Thursday, 12 January 2012

BAB 25

“ Selamat pagi cik. Boleh saya tumpang tanya.”
“ Selamat pagi. Ya cik boleh saya bantu.” Jururawat yang memakai seragam kelabu itu menyambut nya dengan senyuman.
Ain membaca tanda nama yang terletak elok di atas dada jururawat tersebut. Suhana.memang manis. Pandai sungguh Hizwan memilih pekerja. Untuk mereka yang sakit pasti rasa sakit akan sedikit terubat dengan senyuman manis si jururawat. Hari-hari sakit pun tak apa.
“ Saya difahamkan ada kerja kosong sebagai kerani disini. Saya datang ni nak memohon jawatan itu.”
“ Oh! Cik kena naik tingkat satu. Cik terus sahaja berjumpa Kak Ros. Dia yang selalu temuduga pekerja. Nanti saya beritahu. Cik boleh lah naik tangga disebelah kiri tu ye.”
Tangan Suhana menunjukan arah yang harus dia pergi. Memang dia benar-benar seperti orang yang tidak tahu apa-apa. Kakinya memanjat satu persatu anak tangga menuju keatas. Manakala tangan nya laju menaip pesanan ringkas.
‘ Ain dekat bawah. Nak naik untuk temuduga. J
‘ Okey sayang. Tak sabar nak temuduga sayang.”
Ain tersenyum. Dia menyimpan hpnya didalam beg tangan.
Dia menekan loceng yang terdapat di pintu utama. Menanti seketika. Seorang perempuan comel menyapa dia dengan ramah. Semua pekerja Hizwan memang comel dan ramah tamah.
‘ Ya cik boleh saya bantu?”
“ Saya difahamakan disini ada kekosongan jawatan sebagai kerani. Saya berminat untuk memohonnya.”
“ Boleh kerja serta merta ke?”
“ Boleh cik. Hari ni pun boleh.”
“ Okey. Cik isi borang ni dulu. Ada meja didalam bilik tetamu tu. Duduk dulu disitu ye.nanti dah isi borang letak dalam kotak ni.”
Ain mengangguk. Dia beralih keruangan menunggu yang disediakan. Kecil sahaja ruangan itu. Hanya menempatkan sebuah meja da 3 buah kerusi dan sebuah sofa panjang. Ain mengisi borang yang diberi oleh perempuan tadi.
Kak Ros mengetuk pintu bilik Doktor Hizwan. Apabila mendengar suara menyuruhnya masuk barulah dia masuk membawa beberapa buah fail yang telah diminta oleh bosnya itu.
“ Bos dekat luar ada seorang perempuan datang temuduga. Saya nak temuduga atau bos sendiri.”
‘ Tak apa Ros biar saya sahaja temuduga. Terima kasih.”
Ros melihat didalam kotak yang tersedia diruang cermin. Sudah siap di isi. Dia membelek seketika. Baru berusia 25 tahun sahaja. Masih ‘bujang’. Tinggal diSelayang. Setakat ada sijil peperikasaan Malaysia(SPM). Kemahiran berkomputer tidak pula dinyatakan. Pandai ke dia ni komputer nak minta kerja kerani. Ros tertanya-tanya sendiri. Tidak banyak yang di isi oleh perempuan tersebut.
“ Ni bos Borang budak perempuan tu. SPM aje bos. Tak pula dia cakap dia tahu guna komputer pula.  Bos kalau nak ambil orang biarlah yang tahu komputer bos. Senang nak training dia nanti.”
Ros menghulurkan borang yang sudah siap di isi.
“ Nur Ain Amani. Sedap nama. Cantik Ros?” Hizwan ketawa. Sengaja mahu mendengar jawapan jujur pekerjanya itu.
“ Cantik. Tapi cantik aje tak gun abos kalau otak kosong.”
“ Ish! Awak ni Ros. Mana awak tahu otaknya kosong. Entah-entah dia lebih cerdik. Cantik ye Ros? Ada peluang saya mengurat ni.”
“ Eh! Bos nak cari pekerja ke nak cari jodoh.” Ros ketawa. Bos yang selalunya serius hari ini boleh pula bergelak ketawa. Entah apa yang membuatkan bos nya itu gembira hari ini.
Ain masuk ke pejabat yang agak luas. Dia melihat sekeliling. Ada 8 orang pekerja semuanya. Sempat lagi dia membilang. Boleh tahan juga perkembangan pernigaan suaminya ini. Wajarlah jika suaminya itu kurang tumpuan dirumah.
“ Cik Ain ikut saya.” Ain mengekori pekerja yang bernama Ros itu. Dia memberikan senyuman kepada beberapa orang pekerja yang sedang berbual. Berbual dipejabat dikala tidak ada kerja bukan lah satu kesalahan. Janji kerja siap. Hizwan bukan seorang yang terlalu cerewet dengan para pekerjanya . itu yang selalu suaminya itu ceritakan. Janji kerja berjalan dengan lancar itu sudah memadai baginya. Mereka memang sangat beruntung mendapat bos sebaik Hizwan. Dan akan menjadi bos dia juga hari ini.
“ Bos nak temuduga seorang atau saya nak temuduga sekali?” Ros bertanya.
“Tak apa Ros saya temuduga sendiri. Ros boleh keluar dulu.” Wajah dihadapan Ain kelihatan serius.
Sebaik sahaja pintu ditutup. Hizwan bangun dan menghampiri Ain. Tak perlu temuduga isteri sendiri. Dia mencium dahi Ain yang sedang duduk dikerusi.
“ Kata nak temuduga Ain. Apa yang abang nak temuduga?” Sengaja dia bertanya.
“ Tak perlu. Malam tadi kan dah temuduga, ini buat syarat sahaja.”
“ Ramai juga pekerja abang ye”
‘ Nanti termasuk Ain ada 9 orang.”
Hizwan duduk di sebelah Ain. Tangan isterinya itu dicapai. Dicium dan dielusnya lembut.
“ Ain diterimalah ni ye?”
“ Yup! Upahnya?”
Ain ketawa. Wajahnya bertukar rona. Ambil kesempatan sungguh. Hizwan mencapai telefon diatas meja menekan intercom dan memanggil kembali Ros untuk datang bertemu dengannya.Sebaik sahaja wajah pekerjanya itu terjenggul dipintu Hizwan memberi isyarat supaya masuk kedalam.
“ Okey Ros. Ini pekerja baru yang harus Ros train. Ajar mana-mana yang patut. Dia akan bermula harinya. Beri dia meja dekat dengan Ros. Senang untuk Ros ajar dia. Cik Ain selamat bekerja dengan dedikasi. Kalau ada apa-apa minta tolong Ros.”
“ Ros?”…
“ Baik Bos.Cik Ain sila ikut saya.”
Ain keluar mengekori Ros. Senyuman meleret dari Hizwan cukup Ain fahami. Upahnya! Dia berhutang hari ini dengan Hizwan. Hutang yang tentunya akan dituntut bila dirumah. Ain tersenyum. Di pejabat pun ambil kesempatan juga.
“ Ain duduk disini ye. Sebelah Kak Ros senang nak ajar apa yang patut.”
Ain diperkenalkan dengan mereka yang berada didalam pejabat itu. Kak Rai,Kak Sal, Zura,Ida, Rohaida dan Kak Su. Mereka rata-rata berasal dari sekitar Kuala Lumpur sahaja. Mereka menerima Ain sebagai teman sepejabat dan mengalu-alukan kedatangan Ain bersama mereka.
“ Ain kena ambil alih tugas Kak Su. Kak Su pegang lebih kurang 60 panel untuk diuruskan bil nya setiap bulan. Tak lah sebanyak mana tapi semuanya tebal-tebal belaka. Maklumlah lagi ramai pekerja lagi ramailah yang sakit. Ada tu sebulan sampai lima kali datang.tension kerja agaknya darah tinggi pun naik.”
“ Kerja Ain mudah sahaja. Kenali panel Ain. Samada mereka ditanggung segala jenis penyakit atau tidak. Boleh bawa keluarga atau tiada tanggungan. Lepaa tu Ain kena tengok juga ada syarikat Cuma menanggung sebanyak RM25 ringgit sahaja. Jika lebih Ain kena telefon pesakit. Kadang-kadang jururawat dikaunter tak perasan mereka kena minta baki.”
“ Lepas tu Ain juga kena tengok Invoice yang lama-lama. Jika masih ada yang belum dibayar. Jika badan kerajaan mereka akan bayar selepas 60 hari waktu bekerja. Syarikat swasta selalunya Cuma 30 hari. Kadang-kadang mereka saja berlengah-lengah. Jadi Ain bertanggungjawab sepenuhnya pada invoice dan panel Ain.”
