ Dia tak akan berubah Ain. Sudah lama dia macam tu. Empat tahun sudah bos hanya akan masuk pejabat sebulan dalam setahun itu pun masa nak buat audit sahaja. Selebihnya dial ah yang uruskan. Kononnya menolong kawan tetapi kawan apakah macam itu. Dah terang-terang bos Cuma anggap dia kawan. Tak kan nak paksa bos suka dia sebagai kekasih. Manalah tahu jika bos memang sudah ada pilihan hatinya sendiri yang jauh lebih bagus.”
“ Dia tu memang layak digelar iblis sahaja. Dia mana suka kalau kita buat baik dengan bos. Kononnya kita nak mengurat bos. Hih! Akak ada laki tak ingin akak madukan laki akak yang handsome macam Shah Ruk Khan tu.”
“ Akak ni tak sayang mulut sungguh.”
Perbualan mereka terhenti apabila melihat wajah Liza yang menyinga dan Hizwan yang membuka pintu untuk Liza. Wajah Hizwan juga sedikit berang. Marah benar dia nampaknya. Pemergian Liza dipandang sepi oleh mereka semua.
‘ Ain bawa saya fail MISC. saya nak tengok quotation.”
Nama dia juga disebut dalam ramai-ramai pekerja yang sedang menonton lakukan sebabak. Manalah dia tahu dimana fail tersebut. Mujur Kak Ros cepat-cepat menghulurkan padanya.
“ Takutlah Kak… mana tahu nanti Ain kena marah pula.”
“ Dah dia sebut nama Ain tu. Pergi ajelah.” Kak Ros menghulurkan kembali fail tersebut kepadanya. Ain melangkah lambat-lambat.
Hizwan sudah menunggu disofa sebaik sahaja Ain membuka pintu. Pintu ditutup perlahan ain mengambil tempat disebelah Hizwan dan meletakan tangan diatas pehanya. Seolah-olah berkata sabar abang. Itu hanya sedikit dugaan dalam kehidupan kita berdua.
Pandangan mata Hizwan menikam matanya memohon seribu pengertian. Dia perlukan ketenangan. Dia perlukan sentuhan Ain bagi mengubat lara dijiwanya yang dimalukan Liza. Sungguh perempuan itu bagaikan ahli sihir yang mampu menggunakan kuasa sakti pada dirinya.
Ain yang mengerti memberikan satu pelukan hangat buat suaminya.
“ Abang kena sabar. Ain pun kena sabar. Nanti Ain bagi upah abang ye bila dekat rumah.” Ain menguis hidung Hizwan dengan jari telunjuknya. Sekadar menghiburkan hati suami yang sedang rawan. Fail yang kononnya di kehendaki bos dibawa keluar sekali. Sedar yang Hizwan bukan mahukan fail itu tetapi mahukan dirinya.
Entah sampai bila mereka akan diduga sebegini. Ain pasrah. Moga Allah melindunginya. Dia berdoa didalam hati semoga setiap ujian yang datang akan mereka hadapi sebaik yang mungkin.