Wednesday 7 December 2011

Bab sembilan

"Sory,saya tidak sengaja"
"Saya ni walaupun tak besar macam anak gajah atau badak sumbu rasanya saya bukan lah sekecil pijat sampai awak nak langgar saya. mandi tepung saya hari ni. Ain cuba jangan kalut-kalut"
"Ain nak cepat lah Wan..Ain dah lambat. nanti tak makan adik-adik dekat rumah bakti tu."
"Rumah bakti? Ada apa dekat sana. Ain buat kan dorang roti ke?"
"A'ah ! Abang Hilman yang suruh."
"Abang Hilman?"
Hizwan pelik. Ain sipengasuh Mia memanggil majikan nya dengan panggilan abang. ada apa-apakah yang dia tidak tahu.
"Abang Hilman tu macam abang saya sahaja. jangan fikir bukan-bukan."
Ain meninggalkan Hizwan terkulat-kulat dengan tepung penuh dibaju dan kakinya. Pandai lah nak bersihkan sendiri. Ain memang sudah terlewat. tidak ada masa untuk sesi soal jawap dengan doktor muda itu. Entah apalah malangnya dia hari ini. Terlewat bangun.
Hizwan kembali kebiliknya mahu mandi. Apalah nasibnya hari ini. Sarapan paginya bukan dengan roti canai Ain tetapi tepung roti canai. Kalut sahaja budak Ain ni. Tak pasal-pasal dia mandi tepung percuma. Dua kali dia mandi pagi ini dalam jangka masa yang singkat. Huh!
“KakPah mana Mia? Tak bangun lagi ke?”
“Belum lah agaknya. Malam tadi lewat tidur menolong Ain menguli tepung. Hari ni Ain ke Asrama Bakti.”
“Saya yang minta dia pergi masak roti kesana. Ada majlis berkhatan beramai-ramai. Yang lain mana? Hizwan, Hakimi. Tak turun lagi ke?”
“Hizwan tadi dah turun. Tapi naik balik kebilik. Mandi.”
Hilman memandang Kak Pah. Pelik pula rasanya. Hizwan dah turun lepas tu naik balik untuk mandi. Hizwan tidak pernah turun kebawah selagi dia tidak mandi. Doctor muda itu sangat pembersih orangnya.
“Hizwan kena mandi tepung pagi tadi.” Kak Pah ketawa-ketawa.
‘Mandi tepung?” Hilman kehairanan.
“A’ah! Ain tahu sahajalah. Huru hara. Eksiden dekat tangga tadi. Kelakar pula tengoknya muka Hizwan. Ain pula buat bodoh aje terus pergi. Dia memang dah lambat tadi.”
Owh! Begitu ceritanya. Satu permulaan yang bagus.
Hizwan kembali ke ruang makan. Mahu bersarapan. Dia melihat Hilman sudah sedia menanti. Tempat Hakimi masih lagi kosong. Sudah dua hari dia berada dirumah ini. Bayang Hakimi langsung tidak kelihatan. Entah mengapa susah benar dia mahu bertemu kembarnya itu. Bagai tidak berjodoh pula mereka. Hizwan berkira-kira mahu menjengah Hakimi dibiliknya hari ini.
“Apa plan hari ni Wan?”
“Belum ada lagi. Nak cuti lagilah. Nanti kalau dah start keja susah pula nak stop.Doktor Liza kata tak kisah bila-bila pun boleh mula.”
“Baik betul dia ye. Sanggup buat apa sahaja untuk Wan. Dia suka Wan ke?”
“Kalau dia suka pun apa saya boleh buat bang. Hati saya bukan pada dia.”
“Menarik!..Pada siapa?” Hilman tersenyum.
“Saya nak minta tolong abang. Saya nak pergi cari Nur.”
“Bila..?”
“Bila abang free.”
“Nanti lah. Abang ingat nak pergi bercuti. Ni kan musim cuti sekolah. Mengembara. Seluruh Malaysia ni. Hizwan dengan Hakimi pun boleh join abang dengan Mia, dengan Ain.”
“Ain…Dekat mana abang dapat budak tu. Huru hara betul.”
“Tak dapat mana-mana pun. Dia datang sendiri. Cantik kan? Kalau diperhatikan pipinya warna pink. Cuba tengok dia suka benar dengan warna pink. Comel aje dia”
“Puji lebih nampak. Dah jatuh cinta ke? Kahwin aje lah bang. Abang pun dah lama menduda”
“Insya-Allah. Tapi bukan dengan Ain. Ain itu dah abang anggap macam adik abang sendiri.”
“Wah! Kalau macam tu ada peluanglah Wan nak mengurat Ain ni..”
Hilman hanya tersenyum. Hizwan tidak akan berkata begitu kalau dia tidak suka. Suka dengan Ain? Harap-harap Hizwan miliki sedikit perasaan itu.