“ Invoice dari bawah sampai ketas setiap hari. Tetapi cawangan yang lain dua hari sekali. Dapat sahaja invoce Ain kena check sama tak dengan list yang mereka tulis. Kadang-kadang ada pesakit tapi tak ada slip. Tertinggal atau dicampur sekali dengan tarikh lain.”
“ Ain jelas tak?” Ain mengangguk. Tetapi dia memang kena banyak belajar.
‘” Semua orang ada PC seorang satu. Ada talian internet. Bukan untuk digunakan sesuka hati. Kalau dah lapang sangat tak  ada apa nak buat digalakan tolong jururawat dibawah. Kalau nasib tak baik bos akan bawa kita ikut dia pergi cawangan lain. jadi personal assistant dia. Kalau dia tengok kita santai sangat memang lah terkena. Jadi pandai-pandailah nak cari kerja atau buat kerja. Jangan sampai bos nampak.”
“ Satu lagi tugas Ain..” Kak Ros menyambung dan berhenti pada sebuah bilik stor yang agak kecil. Didalamnya penuh dengan buku slip semua panel yang melantik Klinik Hizwan sebagai panel. Banyak sungguh.
“ Ini pun kerja Ain. Ain kena check sama ada buku slipnya ada atau tidak. Kadang-kadang ada syarikat dia hantar tanpa perlu kita telefon. Tapi ada juga yang kena telefon dulu baru mereka hantar. Setiap dua hari seminggu semua cawangan akan telefon Kak Ros untuk pesan ubat dan slip. Tugas Ain lah nak serahkan slip yang mereka minta. Slip Klinik pun ada. Ain kena tengok juga kalau sudah tinggal 2pak Ain kena oder pada pencetak. Nanti Kak Ros bagi semua nombor telefon panel dan pencetak serta semua cawangan klinik. Tak lama lagi cawangan diSentul dan Dayabumi akan dibuka sedang diubah suai. Jadi bos sudah ada 6 cawangan. Yang diDayabumi khas untuk medical checkup MISC dan Fomema sahaja. Ain jelas tak? Kalau tak jelas Ain boleh bertanya kawan-kawan yang lain okey.”
Penerangan panjang lebar itu dijawab dengan anggukan. Dia sebenarnya kurang jelas tetapi dia akan belajar. Susah juga rasanya. Sedar tak sedar jam sudah menunjukan ke angka 1. Sudah tengahhari. Patutlah dia merasa lapar sangat. Ain berkira-kira mahu bertanya dimana tempat dia boleh membeli makanan kepada Kak Rosa tau mengikut sahaja teman yang lain pergi membeli makanan.
“ Okey semua hari ni Bos nak belanja makan dekat restoran depan tu.” Pengumuman Kak Ros menyebakan semua pekerja tersenyum.
“ Selamat duit hari ini. Baiknya bos. Harijadi bos ke nak belanja kita semua.”
“ Manalah Kak Ros tahu. Adalah tu yang menyebabkan bos gembira. Hari ni muka dia memang ceria. Selalu tu serius sahaja.”
“ Bos tu garang ke kak?” Ain snegaja bertanya.
“ Garang juga Ain. Kalau tak kena caranya.” Jawapan Kak Sal menyebabkan Ain mengangguk.
“ Bos tu garang bila Doktor Liza kacau mood dia aje.”
“ Tu lah minah perasan tu. Macam lah Doktor Hizwan tu nak dengan dia. Aku yang lawa ni pun doctor tak pandang.” Sampukan Zura menyebabkan Ain tersenyum.
Didalam hati dia berkata sendiri. Aku yang tak cantik ni juga yang doctor tu mahu. Manalah dia nak tergoda jika dirumah dia sudah ada bunga dihati.
“ Doktor tu bujang lagi ke?” Ain bertanya lagi. Mahu mendengar apa tanggapan kawan-kawan sepejabatnya kepada doctor muda itu.
“ Belum. Tak pernah pula Kak Ros dengar dia dah kawin. Tu yang Liza tu tak habis-habis nak tackle dia. Si Zura ni pun sama gedik.” Kak Ros mencubit lengan Zura.
Mereka berjalan kaki sahaja ke restoran dihadapan klinik. Restoran masakan kampung yang sangat membuka selera. Kumpulan mereka diikuti dengan Doktor Hizwan beberapa minit kemudian.
Ain sibuk memilih lauk. Banyak sungguh lauk yang membuka seleranya. Dia ternampak ikan keli goreng cili api. Kegemaran Hizwan. Ain mengambil dua ekor. Niat dihatinya ingin berkongsi seperti biasa dengan suaminya itu. Selalunya bila dirumah memang dia yang mengasingkan ikan dari tulangnya. Itu memang tugas rutin Ain jika dia masak makanan berasaskan ikan. Tetapi dia terlupa mereka bukan dirumah tetapi di kedai dan dikelilingi pekerja Hizwan.
Ain mengambil tempat dimeja yang sudah dicantum menjadi panjang untuk kumpulan mereka. Hizwan pula mengambil tempat disebelah Ain. Zura yang sengaja membiarkan kerusi disebelahnya kosong berharap doctor kesayangan nya itu duduk disebelahnya tetapi Hizwan lebih senang memilih untuk duduk disebelah Ain. Sambil makan boleh juga dia mencium bau minyak wangi isterinya itu.
Hizwan membaca doa makan. Mereka semua mengaminkannya. Hidangan yang tersedia dijamah dengan berselera. Sambil itu mereka berbual.
“ Baik bos hari ni belanja makan. Ada apa-apa ke bos?” Kak Ros yang sememangnya ramah bertanya.
“ Kenapa? Kena ada apa-apa ke baru saya boleh belanja?”
“ Tak adalah bos selalu bos kalau belanja pun cuma pesan Pizza aje.”
“Harijadi saya hari ni?”
Ain menoleh. Harijadi Hizwan! Kenapa dia boleh tidak tahu. Teruknya dia harijadi suami sendiri pun dia tidak tahu. Memang dia tidak ambil tahu. Tidak pernah membelek walaupun kad nikahnya yang sudah berzaman ada didalam beg dompetnya.
“ Oh ! patut kami yang belanja bos ni. Ni terbalik pula.”
“ Tak apa Ros. Saya gembira dan nak belanja kamu semua. Tanpa kamu saya tidak akan berkembang maju macam ni. Ye lah kan siapa nak tolong saya buat bil tiap-tiap bulan. Kalau kamu semua tak ada mati keringlah saya buat kerja sendiri.”
“ Ha! Ain kenapa diam sahaja? Awak tak boleh diam sahaja nanti kawan-kawan bosan pula.” Pertanyaan Hizwan dijawab dengan senyuman.
Lebih baik dengar abang bercakap dari menyampuk. Ain sedang berfikir apa yang Ain nak beri sebagai hadiah harilahir abang. Perkataan-perkataan itu hanya berlegar didalam fikiran Ain. Kalau bukan kerana dia berada dihadapan pekerja-pekerja yang lain mahu sahaja dia memeluk dan mengucapkan maaf. Maaf kerana dia tidak tahu hari ini adalah hari lahir suaminya itu.
Telefon Ain bordering tiba-tiba. Dia melihat nama yang tertera. Hilman! Segera dia menekan butang hijau.
“ Assalamualaikum bang.” Ain mendengar salamnya berjawab.
“ Ain malam ni ajak abang Ain tu balik rumah abang ye. Ada buat makan-makan sikit. Ain tahu kan harijadi Hizwan hari ni.”
“ Ain tak tahu. Kesian Ain kan. Kiranya Ain ni tak prihatinlah bang.”
“ Ish! Dah tak tahu nak buat macam mana. Jangan lupa tahu.”
Ain menjawab salam yang diberi Hilman sebelum dia meletak kan kembali telefonnya. Dia melihat rakan-rakannya sudah mahu beransur. Dia menoleh disisinya Hizwan masih menikmati minuman yang tinggal sedikit. Sebelum bangun sempat ain memegang tangan Hizwan dibawah meja. Dengan pandangan mata Ain seolah olah berkata, ‘ selamat hari lahir abang’. Hizwan membalas pengangan itu dan kemudian melepaskannya sebelum sesiapa pun perasan akan perbuatan mencuri yang dia lakukan. Susahnya! Baru sehari belum bertahun. Hizwan tidak merancang untuk berahsia lama-lama. Mana tahan jika Ain setiap hari ada didepan matanya.
Dari jam 9 pagi hingga ke pukul 5.30 petang Ain mempelajari selok belok pemprosesan bil. Naik juling matanya,naik tepu otaknya mengingati syarat-syarat setiap panel yang diamanahkan kepadanya. Dari hurf A hingga ke Z dia harus mengingat. Bukan mudah rupanya.
“ Ain kena rilek okey. Nanti Ain boleh lah ingat semuanya. Baru sehari. Balik nanti rehat-rehatkan otak.” Kata-kata Kak Sal memulihkan sedikit semangatnya yang sudah menipis. Dia kena balik dan berehat-rehat. Tetapi dia tidak boleh pulang kerumah sendiri. Dia harus ke Bukit Antarabangsa petang ini.
Ain menaip pesanan ringkas untuk Hizwan yang masih lagi berada didalam biliknya.
“ Abang Ain nak balik dah ni. Kita jumpa dekat rumah abang Hilman sahaja ye.”
“ Sekejap. Ain tunggu dalam kereta Ain nanti abang ikut. Malam ni kita tidur sana ye. Baju Ain adakan dekat sana.”
“ Ada. Okey. Ain tunggu. Bye..i love you.”
Ain turun kebawah. Memanaskan enjin keretanya di tempat khas meletakkan kereta. Dari jauh dia melihat Zura yang sudah turun naik semula ke atas. Ain merasa pelik dengan perlakuan Zura. Kenapa dia tidak terus balik.

Lima minit kemudia dia melihat Zura turun dan lalu disebelah keretanya. Dia melihat Zura seolah-olah menangis. Kenapa? dalam dia berteka-teki Hizwan pula turun dengan muka yang masam mencuka. Dia memberi isyarat supaya Ain pergi dan dia mengekori dibelakang. Ain hanya menurut dengan teka-teki yang bersarang dipundaknya.
“ Abang kenapa? Kenapa dengan Zura tadi.” Sebaik sahaja dia meletak kan Kelisanya digaraj dia terus sahaja mendapatkan Hizwan yang masih belum keluar dari keretanya. Tidak sabar dia mahu tahu mengapa Zura berkelakuan begitu.
“ Apa pun naik dulu. Mandi ke, bagi upah abang ke dulu. Boleh?”
Ain mencubit pipi Hizwan. Cubit-cubit manja. Ain ketawa mengoda.
“ Abang pergi naik dulu. Ain nak tengok Kak Pah buat apa dekat dapur tu.”
Ain terus sahaja kedapur. Aroma yang menyucuk hidungnya menyebabkan Ain terasa lapar. Dia melihat Kak Pah leka memasak. Tidak sedar Ain sudah berada dibelakangnya.
“ Kak Pah…!”
Perempuan itu terperanjat. Jatuh sudu ditangannya. Berdenting kuat dilantai. Ain ketawa.
“ Tak reti bagi salam ke Ain.”
“ Assalamualaikum Kak Pah.” Ain ketawa-ketawa. Suka benar dia dapat menyakat pembantu rumah Hilman itu.
“ Kak Pah masak apa? Banyak nye ni…”
“ Malam ni kan nak sambut harijadi Hizwan. Cik abang Ain tu. Masak lah apa-apa yang patut tu. Dah nak siap pun sementara nak tunggu  Hilman dengan Hakimi balik.”
“ Mia mana Kak Pah?”
“ Mia tusyen dekat Ukay Perdana. Kejap lagi dia balik lah dengan Hilman sekali.”
“ Ye lah Kak. Ain naik dulu lah nak rehat sekejap.”
Ain menghayun langkah mendaki tangga kekamar Hizwan dirumah ini. Dulu biliknya dibawah tetapi bilik itu telah dihuni oleh Kak Pah. Barang-barangnya sudah dipindahkan ke bilik Hizwan. Sebaik sahaja dia membuka pintu dia dapat mendengar bicara Hizwan.
“ I akan letak you di Dayabumi. Tapi I tak akan letak you dipejabat. MISC perlukan tumpuan penuh. You yang layak atur semuanya.”
“ Bukah kah you juga yang dulu nak sangat I ambil alih semua perjalanan klinik. You juga yang kata you tak nak masuk campur lagi sebab you penat. I dah bagi apa you nak, apa yang you tak puas hati lagi?”
“ No..no. I tak nak you duduk dipejabat lagi. You cuma perlu jaga pelanggan sahaja.”
“ Eh! You yang nak macam tu Liza bukan I suruh. So you ikut sahaja apa yang you dah atur. I dah selesa buat kerja I”
Hizwan menekan punat merah. Malas mahu melayan lagi. Dia tidak mahu merosak kan moodnya. Dia melihat Ain yang sudah siap mahu kebilik air.
‘ Nak mandi ke?” idea nakal mula terbit dari fikirannya. Pantas sahaja otaknya bekerja.
“ Tak lah Ain nak pergi berenang.”
“ Amboi! Mandi sekali ye?”
“ Mengada-ngadalah.” Ain cepat-cepat lari kebilik mandi. Tidak mahu menuruti permintaan sisuami.
Hizwan ketawa melihat ain seperti tikus yang takutkan kucing. Ketawanya sirna sebaik sahaja dia membaca masej yang baru sahaja masuk kedalam inboxnya.
“ I tahu you masuk kan wife you dalam pejabat tu. Tak cukup lagi dekat rumah dekat pejabat pun you nak angkut. You ni memang tak professional lah Hizwan. Kemana pergi you nak menempel dengan bini you tu. Orang lain pun ada bini juga tapi tak adalah angkut bini pergi kerja. Jangan esok dekat pejabat pun you all beromen.”
Kurang ajar! Darahnya terasa mendidih. Liza memang kurang ajar. Langsung tidak ada maruah

BAB 24

Sibuk! Cawangan baru yang akan dibuka menambah lagi kesibukannya. Masa nya untuk Ain juga telah dicuri dek kesibukan dalam menguruskan hal kerja, Hizwan sedikit ralat. Adakalanya dia terpaksa pulang lewat tengah malam.
Kasihan pada Ain yang saban malam setia menantinya. Bila pulang kerumah dia melihat Ain sudah tertidur diruang tamu. Dia tahu Ain kebosanana tetapi apakah yang boleh dia lakukan untuk menghilangan bosan Ain. Dia tidak tahu apa yang Ain suka. Mahu mengizinkan Ain bekerja kembali,jika menebar roti canai juga yang Ain pilih biarlah Ain dirumah sahaja. Tidak rela dia melihat isterinya itu kepenatan.
“ Ain tak fikir ke nak buat apa-apa yang berfaedah dari duduk sahaja dirumah tak ada buat apa-apa Ain.”
“ Apa Ain nak buat? Ain bukan ada kemahiran apa-apa. Nak menjahit? Jahit butang pun Ain tak pandai. Ain Cuma pandai masak sahaja. Ain jual nasi lemak boleh?”
“ Ain nak jual nasi lemak? Isteri seorang doctor tak ada duit sampai terpaksa meniaga nasi lemak. Jangan lah jatuh kan reputasi abang Ain.”
“ Habis tu? Apa Ain nak buat lagi. Lagi pun kan memang Ain dah ada tugas dekat rumah ni. Mengemas,memasak, tidur, makan. Cukuplah kan tugas-tugas tu.”
“ Itu bukan tugas sayang. Itu memang dah wajib Ain buat dan itu tidak berbayar. Tak nak buat bisnes lain? salon ke contohnya.”
“ Abang nak suruh Ain buka salon? Nak make-up diri sendiri pun Ain tak tahu bang. Ain ni kan serba tak tahu. Tak payahlah abang suruh Ain buat apa-apa.”
“ Hurm…hadap sahajalah lapy tu Ain sampai naik jemu. Lepas tu tak lama lagi Ain pun jadi rabun.”
“ Kalau Ain sunyi Ain tengok lah Video. Kalau abang lapang abang boleh Chat dengan Ain dialam maya. Nanti-nanti kalau ada anak Ain layan lah anak dan papanya . tentu tak sempat boring.”
“ Anak? Abang nak baby ke?”
“ Setiap perkhawinan tentu akan lebih berseri jika kita memiliki zuriat Ain. Kenapa? Ain tak nak?”
“ Nak lah tapi abang malas.”
“ Apa pula kena mengena anak dengan malas ni. Tak faham lah abang.”
“ Abang malas nak usaha lebih sikit. Mana mahunya. Balik dah lambat. Lepas tu penat. Bila dah penat Ain pun abang tak pandang. Sedih Ain.”
Hizwan ketawa. Memang dia tidak nafikan dia selalu balik lewat dalam kepenatan. Memang dia langsung tidak terfikir dengan apa yang difikirkan Ain. Dia memang tidak berusaha langsung. Sebagai doctor dia arif peratus kemungkinan seorang isteri hamil cukup berkait rapat dengan kekerapan mereka melakukan hubungan suami isteri. Kenapa dia tidak terfikir begitu. Seolah-olah dia bukan doctor dan Ain pula mengambil alih tugasnya.
Dia cuma memikirkan bagaimana mau mengembangkan lagi perniagaan kesihatannya. Dia ada targetnya sendiri. Sekarang dia miliki 4 cawangan. Dia mahu menambah lagi kalau boleh hingga 10 cawangan. Angan-angan yang cukup tinggi dan dia sedang berusaha kearah itu. Berusaha hingga Ain terabai. Kasihan isterinya itu.