Usai Hilman kepejabat Hizwan  menelefon sahabat yang sudah lama tidak ditemuinya. Dia mahu keluar bertemu sahabatnya itu. Namun apabila meninjau ke garaj hanya ada sebuah motosikal Yamaha RXZ. Milik Hakimi. Hakimi walaupun sudah miliki kereta sendiri masih menyimpan motorsikalnya itu. Sedang Hizwan berkira-kira mahu mencari alternative lain untuk keluar,Ain pulang dengan Kelisa pinknya.
Pinjam kereta Ain. Hanya itu yang terlintas difikiran Hizwan. Atau ajak sahaja Ain sekali.
“Ada apa Wan tercegat dekat sini. Tak kan tunggu Ain kot.” Ain menghadiahkan Hizwan senyuman paling manis yang Ain boleh beri. Tidak pura-pura.
Hizwan mengaru kepala yang tidak gatal. Dia tersengih. Ain memang selamba. Walaupun dia mengenali ain tidak sampai seminggu pun. Dengan Hilman dia tidak kisah,dengan Hizwan pun begitu. Cuma sikapnya dengan Hakimi yang Hizwan tidak nampak lagi.
“Saya nak keluar tapi taka da kenderaan. Boleh ke saya pinjam kereta pinky Ain tu?”
“Tak malu bawa kereta warna pink?”
‘Tak lah. Tak kisah pun. Boleh ke? Saya mahu ke Sri Gombak. Jumpa kawan sekejap.”
“Boleh. Guna lah. Kalau terjumpa sesiapa yang bertanya kenapa awak bawa kereta saya jangan pula awak kata ini kereta awek saya ye..jatuh saham saya.” Ain ketawa-ketawa. Galak mengusik Hizwan yang sudah merah wajahnya.
“Ye lah tahu lah saham awak tu tengah melambung kat BSKL”
“Nah! Kunci. Elok-elok bawa Cik Pinky saya. Jangan cium sesiapa ye. Sayang dia macam awak sayang saya.”
Ain menghulurkan kunci kepada Hizwan.
“Sayang dia macam awak sayang saya.” Kata-kata Ain menikam terus kejantungnya. Berdegup kencang.Ah! Ain memang poyo suka buat orang tersuka dekat dia.
Hizwan memandu kereta pink Ain. Sempat juga dia melihat kereta Ain memang bersih . selesa dan wangi.  Wangian yang sama dia hidu dari Ain. Kongsi perfume dengan kereta agaknya. Baik sungguh tuan punya kereta dengan keretanya. Di dashboard belakang tersusun anak patung Pink Panter. Comel-comel sahaja dimata Hizwan. Memang Ain gila kan warna ini. Skema sahaja. Tidak bercampur dengan warna lain.
Hezril sudah sedia menanti di restoran yang mereka pilih untuk bertemu. Mujur dia masih ingat jalan ke tempat dia selalu melepak dahulu.
Hezril memeluk sahabat sehati sejiwanya itu. Empat tahun mereka hanya bertemu di alam maya. Sudah banyak berubah sahabatnya itu. Dan sahabatnya itu memandu Kelisa Pink! Hezril melihat nombor pendaftaran Kelisa tersebut. Membelek dengan ekor mata akan  pink panter yang siap tersusun rapi.
“Kereta Ain kan?” Hezril terus bertanya. Dia pelik mengapa sahabatnya itu memandu kereta Ain. Gadis Pink yang menolak hulurun perkenalannya dahulu.
‘Kau kenal Ain tu.?”
“Ain yang buat roti canai tu kan?”
“Ye lah kot. Aku tengok dia kehulu-kehilir dengan besen dan doh roti canai. Dekat rumah aku pun sarapan roti canai. Mana kau kenal dia?”
“Aku yang bersusah payah minta nombor telefon. Ada dia layan?  Tak dilayannya aku yang handsome ni pun. Alih-alih kau dapat bawak kereta dia. Tentu dia kenal kau lebih ni.”
“Pengasuh Mia. Anak Hilman.”
“Patut lah dah tak nampak batang hidung dia dekat sini. Tak ada dah roti canai yang sedap nak aku makan. Rupanya dah bertukar kerjaya.”
“Tak apa nanti kalau kau nak makan roti canai dia kau boleh datang rumah aku. Eh! Kau apa cerita. Buat apa sekarang. Apa bisnes.?”
Dan mereka berbual dari satu topic kesatu topic yang lain. Ain sudah jauh mereka tinggalkan.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Hilman , Ain dan Mia sibuk merancang perjalanan percutian mereka. Riuh rendah mereka bercerita. Hakimi yang kebetulan tidak ada agenda malam itu turut menempel diruang tamu. Macam best sahaja kalau dia ikut serta dengan rombongan Hilman berjalan-jalan.
‘Aku ikut boleh bang?” Hakimi menyampuk perbualan mereka bertiga.
‘Boleh. Kalau Hizwan nak ikut sekali pun boleh. Tapi kau tak kisah ke. Dalam negeri aje bukan luar negeri pun.”