“ Abang minta maaf Ain. Abang bukan sengaja tak pedulikan Ain.”
“ Ain faham. Abang pun ada cita-citakan. Tak apa bang kita ada bertahun lagi untuk melahirkan anak. Insyaallah ada rezeki adalah.”
Apabila kesibukan melanda memang Hizwan terlupa akan isteri dirumah. Biarpun dia ada beberapa orang pekerja untuk membantu namun dia harus memantau juga perjalanan syarikat kecilnya. Namun dia tidak pernah lupa untuk bermasej dengan isterinya samaada melalui Hp atau YM jika dia berada dihadapan laptopnya.
Ding>
Cik Pinky> Mr Black…sibukkah?
Mr.Black> sibuk lah juga. Ada apa sayang.
Cik Pinky> Hari ni sayang masak pajeri nenas. Nyum..nyum..nyum..sedap!
Mr.Black> Hantar sini sikit boleh?
Cik Pinky> Abang balik lah makan dirumah. Dah lama kita tak makan tengahari bersama. L
Mr.Black> maaf sayang,abang memang tak boleh. Kena stanby untuk kes emergency.
Cik Pinky>L
Mr.Balck> Abang janji hari ni abang balik awal. Pajeri punya pasal.
Cik Pinky> Okey Ain tunggu. J
Ain hairan mengapa Hizwan lebih gemar menggunakan identity Hilman. Berkongsi  YM adalah sesuatu yang jarang dibuat orang. Tetapi Hizwan dan adik beradiknya selamba sahaja. Kadang-kadang Ain terpaksa pula bertanya siapa yang ada ditalian. Hilman atau Hizwan.
Ain menanti Hizwan pulang. Sehingga jam menunjukan keangka sebelas barulah suaminya itu muncul. Ain terasa hati. Sukar benar dia mahu bertemu suami sendiri. Dia benar-benar rindukan suasana santainya bersama Hizwan.
“ Maaf Ain abang tak sangka pula ada kes dah last minit.”
“ Abang dah makan?”
“ Dah. Pizza aje. Abang penat sungguh ni.”
Ain kedapur dan mengemas kembali lauk yang sudah siap terhidang. Hiba benar rasa hatinya. Hizwan memang tidak akan menjamah makanan yang sudah siap terhidang. dia menelan kesedihan hatinya sendiri. Ain memasuki bilik arwah Farah. Sengaja berbuat demikian. Entah kepada siapa dia mahu mengadu keresahan hati. Dia benar-benar rasa terpinggir. Jika ada Farah sudah tentu pada sahabatnya itu dia mengadu. Sudah sebulan dia tidak dipedulikan. Sudah puas dia membelek diri dicermin. Entah dimana silapnya dia. Ain sendiri tidak tahu.
Airmata pilu mengalir lesu dari tubir matanya. Bahagia hanya seketika. Ain terasa sungguh-sungguh. Seolah-olah habis madu sepah dibuang. Menyesal pun sudah tidak ada gunanya lagi. Terlanjur perbuatan tak dia mampu berundur. Mahu atau tidak dia harus akur. Suratan takdir tidak sebelahi nasibnya.
“ Kau memang pembawa malang Ain. Dulu ayah kau tinggalkan mak kau hilang macam tu aje. Bila aku kahwin dengan mak kau,hidup aku langsung tak ada makna. Makin susah lagi adalah. Entah badi sial mana melekat dekat kau ni.” Suara Lazim lantang memecah keheningan malam. Dia menekup telinga dengan kedua belah tangannya.
Adakah benar kata Lazim dahulu. Dia memang pembawa malang agaknya. Ain bertambah hiba. Sendu nya tertahan-tahan.
Hizwan sudah selesai menyegarkan diri. Terasa lega dari keletihan yang mencengkam sukma.Dia mencari Ain diruang tamu. Tiada! Didapur juga tiada. Kemanakah Ain. Dia mengangkat tudung saji. Teringin juga dia mahu makan pajeri nenas yang dimasak Ain. Kosong! Hai! Apa kena pula Ain hari ni. Selalu tidak begini. Lewat bagaimana pun dia pulang jika dia mahu makan cepat sahaja isterinya itu menghidangkan makanan.
Pasti Ain dibilik Farah. dia menguak pintu bilik. Gelap gelita. Suiz lampu dicari. Terang suasana. Benarlah Ain disini.
“ Apa Ain buat dekat sini. Dalam gelap ni.”
“ Tak ada apa” Suara itu kedengaran bergetar. Dia dapat melihat Ain mengesat airmatanya.
“ Kenapa ni? Kenapa Ain menagis?” Hizwan menghampiri Ain. Duduk disebelah Ain. Dia dapat melihat dengan jelas mata Ain yang merah. Sah! Memang baru lepas menangis. Entah apa yang tidak kena dengan Ain.
Ain merajuk? Marahkah Ain dengan dia yang sentiasa kesuntukan masa. Masa 24jam yang dia ada sehari memang tidak mencukupi. Dia terlalu sibuk dengan kerjanya. Memang dia akui dia sedikit mengabaikan Ain. Tetapi dia bukan sengaja memperlakukan Ain begitu. Dia kepenatan. Penat otak,penat fizikal dengan kerja di pejabat. Dia melakukan semua itu untuk Ain juga. Untuk masa depan dia dan keluarganya juga.
“Ain…kenapa menangis ni. Cuba cakap dengan abang apa yang Ain tak puas hati sangat hari ni.”
Ain mengeleng. Dia bangun dan berlalu keluar dari bilik. Hizwan mengekori Ain. Lebih baik membicarakan hal mereka didalam bilik sendiri. Ain menarik selimutnya. Dia mahu tidur. Dia malas mahu memikirkan rasa hati yang terjeruk ini. Nanti dia yang terjerut dengan permasalahan yang tidak berkesudahan.
“ Abang tanya Ain ni. Kenapa tak jawab. Bisu dah?” Hizwan masih menanti jawapan Ain.
“ Ain..” Sudahnya Hizwan meninggikan suara. Tercabar pula rasanya dengan sikap kaku Ain.
“ Kenapa abang tinggikan suara abang dengan Ain.?”
“ Ada pun mulut nak jawab. Ingat dah bisu. Abang penatlah. Abang tanya cubalah jawab jangan buang masa rehat abang.”
“ Ain ni buang masa abang ke? Kalau Ain buang masa rehat abang elok lah abang tidur. Tak ada apa Ain nak jawab dah.”
“ Ain. Cubalah jangan emosi sangat.”
“ Siapa yang emosi? Kalau Ain emosi sekalipun itu hak Ain. Hati ain..tak ada kena mengena dengan abang.”
“ Kenapa Ain jawab macam ni? Ada masalah kita boleh bincang. Bukan nak marah-marah. Marah bukan penyelesaian segala masalah.”
‘ Suka hati Ain lah kalau Ain nak marah pun.”
“ Apa masalah Ain ni? Abang cakap elok-elok pun Ain tak dengar. Kenapa ?”
“ Masalah Ain tak ada kena mengena dengan abang.” Ain membelakangkan Hizwan. Dia menutup seluruh tubuhnya dengan selimut.
“ Ain…bangun! Abang kata bangun.” Hizwan menarik selimut yang menutup tubuh Ain. Geram benar dia dengan kelakuan Ain. Susah sangat mahu dibawa berbincang.
“ Duduk! Pandang abang bila bercakap. Abang benci dengan orang yang tak tahu adab bila bercakap ni.”
Benci dia? Tidak beradab kah dia? Hatinya bagai dipalu.
“ Sekarang bagitahu apa masalaha Ain. Abang tanya ni tolong jawab. Abang tak suka lah nak bergaduh dengan Ain malam-malam buta ni. Abang ni penat.”
“ Dah tahu penat. Tidur aje. Esok masih ada.”
“ Bukan itu jawapan yang abang nak dengar dari mulut Ain.”
“ Habis abang nak dengar apa? Nak dengar Ain bersungut ke? Ain bosan lah hidup macam ni. Ada suami macam tak ada suami. tentu pula arahnya kalau empat tahu lepas ada suami tapi tiada. Ain boleh buat apa Ain suka. Bukan jadi macam patung dalam rumah sendiri. Ain rasa abang melampau sangat dah. Abang dah dapat apa abang nak. Pandang Ain pun abang dah tak nak.”
Meledak juga rasa tidak puas hati nya. Bagaikan lahar gunung berapi. Geram benar dia dengan sikap Hizwan yang lebih mementingkan kerja dari dia. Bukan banyak yang dia mahu. Hanya sedikit perhatian sebagai seorang isteri.
“Apa yang Ain cakap ni. Apa yang Ain maksud kan dah dapat apa abang nak?”
“ Tanyalah diri sendiri. Lelaki semua sama. Hipokrit. Blue hippo.”
“ Melampau tuduhan tu Ain. Ain ingat abang ni tak tahu tanggjawab ke. Hanya sebab yang sekecil ini Ain sampai hati tuduh abang macam tu.” Hizwan terasa hati. Langsung dia tidak menduga Ain beranggapan begitu.
Ain terdiam. Memang berat tuduhannya. Tapi hatinya sakit diperlakukan begitu. Seolah-olah dia tiada tempat dihati suami sendiri. Ain kembali menangis. Sebak didada tidak mampu ditahan lagi. Dia berlari kebilik air. Mungkin duduk diruang yang kecil ini boleh memberi dia sedikit kelegaan. Dia membasuh wajahnya sepuas hati. Air dipancuran dibuka. Dia duduk dibawah pancuran air. Tengah malam buta begini. Dia menangis sepuas hati. Mengigil dia menahan sejuk.
“ Ain sudah lah tu. Buat apa dalam bilik air tu lama-lama.” Panggilan Hizwan tidak dia pedulikan.
Wajahnya sudah pucat kesejukan. Tetapi dia masih belum mahu berhenti.
“ Ain…” Hizwan mendekati pintu bilik air. Melekapkan telinga kepintu. Dia mendengar bunyi air yang mengalir deras. Ain mandi atau sengaja duduk dibawah pancuran air. Dah gila agaknya Ain. Malam-malam begini dengan kedinginan yang mencengkam. Memang itu hanya perbuatan orang kurang siuman. Sengaja menempah sakit.
Hizwan tidak mahu membiarkan Ain terus begitu. Mujur pintu bilik air tidak dikunci. Lekas-lekas dia mendapat kan Ain yang duduk dilantai dengan air pancuran yang terbuka. Tubuh isterinya dibalut. Dicempung tubuh kecil itu keluar dari bilik air. Pakaian isterinya disalin.
“ Ain jangan lah bertindak bodoh macam ni.”
Ain yang mengigil kesejukan hanya diam membisu. Akal warasnya tidak dapat berfikir. Otaknya bercelaru. Dia memang pembawa malang. Benarlah kata Lazim bapa tirinya. Apa pun yang dia lakukan tidak akan dia perolehi kebahagian. Melainkan malang semata-mata.
“ Ain..abang minta maaf. Abang cuba lebih luangkan masa abang untuk Ain. Abang janji.”
Tubuh isterinya itu dirangkulnya erat. Sedar kekhilafan diri. Dia juga bersalah kerana tidak sedar Ain kesunyian. Tidak guna bertekak dengan isterinya itu. Perang mulut tidak akan selesaikan apa-apa. Situasi akan menjadi lebih tegang jika dia turut berkeras hati. Hizwan tahu hati Ain bukan lah sekeras mana jika kena gaya pujuknya.
“ Ain..kita ni sepatutnya masih dalam mood bulan madu. Tak elokkan kalau kita bergaduh macam ni. Abang tahu abang salah tak pedulikan Ain tapi itu tidak bermakna abang tidak sayangkan Ain. Siapa lagi yang abang ada jika bukan Ain. Sibuk macam mana pun abang masih sempat masej Ain. Masih sempat berchat dengan Ain walaupun sekejap. Cuma yelah abang penat bila dah balik. Mungkin dari segi tu abang salah. Abang minta maaf okey.”
Ain masih kaku dan bisu. Tubuh isterinya itu terus dirangkulnya semakin erat. Dia sudah cukup baik Ain tidak melarikan diri. Itu tandanya Ain boleh juga menerima walaupun dia tidak bersuara.
“ Abang sayang Ain.” Bisikan halus itu singgah dicuping telinga Ain. Hatinya sedikit mencair. Seorang suami yang memujuk isteri merajuk tidak harus dia balas rajuk yang semakin panjang. Ain mengalah didalam diam. Tuduhan nya juga mengikut hati dan perasaan. Ain tersedar dia juga bersalah dalam membuat tuduhan. Menghukum sebelum disiasat. Bisikan sayang dan rindu itu bertalu-talu menerjah telinganya menikam jantung hatinya. Disertai dengan elusan-elusan lembut disegenap inci tubuh yang terdedah. Sebagai isteri dia rela. Dan terhapuslah segala duka yang mencarik hati perempuannya.
Untuk hari yang mendatang Hizwan benar-benar mengotakan katanya. Paling lewat pun dia pulang jam lapan malam. Kerja pejabat tidak lagi dibawanya pulang kerumah. Rumah adalah tempatnya untuk bersama Ain.
Keadaan kembali seperti sediakala. Gurau senda gelak ketawa kembali menceriakan rumah yang pernah sunyi seketika.
“ Ain..Ain tak nak kerja ke?”
Hizwan teringat akan kekosongan yang telah ditinggalkan oleh kerani invoice dipejabatnya. Sebagai sebuah klinik yang sedang berkembang dia mempunyai beberapa panel yang melantik Klnik Wangsa sebagai tempat untk pekerja mereka mendapatkan rawatan. Dari sedikit ia kini sudah mencecah keangka ratusan juga. 3 orang kerani Invoces memang tidak mencukupi untuk melakukan kerja –kerja memasukan data dan dibilkan setiap hujung bulan.
“ Kenapa? Abang nak Ain kerja ke?”
“ Kerani data abang berhenti seorang. Dia dapat kerja lain. kalau Ain nak abang boleh suruh Ain aje. Dari duduk dekat rumah ni tak ada buat apa. Nanti-nanti bila dah ada anak baru Ain duduk dirumah jaga anak sahaja.”
“ Susah ke kerja tu.”
“ Tak lah sesusah mana. Cuma masuk kan data untuk bil hujung bulan sahaja. Ikut syarat panel. Ada panel izinkan tanggungan mendapatkan rawatan. Ada juga yang tidak. Ada senarai jenis penyakit yang ditanggung dan tidak ditanggung. Contohnya macam suntikan vaksin untuk kanak-kanak. Ada syarikat tanggung. Ada yang tidak. Begitu juga untuk rawatan papsmear atau ujian darah dan x ray. Mudah aje. Nak?”
Ain berfikir. Menarik juga. Hari-hari dia boleh melihat Hizwan. Dari duduk kebosanan.
“ Tapi. Bukan kah Liza ada. Nanti dia kata apa. Abang nak berkepit aje dengan Ain. Tak cukup dirumah.”
“ Dia abang dah tukarkan ke cawangan Cheras. Dekat dengan keluarga dia. Tak ada hal dia tidak akan datang ke HQ.”
“ Ain kena temuduga jugalah kan.”
“ Nak temuduga pun boleh. Tak nak pun boleh. Isteri bos kan.”
“ Eh! Tak nak lah macam tu. Ain ikut prosuder biasa minta kerja. Hurm…boleh tak kalau Ain tak mahu orang tahu Ain isteri abang. Ain nak belajar dulu. Ya lah sebelum ni kerja Ain uli roti tebar roti aje. Bagi orang makan. Ni nak kena pegang komputer. Nak kerja guna otak. Ain tak nak lah ambil kesempatan. Boleh ke macam tu.?
Hizwan tersenyum. Ada-ada sahaja idea isterinya.
“ Habis tu kalau Ain tak nak orang tahu Ain isteri bos abang tak boleh lah nak pandang Ain atau bermesra dengan Ain dekat pejabat. Macam tu ke?”
“ Boleh ke bang macam tu.”
“ Tak boleh. Mana boleh abang tak cubit isteri abang sehari. Mana boleh tak peluk Ain sekejap pun.”
“ Alah! Menipu aje abang. Habis selalu boleh.”
“ Itu Ain dekat rumah. Kalau ada depan mata abang ada Ain terlepas dari abang? Kecuali kalau Ain ke bilik air sahaja baru Ain terlepas.”
Memang Ain tidak nafikan. Sejak kebelakangan ini memang dia tidak pernah terlepas dari Hizwan.
“ Kalau tak boleh tak  apa lah Ain duduk aje dekat rumah.”
“ Boleh. Curi-curi pun taka pa Ain. Lepas ni abang kenalah jadi pencuri. Esok Ain pergi lepas abang kepejabat. Esok abang tak duduk diklinik. Abang dioffice. Abang sendiri yang akan temuduga Ain. Dan esok juga Ain akan mula bekerja.”
‘ Eh! Bukan abang kena fikir dulu ke nak ambik Ain bekerja atau tidak ni.”
“ Dah fikir dah. Abang tahu. Ain mesti boleh buat. Ain kan serba boleh.”
‘ Puji lebih-lebih ni. Ada apa-apa ke?”
“ Adaaaa…” Jawapan yang panjang menyebabkan Ain ketawa.
Dia cepat-cepat melarikan diri menghilang kedalam bilik. Disusuli Hizwan kemudiannya. 

BAB23

Seminggu dia menemani Ain. Seminggu jugalah dia tidur dibilik Ain dan Ain tidur dibilik Farah. Hampa memanglah hampa. Namun dia tidak tega memaksa Ain. Biarlah Ain sendiri yang datang kepadanya. Hizwan redha dengan setipa perlakuan Ain. Apa boleh buat dia tidak mahu mencabuli hak peribadi isteri sendiri.
Pagi itu Hizwan melihat Ain sudah siap berbaju kurung. Kereta Arwah Farah juga sudah tidak berselimut lagi.
“ Ain nak pergi mana ni?” Pertanyaan Hizwan dijawab dengan senyuman.
“ Ain nak pergi pejabat peguam. Nak serah dokumen penting Arwah Farah bagi menguruskan harta peninggalan arwah. Tak elok lama sangat tersimpan. Mana lah tahu jika keluarga Farah perlukan wang.”
“ Bagus juga tu. Boleh abang tumpang Ain. Abang nak ke Wangsa Maju.”
“ Boleh. Ain pun memang nak kesana juga.”
“ Abang ingat lepas urusan abang selesai abang nak balik rumah Abang Hilman. Ain nak ikut?”
“ Abang nak Ain hantar ke?”
“ Kalau Ain ada banyak urusan abang boleh suruh Hakimi sahaja ambil.”
“ Macam tu okeylah. Siaplah nanti terlambat. Jalan jem ni. Ain ada masak nasi goreng tadi. Sarapan dulu ye.”
Dengan anggukan Hizwan bergegas kebilik air. Mandi menyegarkan diri. Hari ini dia mahu memulakan kerja yang tergendala sekian lama.
Ain menurunkan Hizwan dihadapan premis klinik miliknya. Selesai menyalami suaminya itu Ain meneruskan perjalanan ke pejabat peguam arwah Farah.
Peguam bernama Afendi itu menyambut kehadiran Ain. Dia mempersilakan Ain duduk.
“ Arwah Farah ni kawan baik Cik Ain ye?” Pertanyaan Encik Afendi dijawab dengan anggukan.
“Mana dia dokumen yang Cik Ain hendak serahkan tu boleh saya tengok.” Encik Afendi meminta dokumen yang telah dinyatakan oleh Ain lewat panggilan telefon yang dibuat Ain kelmarin
Ain menyerahkan segala dokumen kepada peguam Farah. Hanya beliau yang layak mengurskan segala harta peninggalan arwah. Ini adalah kerana Ain sendiri tidak tahu dimanakah keluarga Farah.
“ Saya akan menghubungi keluarga arwah untuk tindakan selanjutnya serta membacakan wasiat yang telah diamanahkan arwah kepada saya. Saya sendiri tidak menjangka arwah akan pergi dalam usia yang cukup muda begini. Yelah takdir Allah siapalah yang dapat menduganya kan.”
Selesai urusan dipejabat peguam jam sudah menunjukan keangka 12.30 tengahari. Perutnya sudah berbunyi. Dia mahu makan dimana-mana kedai makan yang ada disekitar kawasan Wangsa Maju. Teringat dia akan Hizwan. Tentu Hizwan juga belum makan lagi. Dia mahu mengajak suaminya itu makan tengahari bersamanya. Sudah kebetulan dia masih berada di sekitar kawasan berhampiran klinik suaminya itu.
Ain hampa apabila panggilan yang dibuatnya tidak bersambut. Sebaliknya dia diberitahu Hizwan sudah keluar makan tengahari dan hanya akan pulang sekitar jam dua petang. Ain mengeluh. Tiada temujanji untuk makan bersama suami sendiri. Eh! Nak makan dengan suami sendiri pun kena ada temujanji kah? Lupa pula dia hendak bertemu doctor kena ada temujanji. Ain mengeleng.sudah macam pesakit pula dia.
Ain memilih untuk makan disalah sebuah restoran yang terdapat dibelakang pejabat adik beradik KRU. Teringat pula dia otak-otak Kempas yang sedap disalah sebuah restoran disitu. Ain menelan air liur. Dah macam orang mengidam pula dia. Dia mencari-cari lot meletak kan kereta disekitar kawasan itu. Dia hampa. Tiada kekosongan. Dia malas mahu pergi ketempat lain. kalau sudah disini tiada tempat kosong ditempat lain apatah lagi. Ini bukan pekan Port Dickson ini Kuala Lumpur. Pantang ada kosong seminit sahaja sudah terisi. Mahu tak mahu dia terpaksa pula menunggu kereta yang akan berlalu pergi.
Sedang dia menahan rasa menanti petak yang kosong dia terlihat Hizwan yang sedang berjalan menuju kearah salah sebuah restoran yang terdapat disitu. Ain ingin mendapatkan Hizwan namun dia terhenti apabila ternampak ada seorang perempuan mengekori suaminya itu. Liza! Hizwan keluar makan bersama Liza! Jantungnya bagai terhenti. Allah kalau mahu menunjukan sesuatu yang serong tak perlu tunggu esok sekejap sahaja sudah terlihat didepan mata. Agaknya marah Hizwan terhadap onar Liza sudah hilang bersama lenyapnya rasa amarah Hizwan pada dia.
Isteri manakah yang tidak merasa resah bila melihat suami bersama perempuan lain. hati isteri manakah tidak tercuit jika didepan mata suami elok sahaja bermesra dengan perempuan yang sudah jelas memang ada hati pada suami sendiri. Ain menyabarkan diri. Tidak guna dia melenting, marah. Dia sendiri tidak melayan Hizwan sebaik yang mungkin sebagai seorang isteri. Dia tidak boleh menyalahkan Hizwan jika lelaki itu terfikir mahu makan luar. Memang salah dia.
Ain membatalkan hasratnya mahu makan otak-otak yang digemari. Tiba-tiba seleranya patah. Hatinya sebu perutnya sudah hilang rasa lapar. Tiba-tiba dia merasa kenyang. Kenyang dengan drama didepan mata. Ain mahu menduga. Apa agaknya kata Hizwan. Mahukah lelaki itu berterus terang. Dia mendail nombor telefon bimbit Hizwan. Pasti ketika ini perempuan itu sedang mengilai diantara dia dan Liza.
“ Ye Ain..” Ain mendengar jawapan Hizwan. Datar sahaja.
“ Abang! Abang dekat mana ye. Ain nak ajak abang makan ni. Ain baru sahaja sudah berjumpa peguam tu. Teringat pula nak ajak abang makan otak-otak.” Ain buat-buat ceria. Sedangkan hatinya bersalut cemburu yang maha gila.
“Abang dengan kawan. Ain lambat lah abang dah ada dekat restoran dah ni.”
“ Ain join sekali boleh?” Sengaja menduga.
“ Ain sempat ke nak datang. Abang pun dah nak siap ni.”
Penipu besar! Macamlah dia tak nampak pelayan pun belum datang mengambil pesanan. Matanya belum buta lagi untuk tidak melihat. Drama sebabak penulis skripnya Hizwan pengarahnya Liza. Memang sah pelakon terbaik mereka berdua.
“ Macam tu tak apalah bang. Ain terus balik rumah. Kalau abang nak balik Selayang abang bawak Kelisa Ain ye.”
“ Tengoklah nanti. Abang tak janji sebab banyak kerja.”
Hipokrit! Banyak kerja konon. Kerja bercanda dengan Liza. Ain rasa nak sahaja dia menunjukan mukanya dimeja Hizwan tetapi dia tidak mahu memalukan suaminya itu. Ain beralah.
“ Tak apalah bang. Ain balik dulu. Tapau aje makanan. Assalamualaikum!”
Ain tidak menunggu salamnya berjawab. Dia terus menekan butang merah. Dia menghalakan pemanduannya ke Selayang. Hatinya terasa sayu. Sampai hati Hizwan menipu dia. Apasalahnya jika berterus terang sahaja. Dia faham jika Hizwan sekadar makan sahaja dengan Liza. Mereka rakan sekerja. Liza juga sahabat Hizwan. Dia tentu akan faham. Tetapi sikap Hizwan yang seolah-olah menyembunyikan sesuatu menyebabkan Ain beranggapan suaminya itu memang ada hubungan ‘apa-apa’ dengan Liza. Liza bukankah memang sukakan Hizwan separuh nyawanya. Ain tidak faham sikap Hizwan. Mengapa mahu berahsia. Kalau dia tidak nampak tidak mengapalah juga. Ini dia nampak dengan mata kepala,kaki lututnya sekali. Penipu!
Ain tidak ada mood mahu makan. Perutnya memang lapar gila tetapi dia leka melayan hati. Bohonglah dia jika tidak berperasaan setelah bersama Hizwan selama mereka bercuti. Sekatil sebantal mustahil dia tidak tercuit. Dia juga manusia biasa yang ada sifat cemburu dan irihati. Walaupun tidak menunaikan tanggungjawab sebagai isteri itu tidak bermakna Ain tidak boleh rasa cemburu pada suami sendiri. Perasaan kasih yang melingkari hati walau belum sebanyak mana tetapi ia sudah cukup untuk menerbitkan rasa cemburunya. Walau tidak menggunung tinggi namun ia sudah cukup tinggi untuk dia kalah dalam pendakian.
Kepalanya rasa berdenyut. Migrinnya menyerang tiba-tiba. Sakit yang amat sangat. Tiga biji panadol ditelannya sekaligus. Dia cuba melelapkan mata. Dia mahu tidur untuk melegakan sakit kepala yang mencucuk. Namun panadol masih tidak cukup untuk melegakan rasa sakit. Ain mencari tablet synflex untuk melegakan rasa sakitnya. Dua biji sekaligus ditelan. Dia kelelahan.merasa sedikit lega Ain melelapkan mata. Tiga biji panadol dua biji tablet Synflex sudah cukup menyebabkan Ain lena tidak sedarkan diri lagi.
Setelah pulang seketika mengambil pakaian dan barangannya dia memandu Kelisa Ain menuruni Bukit Antarabangsa. Sudah pukul 10 malam. Sudah agak lewat. Namun dia bimbangkan Ain. Berpuluh masej tidak dibalas. Panggilan telefon juga tidak berangkat. Sungguh dia bimbangkan Ain.
Dia melihat rumah yang gelap gelita. Tetapi kereta yang terletak didalam garaj melegakan Hizwan. Ain ada dirumah. Tetapi mengapa gelap sahaja? Tak akan tidur awal. Kalau tidurpun kenapa harus bergelap. Lampu garaj pun tidak dipasang. Dengan menggunakan kunci yang ada bersama kunci kereta Ain dia masuk dan memetik suiz lampu. Terang benderang. Jelas dia melihat Ain sudah tidur diatas sofa dengan pakaian yang dipakainya pagi tadi.
Kenapa dengan Ain? Cepat-cepat dia meletakkan sahaja beg pakaiannya dihadapan pintu. Dia mendapat Ain yang sudah terkedang diatas sofa. Dahi Ain diraba. Okey sahaja! Tidak pula demam. Dia melihat diatas meja bersepah sisa pembalut panadol dan tablet Synflex. Ain sakit? Migrain menyerang. Perlahan dia mengejutkan Ain. Dia tahu Ain sudah terlebih mengambil ubat dan menyebabkan Ain terkedang tidak sedar. Tidurnya cukup lena.
“ Ain…Ain..bangunlah kenapa Ain tidur dekat sini?”
Ain masih membeku. Kasihan melihat Ain dia mengendong Ain kebilik. Bukan kebilik Farah seperti selalu. Sebaliknya kebilik Ain sendiri. Hizwan tidak mahu Ain bersendirian malam ini. Pakaian Ain harus disalin! Malu? Kenapa pula dia harus malu. Bukan haram pun jika dia melihat setiap inci tubuh Ain. Pedulilah jika Ain marah pun. Ain tidak sedar. Tak kan ain nak tidur dengan baju kurung yang dipakainya siang tadi.
Hizwan mencari baju tidur Ain didalam almari. Menyalinkan baju isterinya itu. Ain masih juga lena.langsung tidak sedar Hizwan sedang menyalin bajunya dan menukar segala yang tersalut ditubuhnya. Kalau dia sedar jangan harap dia boleh diperlakukan sebegitu. Hizwan melakukan tugasnya dengan berhati-hati. Dalam diam dia akui Ain cukup sempurna dimatanya. Terasa berkeinginan namun cepat-cepat dia menolak gelora yang melanda. Jika bukan izin tuan punya badan dia tidak akan melakukan kan apa yang tidak digemari Ain.
Selesai menjalan tugas tidak rasminya Hizwan mengambil tempat disebelah Ain. Isterinya itu dipeluk dengan penuh kasih sayang. Sayang benar dia pada Ain. Sampai bila agaknya Ain mahu mengelak darinya.
Ain terjaga dari lenanya yang panjang. Sakit kepalanya terasa berkurangan. Dia memandang sekeliling. Kenapa dia didalam bilik berwarna pink bukan unggu? Ini bilik dia. Seingatnya dia tidur diruang tamu diatas sofa sahaja semalam. Malas benar dia mahu tidur dibiliknya. Apatah lagi dengan kepalanya yang memberat dia langsung tidak mempunyai kudrat. Bajunya juga sudah bertukar? Siapa yang menukarkan bajunya? Hizwan kah? Wajahnya merona. Malunya dia! Kemana Hizwan tiada disisinya.
Hizwan siap menyediakan sarapan pagi untuk Ain. Roti bakar dan telur separuh masak bersama segelas susu. Dia membawanya kedalam bilik. Dia tersenyum melihat Ain yang terpingga-pinga diatas katil.
“ Selamat pagi Ain. Rasa lega dah?”
“ Lega?” Ain masih tidak faham.
“ Sakit kepala ye semalam? Banyak betul Ain telan ubat tu yang tidur tak sedar diri. Orang buat apa pun tak sedar.” Hizwan meletakkan dulang berisi sarapan pagi disisi katil.
“ Bangun pergi basuh muka,gosok gigi. Kita sarapan sama-sama.” Arah Hizwan
“ Dalam bilik ni?” Ain bertanya bodoh. Beli jiwa ke apa dia ni?
“ Sesekali sarapan dalam bilik ni pun bagus juga. Mengeratkan hubungan suami isteri.
“ Err…siapa tukar baju Ain semalam?” pertanyaan tak relevan. Sudah tahu lagi bertanya.
“ Abang. Kenapa?” Renungan mata Hizwan sungguh membuatkan Ain malu sendiri. Cepat-cepat dia berlalu kebilik air.
Dia salin pakaian aku ke? Ain bermenolog sendiri. Malunya dia. Tentu Hizwan sudah melihat semuanya. Sudah tidak ada rahsianya lagi. Huh! Kenapalah dia boleh telan ubat-ubat tu semua dan membuatkan dia tertidur seumpama mati. Sia-sia sahaja memberi tayangan percuma kepada Hizwan. Tayangan percuma? Percumakah? Ain bertanya kembali kepada dirinya. Suami sendiri bukan orang lain yang melihat. Malu sungguh rasanya. Kalau diberi pilihan boleh kah dia duduk sahaja didalam bilik air. Namun apa pula pilihan yang dia ada? Sampai kepetang ke nak duduk dalam bilik termenung ni. Alamat mati keringlah dia.
Hendak atau tidak , malu atau tidak dia kena juga menghadap Hizwan. Biarlah buat sahaja muka toyol. Hidup harus selamba. Ah! Selamba sahajalah..apa nak malu. Ain hak dia. Hak seorang suami.
“ Lamanya Ain cepat lah. Sejuk air ni nanti.”
Ain keluar setelah membelek wajahnya seketika. Sudah bersih. Dia duduk dibirai katil.
“ Abang tak pergi kerja?” Ain bertanya sekadar menutup gugup dihati.
“ Tak lah agaknya. Ada doctor ganti. Mungkin sebelah petang baru pergi. Hujan-hujan ni malas betul nak keluar.”
“ Hujan? Hujan ke? Tak dengar pun?” tidak pula dia sedari hari hujan diluar sana.
“ Hujan lah Ain. Dari subuh tadi. Nak kejut Ain kesian pula.”
“ Terlepas subuh hari ni. Kenapalah tak kejut Ain.”
“ Sorry. Kesian Ain sahaja. Birak-borak juga. Sambil tu makanlah. Teruk ke Ain dapat migraine sebelum ni?”
Teruk tak teruk sudah lama dia menghidapnya. Ditambah pula dengan apa yang dia lihat semalam. Lagi bertambahlah sakit kepalanya. Mahu sahaja dia bertanya. mengapa Hizwan menipunya. Tetapi melihat wajah Hizwan yang selamba tidak bersalah Ain terpaksa berfikir banyak kali. Barangakali Hizwan tak mahu dia merasa serba salah dengan kehadiran Liza. Walau apapun keadaannya Liza adalah sahabat Hizwan. Tidak ada sebab mengapa dia harus mempertikaikan kehadiran Liza disisi Hizwan walaupun dia cukup jelas akan perasaan Liza pada sang suami. memendamkan sahaja didalam hati? Mempertikaikan apa sahaja perbuatan Hizwan? Siapa lah dia mahu melakukan itu semua. Hizwan memang suami dia tetapi adakah Ain melayan Hizwan sebaik-baiknya? dia lebih bersalah kalau nak dibandingkan dengan Hizwan. Selagi tidak mengganggu hubungan dia dan Hizwan Ain tidak akan bersuara. Cemburu yang menggunung segera ditarah…ia harus diratakan secepat yang boleh.
Ain ingin menyambung tidurnya setelah kenyang dengan sarapan pagi yang dihidangkan Hizwan. Hizwan didapur dia masih bermalasan diatas katil. Ditambah pula dengan cuaca yang malap dan sejuk. Keinginannya untuk tidur mengebu-gebu. Perlahan-lahan dia menyusup dibawah selimut tebalnya. belum pun sempat dia terlelap Hizwan pula menyusup sama masuk kedalam selimutnya juga. Ain hanya membiarkan sahaja. Sudah tidak apa yang hendak dia malukan lagi. Hizwan itu suaminya.
Hangat! Memanglah hangat jika ada haba tambahan disebelah. Ain tersenyum. Fikirannya merewang entah kemana. Mengharap akan sesuatu yang harus dimulakan. Siapa? Diakah? Wajar kah begitu? Atau tetap menjadi kaku dan bisu. Bukan dia yang harus mulakan sebuah perhubungan. Bukankah suaminya itu yang berhak meminta. Dia hanya perlu mengangguk sahaja. Sewajarnya seorang isteri harus bersedia dalam apa situasi pun. Ya! Dia memang sudah bersedia. Dia tidak mahu melambat-lambatkan lagi. Dia takut akan sebuah kehilangan. Dia tidak mahu sikap endah tak endahnya akan membawa leboh banyak keburukan. Lelaki bukan boleh dibaca langkahnya. Hatinya juga sukar ditebak. Teringat dia sesuatu yang pernah singgah dipendengarannya lewat sebuah rancangan diradio. Seorang suami telah mencanangkan betapa hodohnya seorang isteri bagaikan Pontianak bila dirumah. Tidak melayan si suami sebaik-baiknya. satu sikap yang sangat menjengkelkan. Mencanangkan keburukan isteri diudara dimana berjuta orang mendengarnya. Ain tidak mahu menjadi isteri malang itu. Sekarang ini pun dia sudah merasakan kedudukannya sebagai seorang isteri tergugat dengan kehadiran Liza. Sebelum Liza bejaya memasukan benang kelubang jarum dia harus dahuluinya. Dia tidak harus memberi lagi kemenangan kepada Liza. Dia yang harus memenanginya bukan perempuan itu atau mana-mana pun perempuan.
Dia yang harus memulakan langkahnya jika suaminya itu masih mencongak dihati sendiri. Lantas dia melingkari tangannya didada suami. merapatkan dirinya merasai hangatnya tubuh itu. Berharap agar sisuami membalasnya. Dia menanti dengan debaran jika lelaki itu membalas setiap permulaan langkahnya. Namun dia hampa. Hizwan diam sahaja. Lah! Tidur rupanya. Ain bersangka baik . Penat barangkali. Tak apalah esok kan masih ada ruang yang luas untuk dia bersama Hizwan. Dia mengeratkan lagi pelukannya.
Dia memang menyedari setiap perlakuan sang isteri. Seolah-olah menyerah sahaja layaknya tetapi hatinya masih berteka-teki benarkah apa yang dia rasa atau dia hanya perasan sendiri. Mahu sangat dia membalasnya namun dia mematungkan diri. Mahu melihat sejauh mana tindakan si isteri. Mahu sahaja dia bertanya jika dia diberi izin. Atau dia harus teruskan sahaja tanpa perlu bermukadimah. Dia suami, dia lebih berhak. Untuk apa dia nyatakan lagi kehendak nalurinya sebagai lelaki. Ain patut sudah tahu kini sebagai isteri apa yang harus dia lakukan.
Dalam rela Ain menyerah juga. Tanpa paksaan tanpa disuruh. Dia sangat memerlukan lelaki itu bagi melindungi dirinya yang sendirian. Hanya Hizwan yang dia ada. Dia tidak mahu hidupnya menjadi sepi lagi. Cukuplah dia mempersiakan peluang yang ada. Sungguh dia tidak mahu digugat petualang cinta. Dia memang terikat dan akan terus mengikat. Selagi Allah memanjangkan jodoh selagi itu hanya HIzwan yang dia mahu.
Hizwan sangat bersyukur. Menjadi suami kepada seorang isteri yangs sangat dia cintai. Tidak sia-sia dia menyulam sabar. Orang yang bersabar pasti besar imbuhannya. Dia tersenyum. Melihat isteri yang sangat polos dan comel. Wajah yang kemerahan dibelai. Pink! Isterinya itu memang lebih cantik dan sempurna dari mana-mana perempuan yang pernah dia lihat. Melihat isteri dengan rasa kasih yang mengebu tidak sama dengan melihat orang lain. cintanya menggunung. Kasih nya meluas. Hizwan terlena kelelahan menemani Ain yang sudah lama melakar mimpi. Tanpa mereka sedari hujan sudah berhenti dan matahari muncul disebalik awan yang kelabu.
“ Abang…abang bangunlah kata nak pergi kerja. Dah pukul dua. Bangun lah mandi.” Hizwan membuka mata. Melihat Ain sudah siap mandi. Basah rambutnya. Hizwan tersenyum nakal. Mahu sahaja dia menarik Ain disisinya. Cepat sahaja tangan Ain dipegangnya. Ain sudah dapat meneka. Segera dia menjauh.
“ Jangan nak mengada-ngada. Abang kata nak pergi kerja petang ni. Bangunlah, abang pergi mandi. Ain nak masak. Lapar dah ni.”
“ Malas lah nak pergi kerja. Dah penat bekerja. Cutilah.” Hizwan mencuit hidung Ain.
“ Bos yang sangat tidak bagus. Penat bekerja? Bila masa pula abang kerja. Abang tidur aje dari pagi.” Ain tidak faham.
“ Penat lah buat kerja tadi.”
Buat kerja tadi? Ain mengambil bantal kecil dan dilemparkan kepada Hizwan. Menyedari dia dipermainkan. Sungguh tak malu. Ain tersipu malu. Cepat-cepat dia kedapur. Mahu memasak. Perutnya sudah berlagu minta diisi. Kalau dilayan Hizwan harus dia terjebak sekali lagi.
Ayam masak kari dicampur dengan kentang. Ikan goreng dan sayur campur sudah siap terhidang. Hujan-hujan begini memang sentiasa membuatkan perut terasa lapar. Nasi yang masih panas turut Ain cedok diisi kedalam pinggan. Dia memanggil Hizwan yang sedari tadi asyik dengan komputer ribanya. Barangkali menyelesaikan kerja yang tertangguh.memang dia tidak ke Klinik hari ini. Ada doctor locum mengambil alih tugasnya. Bos pemalas dan doctor yang tidak ada dedikasi. Itu kata Ain kepada Hizwan.
“ Sedap isteri abang masak.” Hizwan memuji. Ain memang pandai memasak. Air tangan isterinya itu memang sentiasa membuka seleranya.
“ Kalau macam ni lama-lama abang pun boleh jadi Encik Bo.”
“ Encik Bo? Apa bo tu bang?”
“ Boroi lah. Hari-hari makan sedap macam ni.”
“ Eloklah macam tu. Itu tandanya cukup makan cukup bahagia. Barulah orang kata isteri pandai jaga. Nak pikat suami kenalah pikat perutnya dulu. Macam tu kan?” Ain ketawa. Seronok juga dipuji.
“ Amboi! Sukanya dia dipuji. Ain memang terbaik.” Hizwan mengenyitkan mata. Nakal!
Ain menjeling manja. Mengoda. Dia ketawa galak. Bahagia melingkari hidupnya. Jika tahu indah hidup berumahtangga tentu sedari dulu dia tidak menolak. Tentulah hidupnya tidak sunyi. Pasti dia sudah lama bahagia.
Ain yang sudah kekenyanga kembali menempel disisi Hizwan melihat suaminya itu sudah kembali ralit dengan komputernya. Barangkali sedang membuat kertas kerja. Ain memerhatikan sahaja. Televisyen dipasang. Tiada cerita menarik. Sungguh dia kebosanan. Dia sudah mula gelisah. Sekejap dia kedalam bilik. Sekejap lagi dia sudah menempel kembali disisi Hizwan.
“ Kenapa Ain? Macam kucing nak beranak aje abang tengok.”
“ Bosan. Ain ganggu abang ke? Maaf.”
“ Cuba fikir sesuatu. Baca buku ke?”
“ Baca buku? Macam lah Ain suka baca buku. Tidur boleh?”
“ Ain nak tidur? Tak baik tidur lepas asar. Nanti sakit kepala.”
Ain buntu. Apa lagi yang dia boleh buat. Dia dilanda kebosanan yang teramat. Idea nakal mula menguasai fikiran Ain. Seiring dengan itu dia mula menjalankan tugas. Tugas seorang isteri menggoda sisuami!