“ Boleh lah bang. Aku dah bosan dengan kerja. Aku pun dah bosan dengan Misya.”
Ain,Hilman dan Mia serentak menoleh kepada Hakimi. Berita baru ni. Selama hari ini sikit-sikit Misya. Kemana pun mesti aweknya itu menempel. Macam belangkas. Tak mahu berpisah. Alih-alih hari ini keluar pula perkataan sebegitu dari mulut Hakimi. Apa sudah jadi.
“Apasal semua pandang aku macam nak telan aku aje ni.”
“Abang pelik. Bosan dengan Misya? Apa dah jadi?” Hilman mendapatkan tempat dihadapan Hakimi. Tidak puas bercakap jika tidak dapat memandang muka adiknya itu.
‘Entah lah dia tu. Sibuk sangat nak jadi model,nak jadi artis. Aku bosan lah bang.”
“Dulu lagi dah kata. Kahwin. Arwah abah pun suruh kahwin. Tapi kau tak nak. Muda lagi lah..nak kumpul duit lah. Tengok sekarang apa jadi. Melopong..”
“Mana aku tahu bang dia gedik sangat nak glamour ni.”
“Manusia boleh berubah Kimi. Awak kena tahu itu adalah hakikat.” Ain menyampuk perbualan dua beradik itu.
“Aku frust ni bang..aku nak tenangkan fikiran. Mana tahu dalam perjalanan nanti aku boleh jumpa yang manis-manis. Yang cun giler dari Misya tu.” Hakimi ketawa.
“Percaya sangat lah abang dengan kau Kimi. Yang abang percaya kau mesti akan cari Misya juga.”
“Okey tamat perbincangan adik beradik. Sekarang kita tengok peta Malaysia ni. Mana kita nak mula?” Mia mula membentangkan peta Malaysia. Serentak mereka semua melihat peta tersebut diatas meja.
“Aku cadangkan kita ikut jalam lama merentas setiap negeri. Mula dari Selatan. Hala Seremban,Melaka,Johor. Naik ke Pahang, Terengganu,Kelantan. Dari Kelantan kita rentas pula ke Perlis, Pulau Pinang, Kedah,Perak,Selangor dan balik semula ke Kuala Lumpur. Wow! Ini mahu sebulan punya perjalanan ni.” Hakimi memberi cadangan.
‘Memang pun sebulan. Kalau boleh semua tempat nak tengok. Malaysia kan banyak tempat menarik. Ain bangga jadi anak Malaysia.” Ain tersenyum. Impian nya hampir menjadi kenyataan.
“Ala..Kak Ain tu. Bercuti nak pergi keliling Malaysia. Bulan madu nak pergi Oversea. Tak aci.”
“Siapa yang nak berbulan madu?’
Serentak mereka semua menoleh kearah pintu. Hizwan sudah pulang.
‘Wah! Abang aku. Kemana kau pergi. Bila aku cari kau hilang.” Hakimi segera mendapatkan Hizwan. Memeluk abang kembarnya itu. Sudah beberapa hari Hizwan pulang baru hari ini dia berkesempatan bertemu.
‘Kau yang selalu tak ada. Balik pun kau tak jemput. Apa punya adik lah kau ni. Siapa yang nak pergi honeymoon. Macam dengar aje tadi.” Hizwan kembali bertanya.
Ain buat muka selamba. Mengangkat tangannya.
“Ain nak kahwin?” Hizwan bertanya.
“Bukan nak kahwin. Dia cakap sahaja.” Hilman menyampuk.
“Kalau Ain kahwin. Mahu huru hara.”
Ain menjeling Hilman. Faham maksud Hilman. Hanya mereka berdua yang faham maksud disebalik kata tersebut.
“Ni..Buat apa ni. Siap dengan peta Malaysia bagai. Macam nak mengembara sahaja.” Hizwan turut duduk mengelilingi peta yang sudah terbentang.
“Uncle Wan ikut sekali ye. Nanti bila uncle dah kerja mesti uncle tak ada masa nak bercuti. Tak lama pun. Sebulan sahaja.” Mia turut mengajak Hizwan.
“Siapa yang pergi?”
“Kami semua..” Hilman menjawab.
‘Ain pun?”
Ain mengangguk. Dia yang mahu bercuti kenapa dia harus tinggal pula.
“Macam menarik. Okey juga ni. Bukan jauh kalau terpaksa balik bila-bila pun boleh balik. Bila mula?..
‘Lusa” serentak Hilman ,Mia dan Ain menjawab. Sepakat.
Hilman amat berharap percutian ini Berjaya menyemarakan lagi ikatan kekeluargaan antara mereka bertiga. Sama seperti dahulu. Disaat mereka masih miliki ibu dan ayah. Gembira bercuti kemana-mana. Kali ini keadaan nya tentu lah berbeza. Hilman ada agenda sendiri. Ain ada misi yang harus dilaksanakan. Ain perlu berusaha kerana janjinya begitu. Harap-harap semuanya sempurna dan menjadi.

2 comments: